Gambar Zarina An Julie bercium


Zarina An Julie ni baru baru-baru ni dah selesai dah pergaduhannya dengan Lufya yang dikatakan berlangsung melalui peperangan Twitter. Tapi baru-baru ni, portal Murai telah dikejutkan dengan kehadiran sekeping gambar yang dikatakan Zarina telah di cium oleh seorang lelaki yang tidak dikenali. Namun kata portal itu lagi, Zarina gagal dihubungi berulang kali untuk penjelasan mengenai gambar berkenaan.

Gambar Kekasih baru Shahrizal?


Pelakon kacak, Shahrizal kini sudah kantoi dengan gambar misteri yang sudah tersebar di blog-blog hiburan, gambar yang dikatakan misteri itu adalah gambar dia dengan seorang awek yang tidak dikenali, namun melihat daripada gambar itu, cukup mesra dan rapat, Shahrizal pergi main badminton pun dia juga turut datang.

Aaron Aziz hiasi majalah By'U


Ha bagi peminat Aaron Aziz ini lah masanya untuk korang menambah koleksi gambar sediada aktor ini dengan membeli majalah By'U keluaran Mei 2012. Banyak kisah yang dikongsikan oleh Aaron dalam majalah ini, jadi tunggu apa lagi, lepas kerja/belajar hari ni, pastikan pergi membelinya. :)

Diana Amir dalam Majalah Hijabista



Tak perlu diperkatakan lagi, memang Diana Amir seorang yang kini bertudung dan menutupi bahagian atas. Walaupun dia berbuat demikian namun bukan maknanya dia dipinggirkan, rezeki dia juga melimpah ruah. Majalah terkenal dalam dunia tudung di Malaysia, majalah Hijabista telah menjemput Diana untuk menjadi penghias muka hadapan majalah berkenaan. Memang nampak cantik dan anggun menawan.

Gambar Zizan Raja Lawak dengan Siti Saleha



Tag: Filem, Gambar Artis, Pelakon, Pelawak, Siti Saleha, Zizan Raja Lawak, Zombie
Gambar di bawah bukan lah gambar suka ria Zizan Raja Lawak dan Siti Saleha bergambar di tengah jalan raya di hujung minggu, tapi gambar ketika mereka dalam set lakonan untuk filem KL Zombie yang akan dalam proses pembuatan. Dan dijangkan filem ini akan ditayangkan pada tahun 2013, adakah filem ini bakal menandingi filem Zombie Kampung Pisang? kita nantikan bersama-sama selepas ini.

Mamat Sepah masih disayangi Fida, ada peluang ke-2?



Kisah percintaan Mamat Sepah dengan Fida memang ramai yang sudah tahu, dan kisah mereka disebabkan sekeping gambar yang dikatakan cukup sensitif lalu kegagalan Mamat untuk memegang amanah itu. Sudah 7 bulan berlalu, Fida kini tampil dan memberikan luahan isi hatinya kepada korang semua yang dia masih sayangkan Mamat lagi dan membuka lembaran baru dengan membuang yang keruh ambil yang jernih, tapi sebagai kawan biasa jerk la. Ini adalah petikan dialog Fida dari laman hiburan GUA.

“Selepas dipertemukan semula dalam program Apa Saja FBI, hubungan kami berdua kembali baik seperti dahulu. Fida mengaku baik dengan dia tapi tidak tahu sejauh mana perhubungan kami. Apa-apapun, Fida akui sayang Mamat sebagai kawan dan sudah memaafkan perbuatannya yang lepas,”

“Tidak dinafikan Mamat masih mahu mencuba lagi untuk memperbaiki hubungan kami. Dia ada datang ke rumah dan kami juga ada keluar bersama. Malah, jika hendak diikutkan, Mamat nak pergi lagi serius dalam perhubungan kami. Dia juga nekad nak serius terus selepas ini dan sudah ada kata-kata serius dari dia.

“Namun, tidak dinafikan, ramai juga yang bantah hubungan Fida dengan Mamat. Keluarga tidak masuk campur dan hanya memberi nasihat. Bagi Fida, jika ada jodoh antara kami, adalah. Apa-apapun, Fida serahkan jodoh semuanya kepada Tuhan. Bagi yang selalu cakap tak elok tentang Mamat, Fida rasa tak perlulah sebab itu buat Fida lagi kesian dengan dia dan sebagai seorang kawan, Fida rasa Fida kena bersama dengan dia di saat dia susah.”

Aksi dipeluk wanita, Ikhwan DJ Hot FM Komen




Penyampai radio Hot FM, Ikhwan, menjelaskan dia tidak mempunyai apa-apa hubungan istimewa atau sebarang kaitan dengan wanita seksi dalam sebuah foto yang disebarkan di internet. Foto yang menunjukkan wanita itu memeluk erat dirinya dirakamkan di sebuah kelab malam di Johor Bahru yang dikunjunginya bersama rakan-rakannya baru-baru ini.

"Wanita itu tiada kaitan langsung dengan saya, dia hanya pengunjung biasa yang mahu bergambar dengan saya, mungkin juga dia seorang peminat.

"Bagi saya tidak manis jika permintaannya untuk bergambar ditolak. Malah, saya tidak memeluknya, sebaliknya wanita itu yang memeluk saya ketika bergambar,"

"Saya terkilan apabila ada beberapa pihak terutamanya golongan penulis blog cuba melebih-lebihkan isu ini kononnya ingin menunjukkan saya seorang yang begitu sosial.

"Memang benar saya pergi ke kelab tetapi saya tahu menjaga kelakuan diri,

"Terkejut saya apabila isu ini timbul. Mujurlah ia tidak menjejaskan sedikit pun kerjaya saya," katanya.

Korean Neelofa.

Gambar diatas adalah gambar yang diambil oleh jurugambar, AnnasEaskey yang telah menangkap beberapa keping gambar Neelofa yang sedang dok posing cun tahap Korean drama la katakan. Jangan silap, Neelofa shot gambar ni ketika dia berada di Paris ketika rancangan Nona disuting di sana.

Zarina Berperang Twitter dengan Lufya



 Lufya menyuarakan rasa kecewanya apabila ada peminat yang tersalah anggap dirinya adalah Zarina An Julie. Disebabkan perkara ini, Lufya pernah disapa oleh seseorang dan menegurnya mengapa dia bogel di dalam internet sedangkan dirinya tidak pernah berbuat perkara terkutuk itu.

Dan yang terbaru episod perang Twitter bersama Zarina, Zarina yang sentiasa berani membidas orang secara terbuka, kali ini menyalahkan Lufya yang tidak tahu apa-apa.

Antara kenyataan yang dikeluarkan oleh Zarina termasuklah, “U keep nagging2 on papers n blogs bout me dah 5 years I just kept silent when I too kena bahan ngan org pasal muka cam awk. This is WAR.”

Maya menjadi cover muka hadapan Majalah Eh yg SEXY!!

Aset Maya Karin makin lama makin meningkat, walaupun jarang ada gosip liar melanda, namun dirinya tetap menjadi perhatian ramaai. Apatah lagi lakonannya dalam filem Ombak Rindu, telah membuatkannya bangun dari tidur yang panjang. Yang terbaru adalah, Maya menjadi cover muka hadapan Majalah Eh! untuk edisi Mei 2012.

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes