Saya Peminat Shah Rukh - Akon
by Abdul Hamid Lembah Bujang
Akon akan menyumbangkan lagunya dalam filem terbaru lakonan Shah Rukh Khan, Ra.One.PENYANYI R&B, Akon ke negara India untuk merakamkan lagu bagi filem terbaru yang dibintangi Shah Rukh Khan berjudul Ra.One. Akon juga mengakui dia adalah antara peminat bintang Bollywood itu dan kunjungannya adalah bukan sahaja untuk merakamkan lagu tetapi turut akan mengadakan persembahannya di negara tersebut.
"Saya adalah peminat Shah Rukh. Saya sudah biasa bekerja dengannya. Saya juga pertama kali bertemu dengan aktres jelita Kareena Kapoor," kata Akon.
Akon bukan sahaja menyanyi lagu itu, tetapi turut terlibat sebagai komposer lagu tersebut untuk filem Ra.One.
"Saya juga komposer untuk lagu itu. Dua buah lagu yang masih dalam proses untuk disiapkan itu akan saya berikan kepada Shah Rukh. Saya turut memasukkan elemen yang terdapat dalam filem tradisional Bollywood. Mereka juga boleh memilih lagu yang sesuai untuk filem terbaru itu," ujarnya.
Dalam filem terbaru itu, Shah Rukh Khan akan memegang watak superhero yang diterbitkan oleh Syarikat Red Chilies Entertainment.
Akon Berhenti Kerja Di Stesen Radio ??
by Abdul Hamid Lembah Bujang
Akon ketika mengadakan persembahannya di Anugerah MuchMusic Video di Toronto, Canada.PENYANYI R&B, Akon telah berhenti kerja dari stesen radio di London selepas ke udara untuk satu siaran sahaja.
Menurut laporan, penyanyi itu telah meletak jawatan selepas mengendalikan slotnya dua jam setiap malam minggu di stesen radio Capital FM.
Pertama kali Akon ke udara di stesen radio tersebut adalah pada 13 Februari lalu. Ketua stesen radio tersebut juga telah mengesahkan Akon tidak akan kembali untuk mengendalikan rancangannya itu.
"Akon terpaksa memberikan sepenuh komitmen untuk album terbarunya. Buat masa ini, kami tidak akan meneruskan slot itu di Capital FM yang berfrekuensi 95.8. Mungkin pada masa-masa hadapan kami berdua akan bekerjasama," kata jurucakap Radio Global, syarikat milik Capital FM.
Akon Bakal Bergelar DJ Radio
by Abdul Hamid Lembah Bujang

PENYANYI terkenal Akon bakal menjadi penghibur di corong radio melalui rancangan mingguan yang dikendalinya.
Penyanyi yang popular dengan lagu Lonely itu telah pun menerima tawaran tersebut untuk mengendalikan programnya selama dua jam yang akan ke udara setiap malam minggu di radio London''''s Capital FM.
"Kami sungguh teruja dengan kehadiran Akon yang cukup hebat dengan nyanyian R&B itu kerana menerima tawaran daripada radio yang berfrekuensi 95.8 Capital FM," kata Paul Jackson selaku pengarah program.
Tambahnya lagi, Akon juga akan bekerja dengan penghibur lagenda seperti Lady Gaga, Whitney Houston and Eminem setrta beberapa muka baru lain.
Segmen program yang dikendalikan Akon bakal menemui pendengarnya pada 13 Februari ini.

