Showing posts with label Dr Sheikh Muszaphar. Show all posts
Showing posts with label Dr Sheikh Muszaphar. Show all posts

gambar-gambar Pasangan Doktor Paling Vogue gituu~~


Wah wah, pasangan doktor paling vogue, gelemer dan paling banyak boleh buat duit melalui photoshoot. Kami suka tengok pasangan berdua ni, kerana lembut je air muka mereka. Cantik & hensem, bagai pinang di belah dua lah senang cakap.

Layan lagi gambar mereka…

sumber dari beautifulnara.com

Bibah Songket Ambil Masa 6 Bulan Untuk Baju Pengantin Sheikh Muszaphar... lama nya proses wat baju pengantin beliau.. jom bace..

BIBAH Songket, jenama unggul yang menghasilkan songket tenun eksklusif dari Terengganu, bersetuju menaja busana pakaian persandingan angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan tunangnya Dr Halina Mohd Yunos, yang bakal berlangsung pada 10 Oktober ini.

Pengasas Bibah Songket, Habibah Zikri dari Habibah Enterprise Sdn Bhd, syarikat yang menghasilkan songket tenun eksklusif ini, pernah dinobatkan sebagai Tokoh Kraf Negara 2007.

Menurut eksekutif pemasarannya Sabrena Shamsul, songket yang akan dihasilkan itu akan mengikut citarasa dan konsep bertemakan 'Istana Kayangan' seperti yang telah ditetapkan oleh Sheikh Muszaphar dan perunding perkahwinan, Bill Bora.

Menurut eksekutif pemasarannya Sabrena Shamsul, corak dan rekaan masih lagi dalam peringkat perbincangan.

"Ibu saya akan turun dari Terengganu dua minggu lagi untuk mengadakan perbincangan selanjutnya dengan pihak Datuk dan Datuk sendiri.

"Kami sudah mengadakan perbincangan awal dan besar kemungkinan warna-warna perak, emas, unggu dan merah pulasan akan digunakan pada motif yang berkisar pada bulan, bintang dan cekerawala bagi menepati tema yang diminta," kata Sabrena yang menguruskan Kedai 'Bibah Songket' di Wangsa Maju.

Jelas beliau lagi, Sheikh Muszaphar bersetuju menggunakan rekabentuk yang moden serta motif bercirikan tradisional.

Masa yang diperuntukkan untuk busana songket ini adalah 6 bulan dan ianya akan ditenun di bengkel 'Bibah Songket' di Rusila, Marang.

"Untuk menghasilkan sepersalinan busana songket untuk seorang saja akan memakan masa 3 bulan. Kami jangkakan busana khas ini dapat dihasilkan dalam jangka masa 6 bulan," kata Sabrena yang enggan mengulas anggaran harga pakaian pentantin itu.

"Memang mahal tapi kami tidak mahu memberitahu berapa harga sebenar sepasang busana songket itu," kata gadis berusia 30 tahun itu.

Ketika ditanya Bill Bora, bagaimana persiapan perkahwinan 'bos'nya, Bill hanya memberitahu, "saya ada banyak berita gembira tapi belum masa untuk dihebahkan setakat ini."

"Banyak penaja yang sudi bekerjasama dengan kami untuk menjadikan acara ini sesuatu yang cukup istimewa dalam lipatan sejarah.

"Namun kami terpaksa membuat pilihan yang tepat terutama soal penginapan dan lokasi acara tersebut.

"Banyak faktor harus diambil kira seperti protokal dan sekuriti kerana acara ini melibatkan 100 astronut dari luar negara, VIP, ahli-ahli politik, jemputan DiRaja dan ramai tokoh korporat. Jadi kami tidak boleh mengambil risiko," kata Bill yang juga seorang publisis.

Bill bukan saja bertindak sebagai pengurus dan perancang perkahwinan gilang gemilang ini tapi beliau juga bertanggungjawab memberi kelainan dan menguruskan majlis gilang-gemilang itu nanti.

Tetamu yang bakal menghadiri perkahwinan itu nanti adalah 100 angkasawan daripada 35 buah negara disamping tetamu kehormat dari dalam dan luar negera menjadikan majlis ini bukan majlis biasa.

"Konsep tradisional dan elemen dongeng melayu itu bakal membuka mata tetamu luar negara tentang kebudayaan Malaysia, Itu yang diinginkan oleh Datuk sendiri," jelas Bill, yang menganggap majlis ini bakal menjadi ‘Wedding Of The Decade’.

Sheikh Muszaphar dan Dr Halina mengikat tali pertunangan pada 1 Januari lalu, telah memilih tarikh 10 Oktober 2010 untuk majlis perkahwinan mereka sempena ulang tahun ketiga Dr. Sheikh Muszaphar ke angkasa lepas menaiki Soyuz TMA-11 yang dilancarkan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).

Perkahwinan Sheikh Muszaphar juga bakal menjadi tuan rumah kepada persidangan Association of Space Explorers pada 3 hingga 10 Oktober ini. Persidangan yang dianjurkan setiap tahun itu pertama kali diadakan di Malaysia dan merupakan negara Asia kedua selepas Jepun pada tahun 1990.

Peluang ini diambil bagi menunjukkan kepada tetamu dari luar negara tentang adat kebudayaan Melayu di Malaysia.

Dr. Sheikh Muszaphar dijangka akan melangsungkan majlis pernikahan pada pukul 11 pagi dan persandingannya pula pada sebelah malamnya.

Untuk menunjukkan Sheikh Muszaphar sebagai anak Melayu

pertama ke angkasa lepas, beliau akan di tampilkan dengan pakaian kepahlawanan Melayu lama.

Kata Bill lagi, persembahan Istana Kayangan pula melambangkan angkasa lepas, bulan dan bintang. Pasangan mempelai pastinya bagai seorang pahlawan Melayu mengahwini puteri dari kayangan.

Banyak lagi unsur-unsur yang akan diselitkan dari segi pemakanan, persembahan artis dan instrumen muzik.

Bill masih mencari unsur-unsur lain bagi mencantikan lagi majlis ini. Setakat ini semua perancangan dan idea Bill

telah dipersetujui oleh Dr. Sheikh Muszaphar, tapi ia masih lagi diperingkat awal.

Lokasi majlis Kongres Angkasawan juga masih dalam perbincangan. Tempat tersebut perlu diadakan berhampiran dengan tempat berlangsungnya kongres Angkasawan bagi memudahkan para jemputan datang.

100 Angkasawan Dunia Bakal Hadiri Persidangan Angkasa Di Malaysia


PETALING JAYA: Seramai 100 angkasawan dunia bakal menghadiri Persidangan Association of Space Explorers yang akan dianjurkan oleh angkasawan negara, Datuk Dr. Muzaphar Shukor pada 4 hingga 10 Oktober depan.

Persidangan yang dianjurkan setiap tahun itu pertama kali diadakan di Malaysia dan merupakan negara Asia kedua selepas Jepun pada tahun 1990.

Menurut Dr. Sheikh Muzaphar, persidangan itu adalah untuk memberi inspirasi kepada pelajar Malaysia kerana berpeluang bertemu dengan angkasawan-angkasawan dari 35 buah negara.

"Persidangan ini akan dibuka kepada umum terutamanya kepada pelajar-pelajar tempatan. Saya jangkakan lebih 100,000 pelajar akan hadir pada persidangan ini.

"Apa yang bakal dibincangkan adalah berhubung kajian-kajian yang telah dibuat di ruang angkasa lepas.

"Selain itu, saya juga menjemput isteri-isteri mereka kerana persidangan ini bukan sahaja memberi pendedahan tentang sains dan teknologi malah salah satu cara memperkenalkan budaya Malaysia kepada masyarakat luar.” ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini semalam.

Dalam pada itu, menurut Dr. Sheikh Muzaphar salah satu dari acara persidangan adalah hari komuniti yang bakal mendekatkan lagi masyarakat luar bandar kepada angkasawan-angkasawan tersebut.

"Salah satu hari tersebut adalah hari komuniti di mana angkasawan akan dibawa ke sekolah-sekolah terpilih, ini juga termasuk sekolah-sekolah luar bandar seperti di Sabah dan Sarawak.

"Bagi isteri pula acara-acara kebudayaan akan disediakan pada sebelah malam," ujarnya yang mendapat kerjasama daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Tambahnya, perbincangan masih lagi dilakukan bersama pihak Kementerian Pelajaran dan Kementerian Perlancongan.

"Kami masih lagi di peringkat perbincangan bersama kementerian-kementerian supaya turut bekerjasama dalam penganjuran persidangan ini. Saya harap ia mendapat sokongan dari kerajaan,” kata Dr. Sheikh Muzaphar.

Selain itu juga salah satu acara yang bakal disenaraikan dalam persidangan tersebut adalah majlis perkahwinannya sendiri bersama pasangan Dr. Halina Mohd Yunos pada sebelah malam, 10 Oktober ini.

Bagaimana pun lokasi persidangan masih lagi belum ditentukan.

Harapan Angkasawan Negara ini supaya persidangan tersebut mampu memberi pengalaman baru kepada masyarakat di Malaysia dan menonjolkan nama Malaysia di mata dunia.

Datuk Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina dah selamat bertunang kat ne ek?? angkasa lepas ke??



Gambar Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina

Semalam (01. Januari 2010), angkasawan pertama negara, siapa lagi kalau bukan Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Syukor telah selamat mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihan’nya Dr. Halina Mohd Yunus.

Tiada apa yang ingin kami perkatakan melainkan ucapan tahniah diatas pertunangan tersebut. Semoga sepanjang tempoh pertunangan kalian ini, tiada apa-apa halangan mahupun dugaan yang menghalang kalian daripada bersatu di bilik pengantin. Opss! Di jinjang pelamin. Hee..

Oh ya. Sebelum terlupa, majlis perkahwinan mereka akan diadakan pada 10 Oktober ini (10.10.2010) yang mana ianya sempena memperingati ulangtahun ke-3 Dr Sheikh Muszaphar ke angkasa lepas pada 10 Oktober 2007.

Gambar Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina

Dr Sheikh Muszaphar Dan Dr Halina Kahwin 10 Oktober 2010 Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina

Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina

Setelah banyak kabar-kabar angin yang menyatakan percintaan Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina nak berkubur tanpa batu nesan, akhirnya Dr Sheikh Muszaphar mengumumkan yang dia bakal mengakhiri zaman bujangnya pada 10 Oktober 2010. Maka kecewalah beribu-ribu makcik-makcik, gadis-gadis dan janda-janda di Malaysia nie apabila jejaka idaman Malaya yang hensem.

Tapi cun gak tarikh nikah diorang nie. 10/10/10. Jap kami check hari apa masa tarikh tue. Pergh. Hari Ahad tue. Memang sesuai dan cantik betul tarikh pernikahan Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina nie. Adakah bakal menjadi Wedding of The Year 2010? Sama-samalah kita nantikan nanti.

Disebabkan tarikh perkahwinan nie masih agak jauh, marilah kita sama-sama mendoakan agar tiada aral yang menganggu perancangan mereka berdua nie. Dua-dua pun sama cantik dan sama padan. Semoga segalanya berjalan lancar nanti. Amin ~~~

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes