Showing posts with label Halim Othman. Show all posts
Showing posts with label Halim Othman. Show all posts

Saya Kembali Menjadi DJ Bukan Kerana Duit - Halim Othman jd DJ balek pon kene gossip.

NAMA Halim Othman memang tidak asing lagi dalam dunia penyiaran radio tanah air. Kepetahannya berkomunikasi di corong radio bagaikan memberi santapan halwa telinga pengemar radio pada setiap awal pagi.

Jejaka berusia 45 tahun yang sudah hampir 10 tahun berkecimpung dalam bidang ini memberitahu bukan mudah untuk menjadi seorang penyampai radio yang sejati. Tatkala senario penyampai baru kini bagaikan cendawan tumbuh, Halim mengibaratkan penyampai-penyampai baru sebagai 'Mee Segera'.

"Kini saya lihat ramai yang berlumba-lumba nak jadi DJ. Semua yang masuk program realiti pun bercita-cita nak jadi penyampai radio, malah ramai penyanyi-penyanyi yang diambil menyertai stesen-stesen radio tempatan. Ia satu penghormatan dimana telah mengangkat martabat DJ kepada satu kerjaya pilihan.

"Tapi dari sudut lain pula ia mengacau kepada orang yang betul-betul bercita-cita dan berbakat untuk jadi DJ. Saya mengambil masa yang agak lama untuk belajar jadi DJ.

"Pada saya seorang DJ yang sejati perlukan minat, cita-cita dan bakat serta kebolehan menarik pendengar dengan cara tersendiri. Bukan kerana untuk menarik minat sekelompok peminat sahaja," ujar Halim yang mengagumi Faizal Ismail sebagai antara DJ sejati yang sedang meningkat naik.


Dalam pada itu, Halim turut menafikan dakwaan bahawa beliau mendapat bayaran tertinggi di Suria FM berbanding penyampai lain.

"Itu khabar angin semata-mata. Saya kembali ke bidang ini bukan kerana duit. Saya kembali semula kerana terlalu cintakan bidang ini dan juga kerana peminat-peminat saya.

"Selama dua tahun berehat saya dapat rasakan begitu kehilangan. Kemana saya pergi pun peminat-peminat tanya kemana saya menghilang," kata Halim yang telah berjaya menarik sebahagian peminatnya mendengar Suria FM.

Anak jati Terengganu ini, bukan setakat mencipta nama sebagai penyampai radio, malah beliau juga antara selebriti awal yang mengacarakan rancangan Roda Impian di saluran televisyen Astro Ria, namun menurut Halim buat masa ini dia ingin mengangkat nama Suria FM sebelum kembali menjadi pengacara program tv.

"Matlamat saya satu iaitu untuk menjadikan Suria FM antara tiga stesen radio terbaik di Malaysia walaupun banyak tawaran pengacaraan yang diterima saya terpaksa tolak," ujarnya.

Sementara itu, Halim yang telah melakukan pelbagai jenis kerja termasuklah guru bahasa Inggeris di Masjid Taman Desa, Kuala Lumpur ketika hampir dua tahun tidak bertugas sebagai penyampai radio mengakui tidak dapat melupakan bidang penyiaran radio yang telah sebati dalam jiwanya apatah lagi adanya sokongan dan permintaan daripada para peminatnya.

"Saya juga berazam mahu menjadikan dunia penyiaran radio sebagai salah satu medium media massa yang boleh dijadikan wadah penting untuk memberi manfaat kepada para pendengar.

"Setakat ini saya sudah capai keserasian dengan pasangan saya, Zizi dalam segmen pagi yang kami kendalikan dan banyak maklum balas yang positif kami terima dari pendengar.

Gambar Halim Othman di Sidang Media Penyampai Suria FM

Semalam, jam 3 petang telah berlangsung Majlis Sidang Media Pengumuman Penyampai Baru Suria FM di Delicious Cafe, di Dua Residence, Annexe, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Dihadiri oleh kesemua penyampai Radio Suria FM yang lama dan yang terbaru iaitu Halim Othman dan Linda Onn. Jadi betullah kata-kata gossip yang keluar sebelum ini ya?

Budiey nak ucapkan tahniah kepada Halim Othman dan Linda Onn.

Kedua-dua personaliti radio terkenal ini lahir dari AMP Radio dan nampaknya mereka akhirnya kini mereka akan berceloteh menghiburkan pendengar setia Suria FM. Adakah rating Suria FM akan naik dengan kehadiran ikon radio terkenal ini? Kita kena tengok survey pada bulan Mac nanti ya.

Halim Othman akan bersiaran di konti Suria FM pada 18 Januari ini dalam program Suria Breakfast bersama dengan Zizi dari jam 6 hingga 10 pagi. Manakala Linda pula akan bersiaran pada jam 4 hingga 8 malam dalam Suria Drive.

Semalam, semasa sidang media, Halim Othman telah mengumumkan dia akan bertunang dalam masa terdekat dengan kekasih hatinya. Dijangka akan berkahwin pada bulan Jun nanti. Bakal isterinya adalah orang biasa, bukan selebriti. Umurnya sekitar 30an, seorang bisneswoman dan yang penting orang Malaysia. Kenal dah 15 tahun tapi baru 6 bulan mereka betul-betul jatuh cinta. Semoga semuanya selamat dilangsungkan ya.

Selama 2 tahun menghilangkan diri, Halim Othman mengajar Bahasa Inggeris di masjid Taman Desa dan mencari kawan-kawan lamanya.

Jangan lupa mendengar celoteh Halim Othman mulai 18 Januari di Suria FM. Stay tuned!

SUMBER DARI BUDIEY.COM

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes