Showing posts with label Yasmin Hani. Show all posts
Showing posts with label Yasmin Hani. Show all posts

Yasmin Hani, Lana Nordin, Tania Zara Saman Dua Produksi Filem


SETELAH dua tahun sabar menanti, Aquila Emas bersama tiga artisnya, Yasmin Hani, Lana Nordin dan Tania Zara menuntut baki bayaran RM23,800 daripada dua penerbit filem iaitu Secondlife Picture Sdn Bhd dan Sketch Seven Sdn Bhd.

Mereka memutuskan untuk memfailkan satu tuntutan saman terhadap dua buah syarikat produksi filem tersebut kerana gagal dan ingkar menjelaskan baki pembayaran untuk lakonan mereka dalam filem terbitan produksi terbabit.

Langkah Aquila Emas untuk memperoleh baki bayaran daripada dua penerbit filem tersebut iaitu Secondlife Picture Sdn Bhd untuk filem Gentayangan dan Sketch Seven Sdn Bhd untuk filem Uncle Usinsejak 2008 menemui jalan buntu. Keempat-empat plaintif akan memfailkan tuntutan saman terhadap kedua-dua defendan melalui Tetuan Palaya & Partners.

Tuntutan saman tersebut akan difailkan esok (Khamis), di Pejabat Pendaftar Mahkamah Majistret, Jalan Duta, Kuala Lumpur, pukul 3.00 petang.

Beberapa bulan lalu, seorang artis Aquila Emas iaitu Tony Eusoff telah memfailkan saman berjumlah RM500,000 terhadap syarikat tekstil, Gulatis Exclusive Sdn Bhd. Walau bagaimanapun kes tersebut telah diselesaikan di luar mahkamah.

Geng ‘Celepets’ Tak Sabar Nanti Kelahiran Anak Dynas

Atilia bersama dengan dua ekor kucingnya, Smeagol dan Precrous ketika temubual di rumahnya baru-baru ini.

“Hubungan kami tidak pernah putus. Semuanya mempunyai telefon biBERMULA daripada perjumpaan di majlis pelancaran produk makanan kucing, Fancy Feast, hubungan tujuh selebriti- Atilia, Serena Choong, Yasmin Hani, Sazzy Falak, Dynas, Daphne Iking dan Aishah Sinclair semakin akrab sehingga nama geng ‘Celepets’ tercipta.

Idea nama ‘Celepets’ dipilih bagi memberikan maksud selebriti yang mempunyai haiwan peliharaan (pet).

Penyanyi jazz kontemporari, Atilia memelihara dua ekor kucing; penyampai Hitz FM, Serena (anjing); pengacara dan pelakon, Hani (Kucing); pengacara dan pelakon, Sazzy (lima kucing); pelakon, Dynas (kucing); pengacara, Daphne (kucing) manakala pengacara, Aishah Sinclair (dua kucing).

“Kami sudah lama mengenali antara satu sama lain dalam industri ini tetapi tidak pernah menjadi kawan baik. Tetapi saya sudah lama rapat dengan Hani dan Sazzy sejak Ria Sentral dulu lagi,” kata Atilia ketika berkunjung di rumahnya baru-baru ini.

Masuk tahun ini, sudah dua tahun tujuh selebriti itu menjadi kawan rapat. Masih teringat lagi Atilia sewaktu ketujuh-tujuh mereka berkumpul dalam majlis hari jadi Daphne pada tahun lalu.

mbit Black Berry. Jadi, kami selalu menggunakannya untuk berhubung antara satu sama lain,” luah Atilia dengan penuh gembira ketika membayangkan suasana ketika masing-masing berkomunikasi.

Selain berkongsi minat memelihara binatang, mereka juga saling meminati yoga. Pernah sekali mereka menghabiskan masa di beyoga setiap hari di bawah rumahnya di Damansara Perdana.

“Kami juga pernah menikmati yoga sewaktu bercuti di Bali, Indonesia,” kata pemilik nama Raja Puteri Atilia Raja Haron, 36, lagi sambil bermain dengan dua ekor kucingnya, Smeagol dan Precrous.

Dalam rancak berbual, puteri sulung penyanyi veteran Salamiah Hassan itu sempat berkongsi cerita tentang perasaan terujanya dan kawan-kawan lain menantikan kelahiran bayi sulung Dynas yang dijangka bersalin pada 1 April ini.

Malah, katanya mereka juga berkongsi masalah dan tidak lokek menasihati antara satu sama lain.

“Kami saling menyokong antara satu sama lain. Misalnya, kami memberikan sokongan moral kepada Daphne baru-baru ini.

“Bagi saya, hubungan kami sangat istimewa kerana masing-masing berkecimpung dalam industri seni.

“Kami jarang sibuk pada weekday sedangkan kawan-kawan luar dari industri ini sibuk dengan karier masing-masing.

“Kami siap boleh buat perniagaan melibatkan muzik dan tarian. Kalau tiga orang yang menyertai sesuatu program itu, tujuh-tujuh akan pergi sekali.

“Insya-Allah, saya akan membawa keenam-enam kawan saya untuk terlibat sama dalam pembikinan muzik video lagu saya berjudul Indah,” tuturnya.

Yasmin Hani Akui Sering Kecundang Cinta


WANITA seksi berambut perang bernama Marilyn Monroe antara bintang Hollywood paling terkenal hingga ke hari ini.

Bintang legenda yang pernah menjadi model dan aktres itu disahkan mati di kediamannya di Brentwood, Los Angeles, Amerika Syarikat pada awal pagi 5 Ogos 1962 berusia 36 tahun.

Marilyn dilaporkan berkemungkinan membunuh diri dengan mengambil Chloral Hydrate dan Nembutal berlebihan kerana gagal menangani tekanan.

Di sebalik cerita negatifnya, mungkin ramai muda-mudi sekarang tidak tahu sifat sebenar diri aktres seksi itu kerana kematian tragisnya banyak mengaburi personaliti sebenarnya.Biarpun tidak mengenali peribadi pelakon tersohor itu, aktres jelita Yasmin Hani menganggap Marilyn sebagai seorang ikon, diva dan lambang wanita yang cantik.Walaupun semua orang mengaitkan Marilyn dengan simbol seks, tetapi bagi Hani sifat feminin yang dimiliki Marilyn sukar ditandingi oleh mana-mana wanita.Sudah hampir 50 tahun Marilyn pergi, belum ada lagi bintang Hollywood yang dapat menandingi aura atau gelaran simbol seks yang diberi kepadanya.

“Kecantikannya membuatkan ramai yang tergila-gilakannya tetapi pada masa yang sama ramai yang tidak tahu bahawa dia sebenarnya tidak gembira dengan kehidupannya dan lebih mementingkan diri orang lain berbanding diri sendiri,” kata Hani atau nama sebenarnya Yasmin Hani Richardson.

Begitu mendalam Hani menyelami diri Marilyn walaupun begitu jauh jarak usia antara dia dan wanita dambaan jutaan lelaki itu yang berusia 84 tahun seandainya dia masih hidup.

Di sebalik cerita duka Marilyn yang selalu kecundang dalam percintaan, kebetulan juga Hani pun telah banyak kali dilanda kekecewaan akibat putus cinta dengan insan bernama lelaki.

Pelakon filem Duyung dan Dua Hati Satu Jiwa itu berkata, dia juga pernah hampir dikahwinkan dengan seorang jejaka.

Waktu itu usianya baru mencecah 20-an dan baru hendak berjinak-jinak dalam dunia penyiaran. Cinta pertamanya itu disulami dengan cintanya kepada karier setelah mengendalikan program Muzik@Ria di Astro.

“Nasib baik saya baru melalui proses merisik dan belum sempat bertunang. Apabila memikirkan yang diri saya akan berhadapan dengan alam perkahwinan pada usia muda, terus saya meminta untuk putus kerana terlampau banyak peluang kerja yang menanti.

“Ikutkan, saya tidaklah terlalu kecewa sehingga frust tetapi saya pernah alami perasaan putus cinta sebegitu dalam hubungan saya dengan teman lelaki yang lalu,” jelas aktres peramah ini.

Jelas Hani lagi, waktu dikecewakan oleh lelaki, dia lebih suka terperap di rumah dan ibunya, Kamariah Ismail menjadi tempat dia mengadu.

“Apabila bertemu dengan rakan-rakan, saya juga melarang mereka daripada memasang lagu-lagu yang sentimental bagi mengelakkan rasa sedih,” jelas wanita berusia 31 tahun itu yang sekali lagi mengalami saat putus kasih tahun lalu.

Jika ditanya tentang pengalaman putus cinta, usah dicakap berapa kali. “Cukuplah dikatakan beberapa kali.....,” kata Hani jujur.

Kadangkala, ibunya ada juga bertanyakan tentang bilakah dia akan menamatkan zaman bujang.

“Lama-kelamaan, ibu saya memahami dan lebih banyak memberikan kata semangat. Dia selalu beri saya semangat supaya tidak putus asa. Kata ibu, jangan kenang orang lepas, cari saja yang lain....,” kata Hani yang berpijak pada bumi nyata.

Kata aktres kacukan Inggeris dan Melayu ini, dia redha, andai jodohnya datang pada usia 35 tahun sekalipun.“Sesungguhnya Tuhan telah menetapkan bila jodoh saya sampai dan memberi jalan untuk saya mengukuhkan karier terlebih dahulu,” katanya.

Kini bila melihat ramai rakan sebaya sudah pun mendirikan rumah tangga, jiwa anak ketiga daripada empat beradik itu tidak sabar untuk mempunyai anak.

“Biarlah masa menentukan…,” kata Hani.

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes