Showing posts with label Amber Chia. Show all posts
Showing posts with label Amber Chia. Show all posts

Gambar Artis Di Guess Party.. Wow...!!! Seksinya Nurul

Salam Buat Semua, Baru-baru Ini, "Guess", Jenama Barangan Yang Tak Perlu Dikenalkan Lagi Telah Menganjurkan Party Dan Fasyen Show Di Malaysia, Terdapat Beberapa Artis Turut Terlibat Dalam Programe Ini Antaranya Erra Fazira,Nurul Ex Ajai,Amber Chia Dan Ramai Lagi *Kebanyakan Daripada Mereka Dah Pun Berstatus Isteri* .Okey... Try Korang Usha Gambar Nurul Kat Bawah Ni.. Korang Perasan Tak Yang Muka Dia Dah Hampir Sama Macam Nicole Scherzinger, Alaaa... Salah Sorang Daripada Kumpulan Pussycats Dolls Yang Seksi Tuh..













Perkahwinan 'Hijau' Amber Chia-Adrian Wong


KUALA LUMPUR: Kira-kira 100 warga media cetak dan elektronik menghadiri resepsi perkahwinan Amber Chia dan Adrian Wong di Hotel Le Meridien pada malam Rabu.

Ia adalah anjuran pusat mutiara, Rafflesia khas untuk media bagi sama-sama meraikan hari bahagia pasangan itu.

Amber bergaun hijau rekaan Khoon Hooi manakala Adrian berkot serba putih serta bertali leher hijau tajaan Lord's Tailor.

Lebih menarik, pengasas Jewellery Circles Sdn Bhd, Winnie Sin berkata, baju, kasut rekaan Bill Keith, earring model bertaraf antarabangsa itu bernilai lebih RM2 juta kerana kesemuanya bertatahkan mutiara dan ambar tajaan Rafflesia.

Pasangan Amber-Adrian yang berpakaian warna hijau dan putih melengkapi latar Sultan Ballroom yang dijadikan sebuah taman hijau.

Ia selaras dengan tema resepsi perkahwinan malam tersebut iaitu Noce Verte (dalam bahasa Perancis bermaksud 'The Green Wedding').

Menurut perancang perkahwinan, Bill Bora, tema hijau dipilih kerana perkahwinan selalu diadakan di taman pada musim panas.

"Majlis malam ini akan cuba menonjolkan kehijauan persekitaran dan pemakanan sihat kepada para hadirin," katanya.

Panorama dewan amat menarik dengan bebola bunga ros warna putih dilihat bergantungan dari langit-langit dewan.

Singgahsana Raja Sehari pula direka bentuk seakan-akan terletak di bawah rimbunan pokok kapas.

Majlis yang bermula tepat 8.30 malam itu menyaksikan Amber dan Adrian diarak masuk ke dewan sambil diiringi alunan muzik orkestra.

Model itu diapit oleh artis-artis jemputan seperti Ning Baizura, Daphne Iking, Alyah, Kelly Jagan, Suki Low Sook Yee dan Diana Danielle.

Artis-artis seperti Ning, Diana, Alyah dan Suki turut mendendangkan lagu-lagu romantis kepada pasangan tersebut.

Lebih romantis, Suki sempat mengajak pasangan Amber-Adrian berdansa mengikut rentak lagu 'Yue Liang Tai Piao Wo De Xing' (bulan mewakili hati saya).

Para tetamu menikmati makanan ala Perancis yang disediakan oleh Chef Antoine Rodriguez dari hotel tersebut.

Antaranya, pembuka selera, sup, in-between dan teh hijau. Untuk memastikan suasana Perancis lebih dirasai, kek perkahwinan itu direka bentuk berkonsepkan Menara Eiffel yang ditaja Yomie Bakery.

Amber-Adrian dan rakan-rakan artis merancakkan persembahan malam itu dengan menari cha-cha-cha sambil Ning mendendangkan lagu

Amber Chia Terbang Ke Gold Coast Untuk Berbulan Madu

Amber Chia

PEMINAT Amber Chia pernah dibiarkan berteka-teki mengenai siapa sebenarnya suaminya selepas mereka merahsiakan perkahwinannya di Bali pada bulan lalu.

Apatah lagi, foto perkahwinan pasangan bahagia itu dirakam dengan "menyembunyikan" wajah lelaki berambut perang itu.

Rupa-rupanya lelaki bertuah itu ialah Adrian Wong, pengurus dan rakan perniagaannya.

Mereka merancang terbang ke satu destinasi rahsia untuk berbulan madu.

Sehingga semalam, ia masih masih menjadi teka-teki.

"Jika anda ingin menghubungi saya, panggil sebelum malam esok (malam ini) ya. Saya akan terbang ke Gold Coast untuk berbulan madu," kata Amber kepada mStar Onlineketika ditemui di Pameran Pesona Mutiara Rafflesia di Muzium Negara, semalam.

Jika sebelum ini Amber merahsiakan perkahwinannya, kini model terkenal itu bersikap terbuka menceritakan destinasi berbulan madu.

Amber bersama potret beliau memegang kasut bersulam mutiara bernilai RM260,000. - Foto THE STAR oleh AZLINA ABDULLAH

"Kira-kira 10 hari di situ," katanya ringkas dan padat ketika diserbu para pengunjung muzium untuk bergambar.

Pameran hasil kerjasama antara Jabatan Muzium Negara dan Rafflesia itu antara lain mempamerkan gaun perkahwinan Amber bernilai RM380,000 yang dipakai di Bali serta kasut bersulam mutiara bernilai RM260,000.

Dakwanya, pihak muzium cuba mendapatkan sebuah dewan untuk menempatkan koleksi busana bertatahkan mutiara Rafflesia itu.

Sementara itu, Amber berharap mendapat sepasang anak lelaki dan perempuan kelak.

"Kadang-kala, kita hanya merancang, Tuhan menentukannya. Saya berusaha keras ke arah itu dan akan memberitahu media apabila mendapat berita gembira kelak," katanya.

Tambahnya, dia tidak akan bersara selagi khidmat peragaannya masih diperlukan - walaupun selepas memiliki anak nanti.

Amber Chia jadi harimau..? jom tgk dari manusia jd Binatang.. haha


Hehehe.. Korang jangan terkejut dengan tajuk kat atas tu yer. Bukannya Amber Chia kena sumpah jadi harimau ke apa cuma Amber Chia telah di touch-up menjadi ‘maskot’ persis harimau yang mana ianya bertujuan untuk menjayakan kempen anti-zoo atau dalam erti kata lain boikot zoo. Huhu..

Takde apa yang nak ditulis untuk artikel ni cuma kami nak share beberapa gambar Amber Chia tatkala menjadi harimau. Layan..

Oh ya, kepada korang yang rajin menulis komen kat Zon Artis ni, kali ni kami buka topik sket untuk dibincangkan dan ianya maybe lari sedikit (banyak kot) daripada dunia hiburan. Tapi korang tak kisah kan? Ok! Topiknya ialah: wajarkah kempen ‘boikot zoo’ ini dilakukan dan apakah pula kebaikan atau keburukannya?

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes