Rozita Che Wan Tempah 30 Pasang Baju Raya

Rozita akan muncul di pawagam menerusi filem 4 Madu dan beberapa telefilem dan program Raya di RTM, TV3, Astro Ria dan Astro Warna pada Hari Raya tahun ini. - Foto oleh AZMAN GHANI

MEMANDANGKAN wajahnya akan menghiasai kebanyakan stesen televisyen pada Hari Raya Aidilfitri nanti, aktres jelita Rozita Che Wan, 37, mahu berada di hadapan televisyen di rumah sahaja sebagai memenuhi aktiviti Hari Rayanya.

Dalam nada bergurau, dia yang akan pulang beraya di kampung halaman di Alor Setar, Kedah pada Hari Raya pertama nanti, berkata raya tahun ini lebih meriah sebab wajahnya lebih kerap muncul di televisyen termasuk sebuah filem lakonannya yang menjengah pawagam pada Hari Raya pertama berjudul 4 Madu.

Berbanding tahun lalu, penonton dapat menyaksikan pelakon popular menerusi drama bersiri Kiah Pekasam itu di Astro Warna dan Astro Ria pada Hari Raya nanti. Selain itu, dia turut muncul di saluran RTM dan TV3.

Antara telefilem dan program Hari Raya yang dibintangi oleh Rozita adalah Sorok Madupada malam Hari Raya di TV3, Aduhai Makmur (Hari Raya Pertama, 9 malam, TV3), Tu Dia Kiah Nak Raya (Hari Raya Kedua, 9 malam, Astro Warna), Lawaknya Fantasia Raya, Hari Raya Ketiga, 9 malam, Astro Ria), Goyang Shafiq (Rabu & Khamis, TV3) dan Masihkah Ada Sinar (RTM).

Rozita menggayakan salah satu pakaian Rayanya rekaan Qudyn.

“Pada tahun lalu, saya tak terlibat dengan Astro tetapi tahun ini ada. Yang menariknya, kebanyakan watak yang saya lakonkan di televisyen pada tahun ini merupakan watak komedi tetapi ada juga saya berlakon dalam cerita sedih iaitu Masihkah Ada Sinar,” katanya kepada mStar Online.

Selain itu, yang menarik tentang Rozita untuk sambutan Syawal pada tahun ini apabila dia telah menyediakan 30 pasang baju Hari Raya yang bertemakan warna lembut.

Empat pereka fesyen yang menghasilkan bajunya ialah Rizman Ruzaini, Man Kajang, Calvin Thoo dan Qudyn.

Bukan hanya menggayakan pakaian tersebut untuk Hari Raya nanti, Rozita terlebih awal menggunakan beberapa pasang pakaian berkenaan untuk menghadiri majlis berbuka puasa dan sesi fotografi.

Jangan Kecewa, Mungkinkah Ini Kekasih Baru Nora Danish?

gambar kekasih baru nora danish

Rileks. Tarik nafas panjang-panjang lelebih lagi kalau anda peminat si janda hangat, Nora Danish. Khabarnya kini Nora Danish sedang berkawan dengan seorang anak Datuk dari Kelantan. Boleh tahan handsome jugak kalau berdasarkan gambar di atas.

Tapi ada spekulasi yang mengatakan bahawa si anak Datuk yang dikenali sebagai Shahrul ini memang baik dengan ramai artis. Mengikut Kosmon, Shahrul sebelum ini pernah bercinta dengan artis Indonesia dan juga Wangi dari Fabulous Cat. So mungkin dia dan Nora Danish cuma kawan biasa sahaja.

So kepada mereka-mereka di luar sana yang menyimpan hati kepada Nora Danish, anda masih ada peluang lagi. Teruskan usaha anda untuk mengorat ND. Selagi belum jadi bini orang, selagi itulah anda berpeluang. Tak gitu?

(TAHNIAH) Waheeda Sah Berpurdah, Sejuk Mata Memandang ~~~

waheeda confirm berpurdah

Baru-baru ini kami telah dijemput oleh pihak Astro untuk berbuka puasa di Bora Asmara. Ramai sungguh artis-artis yang datang. Tapi yang balik menjadi tumpuan sudah tentu kehadiran Waheeda dan Akhil Hayy. Waheeda seperti yang kita tahu memang sudah lama tak keluar di mana-mana suratkhabar atau majalah selepas berkahwin.

Dan kami tak terkejut dengan pemakaian purdah oleh Waheeda. Dulu pun kami pernah keluarkan gambar Waheeda berpurdah. Cuma kali ini memang sah dan confirmlah dia sudah berpurdah. Jutaan tahniah kami ucapkan. Bukan senang nak berpurdah tapi Waheeda ternyata mampu.

Buat pengetahuan semua, Waheeda sudah pun bersara daripada dunia seni. Jadi dia datang time tue hanyalah untuk menemani suaminya, Akhil Hayy.

Justin Bieber Ingin Meniduri Emma Watson


 

PENYANYI Justin Bieber mengaku jatuh cinta kepada bintang Harry Potter, Emma Watson. Malah dia berharap dapat meniduri pelakon yang membawakan watak Hermione Granger itu suatu masa nanti


"Saya ingin dia hadir di salah sebuah konsert saya. Selepas konsert, saya mahu melakukan hubungan kelamin atau mungkin sekadar makan malam," ujar penyanyi yang popular dengan lagu Baby itu, menurut The Sun, Sabtu.

Bieber mengakui Emma merupakan salah seorang aktres remaja yang mempunyai karier yang cukup bersinar. Dia juga berasa bertuah jika dapat bersama dengan aktres berasal dari Britain itu.

Namun, Bieber merasakan agak sukar untuk mencapai keinginannya yang satu itu kerana saat ini, Emma sedang menjalin cinta dengan pemuzik George Craig.

Farid Kamil Tiada Masalah Disiplin - David Teo


Imej terbaru aktor/pengarah Farid Kamil dalam filem Apokalips (2010)

PIHAK Metrowealth International Group (MIG) telah berjumpa dengan pihak Astro pada Isnin lalu untuk berbincang tentang kegagalan Farid Kamil untuk hadir pada sesi rakaman program raya Astro Prima berjudul Kampung Prima: Babak 105 yang kononnya berpunca daripada masalah disiplin pelakon kacak itu.

Ketua Pegawai Eksekutif MIG, David Teo Chew Huat berkata, hasil perbincangan itu mendapati ia berpunca daripada salah faham yang wujud antara pihak MIG mahupun Astro.

"Kedua-dua pegawai syarikat di MIG dan Astro tidak tahu tentang rakaman tersebut. Hanya pihak produksi tahu tentang hal tersebut. Ini menyebabkan timbul salah faham," katanya kepada mStar Online.

Pada 13 Ogos lalu, Farid tidak hadir untuk menjayakan sesi rakaman tersebut sehingga menyukarkan semua pihak yang terbabit dalam produksi berkenaan.

Artis eksklusif Astro itu bagaimanapun telah hadir pada sesi latihan sebelah siang hari yang sama. Ini menyebabkan skrip program muzikal komedi itu terpaksa dirombak semula.

Malah Farid dikatakan mempunyai masalah disiplin.

Sambil menegaskan salah faham itu telah diselesaikan secara baik, David Teo berkata, mulai sekarang kedua-dua pihak akan mengikut terma-terma seperti yang telah dipersetujui sebelum ini.

Katanya, pihak produksi akan mengatur semula rakaman program raya tersebut dengan melibatkan Farid.

David bagaimanapun berharap, tidak timbul lagi andaian negatif mengenai Farid kerana dia tidak mempunyai sebarang masalah disiplin sebelum ini.

akma AF3 Bersama Kekasih Hati Semasa Bercuti


Baru sehari dua kami berkongsikan gambar Akma AF3 bersama tunangnya, tiba-tiba hari ini ada pengirim email yang menghantarkan gambar mereka berdua sedang bahagia semasa bercuti semasa. Buat pengetahuan anda, Akma mengakui di Mstar yang mereka berdua sudah clash. Jadi mungkin gambar-gambar ini hanyalah gambar kenangan cinta mereka berdua.

Syahdu jugak kalau clash dengan buah hati yang sudah bersama-sama bercuti dengan kita. Takperlah, dah tak ada jodoh. Mungkin jodoh Akma ada bersama orang lain. Mungkin dengan anda (ya, anda yang sedang membaca ini). Itupun kalau anda nak mengorat dialah.


sumber dari beautifulnara.com

Cerai Lagi : Roslin Hashim Fail Penceraian Esok


PETALING JAYA: Jaguh badminton negara, Roslin Hashim,35, (gambar) akan memfailkan penceraian dengan isterinya Norhayati Othman,38, di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, Rabu, selepas sebulan mendirikan rumah tangga.

Mstar Online dimaklumkan, permohonan itu dibuat selepas berlaku masalah dalam rumah tangga yang dibina Roslin dengan Pengarah Pemasaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) itu.

Kedua-dua pasangan tersebut bernikah pada 9 Julai lalu selepas berkenalan tidak sampai lima bulan.

Bagaimanapun sebelum ini Roslim mengejutkan banyak pihak apabila perkahwinannya dengan Faizah Mohamad,32, pada 30 Januari 2009 tidak bertahan lama apabila mereka bercerai selepas 12 hari menjadi suami isteri.

Inspektor Polis Saksi Ameng Jalani Ujian Saringan Awal Air Kencing


Penyanyi kumpulan Spring Wan Aminuddin Wan Ismail atau Ameng ketika hadir ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini. - Foto THE STAR Oleh RAJA FAISAL HISHAN

KUALA LUMPUR: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini bahawa beliau sendiri menyaksikan penyanyi kumpulan Spring, Wan Aminuddin Wan Ismail atau lebih dikenali sebagai Ameng menjalani ujian saringan awal air kencing untuk pengesanan dadah.

Pegawai Penyiasat di Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul Insp Mohamad Nizan Mohamad Nor, 29, yang merupakan saksi keempat kes itu, turut memberitahu mahkamah bahawa beliau ada memerhatikan Ameng ketika penyanyi itu kencing.

"Kedudukan saya dalam dua kaki di belakang Detektif Koperal Norazman Mohamed ketika tertuduh membuang air kencing dan saya menyaksikan sendiri tertuduh kencing ke dalam botol plastik yang diberikan kepadanya. Kami turut mengiringi tertuduh ke tandas untuk membuang air kencing," katanya.

Mohamad Nizan berkata beliau sendiri yang "seal" botol itu di hadapan tertuduh selepas ujian saringan air kencing dilakukan dan beliau telah mengarahkan Norazman untuk menyerahkan barang kes kepada Penolong Pegawai Penyiasat Sjn Halimi Jarkasi.

Ketika disoal peguam Kamarul Zaman Abdul Rahman, yang mewakili Ameng, siapa yang menulis butiran pada label botol itu, Norazman berkata: "Lans Koperal Zaidi yang menulis butiran pada label itu dan saya nampak dia (Zaidi) menulis butiran pada label itu".

Mohamad Nizan juga memberitahu mahkamah bahawa dia tidak ingat siapa yang melekatkan label itu pada botol yang mengandungi air kencing tertuduh, namun beliau tidak bersetuju dengan cadangan Kamarul Zaman bahawa label itu tidak dilekatkan di hadapan tertuduh.

Perbicaraan di hadapan Majistret Zaki Asyraf Zubir akan bersambung esok.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Alias.

Pada 12 Mei lepas, Ameng, 41, mengaku tidak bersalah atas tuduhan memasukkan dadah jenis ganja ke dalam badannya di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul pada pukul 3.45 petang 2 April.

Penyanyi itu diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin.

Ameng, yang popular dengan lagu "Bourgenvilla" dan "Sampai Hati", didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya dan boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

Inikah Bakal Tunang Akma AF3?

af3 akma tunang

Walaupun AF sudah agak tidak relevan lagi, tapi cerita pasal Akma AF3 rasanya masih boleh dikongsikan di sini. Gambar yang diberikan oleh seorang pembaca ini dikatakan bakal tunang Akma AF3. Inilah sedutan email daripada beliau:-

hi,,askum..ini adalah gambar terbaru Akma AF3 bersama ibunya dgn bakal tunangnya yg berasal dari Sarawak..menurut sumber yg saya perolehi,mereka akan melangsungkan perkahwinan mereka pada tahun hadapan.kemana saja show atau majlis Akma membuat persembahan,tunangnya ini akan berada di sisinya..tunangnya ini bekerja di syarikat keselamatan ayahnya di Sarawak yg juga seorang bekas ketua polis..diharap mereka kekal ke anak cucu..saya akan update cerita terbaru mereka serta gambar2 terbaru tentang Akma bersama tunangnya ini..wasalam..terima kasih.



af3 akma tunang

Kalau betul semoga berbahagialah hendaknya. All the best buat Akma AF3 dan bakal suami.


sumber dari beautifulnara.com

Fasha Sandha, Jejai Dan Bumble Bee (camero chevrolette)

fasha sandha jejai
Argh ~~ Jelesnya kitorang tengok gambar nie. Bukan jeles ngan kemesraan Jejai dan Fasha Sandha tapi jeles ngan kereta kuning kat belakang tue. Ish-ish. Bila la nak merasa dapat naik Bumble Bee. Geram beb tengok. Leleh air liur. Hampir-hampir membatalkan puasa.

fasha sandha jejai

Chop nak tanya Jejai nie kerja apa ye sebenarnya? Kaya semacam je


sumber dari beautifulnara.com

Bazar Ramadan Seniman Dapat Sambutan

Pelakon Nurkhairiah sedang sibuk melayan pelanggan FOTO SHAARI CHE MAT

KUALA LUMPUR: Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) mengambil inisiatif menganjurkan Bazar Ramadan bagi memberi peluang kepada para artis yang berminat untuk berniaga.

Bazar Ramadan Seniman yang bertempat di Kompleks Gurney, Jalan Semarak, Kuala Lumpur ini telah bermula pada hari pertama umat Islam berpuasa dan dijangka berakhir pada 10 September ini.

Menurut Presiden Seniman, Harun Salim Bachik, penganjuran Bazar Ramadan ini merupakan usaha persatuan itu untukm mengalakkan artis berniaga dan mendapatkan wang sampingan.

"Kita mahu beri peluang kepada artis untuk menceburi bidang keusahawanan, mereka juga boleh menjadikan perniagaan ini sebagai sumber rezeki bulan Ramadan.

"Sebenarnya ramai artis yang berminat tapi tidak ada peluang untuk berniaga, jadi Seniman cuba buka laluan terutamanya pada bulan mulia ini," katanya.

Bazar yang kini mempunyai lebih 70 buah gerai artis ini tidak hanya tertumpu kepada jualan juadah berbuka, malah banyak barangan lain seperti pakaian Hari Raya turut dijual.

"Ia tidak hanya tertumpu kepada juadah makanan berbuka sahaja tetapi ada artis yang ingin menjual baju, tudung, aksesori, beg tangan dan banyak lagi.

"Bazar ini juga dibuka sehingga tengah malam bagi membolehkan orang ramai membeli belah untuk keperluan Hari Raya," jelasnya.

Tambahnya lagi, aktiviti pertama kali anjuran Seniman ini akan diteruskan dan dijadikan sebagai acara tahunan.

"Perancanagn untuk buka bazar ini sudah dibuat sejak tiga bulan sebelum puasa. Disebabkan sambutan yang mengalakkan kami merancang untuk teruskan pada setiap tahun," katanya.

Antara artis yang membuka gerai mereka seperti Fauziah Ahmad Daud, Shahriza Mahmud, Zed Zaidi, Zaibo, Am Raja Lawak, Rosnah Johari, Fouziah Ghous, Norkhiriah, Fimie Don dan Rina AF.

Masalah Disiplin : Astro Panggil Farid Kamil Beri Penjelasan

PETALING JAYA: Pelakon Farid Kamil (gambar) akan dipanggil untuk memberi penjelasan berhubung kegagalannya untuk hadir menjayakan rakaman program Hari Raya berjudulKampung Prima: Babak 105, terbitan Astro yang di adakan Jumaat lalu.

Pembantu Naib Presiden Unit Bakat dan Strategi, Astro Entertainment Sdn. Bhd. (AESB), Norizan Abu Samah memberitahu pihaknya akan mengadakan perbincangan tentang perkara itu dalam masa terdekat.

"Saya telah diberitahu tentang hal tersebut oleh pihak Astro Prima tetapi belum berkesempatan untuk berbincang mengenainya lagi.

"Namun kami juga telah menghubungi Farid untuk dia hadir dan menjelaskan hal tersebut. Kita mengambil berat perkara ini kerana ia berkaitan dengan masalah disiplin artis," ujarnya ketika dihubungi mStar online.

Bagaimanapun, percubaan mStar Online menghubungi pelakon Lagenda Budak Setan itu gagal kerana telefon bimbitnya tidak dijawab.

Sementara seorang pegawai perhubungan awam syarikat produksi Metrowealth yang dihubungi pula enggan memberi sebarang komen sehingga perbincangan dengan pihak Astro dilakukan.

Terdahulu pada sesi rakaman Kampung Prima : Babak 105, Farid yang memegang dua watak dalam drama itu tidak hadir sehingga menyebabkan pihak produksi terpaksa menukar skrip asal sitkom tersebut.

Penerbit Eksekutifnya, Nizam Hamid berkata perkara tersebut tidak seharuskan berlaku kerana ia telah menjejaskan rakaman yang sudah dirancang.

Farid merupakan salah seorang artis eksklusif Astro selain Lisa Surihani, Erra Fazira dan Aaron Aziz.

Masalah disiplin Farid sudah kedengaran sebelum ini apabila dia dikatakan sukar menjawab panggilan telefon dan membalas khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dikirimkan kepadanya.

Akhirnya perkara tersebut terjadi kepada pihak Astro sendiri.

Shahir Mengaku Penat, Tiada Masa Untuk Keluarga

SEJAK menjuarai program realiti Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) pada Mei lalu, Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir mengakui belum pernah berpeluang bercuti untuk menghabiskan masa bersama keluarga.

Dia yang kini sibuk dengan jadual seninya memberitahu akan tetap mencuri masa berpuasa bersama keluarga pada bulan Ramadan ini.

"Sejak jadi artis saya belum pernah bercuti, rasanya memang sangat penat sehingga suara saya hilang namun saya tidak kisah fasal kerja. Apa yang saya ralat ialah kurang masa bersama keluarga.

"Kadang-kadang jika saya terlalu rindu dengan keluarga, saya sanggup balik sendiri ke Perak selepas habis kerja dan pulang semua ke Kuala Lumpur beberapa jam selepas itu. Biarpun sekejap tetapi saya dapat melepaskan rindu kepada mereka.

"Selain peminat, keluarga adalah kekuatan pada diri saya, jika lama tidak jumpa mereka saya mula lemah untuk bekerja," jelasnya.

Tambah Shahir seperti tahun-tahun sebelumnya, dia berjanji kepada keluarganya untuk menjalani ibadah puasa bersama-sama biarpun tidak seperti dahulu.

"Ada masa atau tidak saya akan tetap usahakan untuk balik berpuasa bersama keluarga. Biarpun pada Ramadan ini jadual saya agak padat dengan aktiviti berbuka puasa dan beberapa Road Tour yang akan dijalankan.

"Insya-Allah saya akan balik biarpun tak lama seperti tahun sebelum ini. Saya sangat teringin bubur gandum masakan emak," katanya.

Bercerita tentang kerjaya, Shahir yang sedang menjalani penggambaran filem terbitan KRU Production berjudul Karak juga akan muncul dengan drama Lawaknya Fantasia Raya pada Hari Raya ketiga nanti.

Dia yang mengakui masih kekok untuk berlakon bimbang menerima reaksi daripada peminat tentang hasil lakonannya.

"Saya rasa susah sangat berlakon, mungkin sebab saya baru. Saya tidak tahu bagaimana pandangan orang nanti dan sejauh mana saya boleh pergi dalam bidang ini.

"Jika ramai yang beri pandangan negatif saya mungkin akan menyanyi sahaja," ujarnya sambil tertawa.

Daniel Radcliffe Terima Golongan Homoseksual


PELAKON Harry Potter, Daniel Radcliffe membuat penilaian bahawa masyarakat hari ini sudah boleh menerima golongan homoseksual.

Menurutnya, generasi muda tidak seharusnya memandang hina terhadap golongan berkenaan.

Bagaimanapun, masih terlalu jauh untuk masyarakat dunia menerima perkara sebegini secara terbuka.

"Saya rasa generasi baru sudah mula terbuka mengenai isu (homoseksual) ini, mereka kebanyankannya lebih terbuka dan berpendidikan. Namun proses ini tentu sangat lambat untuk masyarakat dunia menerimanya.

"Jika seseorang dibesarkan dari keluarga yang berfikiran sempit dan berfikiran buruk tentang kaum homoseksual, maka proses perubahan akan memerlukan waktu yang sangat lama," katanya.

Radcliffe juga memberitahu bahawa dirinya boleh menerima kehadiran golongan homoseksual kerana dia membesar bersama-sama beberapa kenalan yang seperti itu.

"Saya hidup bersama golongan gay dan lesbian sejak kecil. Ia sangat berbeza dengan diri saya, namun pengalaman bersama mereka membuatkan saya boleh menerima golongan ini.

Senarai 9 Calon Gadis Melayu Musim Ke 3


gadis melayu musim ketiga

Dalam diam, rancangan realiti Gadis Melayu dah masuk musim ke 3. Kalau musim ke 2 dulu penuh dengan kontroversi melibatkan peserta-pesertanya, kali ini kami rasa pihak penganjur dah pun mengambil pengajaran daripada peristiwa yang berlaku.

Rasanya kesemua 9 calon Gadis Melayu musim ke 3 nie hebat-hebat belaka. Kami pernah berjumpa dengan salah seorang calonnya iaitu Rina. Memang dia memiliki ciri-ciri seorang gadis Melayu yang dicari selama ini. Mungkin anda boleh vote Rina kalau anda mengikuti program Gadis Melayu ini.

Senarai 9 calon gadis Melayu musim ke 3 kali ini ialah Afiqah Hazwani Md Nordin, 18, atau lebih dikenali Afiqah dari Johor; Nur Diana Zainuddin (Diana), 19, dari Pulau Pinang dan Nor Shamimi Ernida Mansor (Mimie), 20, dari Kedah, Norhidayah Samsudin (Hidayah), 21, dari Johor; Siti Nurzakiah Abdul Aziz (Zakiah), 21, dari Selangor dan Siti Mastura Mohamad Saleh (Mastura), 24, dari Pahang, Fatheen Nabila Ghazali (Fatheen), 24, dari Johor; Norazrina Mohd Salleh (Rina), 25, dari Selangor dan Siti Amira Mustakhim (Amira), 25, dari Kedah.

Oh ye, pengacara bagi rancangan Gadis Melayu kali ini ialah Ashraf Muslim.

Fauziah Latiff @ Gee Kini Di Gaza?, Semoga Selamat Pulang Hendaknya ..


fauziah latiff di gaza

Terharu dan kagum kami dengan kesungguhan Fauziah Latiff @ Gee nie. Senyap-senyap sudah berada di Gaza rupanya. Tak perlu nak kecoh-kecoh, tak perlu nak heboh-heboh. Orang kata buat baik kena senyap-senyap je kan. Inilah contoh terbaik di kalangan artis.

Sebelum nie berapa ramai artis yang dengan poyonya cakap nak pergi ke Gaza. Tapi bila ada chance cakap tak boleh sebab ada show la apalah. Takut cakaplah takut. Jangan cakap beria sangat kalau tak mampu nak buat. Nanti diri sendiri yang malu.

Kepada Gee, kami respek 200% dengan anda. Tahniah kami ucapkan kerana sudah berada di Gaza. Semoga mizi anda tercapai. All the best dari kami.

Jiran Lihat Memey Bawa Selimut & Tilam Ke Pejabat Norman ?


Norman Hakim (kiri) dan Memey Suhaiza keluar dari mahkamah selepas selesainya perbicaraan pada sebelah pagi.

KUALA LUMPUR: Saksi keenam yang juga orang awam dalam kes perbicaraan khalwat Norman Hakim dan Memey Suhaiza mengaku di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, Jumaat bahawa dia ialah individu yang mengadu kepada Pejabat Agama Islam daerah Gombak Timur.

Mohd Yusri Abdul Razak berkata, dia membuat laporan selepas didesak oleh komuniti penduduk Islam di kawasan Ukay Perdana.

Bagaimanapun, katanya, dia memberikan jaminan kepada masyarakat di situ hanya akan mengadu hal tersebut kepada pihak berkuasa selepas isteri Norman, Abby Abadi selamat melahirkan anak.

Dia berkata demikian ketika menjawab soalan Pendakwa Syarie, Muhamad Nazri Basrawi di hadapan Hakim Syarie, Salehudin Yatim, pagi Jumaat.

Norman dan Memey hadir ke mahkamah bersama peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan.

Sementara itu, Mohd Yusri membuat beberapa pendedahan mengejutkan di mahkamah kerana mempertahankan "amal makruf nahi mungkar".

Jelasnya, walaupun pada awalnya enggan menjadi saksi pendakwa, dia akhirnya bersetuju untuk tampil menegakkan kebenaran selepas kes itu berlarutan hampir dua tahun.

"Bermacam-macam pembohongan berlaku dalam mahkamah dan sebagai seorang Islam, saya mesti tegakkan kebenaran," katanya.

Sebagai contohnya, Mohd Yusri memberitahu mahkamah bahawa dia tahu Memey membawa selimut, tilam dan cadar hampir setiap hari, selama lapan bulan ke Tingkat 1A pejabat beralamat 4-1A, Jalan UP 1/2 Taman Ukay Perdana, Hulu Klang, untuk bermalam.

Ini kerana Mohd. Yusri tinggal bersebelahan premis Norman.

Selain itu, dia turut berjaya melihat kelibat Norman memanjat ke premis atas bangunan berkenaan melalui satu lubang di sebelah ruang legar belakang premis.

Katanya, dia melihat keadaan itu selepas mendengar dentuman kuat yang terhasil apabila pintu jeriji dibuka dan ia terhentak di sisi dinding.

Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 33, dengan Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi, 21, didakwa berkhalwat di pejabat beralamat 4-1A, Jalan UP 1/2 Taman Ukay Perdana, Hulu Klang, di sini pada 3 pagi, 30 Okt 2008.

Norman dibicarakan mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 manakala Memey didakwa mengikut Seksyen 29(1)(b) enakmen yang sama.

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes