Gambar Scha al Yahya berbaju biru


Scha Alyahya
Dah lama tak post entry mengenai Scha al Yahya kan. Mungkin peminat-peminat Scha ternanto-nanti gambar terbarunya. Nah ni gambar Scha al Yahya yang diambil ketika dia menghadiri Karpet Merah FFM24 yang lalu. Tengok baju memang lawa dan cantik, tapi rambut Scha seperti tak diurus la. Mungkin sibuk kot, ke sana ke mari. sibuk berlakon drama/filem. Dengar-dengar, perkahwinan Scha dapat tajaan Astro sama dengan Lisa Surihani, bertuah badan nok. Hehe. Apa-apa pun enjoy dulu gambar Scha di bawa ni erk sempena cuti hari ni.
Scha Alyahya
Scha Alyahya
Scha Alyahya
Scha Alyahya
SUMBER Dari Budiey.com

"Johan RL Kurang Ajar!!"- Ogy

Episod ini berlaku semasa Festival Filem Malaysia (FFM) ke-24 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Ahad lalu. Idea pihak Astro menggabungkan Fauziah Ahmad Daud dengan Johan Raja Lawak sebagai hos mungkin dianggap boleh memberikan kelainan.

Namun, siapa sangka sebenarnya berlaku konflik senyap yang mungkin tidak disedari oleh kebanyakan penonton. Kekecewaan diluahkan oleh Fauziah atau Ogy ini mengenai sikap Johan terhadapnya sepanjang mengemudi majlis yang disaksikan hampir satu juta penonton itu.

Dakwa Ogy, Johan telah mengaibkannya di hadapan para penonton termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan jenaka tidak relevan sepanjang majlis berlangsung.

“Hampir satu juta penonton dapat saksikan bagaimana Johan memperlekehkan, mengaibkan dan mempersendakan saya di pentas FFM. Ini bukan gelanggang Raja Lawak. Di depan tetamu kenamaanteri pula tu.

“Dia memang kurang ajar. Bukan setakat bakat saya, malah arwah ibu dan bapa saya turut dipersenda sesuka hati. Namun yang paling saya terkilan, dia boleh mempersendakan Tahun Gajah, tahun kelahiran Nabi Muhammad junjungan kita.

“Ini satu penghinaan dan saya tak boleh bertoleransi dengan orang yang biadap seperti itu,” katanya.
Menurut Ogy, sepanjang majlis, dia hanya mampu beristighfar di dalam hati walau sedih dengan sikap Johan yang dianggap keterlaluan. Bagi Ogy, dia harus bersikap profesional kerana mahu tidak mahu, majlis perlu diteruskan dengan baik.
“Saya tak tahu kalau ada yang perasan atau tidak, tetapi sepanjang berada di pentas, saya hanya menahan rasa kecewa dengan kerenah Johan yang kurang ajar.

“Sebagai manusia, bohonglah kalau saya tak terasa bila orang memperkotak-katikkan arwah ibu dan bapa, mengutuk saya ni dah tua dan sebagainya.

“Jangan kerana saya ni anak yatim dan tidak bersuami maka orang boleh memperlekehkan saya.

“Saya tahu saya ni dah berusia, tetapi saya tidak perlukan orang untuk menyedarkan saya mengenainya.

“Hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu perasaan saya ketika dimalukan sebegitu sekali,” kesalnya.

Gambar Perkahwinan Hattan, Farah


Gambar dibawah merupakan gambar perkahwinan Hattan dan isteri barunya Farah yang dinikahkan baru-baru ni di Nogori Sembilan. Memang tidak ramai menyangka yang Hattan bakal menamatkan zaman 'persendiriannya'. Namun itulah jodoh, kini Hattan sudah bahagia dengan Farah. Apa-apa pun Tahniah lah kepada Hattan semoga rumahtangga kekal abadi selamanya.



Lisa Surihani di majlis Anugerah Bintang Popular 2011

Gambar dibawah merupakan gambar Lisa Surihani ketika ditemui di majlis Anugerah Bintang Popular 2011 (ABP2011) yang berlangsung di Holiday Villa, Subang Jaya baru-baru ini. Kelihatan Lisa memakai skirt berwarna hitam dan dibaluti dengan kain nipis hitam. Memang Lisa nampak seksi, tapi betisnya telah dibalut, korang tak boleh nampak dengan jelas walaubagaimanapun. Kuikui. Apa-apa pun enjoy dulu.

Sumber dari ROTIKAYA.COM

??Lisa Surihani Sudah Kahwin??





Gambar Adik dan ibu Neelofa yang Cantik


Neelofa yang ditemui ketika majlis Pelancaran Filem Azura 2012 di Manhattan 5, Berjaya Times Square Hotel, Bukit Bintang, Kuala Lumpu, baru-baru ini telah membawa adik dan ibu kesayangannya bersama-sama dalam menjayakan majlis itu. Adik Neelofa ni cantik juga orangnya, kalau masuk dunia seni, confirm bakal ngetop. Semua pakej lengkap, sama seperti kakaknya, Neelofa. Dikhabarkan adik Neelofa ni seorang yang pemalu, mungkin dia tak akan pegi ke dunia seni, namun itu tidak menjadi mustahil.

Aksi Menghairahkan Aaron Aziz dan Jasmin Hamid dalam teater Badai Semalam

Memang cukup menghairahkan betul aksi Aaron Aziz dengan pelakon hot, Jasmin Hamid. Aksi yang ditayangkan ini adalah bersempena teater Badai Semalam. Lakonan ini juga dijayakan oleh Erra Fazira. Tiket tak usah kata lah, peminat Aaron terutama wanita, dah banyak kebas tiket tu semata-mata nak lihat Aaron. Namun korang tak perlu bimbang dan risau, ianya lagi masih lagi dipentaskan di Istana Budaya sehingga 20 November ini. Tiket diantara RM30 bagi semua golongan dan hingga RM300 bagi yang berkemampuan. Berbaloi lihat theater ni. Tak caya? korang g beli dulu. hehe.


GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes