Maya Sedar Kemampuan Diri, Senang Bawa Watak Komedi

Maya masih ingin berdua dengan suami, belum mahu fikir soal anak

KESERASIAN watak komedi dengan insan yang bergelar Maya Matahari atau nama sebenarnya Meyanaliza Ruslee membuatkannya dikenali antara aktres komedi yang banyak mendokong drama-drama tanah air.

Maya mengakui dia banyak menerima watak komedia dari ramai pengarah dan dia merasakan watak tersebut lebih senang dibawanya walaupun kebanyakan artis mendakwa agak susah untuk melakonkan watak tersebut.

"Watak komedi ni sebenarnya tidak terlalu susah hendak dibawa. Tapi Alhamdulillah, saya suka dengan watak sebegitu," katanya selepas majlis Ramah Mesra Bersama Pelakon Drama Ejen 008 dan Na O Mei di Restoran Rebung, Bangsar.

Maya yang sudah sekian lama bergiat dalam industri membuatkan namanya tidak lekang dari bibir peminat dengan wataknya yang mencuit hati memberitahu dia sebenarnya tidak pernah memilih watak sebegitu.

Menurut Maya, sebelum dia menerima tawaran untuk sesuatu watak, dia mengambil kira kemampuan diri.

"Memang saya selalu dapat watak komedi. Bila saya dapat tawaran dan skrip, saya akan pastikan dapat membawa watak tersebut dengan baik.

"Saya sebenarnya suka watak komedi, lagipun saya dapat banyak 'respon' baik daripada peminat," katanya sambil ketawa.

Ketika ditanya peranannya di dalam drama bersiri Ejen 008 ini, Maya memberitahu kali ini dia tetap membawa watak komedi dan peranannya adalah sebagai pembantu peribadi kepada aktres Fauziah Ahmad Daud.

"Watak saya dalam drama ini tetap dengan watak komedi, tapi kali ini saya turut bercakap menggunakan dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia, " katanya.

Isteri kepada Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz ini, turut mengakui dia amat meminati wataknya ketika melakonkan drama Anak Betung kerana memerlukannya melakonkan watak komedi disamping bermain dengan pergolakan emosi antara geram dan serius. "Watak saya dalam drama itu lain sikit kerana turut bermain dengan watak geram dan serius," kata Maya.

Dalam pada itu, Maya turut memberitahu walaupun kini dia sudah bergelar isteri, namun dia tidak sesekali menolak sekiranya diberi apa saja watak sekali pun.

“Suami saya tidak pernah menghalang apa jua watak yang saya lakonkan dan dia faham dengan karier saya,” katanya yang sudah enam tahun berkawan dengan suaminya sebelum mereka membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada pertengahan tahun lepas.

Ditanya mengenai masalah penceraian artis pada masa sekarang, dia memberitahu mereka sebenarnya terlalu mengikut perasaan tanpa memikirkan kesannya.

“Kita tidak boleh terlalu mengikut kata hati, sebelum membuat keputusan, sebaiknya kita berfikir dahulu, “ katanya.

Sementara itu, Maya memberitahu dia sebenarnya tidak pernah merancang untuk mendapatkan anak, tetapi sebolehnya dia kini mahu hidup berdua dulu sebelum kehadiran cahaya mata.

“Saya nak puas hidup bersama suami dulu. Insya Allah, satu hari nanti saya pasti menjadi seorang ibu juga,” ujarnya sambil tersenyum.

Dalam perkembangan lain, Maya turut memberitahu dia bakal keluar dengan single terbaru ‘Bersalah’ ciptaan oleh Cat Farish dan dalam perancangan untuk mengeluarkan album tetapi masih mencari komposer yang sesuai.

Aleeza Kassim Tidak Pernah Terfikir Untuk Tipu Umur

Aleeza tergolong wanita yang cukup bertuah kerana tidak perlu risau tentang berat badan. Dia juga tidak pernah terfikir untuk berdiet. - Foto mStar oleh ZIEMAN

PERAGAWATI tinggi lampai Aleeza Kassim adalah seorang wanita yang sangat praktikal dan berpijak di bumi nyata.

Aktres yang juga model terkenal ini tidak peduli apa kawan-kawan seangkatannya fikir tentang usia tapi bagi Aleeza, tidak ada istilah tipu umur.

"Saya tidak kisah apa orang nak cakap pasal saya sebab itu kalau sesiapa tanya saya tentang umur, saya akan berterus terang. Tidak perlu tipu umur kerana lama kelamaan orang akan tahu juga," jelas aktres jelita ini.

Begitu juga dengan berat badan. Aleeza tergolong wanita yang cukup bertuah kerana tidak perlu risau tentang berat badan. Dia juga tidak pernah terfikir untuk berdiet.

"Mungkin juga sebab saya belum mempunyai anak dan agak bertuah kerana badan saya tidak naik mendadak. Kalau saya nak kurus, saya hanya perlu kurangkan makan tiga hari dan badan saya akan turun semula. Tapi selalunya, saya tidak pernah amal dietpun," kata Aleeza.

Seperkara lagi yang ramai peminatnya tidak tahu, Aleeza akan pastikan dia makan nasi pada tengahari.

"Tidak kira di mana pun saya berada waima di luar negara sekali pun, saya tetap akan bawa periuk nasi kecil.

"Lain makanan yang wajib ialah serunding dan semua makanan instant Melayu seperti rendang, asam pedas dan sebagainya. Setibanya di hotel, saya akan panaskan semua ini tapi tak ada lah sampai menumis dalam hotel...," jelas Aleeza sambil ketawa kecil.

"Saya tahu ramai yang kata saya old-fashion dan pelik tapi saya sudah terbiasa berbuat demikian hinggakan suami saya pun hairan kenapa saya perlu bawa rice cooker kalau ada kerja modeling di luar negara," jelas pemilik agensi modelling Vogue@Work Sdn. Bhd dan isteri kepada Mohd Fauzi Che Rus ini.

Ditanya apakah rahsia dia kekal langsing, Aleeza berkata, dia tidak akan makan nasi pada sebelah malam.

"Saya hanya makan sandiwches atau buah-buahan saja tapi no rice," kata Aleeza yang juga mengamalkan jogging di kawasan rumahnya setiap pagi.

Aleeza, yang juga model produk Kopi Al-Habsyee, akan berangkat hari ini ke India untuk menjayakan Karachi Fashion Week selama 7 hari.

Model jelita yang akan menggayakan pakaian rekaan Amir Luqman dan Kirana di minggu fesyen Karachi itu berkata, entah kenapa dia cukup meminati bidang peragaan.

"Saya sudah menjadi model selama 19 tahun dan saya memulakan karier sebagai model waktu saya berusia 19 tahun. Bidang ini begitu sinonim dengan saya. Kalau disuruh pilih, saya akan terus dengan kerjaya model saya.

"Suami saya juga lebih menggalakkan saya menceburi bidang modeling berbanding lakonan. Kata suami, kerja modeling tidak berserabut sangat dan gosip pun kurang. Lagipun saya akan terus jadi model selagi rezeki saya ada di situ," jelas Aleeza.

Usia perkahwinan yang akan menjangkau empat tahun pada tahun ini membuat Aleeza tidak sabar untuk menimang cahaya mata.

Bagi Aleeza, setiap detik yang diluangkan bersama suami, Fauzi, 45, adalah sesuatu yang cukup indah.

"Saya dan suami akan pastikan kami dapat luangkan masa bersama walau sesibuk mana sekalipun.

"Tahun ini, memang saya akan fokus untuk mendapat zuriat. Tengoklah macam mana, kalau tuhan nak bagi rezeki....," jelas aktres yang pernah membintangi filem XX Ray dan Susuk ini.

Sambungnya lagi, "Ramai yang bertanyakan bila lagi saya akan ada anak. Siapa yang tak nak anak....cuma saya belum diberi kesempatan itu lagi."

Antara Air Mata Fahrin Dan Akaun Benci Fasha dengan FB serta Noraniza Idris disaman. mana anda suka jom tengok review..


MINGGU ini dunia hiburan tanah air tidak kurang meriahnya dengan cerita-cerita kontroversi.

Kisah air mata Fahrin Ahmad sehingga ingin menyaman Linda Onn, cerita akaun laman sosial Facebook 'I Hate Fasha Sandha' dan kes bekas madu Noraniza Idris, Mastura Bakar yang bersedia disaman penyanyi itu cukup menarik perhatian.

Fahrin vs Linda

Suatu ketika dulu mereka pernah mengakui sekadar 'teman tapi mesra'. Kini, tiada lagi teman, tiada lagi mesra, yang tinggal hanyalah 'mahkamah'. Begitulah kronologi kisah aktor Fahrin Ahmad dan penyampai radio popular, Linda Onn.

Fahrin membuka tirai minggu ini dengan linangan airmata jantannya. Kekesalan Fahrin terhadap kenyataan dan tohmahan Linda yang melabelnya sebagai kaki pukul lebih mengguris hati aktor sasa ini apabila ada pihak yang bertanya kepada ibunya adakah Fahrin seorang lelaki yang cepat 'naik tangan'.

Justeru, Fahrin mempersilakan Linda untuk tampil dengan permohonan maaf atas kenyataan yang pernah dikeluarkannya di sebuah akhbar sebelum ini.

Linda diberi tempoh hingga Jumaat lalu untuk minat maaf, namun Linda punya penjelasan dan jawapan tersendiri.

Menurut Linda, dia hanya menjawab soalan wartawan dan tidak membuat tohmahan terhadap Fahrin. Kenyataan yang dikeluarkannya adalah benar dan enggan mengulas lanjut.

Malah, Linda tegar dengan keputusannya dan tidak mahu meminta maaf kerana dia tahu kebenarannya. Kesannya, kita sama-sama nantikan dan lihat saja episod saman-menyaman ini yang seterusnya.

Isu Akaun Benci Fasha Sandha di FB

Aktres ini tidak sudah-sudah dipalit pelbagai cerita sensasi. Yang kasihannya, lebih banyak yang buruk daripada yang positif.

Terbaru, sekumpulan individu bertindak mewujudkan akaun khas yang diberi nama 'Saya Benci Fasha Sandha (I Hate Fasha Sandha) di laman sosial Facebook (FB).

Bukan sepuluh atau dua puluh orang, tapi lebih 40,000 pemilik akaun FB yang 'tidak senang' dengan kelibat artis ini sepakat untuk memboikot Fasha dengan aplikasi teknologi moden ini.

Bayangkan Fasha sendiri mengaku kepada mStar Online dirinya terkejut apabila terbaca mengenai berita itu di akhbar.

Tapi, apabila empunya diri ingin melihat sendiri akaun tersebut, ia telah ditutup pula. Tup, tup... sehari dua lepas itu, muncul pula akaun yang bermisikan matlamat yang sama dalam versi baru pula.

Kasihan juga Fasha. Memang secara verbalnya, Fasha akui dirinya tidak melatah dengan isu ini. Tapi, dalam hatinya siapa yang tahu? Dia pun manusia biasa, ada hati dan perasaan.

Beringat-ingatlah Fasha tiap kali melangkah kaki ke mana saja, pasti akan ada mata yang melihat. Jika tidak, mana mungkin cerita-cerita 'panas' anda boleh diketahui ramai hingga mengundang rasa meluat segelintir individu di luar sana.

Apa yang diharapkan, Fasha ambil iktibar daripada cerita ini dan lebih fokus pada kariernya.

Bekas Madu Ratu Etnik Sedia Disaman

Kenyataan berani Mastura Bakar, bekas madu penyanyi etnik kreatif Noraniza Idris atau Kak Ani minggu ini jelas menggambarkan ketegasannya terhadap kes ini.

Walau pun satu Malaysia sedia maklum, kes mahkamah yang berlangsung itu sama sekali tidak melibatkan Kak Ani.

Namun, disebabkan kenyataan berbalas kenyataan dan fakta dimanipulasikan, lantas mengundang salah faham pada beberapa pihak. Akibatnya, isu 'sebut nama dalam mahkamah' pun dibesar-besarkan sehingga Kak Ani 'tidak senang duduk' dengan Mastura.

Orang lain yang hadapi perbicaraan, orang lain pula yang berbalah. Sedangkan puncanya kecil saja. Mastura sekadar menyebut nama Kak Ani ketika proses perbicaraan.

Kak Ani pula 'meledak' kerana tidak selesa mengaitkan namanya dalam urusan keluarga itu. Padanya, dia sudah tidak ada kaitan dengan Mastura mahupun Datuk Mohammad.

Mastura ada penjelasan sendiri. Menurutnya, dia tidak pernah berniat untuk mengaitkan nama penyanyi itu dalam kes tuntutan fasakhnya.

Memandangkan Kak Ani bertindak mencabarnya, lantas terpancurlah kenyataan berikut: "Kalau nak saman, samanlah saya tidak kisah. Saya sebut nama dia sebab hakim suruh bukan kerana saja ingin mengaitkan dia dalam perkara ini."

Apa kesudahannya cerita mereka, sama-samalah kita nantikan. Diharapkan Kak Ani tidak bertindak melulu mengikut perasaan.

Maklumlah, Kak Ani lebih dulu makan garam dan sudah lazim dengan rencah anak seni, takkanlah mudah sangat hendak melenting. Tentu Kak Ani tahu keputusan terbaik untuk selesaikan hal ini.

Takziah buat aktres Zarina Zainuddin sekeluarga atas pemergian adik tersayang, Liyana pada 27 Januari lalu.

Kecoh Bila Wartawan Itali Meraba Beckham.. kasihan david kena raba,,

Kejantanan David Beckham seperti yang dipaparkan dalam iklan seluar dalam Armani, membuat seorang wartawan wanita Itali terdesak untuk merabanya

GARA-gara ingin tahu kejantanan jaguh bolasepak David Beckham, adakah dia sehebat iklan seluar dalam Armani yang diperagakannya, seorang wartawan TV Itali telah meraba Beckham.

Insiden tersebut berlaku di sebuah hotel di Milan baru-baru ini di mana wartawan dan juga bintang "Le Iene (The Hyenas,)" Elena Di Cioccio pura-pura menghampiri dan menemuramah Beckham.

Sebaik saja selepas menemubual Beckham, Elena, yang bekerja di program berita satira di TV Itali, telah tunduk dan terus meraba Beckham.

Ramai pemerhati yang berada di lokasi tersebut tergamam dengan aksi spontan bintang berusia 36 tahun itu.

Beckham juga turut kelihatan terperanjat dan tergamam hingga tidak terkata apa-apa. Sejurus selepas itu, beberapa pengawal sekuriti bergegas membawa Beckham keluar dari situ.

Bagaimanpun, Elena menjerit ke arah Beckham sambil juara bolasepak itu berlalu pergi dalam keretanya....,"Beckham, anda telah menipu kami semua. Sungguh tidak patut, David!"

Kemudian Elena berlari bertempikkan sambil menjerit kegembiraan kerana dapat apa yang dihajatinya.

Rakaman video Elena berbuat demikian telah banyak dimuat turun di internet hingga video itu diberi tajuk,"wartawan serang Beckham dengan meraba".

Dalam satu temubual dengan The Daily Telegraph selepas insiden tersebut, Elena berkata, dia berbuat demikian kerana ingin memastikan kejantanan Beckham.

"Saya hanya ingin tahu adakah dia sehebat apa yang dia tampilkan dalam iklan seluar dalam Armani itu. Dan saya sudah pun menemui jawapannya. Rupa-rupanya tidak...," jerit Elena kegembiraan.

Biografi Hidup David Beckham Dijadikan Komik.. pemain bola sepak masuk komik..

Komik Fame: David Beckham akan menceritakan hal Raja Bolasepak England, itu, di dalam dan luar padang

BLUEWATER Productions telah mengumumkan bahawa jaguh bolasepak dunia David Beckham akan diberi penghormatan menghiasi komik biografi di bawah tajuk Fame: David Beckham.

Menurut jurucakap Bleeding Cool Foto, buku komik itu ditulis oleh Peter Rogers manakala illustrasi pula dibuat oleh artis terkenal Matt Bellisle.

Komik itu akan menceritakan perihal Raja Bolasepak England itu di dalam dan luar padang.

Pengelola laman web Rich Johnson berkata; "Komik itu akan menyentuh tentang kehidupan Beckham, segala yang berkaitan dengan peribadi Beckham, perkahwinannya dengan bekas penyanyi kumpulan Spice Girls Victoria dan suaranya yang agak halus.

"Buku komik itu bukan seperti buku komik lain yang tipikal, seperti mendewakan hero. Ini bukan kisah Beckham menyelamatkan dunia. Sebaliknya, ia sebuah cerita benar dan hebat."

Antara kandungan komik itu adalah kisah percintaan Beckham dengan Rebecca Loos. Namun jurucakap Beckham enggan memberi sebarang komen.

Apa pun Beckham tidak sabar dan sangat teruja untuk melihat kisah hidupnya dijadikan komik.

Selain Beckham, seorang lagi aktor yang telah diberi penghormatan yang serupa ialah Robert Pattinson, hero filem Saga Twilight.

Adam Lambert Dipilih Jadi 'Fashion Police'

Saluran television Entertainment Tonight akan menampilkan Lambert sebagai fashion police untuk Grammy Awards 2010

ADAM Lambert, naib juara American Idol 2009, bakal menjadi pengkritik fesyen alias 'fashion police' untuk apa yang akan dikenakan oleh mereka yang hadir ke majlis Grammy Awards 2010.

Khabarnya, saluran television Entertainment Tonight akan menampilkan Lambert sebagai fashion police untuk Grammy Awards 2010.

Ternyata, Lambert yang lantang mengatakan dirinya gay itu dan baru menyambut ulangtahunnya ke-29 pada 29 Januari lepas, tidak sabar menjalankan tugas barunya ini.

"Saya suka sekali diberi tugas ini," kata penyanyi yang nama sebenarnya Adam Mitchel Lambert ini.

"Saya suka semua jenis pakaian dan saya menyukai fesyen. Saya akan memperhatikan apa yang dipakai orang-orang ke acara itu. Jangan risau, saya akan berlaku adil," kata Lambert.

SRK Diiktiraf Di Hollywood.. sampai ke negara barat kenal siapa Shah Rukh Khan,

Pelawat memerhatikan patung ukiran lilin SRK yang dipamerkan di Muzium Madame Tussauds, Hollywood pada 28 Januari 2010. - Foto AFP

BINTANG Bollywood terbesar, Shah Rukh Khan mendapat pengiktirafan di arena perfileman Hollywood apabila patung ukiran lilinnya dipamerkan kepada umum di muzium baru Madame Tussauds di Los Angeles, bermula Khamis lalu.

Pengikitirafan itu dilakukan bersempena dengan ulangtahun sambutan ke-20 bintang yang mendapat jolokan 'Raja Bollywood' itu dalam dunia lakonan.

Patung ukiran lilin SRK itu dianggarkan mencecah kos USD300,000 untuk dihasilkan.

Kristen Tak Anggap Ciuman Lesbiannya Akan Timbulkan Masalah.. remaja zaman sekarang..

aktres berusia 19 tahun yang membawa watak Joan Jett ini sudah melakukan ciuman lesbian dengan Cherie Currie yang dibawa oleh Dakota Fanning di dalam filem terbaru, The Runaways

KRISTEN Stewart tidak menganggap ciuman lesbian yang dilakukannya bersama Dakota Fanning sesuatu yang akan menimbulkan masalah.

Kata Kristen, "Saya tidak fikir, ciuman itu akan benar-benar menjadi masalah besar bagi saya. Saya hanya mengikut jalan cerita. Tidak lebih dari itu."

Kenyataannya, aktres berusia 19 yang membawa watak Joan Jett ini sudah melakukan ciuman lesbian dengan Cherie Currie yang dibawa oleh Dakota Fanning di dalam filem terbaru, The Runaways.

"Ciumannya tidak seperti ciuman normal. Dan akhirnya mereka bersama-sama," jelas Kristen kepada MTV seperti dilaporkan dalam laman femalefirst.

Gisele Bundchen Lahirkan Anak Dalam Tab Mandi

Gisele Bundchen dan suaminya, Tom Brady. - Foto AP

SUPERMODEL terkenal Brazil, Gisele Bundchen mengakui telah melahirkan bayi lelakinya, Benjamin di dalam tab mandi di rumahnya.

Menurut laporan di laman sesawang femalefirst.co.uk, isteri kepada bintang ragbi Amerika Syarikat, Tom Brady itu, melahirkan Benjamin ketika dia sedang menenggelamkan dirinya dalam tab mandi di rumah mewahnya di Beacon Hill, Boston.

"Saya lahirkan Benjamin dalam tab mandi," akui supermodel termahal yang melahirkan bayinya itu pada 3 Disember tahun lalu.

siapa Penyampai Radio Dibayar Lebih RM25,000 untuk ke stesen radio tut..? jom teka..

PENYAMPAI radio yang sorang ni memang bukan calang-calang. Aura penyampaiannya memang dah diakui satu Malaya.

Lebih menarik, sejak akhir-akhir ni, namanya semakin melonjak gara-gara kes kontroversi. Ketepikan sekejap kes tu. Adlib tak mahu campur tangan. Maklumlah, benda dah jadi kes mahkamah.

Yang Adlib nak cerita kat sini, pasal tawaran yang diterima si penyampai ni di stesen radio ni. Sumber Adlib bercerita, katanya si penyampai ni dibayar lebih RM25,000 untuk khidmatnya di stesen itu. Maklumlah, orang hebat, kan?

Cuma, harap-harapnya jumlah besar yang dilaburkan memberi pulangan yang berganda kepada stesen itu untuk jangka masa panjang.

Barulah boleh dikatakan pelaburan yang berbaloi. Tapi rasanya, berbaloi kot. Mana taknya, sah-sah pendengar setia si penyampai ni bukan seorang dua.

Sejak dia mula bertugas di tempat baru tu, dengarnya dah semakin ramai pendengar 'ikut' dia ke stesen tu.

Adlib: Tak sabar nak tahu rating terbaru kajian radio yang dikeluarkan nanti. Kalau betullah rating stesen baru si penyampai tu meningkat sejak kedatangannya, jawabnya makin hatilah stesen lamanya.

Gambar Fasha Sandha kantoi merokok !!! sambut birthday di dalam club malam...


Jika sebelum ini ada pihak yang sengaja suka menjatuhkan Fasha Sandha dengan pelbagai fitnah dan tomahan yang mereka buat.Mungkin ada sesetengah fitnah itu tidak mempunyai bukti yang kukuh atau sekadar melepaskan batuk di tangga.Tetapi kali ini Fasha perlu menjawap persoalan yang di war warkan oleh satu laman blog.

Gambar ini semasa Fasha Sandha menyambut hari jadinya pada 07 November 2009 yang lalu, tetapi Zoom rasa tak patut Fasha menyambut Hari Jadi di "Club", lagi Afdal kalau sambut dengan kenduri kesyukuran atau pun bacaan doa selamat. Ini tak dengan arak, rokok dan pakaian "Sexy" menyebabkan masyarakat semakin membencinya.


Mungkin dengan tersebarnya gambar Fasha ini akan menyebabkan Fan " I hate Fasha Sandha" semakin bertambah.entahlah hanya mereka-mereka yang benci dan suka Jer akan join Fan Facebook tersebut..Apa kata anda mengenai gossip terbaru mengenai Fasha Sandha ni...!?

Kesempurnaan Itu Membosankan Shah Rukh Khan

PELAKON popular Bollywood Shah Rukh Khan (SRK) memiliki pendapat berbeza dari rakannya, Aamir Khan. Jika Aamir selalu berusaha untuk jadi seorang yang sempurna, SRK pula sebaliknya, dia tidak takut berbuat salah.

Menurut jejaka yang mendapat gelaran 'King Khan' ini, kesempurnaan itu adalah membosankan.

Seperti dikutip Apunkachoice.com, SRK menyatakan demikian di laman Twitternya, "Kesempurnaan itu membosankan. Tidak lancar...lemah...tidak selesai...tercemar..."

"Nasihatku: jangan terlalu mengejar kesempurnaan...kerana ketika kau mencapainya...tak akan ada apapun lagi untuk dikejar. Nikmati saja apa yang telah kamu capai," tambahnya.

Raja Bollywood ini juga mendorong para pengikut dan penggemarnya untuk menerima kekurangan sendiri.

"Beranilah melakukan kesalahan...bersedia menerima risiko...kemampuan untuk risiko dan kesediaan memperbaiki kekacauan...itu yang menjadikan kita kuat," tulisnya. SRK yang mula aktif Twitter pada awal tahun ini, kini sudah memiliki 81.000 pengikut.

Krisdayanti-Raul Lemos Mesra Di Bali


SEKALI lagi penyanyi jelita Krisdayanti (KD) dan kekasihnya ahli perniagaan bergelar jutawan, Raul Lemos dilihat bermesra di Kuta, Bali.

Pelantun lagu Menghitung Hari itu dikatakan memasuki sebuah restoren yang terletak di Jl. Pantai Kuta, Kuta, Bali. Pasangan kekasih itu memasuki kedai makan tersebut bersama tiga orang lagi rakan mereka.

Namun ketika berada di restoren, KD dan Raul telah memilih untuk duduk berdua. Pasangan tersebut dikatakan tidak segan silu untuk berduaan, meskipun sehingga kini Raul masih menjadi suami kepada seorang wanita bernama Silvalay Noor Athalia.

Menurut sumber yang juga berada di tempat tersebut, KD dan Raul memakai baju yang sepadan. "KD pakai kemeja putih dan jeans, Raul pakai kaos putih dan jeans," ujar sumber yang dipetik dari detikhot.com.

Boleh jadi, KD dan Raul tidak lagi malu untuk berduaan kerana ketika itu tidak ramai pengunjung tempatan, sebahagian besar pengunjung restoren tersebut adalah pelancong asing.

Burn Pilih Gadis Thailand Selepas Dikecewakan Gadis Melayu

Hati Burn kini dimiliki gadis negara jiran. Foto THE STAR Oleh AZLINA ABDULLAH

CELOTEHNYA bersama teman setugas di corong radio membuat Burn atau nama sebenarnya Rueben Thevandran a/l Ramanath semakin menyerlah sebagai penyampai radio.

Burn yang juga bekas pelajar Akademi Fantasia musim pertama (AF1) ini turut melibatkan diri dalam bidang pengacaraan di samping meneruskan minatnya di dalam dunia seni suara.

Walaupun dilahirkan dengan berbangsa India, namun Burn seperti orang Melayu yang fasih berbahasa Melayu, terutamanya ketika mengacarakan majlis yang sepenuhnya menggunakan bahasa kebangsaan ini.

Penyampai radio Era ini, memberitahu dia dibesarkan dalam komuniti masyarakat Melayu dan mengakui kawan-kawannya juga terdiri daripada kalangan orang Melayu.

"Saya dibesarkan di Wangsa Maju yang kebanyakannya orang Melayu, boleh dikatakan 99 peratus kawan saya juga orang melayu," katanya semasa dihubungi mStar Online.

Akibat terlalu banyak bergaul dengan masyarakat Melayu, Burn mengakui akhirnya dia jatuh cinta dengan gadis Melayu yang bergelar Sabrina.

Diharapkan panas hingga ke petang, tetapi hujan di tengah hari, begitulah ibarat hubungan cinta Burn dengan insan yang bergelar Sabrina yang akhirnya kecundang selepas menyulam kasih lebih kurang tujuh bulan.

Burn yang pernah menjadi duta kepada roti High5 ini, memberitahu hubungan dia dengan kekasihnya yang keenam dalam hidupnya itu telah berakhir pada Ogos tahun lepas. Keputusan untuk berpisah itu juga dipersetujui kedua belah pihak tanpa wujudnya persengketaan antara mereka.

"Kami dah break (berpisah) demi untuk kebaikan bersama, saya rasa keputusan ini bukan dari saya sahaja, tetapi dia (Sabrina) turut bersetuju dengan keputusan yang kami ambil ini," katanya.

Selepas beberapa bulan kecewa dalam percintaannya, Burn kini mengakui hatinya telah dimiliki oleh gadis dari negara jiran, Thailand.

"Kekasih baru saya ini orang Thailand, kami bersama baru sebulan lebih, masih baru lagi," ujarnya sambil ketawa.

Ketika ditanya mengenai hubungannya dengan kekasih yang mesra dipanggil Kate ini, dia mengakui dirinya masih 'trauma' dengan kisah cintanya yang dulu.

"Buat masa ini, saya tidak meletakkan harapan apa-apa, lagi pun saya baru bersamanya sebulan lebih. So, banyak yang perlu saya tahu mengenai dirinya sebelum membuat apa-apa keputusan," ujarnya.

Burn yang bakal menjadi duta kepada produk minuman tenaga Isotonik Revive dan pembersih mulut jenama Listerine ini pada mulanya agak menyembunyikan punca perpisahannya dengan bekas kekasih, akhirnya membuka mulut memberitahu kejadian sebenar berpunca daripada Sabrina yang bermain kayu tiga.

Penyampai radio yang pernah berkhidmat dengan radio XFresh FM ini, turut memberitahu kejadian dia 'katoikan' bekas kekasihnya itu membuatkan dia kini banyak belajar daripada pengalaman lalu yang membuatkannya semakin matang menjalani arus kehidupan kini.

Anak bongsu daripada dua beradik ini, memberitahu dia kini lebih senang bersama insan yang bukan dari bidang yang sama dengannya.

"Bukan saya memilih artis atau orang biasa, tetapi setelah berpengalaman lebih kurang dua tahun dengan anak seni, saya rasa lebih senang memilih orang biasa sahaja, " ujarnya seperti menyembunyikan perasaan kecewa dengan cintanya terdahulu.

Sementara itu, Burn memberitahu dia kini akan menumpukan sepenuhnya kepada kerjayanya sekarang sebelum memperjuangkan bakatnya dalam industri seni suara yang menjulangkan namanya selepas berakhirnya AF1 satu masa dulu.

"Saya kena tengok 'market' (pasaran) sekarang, lagipun artis-artis baru terlalu ramai. Kerjaya saya di Radio Era ini pun sudah cukup baik," kata Burn.

Simon Cowell Lamar Lady Gaga Jadi Juri 'The X Factor' Versi Amerika


SIMON Cowell dilaporkan sedang cuba melamar bintang Pop, Lady Gaga untuk menjadi juri program realiti bakat The X Factor bagi versi Amerika Syarikat.

Gaga telah memukau Cowell apabila tampil dengan persembahan luar biasa di dalam tab mandi dalam The X Factor versi U.K, tahun lalu.

Sejak itu, Cowell teruja untuk membawa 'aura pelik' bintang itu ke dalam program yang sama bagi versi Amerika tidak lama lagi, demikian menurutnya kepada laman web contactmusic.com.

"Simon merasakan Lady Gaga adalah seorang bintang yang hebat dan dia amat menyukai tenaga dan kelincahan penyanyi itu.

"Perbincangan sedang diadakan bagi menentukan peranan Lady Gaga dalam program itu nanti," demikian menurut satu sumber.

Selain Gaga, bintang-bintang lain yang turut dilamar sebagai barisan juri termasuklah Mel B Spice Girls, Paula Abdul dan Cheryl Cole.

Alyah: Saya Pakai Apa Yang Saya Nak Pakai...taste beliau memang unik.

DEMI fesyen dan mahukan penampilan yang menarik, Alyah sanggup melakukan apa sahaja asalkan dirinya puas hati!

Biarlah apa pun orang kata, Alyah kini tampil dengan fesyen yang dianggap semakin berani dan agresif.

Dengan hanya mengenakan baju pada paras punggung dan berstoking hijau yang nipis, Alyah tampil membuat persembahan di depan orang ramai ketika majlis pertandingan pencarian bakat baru sebuah majalah di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Kuala Lumpur , baru-baru ini.

Ditanya kepada Alyah mengenai pakaian yang direka oleh Jeffry Ibrahim itu, Alyah menjawab: “Saya memang suka berfesyen kerana fesyen adalah suatu yang ‘universal’.

“Jadi, saya akan gunakan kelebihan saya untuk ‘explore’ dunia fesyen ini. Saya tak rasa pakaian yang saya pakai itu keterlaluan kerana bukannya saya ‘berbikini’. Saya hanya menggunakan peluang yang ada dengan menggayakan pakaian yang ‘funky’.”

Penyanyi yang popular dengan lagu Tak Mungkin Kerana Sayang ini tidak menafikan mungkin ada sesetengah penonton yang terkejut dengan penampilannya itu.

Namun, jelasnya lagi: “Kalau saya tak create diri saya yang suka berfesyen ini, bila lagi…saya nak orang ambil tahu tentang diri saya kerana saya memang seperti itu.

“Dulu mungkin orang tak tahu tentang saya sebab mereka tak ambil tahu tetapi sekarang mereka sudah ambil tahu.”

Alyah sudah lama berada dalam industri ini sejak dia menyertai sebuah program realiti. Selepas itu, Alyah dilamar oleh The Fabulous Cats untuk sama-sama menyanyi dalam kumpulan itu.

Tidak lama selepas itu, Alyah dikatakan telah keluar daripada kumpulan itu kerana mengalami masalah peribadi.

Sekitar tahun lalu, nama Alyah kembali menjadi siulan peminat setelah dia tampil dengan lagu Tak Mungkin Kerana Sayang dan Ku Pinjam Satu Bintang (duet dengan Riz AF6).

Kata Alyah lagi, dia sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai impiannya termasuk berfesyen.

“Saya ada trend sendiri untuk direalisasikan. Setakat ini, belum ada lagi yang dating kepada saya dan mengatakan pakaian saya keterlaluan.

“Saya pakai apa yang saya nak pakai,” jelasnya lagi yang baru selesai membuat promo untuk Hot FM Big Jam.

Selain itu pakaian, Alyah juga selesa menggayakan rambut pendek untuk tahun 2010 ini.

Alyah berkata, rambut pendek ini merupakan nazarnya apabila dapat memasuki Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-24 baru-baru ini.

“Apabila dah masuk 2010 ini, saya teringin untuk membuka buku baru. Jadi, sebab itu saya memotong rambut pendek. Tambahan pula, saya perlu membayar nazar untuk gunting rambut jika dapat masuk AJL,” beritahunya lagi yang telah tampil dengan single ketiga berjudul ‘Realiti Dewi’.

Dalam perkembangan lain, Alyah juga sedang dalam proses untuk merakamkan album terbarunya.

“Insya-Allah, saya akan merakamkan single terbaru pada Februari depan,” ujarnya.

Ana Rafali Pikat Aidit Alfian Melalui 'Youtube'

SELEPAS penyanyi Indie, Yuna Zarai popular dengan lagu-lagu ciptaannya sendiri, kini muncul seorang lagi permata dalam industri muzik tempatan.

Walaupun nama Ana Rafali masih terlalu awal untuk diletakkan sebaris dengan Yuna, namun tidak mustahil dia juga bakal mencetuskan fenomena baru sedikit masa lagi.

Gadis ayu berusia 25 tahun ini tampil memakai baju kurung dan kebaya sebagai identiti tersendiri, bakat membuat lagu dan bermain gitarnya tidak boleh dipandang sebelah mata.

Bermula dengan memperkenalkan lagu-lagu ciptaan sendiri di laman ‘Youtube’ sekadar suka-suka telah menjadi titik permulaannya ke bidang seni. Lagu tersebut mendapat perhatian daripada komposer Aidit Alfian.

"Mulanya saya sekadar suka-suka, semua lagu-lagu yang saya buat saya upload di You Tube, entah macam mana suatu hari abang Aidit Alfian telah menghantar mesej melalui email saya.

"Sejak itu kami berbalas-balas mesej sehinggalah dia menawarkan saya untuk bernaung dibawah syarikat rakamannya," ujarnya yang merupakan artis pertama di bawah label Aidit Alfian Record.

Menurut Ana, dia selesa bekerja dibawah Aidit kerana diberi kebebasan untuk mencorakkan sendiri albumnya.

"Abang Aidit memberi kebebasan kepada saya untuk berkarya, dia faham setiap lagu yang saya buat adalah melalui pengalaman sendiri.

"Cuma dia akan pantau, jika lirik atau lagu tidak sesuai dan tidak kuat dia akan tegur dan beri tunjuk ajar, lagi pula saya tidak gemar jika lagu saya terlalu diubah sehingga hilang keasliannya" ujarnya yang kini sudah mencipta 30 buah lagu dan masih menunggu masa untuk dirakam.

Graduan Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) ini turut memberitahu mula berjinak-jinak ketika masih menuntut lagi. Katanya setiap kali mencipta lagu, rakan-rakan rapat akan menjadi orang pertama yang mengkritik.

"Saya menjadikan M.Nasir sebagai idola dan matlamat saya untuk bekerjasama dengan dia satu hari nanti. Kalau boleh saya ingin jadi seperti dia yang boleh menyanyi dan mencipta lirik," jelas Ana yang kini popular dengan lagu Hujan Bunga Di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, dia masih menganggap dirinya masih mentah dan terlalu awal untuk menyumbang lagu kepada artis lain.

"Memang ada artis yang minta lagu daripada saya, tapi saya rasa belum bersedia lagi. Biar saya buktikan dahulu bakat yang ada kepada masyarakat, barulah boleh beri lagu kepada orang lain.

"Saya masih mentah dalam industri ini, banyak lagi yang perlu dipelajari," jelasnya dengan nada rendah diri.

Mengenakan imej gadis melayu, Ana mengakui selesa dengan penampilanya sekarang. Malah dia juga sering keluar dengan mengenakan pakaian kebangsaan ini.

"Bermula di Universiti, setiap kali persembahan perlu berpakaian formal jadi saya sudah terbiasa mengenakan baju kurung atau kebaya, selesa. Di luar juga jika tidak melakukan aktiviti lasak saya selesa mengenakan baju kebangsaan ini," katanya yang sedang menyiapkan album sulungnya dengan memuatkan enam buah lagu ciptaan sendiri.

Ana juga meletakkan harapan yang tinggi untuk single keduanya ‘Tolong Ingatkan Aku’ yang bakal keluar tidak lama lagi diterima baik masyarakat.

'Harry Potter' Ingin Ikut Jejak 'Avatar'

KEJAYAAN memberangsangkan filem garapan James Cameron, Avatar, membuat beberapa pengiat filem berlumba-lumba untuk menggarap filem tiga dimensi. Malah, perusahaan filem Warner berniat untuk mengubah Harry Potter And The Deathly Hallowske format tiga dimensi.

Seperti dipetik Daily Mail, Warner telah memberitahu perkara itu di minggu yang sama ketika Avatar berjaya menjadi filem terlaris mengalahkan Titanic. Tidak hanya dua filem terakhir Harry Potter, mereka juga berniat mengarap Clash Of The Titans dalam format 3D.

Pada perancangan awalnya, bahagian pertama Harry Potter And The Deathly Hallows akan keluar pada 19 November 2010. Sementara, bahagian keduanya menyusul pada 15 Julai 2011 akan datang.

Selain Warner, beberapa syarikat perfileman lain juga merancang bakal mengikuti jejak Avatar. Bahkan MGM turut merancang untuk menggarap film terbaru James Bond dengan format tersebut, begitu juga dengan Sony Pictures yang sedang memikirkan untuk melakukan hal sama untuk filem Spider-Man 4.

Matthew McConaughey Lalui 40 Hari Tanpa Seks.. sape kata lelaki tak pernah berkorban untuk isteri??

Gambar terbaru Matthew MacConaughey bersama kekasihnya, Camila Alves dan bayi perempuan mereka, Vida yang diambil pada 4 Januari 2010. - Foto AP

AKTOR Matthew McConaughey dikhabarkan sedang melalui tempoh enam minggu yang menyukarkan kerana dilarang mengadakan hubungan seks bersama kekasihnya, Camila Alves.

Keputusan itu terpaksa diterima oleh McConaughey kerana kekasihnya masih dalam proses berpantang selepas melahirkan bayi perempuan mereka, Vida pada 3 Januari lalu.

Alves yang berasal dari Brazil, mempercayai tradisi negara itu yang melarangnya daripada melakukan sebarang aktiviti berat termasuklah bersukan atau pun hubungan seks selama 40 hari bagi memulihkan semula sistem dalaman dan luaran tubuhnya secara menyeluruh.

Menurut Alves yang juga seorang penyampai TV, "Tradisi di tempat asal saya menetapkan tempoh berpantang selama 40 hari untuk memulihkan semula sistem badan selepas melahirkan anak.

"Badan saya perlu berehat sepanjang tempoh ini. Sepanjang tempoh ini, saya tidak boleh melakukan sebarang kerja yang berat dan lasak, termasuklah tiada hubungan seks, tidak boleh ke gimnasium dan hanya mengambil makanan yang berkhasiat.

"Tradisi ini adalah satu perkara yang baik untuk badan bagi memulihkan sistem badan secara perlahan-lahan dan semulajadi. Selepas 40 hari, sistem badan akan pulih seperti sedia kala," demikian menurutnya kepada StyleList.com.

Hanya tinggal tiga minggu sahaja untuk Alves melengkapkan tempoh berpantang 40 hari itu.

Dia mengakui tidak sabar untuk kembali aktif dan kini sedang menghitung hari untuk menamatkan tempoh berpantangnya pada 14 Februari depan, yang secara kebetulan jatuh pada Hari Kekasih.

Dakota Fanning Tidak Kisah Bercumbu Dengan Kristen Stewart.. hanya lakonan je..

Kristen Stewart (kiri) dan Dakota Fanning serasi 'beraksi panas' dalam filem terbaru mereka, The Runaways. - Foto AP

AKTRES remaja Dakota Fanning dilaporkan langsung tidak kisah terhadap adegan cium dengan aktres Kristen Stewart dalam filem terbaru mereka, The Runaways.

Bintang berusia 15 tahun itu memainkan watak Cherie Currie dalam filem yang mengisahkan kisah kehidupan sebuah kumpulan rock perempuan yang masyhur di era 70an.

Tambahnya, adegan itu bukan sesuatu yang memalukan. Sebaliknya, Fanning menyifatkan ia sebagai sesuatu yang agak pelik untuk dilakonkan.

Bercakap di sidang media The Runaways bersempena dengan Festival Filem Sundance, Fanning berkata, "Saya langsung tidak kisah dengan babak cium itu.

"Adegan cium itu memang memberahikan dan watak Joan (lakonan Kristen Stewart) dan Cherie tidak ubah seperti merpati dua sejoli."

Adegan Panas Dewi Perssik Dalam Paku Kuntilanak


Anda sendiri tahu bahawa Indonesia memang sebuah negara yang sempoi dan santai, tersangat santai sehingga’kan isu filem lucah pun tidak diambil kisah. Walaupun mempunyai bilangan penganut Islam teramai bagi Asia Tenggara, namun sehingga kini kami masih musykil dengan sistem mereka, serius, blur.

Kami mendapat beberapa snapshot dari filem Paku Kuntilanak yang mengandungi unsur seks agak keterlaluan. Dimanakah Majlis Ulama Indonesia (MUI) dan Lembaga Sensor Filem Indonesia? Wah, adakah mereka sebenarnya sedang tidur di’ulit mimpi? Atau telah pun ditutup mata dengan timbunan duit?


Tak Tau La Indon ni,filem macam ni pun boleh lepas... :P kerja kosong ada tak ?
hehehehehehehe

Zack New Boyz ditangkap kerana mengedar dadah.. patut la takde show pon hidup masyuk jew..

oh bulan gosip artis - Zack New Boyz ditangkap kerana mengedar dadah

Semalam, myMetro ada melaporkan seorang artis yang merupakan penyanyi kepada sebuah kumpulan ditahan kerana didapati menjalankan kegiatan pengedaran dadah. Walau bagaimanapun, myMetro tidak mendedahkan nama artis tersebut.

Namun, myMetro ada memberikan beberapa hint mengenai artis tersebut iaitu kehidupan artis ini sungguh mewah dimana dia memiliki dua buah kereta sport dan tinggal di sebuah kondominium bertaraf lima bintang yang terletak di Damansara.

KUALA LUMPUR: Kehidupan mewah seorang penyanyi sebuah kumpulan terkenal termasuk memiliki dua kereta sport dan tinggal di kondominium bertaraf lima bintang membongkar kegiatan sebenar dilakukannya selama ini yang menjalankan kegiatan pengedaran dadah.

Daripada hint tersebut, ramai yang beranggapan bahawa artis yang dimaksudkan adalah Zack daripada kumpulan New Boyz kerana secara kebetulan kehidupan Zack boleh dilihat agak mewah malah dia juga memiliki sebuah Mitsubishi Lancer GT walaupun ianya belum jatuh dalam kategori sport.

Selain itu, Zack juga dikatakan tinggal bersama keluarga beliau disebuah kondominium bertaraf lima bintang di Kuala Lumpur dan mampu memberikan modal kepada isteri’nya untuk membuka saloon sendiri yang menyebabkan nama Zack secara tidak langsung dikaitan dengan berita ini.

Apa-apa pun, masih tiada bukti sahih yang dapat memastikan bahawa artis tersebut adalah Zack New Boyz kerana hint yang diberikan oleh myMetro agak sukar untuk ditangkap. So, kita tunggu sahaja kes ini masuk mahkamah untuk mengetahui samada betul ataupun tidak yang Zack adalah artis tersebut.

Petua dan Tips Rumahtangga Lisdawati dan Fauzi Nawawi..

Cinta pasangan selebriti tak boleh dijangka. Kadang-kadang depan kita, memang nampak takde apa-apa. Tapi mungkin kat luar sana atau kat rumah… mmm… siapa yang tahu kan?

Tuhan saje yang tahu.

Banyak berlaku sebelum ini… mereka mengaku mereka adalah pasangan bahagia dan pasangan paling romantis… tapi setelah rahsia mereka pecah tembelang dengna kes mahkamah, selepas rahsia mereka selama ini terbongkar selepas putus cinta, barulah kita tahu pucuk pangkalnya.

Okay, orang kata, tak baik berburuk sangka.

Seperti juga dengan rumahtangga pasangan selebriti ini. Selalu terdengar sana-sini, rumahtangga Lisdawati dan Fauzni Nawawi retak menanti belah la, itu la ini. Tapi tuan empunya badan tetap maintain.

Lisdawati begitu percaya pada cinta suaminya. Hingga tidak hirau dengan gosip tentang rumahtangga mereka. Kata Lis, cinta abang setiap saat untuk dirinya.

Bagi Lis, cinta sejati membawa ke alam rumahtangga yang bahagia.

Tak dinafikan, cinta dan kasih sayanglah yang buat rumahtangga jadi lebih harmoni dan kekal sampai bila-bila.

Tips dan petua Lis senang saje. Pasangan kena tolak ansur dan berbincang secepat mungkin segala apa masalah yang dihadapi. Jangan pendam dan tak perlu nak salahkan sesiapa. Ego pun satu hal jugak. Kalau boleh cuba korbankan sikit rasa ego tu.

Sibuk macamana sekalipun, Lis akan spend time dengan abang Fauzi.

Lisdawati baru sahaja habis shooting pengambaran drama Anak-Anak Lorong untuk siaran Astro.



sumber dari budiey.com

Artis Hidup Mewah Jual Ganja

artis jual ganja

Aduhai artis Malaysia. Kami ingatkan kau kaya sebab banyak show. Sekali sebab jual ganja daaaa. Memang kecewa jiwa raga nie. Kalau teringin nak jadi kaya pun, janganlah sampai jual ganja. Buatlah bisnes ke apa ke. Kan ke haram duit jual ganja tue?

Nie kata-kata dari suratkhabar Harian Metro:-

Kehidupan mewah seorang penyanyi sebuah kumpulan terkenal termasuk memiliki dua kereta sport dan tinggal di kondominium bertaraf lima bintang membongkar kegiatan sebenar dilakukannya selama ini yang menjalankan kegiatan pengedaran dadah.

Yang tak tahan ada 3 orang awek lagi kat kondominium artis nie masa polis datang. Then bila dah gelabah kena serbu, kelam kabut buang ganja dalam kotak ikut balkoni. Tapi dia tak tahu polis lagi bijak. Ada polis-polis kat bawah sedang menunggu hasil balingan dia tue.

Sekarang nie artis tue dan 3 orang awek dah pun kena tahan reman. Rasa-rasanya kalau didapati bersalah hukuman dia gantung sampai mati kot. Berani buat berani tanggung la beb. Tapi siapa artis tue ek?

Super Cute Diana Danielle Versi Iban

diana danielle

Kami dulu tak ada lah minat sangat kat si Diana Danielle nie. Suka sikit-sikit tue adalah sebab yang dia memang comel, cute dan sedap mata memandang. Tapi time dulu-dulu kontroversi banyak sangat. Tapi semenjak gambar Diana Danielle melawat orang asli Batek keluar, persepsi kami kat dia dah start berubah. Baik jugak budak nie. Ada bakat jadi duta keamanan Malaysia nie.

Dan yang terbaru baru-baru nie Diana Danielle pergi melawat perkampungan orang Iban pulak. Cool kan? Dan yang bestnya, dia pergi nie atas usaha sendiri. Bukan ada orang taja, atau orang suruh pergi. Cuma atas kesedaran diri dia sendiri. Dan kami bertambah yakin dia tak buat nie untuk publisiti murahan sebab mana ada suratkhabar yang keluarkan cerita pasal benda nie.

Tahniah buat DD. Semoga teruskan usaha anda untuk menunjukkan yang artis-artis Malaysia nie pun ada kesedaran untuk melakukan perkara-perkara kebajikan macam nie. U go girl ~~

Lagi 30 gambar Diana Danielle semasa melawat perkampungan orang Iban dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

diana danielle

diana danielle


sumber dari beautifulnara.com

Zizie Ezette Peluk Sapa Tue?

zizie ezette

Oh rupa-rupanya ada 2 keping gambar lagi dari koleksi gambar Zizie Ezette dan Bung Mokhtar bersuka ria. Tapi siapa makhluk yang dipeluk dan dicium oleh Zizie itu tidak dapat dikenalpasti. Mungkinkah anak Bung? Layan ~~~~~~~~

zizie ezette

sumber dari beautifulnara.com

Facebook We Hate Linda Onn La Pulak, Pasnie Artis Mana Plak Bakal Jadi Mangsa?

facebook we hate linda onn

Pening dah kepala kitorang. Memang hebat rakyat Malaysia nie menggunakan kemajuan Internet terutamanya Facebook untuk meluahkan rasa bengang dan tak puas hati masing-masing. Kalau sebelum nie ada Facebook We Hate Memey Suhaiza dan Facebook I Hate Fasha Sandha, skang nie Facebook We Hate Linda Onn plak dah wujud. Pasnie rasa-rasanya sapa lagi bakal artis yang akan ada Facebook Hate Page nie? Jangan ada Facebook We Hate BeautifulNara udah la ye. Hehehe.

Kami sempat capture kata-kata Linda Onn dalam Facebook dia. Cuba korang baca kat bawah nie.

facebook we hate linda onn

sumber dari beautifulnara.com

Facebook I Hate Fasha Sandha, Sukarnya Jadi Seorang Selebriti

fasha sandha

Ciannya kami kat Fasha Sandha. Bukan senang nak jadi selebriti, ada yang suka dan ada yang tak suka. Dan dengan bantuan teknologi sekarang nie, makin senang untuk orang ramai meluahkan rasa benci mereka kepada seseorang. Bagi kami itu tak salah asalkan berpada-pada. Janganlah sampai kutuk melampau-lampau.

Dari apa yang kami dengar, group Facebook I Hate Fasha Sandha dah mencapai 40,000 fans sebelum didelete kerana ada komen-komen yang kurang bernas. Untuk pengetahuan anda, jumlah fans yang join group I Hate Fasha Sandha nie lebih ramai daripada group fans Fasha Sandha yang sebenar. Kalau nak wat kesimpulan mudah, maknanya lagi ramai orang tak suka Fasha berbanding orang sayang dengan dia.

Dan semalam kami check group Facebook I Hate Fasha Sandha nie dah pun dicreate semula. Setakat semalam dah ada lebih kurang 1,000 fans. Rasanya tak lama lagi akan makin bertambah tue. Adakah bakal mencecah 40,000? Itu kita sendiri kena tunggu nanti.

Buat Fasha Sandha, amiklah kewujudan group Facebook yang membenci anda ini sebagai satu motivasi untuk berubah sikap dan menunjukkan contoh yang baik. Orang takkan benci kita kalau kita tak buat salah. Tak gitu? Ini semua lumrah dunia. Harap anda terus tabah dan maju.


sumber dari beautifulnara.com

Ramai Yang Tak Suka Saya Mengacara Nona ..saya punya lah cun pon orang tak suka..

MEMIKUL tanggungjawab mengacarakan rancangan Nona bagi musim ini bukanlah sesuatu yang mudah bagi Maya Karin atau nama sebenar Maya Karin Roelcke.

Pelakon berusia 30 tahun ini mengakui masih banyak lagi yang perlu dipelajarinya untuk menjadikan rancangan tersebut menjadi santapan terbaik penonton di setiap hujung minggu.

Dia juga tidak menolak terdapat segelintir penonton yang masih belum menerima dirinya sebagai pengantara rancangan popular terbitan TV3 itu.

"Sudah hampir sebulan ke udara, saya semakin serasi dengan Nona. Saya tahu ada yang tidak suka saya mengacarakan rancangan ini, tapi ramai juga yang suka, it’s ok for me.

"Saya tidak boleh halang mereka untuk tidak suka saya. Tidak semua yang kita buat orang suka, jadi saya buat untuk mereka yang suka saya sahajalah.

"Namun begitu saya akan perbaiki kelemahan saya terutama dari segi bahasa. Saya akui saya tidak seperti pengacara-pengaca sebelum ini, saya masih lagi belajar untuk perbaiki berbahasa Malaysia tanpa dialek Indonesia.

"Tapi saya tak mahu terikut-ikut dengan pengacara Nona sebelum ini, biarlah saya dengan gaya saya sendiri. Saya lebih banyak buat kajian tentang pengacara luar negara," ujarnya yang menjadikan Wan Zaleha Radzi sebagai idola.

Dalam pada itu, Maya turut memberitahu dia dalam proses pembikinan album terbaru yang bakal keluar pada penghujung tahun ini.

"Insya-Allah tahun ini album saya siap dan keluar, sekarang masih lagi proses rakaman lagu, saya pun sibuk dengan berlakon dan mengacara jadi banyak sangat masalah dari segi masa.

"Single berjudul Terbang baru sahaja keluar di corong-corong radio dan sekarang tunggu album siap sepenuhnya," ujar isteri kepada Muhammad Ali.

Menyentuh tentang perkembangan lakonan, Maya memberitahu selepas selesai pengambaran filem Cun arahan Osman Ali, dia dilamar sebuah produksi untuk berlakon di pentas teater. Namun dia terpaksa menolak kerana kekangan masa.

"Saya baru sahaja habis pengambaran filem Cun, ada tawaran untuk berlakon teater tapi saya terpaksa tolak sebab sudah terlalu hampir dan jadual saya sekarang tidak mengizinkan," ujarnya yang selesa digandingkan dengan bintang Nur Kasih Remy Ishak dalam filem Cun.

Simbol 'Mata' Maksud Mencari, Bukan Unsur Freemason

VOKALIS Amy Search hanya tergelak saat ditanya mungkinkah kumpulan rock unggul itu akan mengubah logo mereka setelah ianya dikatakan simbol 'Mata' yang digunakan, menyerupai unsur ‘Freemason’ dan ‘Illuminati’ semasa membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-24 baru-baru ini.

"Kami gunakan logo 'Mata' sudah bertahun-tahun lamanya. Tidak timbul ada unsur Freemason atau Illuminati kerana 'Mata' membawa maksud mencari atau 'searching.'

"Kami tidak pernah terfikir pun pasal Freemason atau Illuminati. Bagi Search, logo berbentuk tiga segi dan mata itu hanya satu simbol. Saya sangat terkilan kerana ia tidak seharusnya menjadi isu," kata Amy ketika menghubungi mStar Online semalam.

Sambungnya lagi, "Sewaktu Search mula-mula keluar dulu, kami gunakan simbol burung 'Vulture' dan selepas itu baru kami tukar kepada lambang mata. Bagi saya semuanya hanya satu kebetulan saja, sama seperti 'The Master Carpet' yang turut dikenali sebagai Checkered Floor yang digunakan dalam upacara tertentu gerakan Freemason.

"Berapa ramai orang buat lantai rumah menggunakan motif Checkered Floor ini. Takkanlah mereka semua ini ahli Freemason?," kata Amy.

Persembahan Hujan menerusi lagu Aku Skandal di AJL 24, didakwa mempunyai unsur ‘Freemason’ apabila Hujan menggunakan tali pemegang gitar yang mirip kepada The Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor yang digunakan dalam upacara tertentu oleh gerakan Freemason yang bertentangan dengan agama Islam.

"Andaian atau hipotesis yang cuba diutarakan tidak nampak sebarang logika. Saya juga menyangkal dakwaan konon kami dieksploitasi oleh pihak teknikal atau team produksi TV3.

"Saya rasa perkara ini berlaku secara tidak sengaja. Tidak timbul isu mengalakkan unsur Freemason atau sebagainya," jelas penyanyi terkenal ini yang aktif dalam beberapa usaha dakwah di negara ini.

Amy, bagaimana pun tidak terkejut dengan pendedahan dalam blog milik seorang penuntut Malaysia di Jordan, Mohammad Sufian Talib, 22, mengenai unsur-unsur negatif yang ditemui sepanjang majlis itu, yang berlangsung pada 10 Januari lalu di Stadium Putra Bukit Jalil.

"Search sudah establish selama tiga dekad. Kami tahu apa yang haram dan dilarang. Tidak mungkin kami dipengaruhi unsur Freemason. Its just coincidental...,"kata Amy.

Blog jejakitinggalanrasul.blogspot.com itu secara berani mendedahkan bukti-bukti gambar gerakan Freemason dan Illuminati yang dikatakan banyak mempunyai persamaan dengan set pentas program yang ditonton oleh 5 juta penonton itu.

Menurut sebuah akhbar, Freemason dan Illuminati adalah pertubuhan rahsia ke arah pembentukan New World Order dan mereka bergerak untuk mengawal dunia secara keseluruhan.

Selain Search, antara artis lain yang mirip kepada lambang yang terdapat pada logo Freemason adalah set pentas ketika persembahan Datuk Siti Nurhaliza.

Dalam blog tersebut, Sufian berkata: “Anda juga mungkin dapat lihat persamaan penari-penari ini dengan salah satu dari kerabat-kerabat firaun yang dipercayai oleh mereka mempunyai suatu yang berkuasa?

Alyah, finalis AJL 24, yang mengenakan gaun merah ala-ala ‘Lady In Red’ juga dikaitkan membawa simbolik yang digunakan dalam menjayakan organisasi ini serta bagaimana mesej bawah sedar digunakan seperti yang dipertontonkan dalam filem Devil’s Advocate, The Matrix dan dokumentari The Arrivals bahagian 13.

Selain itu, Sufian yang mewakili kumpulan pengkaji daripada gabungan Jejaki Tinggalan Rasul (JTR), Free Our Mind (FOM) dan Nur Toharah (NT) mengulas persamaan yang ditonjolkan oleh ramai pemain gitar seperti band Hujan dan Bunkface yang menggunakan tali pemegang gitar yang mirip kepada The Master Carpet

Nabila Bakal Timang Anak Perempuan

Walaupun sarat mengandung, Nabila tetap workaholic. Foto THE STAR Oleh AZLINA ABDULLAH

PERJALANAN seni insan bergelar Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi mula dikenali sebagai penyanyi dengan lagu 'X-RAY' suatu masa dulu.

Namun anak kepada penyanyi rock terkenal Amy Search ini, mula beralih arah ke bidang lakonan sehinggakan kebanyakan drama di kaca televisyen tidak terlepas memaparkan lakonannya.

Nabila, 25, yang kini sedang sarat berbadan dua memberitahu dia sudah tidak mahu menyanyi lagi kerana mengakui dirinya tidak berbakat seperti ayahnya.

"Buat masa ini saya berlakon tapi untuk menyanyi saya rasa tidak kot," katanya selepas majlis 'Sesi Ramah Mesra Bersama Barisan Pelakon Drama Bersiri Ejen 008 dan Na O Mei' di Restoran Rebung, Bangsar.

Ketika ditanya mengenai tahap kesihatannya dan bayi yang dikandung, Nabila memberitahu dia tidak mengalami apa-apa masalah dengan kandungan serta dirinya sendiri.

"Alhamdulillah, saya tidak mengalami gejala-gejala seperti muntah-muntah, loya dan penat," ujarnya.

Menurut Nabila, dia terkejut disahkan mengandung semasa berada di luar daerah untuk proses penggambaran drama bersiri Na O Mei.

"Saya dapat tahu saya mengandung masa shooting di luar daerah," kata isteri kepada Zaidy Zailani ini.

Menurut pengacara program Hits 1 ini lagi, dia beranggapan bayinya seperti memahami kariernya sebagai seorang anak seni kerana sepanjang tempoh lima bulan ini, dia tidak mengalami sebarang kompilasi atau masalah lain.

"Saya tidak mengalami apa-apa masalah, mungkin anak saya ni faham dengan kerja saya," ujarnya sambil ketawa.

Ditanya mengenai pengalaman mengandungkan anak pertama, Nabila memberitahu dia tidak risau kerana setiap kali menghadapi situasi seperti bayi bergerak, dia akan terus menelefon doktor untuk mendapat nasihat supaya dapat memastikan kandungannya tidak mempunyai masalah.

"Saya tidak terlalu berpantang, cuma jika saya hadapi masalah atau tidak selesa, saya terus telefon doktor," katanya.

Selain itu, aktres yang pernah membintangi drama Laila dan Majnun ini turut memberitahu semua orang disekelilingnya begitu teruja dengan anak yang bakal dilahirnya pada Mei depan.

"Papa gembira sangat kerana dia bakal bergelar datuk. Kedua-dua ibu saya juga tak sabar-sabar menunggu kelahiran anak saya ni," katanya sambil makan dengan berselera.

Dalam pada itu, Nabila memberitahu anak yang bakal dilahirnya nanti adalah perempuan dan dia masih belum fikirkan lagi nama untuk puterinya itu kerana dianggapnya terlalu awal.

"Baby saya ni perempuan, namanya pun tak difikir lagi, awal sangat rasanya," katanya.

Nabila turut memberitahu, dia tidak pernah membuat rujukan dengan membaca buku atau majalah khas sebagai panduan untuk bakal ibu bapa seperti orang lain.

"Saya lebih senang tanya mak saya sendiri, lagipun saya sudah bersedia untuk pegang tanggungjawab sebagai ibu," ujarnya.

Sementara itu, Nabila mengakui walaupun sedang sarat mengandung, dia tidak akan melepaskan peluang berlakon sekiranya diberi watak yang sesuai dengan keadaannya sekarang.

"Saya ni gila kerja (workaholic), tapi saya akan pastikan watak tersebut sesuai dengan saya," katanya.

Ahmad Dhani Cari Pengasuh Cantik Untuk Anak

WALAUPUN sudah memasang iklan di media, penyanyi kumpulan Dewa, Ahmad Dhani masih belum mendapatkan pengasuh yang sesuai untuk anal-anaknya, Al, El dan Dul.

Dia juga ada menyatakan bahawa pengasuh yang sedang dicari mestilah seorang perempuan yang cantik dan masih muda.

"Belum lagi dapat yang sesuai. Ya saya cari yang cantik, berpenampilan menarik, berpendidikan dan berbudi pekerti yang baik," ujarnya seperti dipetik Detikhot.com. Menurut Dhani, dia memang sengaja mencari pengasuh yang berpenampilan menarik kerana kriteria tersebut adalah permintaan daripada anak-anaknya.

"Anak-anak saya suka yang berpenampilan menarik," katanya.

Bukan itu sahaja, Dhani juga inginkan pengasuh yang sanggup berdampingan selama 24 jam dengan Al, El dan Dul. Bos Republik Cinta itu turut mengakui sukar untuk menguruskan ketiga-tiga anaknya itu.

"Ibunya sendiri saja tidak sanggup," katanya.

Aditya: Virus Penyakit Hati Industri Hiburan Membimbangkan

TAHAP kesihatan pemain-pemain industri hiburan terus menjadi pertikaian masyarakat luar yang terlalu rajin memerhati dengan mata, mulut, hidung, telinga dan lidah. Semua deria digunakan untuk lebih menghayati dalam pemerhatian itu supaya mudah mendirikan hujah untuk dipertikaikan.

Tidak dinafikan ramai yang sakit, cuma tahap kesakitan itu berbeza-beza bergantung kepada daya ketahanan badan masing-masing. Bagaimanapun jangan hanya memandang penyakit artis kerana sebagai manusia seperti peminat dan masyarakat pemerhati, mereka juga mempunyai virus dan bakteria di dalam badan yang kadang-kadang bisa memusnahkan orang lain.

Virus yang ada di dalam diri sendiri harus dijaga supaya tidak menular menjangkiti orang sekitar. Bagaikan virus H1N1 yang perlu dikekang, begitu juga dengan virus penyakit hati sesama manusia yang Aditya lihat semakin pesat penularannya di kalangan pemerhati industri seni.

Kemudahan Facebook atau apa saja yang sejenis dengannya, selalu digunakan dengan cara tidak betul mungkin kerana hati mereka juga tidak berada di tempat yang sepatutnya.


I Hate Fasha Sandha dan We Hate Memey, dua akaun (setakat ini yang diketahui) dibuka di dalam Facebook untuk menyatakan kebencian golongan manusia ini terhadap dua artis wanita yang sebelum ini sering menjadi bahan cemuhan masyarakat. Tidak cukup dengan paparan media yang cuba memberi keadilan terhadap mereka, pihak yang bukan media pula mencipta kumpulan untuk membenci mereka berdua.

Walau jahat atau silap mana sekalipun mereka, Fasha dan Memey juga manusia yang dicipta Allah. Membenci mereka bermakna membenci ciptaan Allah. Tidakkah pembenci itu tahu kaitan pautan tersebut?

Aditya bukan peminat dua artis yang dicop perampas suami orang itu tetapi sebagai manusia, Aditya tertanya-tanya ke mana hilangnya nilai kemanusiaan di kalangan kita hari ini. Usah biarkan nilai itu pudar dan pupus kerana kebencian itu.

Alangkah bahagianya para syaitan dengan perkembangan ini. Bergembira bertepuk tangan mereka menyambut kebencian manusia terhadap manusia lain sekali gus menandakan satu lagi kemenangan mereka ke atas porak peranda anak Adam.


Siapa lagi selepas Fasha dan Memey? Kebebasan yang diberikan seumpama disalahgunakan oleh pihak tertentu untuk meluahkan ketidakpuasan hati masing-masing (dalam konteks yang dimaksudkan di sini ialah terhadap kedua-dua artis tersebut).

Ya, memang mereka mempunyai hak untuk bersuara tetapi di dalam cara apa dan bagaimana? Apakah ia sesuai dengan budaya Malaysia yang selama ini kononnya kita agungkan sebagai tebal dengan adat ketimuran yang penuh sopan santun dan berbudi bahasa?

Tidak dinafikan Fasha dan Memey melalui fasa kehidupan peribadi yang hitam (kononnya selalu dicop sebagai perosak rumah tangga wanita lain) tetapi harus diingat, kesilapan mereka itu seharusnya menjadi teladan dan sempadan buat kita yang memerhati agar tidak mencontohi yang apa yang telah mereka lakukan.

Pun begitu, kalaulah dakwaan selama ini itu benar belaka kerana kita juga ingat, bertepuk sebelah tangan biasanya tidak berbunyi. Tidak tahu pula kalau zaman sekarang, bermain tepuk amai-amai dengan angin kosong pun ia boleh menggegarkan dunia?

Kebebasan untuk kita meluahkan nuansa benci yang terdetik di dalam hati itu ada ketikanya silap lokasi malah kalau kita bercakap mengenai kebencian ini dalam konteks Islam atau dalam juga agama anutan, perkara itulah yang amat tidak disukai oleh Tuhan.

Usah membiarkan benci yang sekelumit berdetik di hati membiak membentuk habitat dalam diri kita sehingga ia akhirnya mampu mengawal diri kita dengan sifat amarah.

Benci bagaikan kuman yang akan membentuk koloni dan mencipta nanah seperti bisul. Lalu kita biarkan ia membesar sehingga menjadi penyakit merbahaya seperti kanser seumpamanya. Siapa yang susah kalau bukan diri kita sendiri.

Namun kerana kebencian itu juga, menyebabkan nyalaan api amarah yang akan menguasai diri. Silap-silap orang, tidak mampu untuk mengawalnya dan anda tahu apa akan terjadi dalam episod kehidupan manusia itu seterusnya.

Macam juga hak kebebasan untuk membenci seseorang yang cuba Aditya bentangkan kali ini. Kita perlukan kebebasan tetapi kiranya keterlaluan, ia boleh merosakkan dan dalam situasi ini, ia bisa memusnahkan hati kita. Tolonglah cuba belajar bersikap positif, memandang yang putih di sebalik kepekatan hitam.

Sheila Majid Tidak Jemu Ber'Twitter' Untuk Dekati Peminat

KEGHAIRAHAN melayari laman web sosial 'Twitter' sudah mula menjangkiti Ratu Jazz negara, Datuk Sheila Majid.

Kata penyanyi genit itu, dia semakin kemaruk dan minat dengan Twitter. Malah aktiviti itu sudah menjadi rutin dalam kehidupan penyanyi terkenal ini.

"Bukanlah ketagih tapi saya semakin excited bertwitter tapi saya akui cukup teruja dapat berkomunikasi secara maya begini," kata Sheila yang memulakan hobi barunya ini pada awal bulan ini.

"Saya ni bukan pandai sangat tentang komputer tetapi saya tidak mahu ketinggalan berinteraksi dengan peminat setia melalui facebook dan twitter," kata Sheila yang sudah berjaya mengumpul ribuan peminat yang tidak jemu mengikuti perkembangannya melalui Twitter.

Sheila juga sudah memasang azam yang kuat untuk mempelajari selok belok pengendalian komputer mulai tahun ini.

"Saya rasa begitu teruja melihat repons dari peminat-peminat di dua laman popular seperti facebook dan Twitter ini," jelas ibu kepada empat orang anak ini.

Katanya lagi, "Kalau dulu, memang sukar bagi peminat mengikuti gerak kerja artis tapi kini, dengan adanya laman facebook dan twitter, semuanya dapat diketahui dengan cepat dan pantas."

Sheila juga mengalu-alukan peminat-peminat berhubung terus dengannya melalui Twitter atau facebook. Hubungan akrab antara Sheila dan peminat dapat dilihat di laman Twitternya di mana segala laporan dibuat melalui Twitter 'Team Sheila Majid.'

"Pengalaman bertwitter bersama peminat begitu menarik. Ada saja berita terkini yang ingin saya sampaikan dan sejurus itu juga saya akan mendapat respon dari ramai peminat. Itu yang membuat saya rasa puas bertwitter. Kaedah ini juga membuat saya rasa begitu dekat dengan peminat," kata Sheila.

Tahun ini genaplah secara rasmi usia 25 tahun kehadiran Sheila Majid dalam industri ini.

Semua kejayaan yang dikecapi setakat ini cukup manis dirasakan dan yang membuat dia lebih teruja ialah kerana sambutan peminat yang tidak bertepi selama ini.

"Saya tidak terfikir untuk berada dalam industri ini selama 25 tahun dan saya sangat bertuah kerana masih diterima ramai. Semua peminat sudah bertukar menjadi kawan-kawan dan proses evolusi ini saya rasakan cukup manis sekali," jelas Sheila ketika dihubungi mStar Online semalam.

Sokongan peminat membuat setiap liku yang dijalaninya lebih bermakna kerana mereka cukup mengerti pengorbanan 25 tahun penyanyi genit bernama Shiela Majid ini.

"Saya bersyukur kerana saya dapat mengecapi hari ini dengan tenang bersama anak-anak yang sedang membesar di samping suami dan keluarga saya," jelas penyanyi genit berusia 44 tahun ini.

Lembaran 2010 disambut dengan momen yang begitu indah bila Sheila membuat sebuah konsert Tahun Baru bersama penyanyi terkenal Indonesia, Ruth Sahanaya dan Kuh Ledesma di Jakarta dan disaksikan kira-kira empat juta penonton di saluran Metro TV.

Lembaran baru penuh sejarah itu akan diikuti dengan berapa projek yang sedang dirancang sejak tahun lepas lagi.

Sempena ulang tahun jubli perak, Sheila akan menggiatkan penerbitan klip video lagu single barunya bertajuk 'Dengarkanlah' (ciptaan Acis, lirik oleh Shiela sendiri), seperti yang dikhabarkan lewat laman Twitternya.

Khabarnya, Sheila akan membuat persembahan Java Jazz bersama program TV di Jakarta serta memenuhi undangan persembahan di Perth, Australia pada bulan March ini.

"Saya cukup terharu melihat kesungguhan peminat saya yang tidak jemu-jemu menyokong saya selama ini. Semua perjalanan karier saya berlaku di depan mata peminat. Saya bersyukur diterima baik sehingga saat ini. Mereka setia bersama saya sejak dari saya seorang gadis berusia 19 tahun, berkahwin dan menjadi ibu, hinggalah sekarang....mereka tetap bersama saya," kata Sheila.

Penyanyi jelita yang juga mempunyai produk kosmetik di bawah label 'Jernih', ini juga akan mengadakan konsert khas buat peminatnya pada 27 November depan dan sedang rancak mencari penaja.

"Saya memilih tarikh itu kerana 27 November adalah tarikh berlangsungnya konsert pertama saya, Lagenda di Stadium Negara pada 1991. Tapi semua ini tidak akan berhasil jika saya tidak dapat penaja untuk konsert itu," katanya.

Shiela juga sudah mengidamkan sebuah konsert khas untuk semua peminat setianya.

"Selama ini bukan semua dapat menyaksikan persembahan saya yang kebanyakannya diadakan di hotel-hotel besar. Saya sudah lama ingin mengadakan sebuah konsert yang boleh dihadiri oleh semua lapisan masyarakat," kata Sheila yang cukup akur dengan perjalananan seni artis tempatan.

"Nantilah bila sampai masanya, saya akan hebahkan melalui Twitter...," kata Sheila sambil ketawa.

Orlando Bloom Bosan Jadi Lanun

AKTOR popular dengan watak Will dalam filem Pirates Of The Caribbean, Orlando Bloom menolak untuk berlakon filem tersebut untuk siri keempat.

Filem yang diarahkan oleh Rob Marshall ditolak mentah-mentah dengan alasan dia mempunyai hal lain.

"Tidak, pasti tidak. Bagi saya ketika ini karakter Will sedang berenang bersama ikan-ikan di dasar lautan," ujar Orlando ketika ditanya keterlibatannya.

Sementara itu, Johnny Depp juga masih belum mengesahkan persetujuannya untuk terlibat dalam filem tersebut walaupun Rob Marshall khabarnya sudah berkali-kali merayu kepada aktor utama itu.

"Saya seronok beraksi dalam ketiga-tiga filem ini. Namun buat kali ini saya ingin melakukan hal yang lain," lanjut Orlando seperti dipetik dari Splash News.

Dalam pada itu, Orlando masih dalam proses pengambaran filem The Cross dan setakat ini belum ada projek lain yang dikaitkan dengan aktor 33 tahun ini.

Jennifer Aniston Punca Perpisahan Brad-Jolie

SIAPA juga tidak menyangka bahawa aktor kacak, Brad Pitt seorang yang membosankan dan beracun?. Kenyataan itu yang diungkapkan Angelina Jolie setelah empat tahun mereka bersama.

Ada yang mengatakan acara makan malam di Alto Restaurant sekitar awal bulan Januari lalu adalah petanda awal dari perpisahan ini.

Khabarnya pasangan ini bertengkar dan Brad meminta Angelina untuk bertemu pakar psikologi sementara Angelina memanggil Brad sebagai racun yang harus dihindari.

Empat jam mereka menghabiskan masa bertengkar di salah satu restoran paling terkemuka di Manhattan.

Satu jam kemudian mereka berdua meninggalkan restoran, Angelina keluar dengan wajah suram sementara Brad dilihat seperti mengkhawatiri sesuatu. Beberapa hari kemudian, beberapa saksi sempat melihat Brad Pitt dan Angelina Jolie memasuki sebuah pejabat guaman di Beverly Hills.

Walaupun tidak pernah bernikah namun selama empat tahun lebih bersama, pasangan ini memiliki enam orang anak, rumah di serata tempat dan harta sepencarian yang khabarnya mencapai 205 juta Pound sterling. Selama menjalin hubungan asmara, pasangan ini juga sempat membeli lima buah rumah di Loz Feliz, Los Angeles dan sebuah istana dengan 35 buah bilik yang dibeli dengan harga 20 juta Pound sterling.

Bukan hanya itu, mereka berdua juga memiliki sebuah pulau di Dubai yang berbentuk seperti Etiopia, sebuah cagar alam dan beberapa perkampungan di Kamboja termasuk sebuah rumah mewah berjumlah 1,2 juta Poundsterling di New Orleans.

Beberapa media juga menulis bahawa bibit keretakkan hubungan mereka berpunca dari bekas isteri Brad, Jennifer Aniston. Beberapa fakta yang dikeluarkan media menyatakan peminat lebih suka melihat Brad bersama Jennifer ditambah pula kenyataan bahawa keluarga Brad lebih suka pada Jennifer membuatkan Angelina selalu resah. Setiap cerita berhubung Brad dan Jennifer selalu mengundang pertengkaran di antara mereka.

Walaupun sumber terdekat pasangan ini selalu menyangkal tentang perpisahan di antara mereka berdua namun banyak yang mengatakan Brad dan Angelina pada dasarnya sudah berpisah.

Apabila terpaksa bermalam di hotel keduanya memilih tinggal di bilik berasingan dan Brad dikatakan juga sudah membeli sebuah rumah di Los Angeles agar mereka dapat tinggal berasingan.

Sepanjang hubungan mereka khabar angin sering datang silih berganti tapi tidak satu pun yang mampu memisahkan pasangan paling sensasi di Hollywood ini. Namun melihat perkembangan belakangan ini, benarkah hubungan ini akan segera berakhir?

Miley Cyrus Mahu Menjadi Perunding Perkahwinan

PELAKON filem Hannah Montana, Miley Cyrus memberitahu dia mempunyai impian untuk menjadi perunding perkahwinan.

Pelakon yang berumur 17 tahun ini juga antara pelakon utama filem tersebut turut memberitahu dia tidak merancang untuk mengikuti Showbiz.

"Saya mengidamkan untuk menjadi seorang perunding perkahwinan. Saya berminat dengan idea untuk melakukan majlis-majlis besar. Tetapi saya menghadapi masalah dengan masa dan jadual.

Anak kepada penyanyi Billy Ray Cyrus ini, turut memberitahu mengenai lelaki idamannya.

"Saya suka lelaki yang spontan, lelaki yang tidak terlalu mencorakkan kehidupannya dan tetap bergaul dengan dunia luar.

"Saya bukan seorang yang terlalu mementingkan yang terbaik dan mengharapkan seperti makan malam yang romantik. Saya sebenarnya suka ke pantai dan keluar untuk melakukan sesuatu,"katanya.

Imuda Kahwin Bulan Februari

Kesunyian pelakon dan pelukis terkenal, Imuda selama enam tahun selepas bercerai dengan isteri pertamanya akan berakhir tidak lama lagi. Ini kerana Imuda bakal menamatkan zaman dudanya dengan seorang gadis yang berasal dari Pulau Pinang bulan depan. Imuda atau nama sebenarnya, Abdul Rahim Muda , 50, bakal mengahwini Sabrina Ali, 28, pada 20 Februari ini. Imuda berkata, hatinya mula tertarik untuk mengenali Sabrina ketika kali pertama bertemu di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang ketika dia mengadakan persembahan di situ.

"Daripada pertemuan itu, kami berkawan dan berkenalan dengan lebih rapat sehingga membuat keputusan untuk berkahwin," kata Imuda.
Berita gembira ini juga kata Imuda, disambut baik oleh dua anaknya, Raihana, 15, dan Mohd. Redza, 8, hasil perkahwinan pertamanya dahulu.
"Tiada apa yang menggembirakan saya selain anak-anak merestui perkahwinan kali ini. Bahkan, bakal isteri saya juga bersedia menerima kehadiran anak-anak saya," kata Imuda lagi.
Menurut Imuda juga, dia dan bakal isterinya itu akan diraikan pada satu majlis persandingan di rumah pengantin perempuan pada 21 Februari ini.

Pesanan Buat Linda Onn dan Scha al Yahya daripada Fahrin

Entah di mana silapnya, dua selebriti yang pernah bercinta selama hampir lima tahun dan putus pada setahun yang lalu, Fahrin Ahmad dan Linda Onn kini menjadi musuh antara satu sama lain. Sepanjang perpisahan mereka, ada sahaja kenyataan demi kenyataan berbalas yang diberikan mereka walaupun pada ketika itu, Fahrin sudah pun mempunyai kekasih baru iaitu Scha Al-Yahya.

Bagaimanapun, cinta antara Fahrin dan Scha tidak kekal lama setelah hubungan mereka putus pada September tahun lalu. Kini, gara-gara kenyataan yang dikeluarkan Linda menerusi dua buah akhbar dengan dakwaan Fahrin seorang lelaki kaki pukul dan panas baran, Fahrin terpaksa membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang.

"Apa yang saya boleh lakukan kepada mereka ialah, adalah lebih baik kita bercakap kepada media dengan cara baik. Cuma saya ingin nasihatkan pada mereka serta artis-artis lain, untuk membekalkan diri sedikit ilmu mengenai undang-undang hiburan. Saya risau bila melihatkan ramai yang membuat kenyataan yang boleh membahayakan diri mereka."
"Bila saya bercinta, saya bersungguh-sungguh dan ikhlas. Saya nak semua orang tahu. Saya bukannya nak main-main kerana usia saya pun dah tua. Sehingga hari ini saya tidak berdendam pun dengan mereka. Saya bangga dengan kejayaan mereka dan saya juga doakan mereka. Cuma saya sedih dia memecahbelahkan peminat-peminat kita. Bila kita simpan keaiban orang lain, tuhan akan simpan keaiban kita." kata Fahrin yang dalam kesedihan

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes