Showing posts with label Linda Onn. Show all posts
Showing posts with label Linda Onn. Show all posts

Linda Onn Suka Buat 'One Man Show' Di Udara .. Fafau yg top pon berduet dengan FBI.

Linda ketika mengendalikan program Suria Drive pada pukul 4 petang hingga 8 malam di konti radio Suria FM.

SETELAH 11 tahun mengikat kontrak dengan rangkaian radio Airtime Management & Programming (AMP) serta mengelolakan dua buah stesen radio iaitu Era FM dan Sinar FM, kini penyampai radio Linda Onn beralih angin ke stesen radio baru, Suria FM.

Di Suria FM, Linda mengendali program Suria Drive pada pukul 4 petang hingga 8 malam sejak lebih sebulan lalu.

Menyedari dirinya merupakan antara penyampai senior selain Halim Othman di Suria FM, Linda tidak kekok untuk bergaul mesra dengan rakan sekerja barunya.

“Sudah tentu apabila saya berada di stesen baru ini, keadaan sekeliling berbeza. Selepas lebih sebulan saya berada di Suria FM, saya rasa lebih mesra dan rapat dengan teambaru.

“Tambahan pula mendapat majikan yang sentiasa menyokong saya dan mempunyai semangat untuk memajukan stesen. Saya gembira dan seronok dengan keluarga baru. Saya pun jadi bersemangat untuk datang kerja,” kata Linda kepada mStar Online.

Semangat Linda semakin bertambah apabila menyedari ramai pendengar dari stesenterdahulu yang mengikutnya ke stesen baru itu.

“Pendengar-pendengar setia saya dari zaman dulu ramai yang lari ke Suria FM. Saya semakin seronok dan bersemangat apabila mendapat sokongan mereka,” ujarnya.

Melalui slot Suria Drive, Linda mengendalikan program itu seorang diri tanpa ditemani oleh penyampai lain.

Sebelum ini, Linda pernah ke udara di stesen radio lama dengan beberapa penyampai lain. Jika ditanya pendapatnya kini, Linda berkata dia lebih selesa mengendalikan program radio seorang diri.

“Dulu, saya pernah beberapa kali bergandingan dengan beberapa penyampai. Namun apabila dikaji semula, saya lebih seronok ke udara seorang diri kerana saya bebas untuk bercakap dan buat apa-apa sahaja dalam konti itu.

“Jadi, saya dah boleh rancang apa yang saya hendak bualkan dengan pendengar dan bagaimana hendak mengambil panggilan. Semuanya saya boleh tentukan sendiri secaraone man show,” beritahu wanita berusia 32 tahun itu yang lebih gemar ke udara pada waktu petang.

Linda Onn Cari Suami Sesedap Mata Memandang ??

Linda yang ditemui di konti Suria FM semalam, yakin kebenaran akan terbukti kelak. - Foto ihsan AMIN AIZZUDDIN MAHARAM (Suria FM)

PENYAMPAI radio dan pengacara popular Linda Onn masih menjalankan rutin hariannya seperti biasa. Walaupun dihambat kontroversi dengan bekas kekasihnya, aktor, pengacara dan model Fahrin Ahmad, semangatnya tetap tegar untuk mempertahankan diri-sendiri.

Seperti yang dikhabarkan sebelum ini, Linda menegaskan dirinya bukan sengaja mereka-reka cerita mengenai dakwaan yang dibuat terhadap lelaki itu.

Malah dia juga tidak pernah merasa tertekan dengan ‘masalah’ yang menimpa ketika mengendalikan kerja di tempat barunya, Suria FM setelah bertugas sejak 15 Januari lalu.

“Alhamdulillah, saya mendapat sokongan yang kuat daripada rakan sekerja di Suria FM dan majikan. Dari situ, saya tak pernah patah semangat walaupun ada beribu yang menghentam.

“Saya dah jelaskan kepada mereka bahawa kes itu berlaku disebabkan saya menjawab soalan daripada wartawan dan bercakap yang benar. Jadi, sebab itu mereka menyokong saya,” jelas Linda kepada mStar Online.

Selebihnya, pelakon filem Gila Bola itu menyerahkan kepada peguamnya untuk menjawab segala permintaan Fahrin.

Disebabkan hal itu juga, Linda bagaikan serik untuk ‘membuka pekung’ mengenai kisah peribadinya lagi termasuk soal teman lelaki pada masa akan datang.

Katanya dalam nada bersahaja dan tersenyum: “Cukup-cukuplah, biar saya simpan kisah peribadi sendiri. Saya tak nak kongsi dan cerita lagi.”

Namun begitu, anak jati Johor Baru itu tidak lokek berkongsi mengenai ciri-ciri bakal suami yang diingini.

“Saya tak kisah teman lelaki saya kerja apa dan sumber kewangannya. Asalkan dia baik, sedap mata memandang dan hormati ibu, ayah serta keluarga saya,” beritahunya.

Facebook Fahrin Ahmad Kini Lebih 100,000 Peminat

facebook fahrin ahmad

Memang hebat. Rasanya tak sampai setahun Facebook Fahrin Ahmad dicipta, kini jumlah fans FB tersebut dah mencecah 100,000 orang. Kagum kami dibuatnya. Facebook BeautifulNara pun baru 3,700 orang. Takleh lawan ngan Facebook Fahrin Ahmad nie.

Kami kagum dengan si Fahrin nie yang walaupun sibuk gila tapi masih ada masa untuk buat posting di Facebooknya. Rasanya dalam seminggu ada 2 3 kali jugaklah dia update status FB dia. Dan setiap kali dia update status dia, beratus-ratus gak komen diterima dari peminat-peminat dia. Memang hebat!!!

Dan yang terbaru, 30 orang daripada fans FB Fahrin Ahmad bakal join Online Satay Parti yang bakal dianjurkan tak lama lagi. Kami kagum dengan kesungguhan Fahrin mempromosi dan mendekatkan dirinya dengan peminat melalui FB. Ini baru dikatakan adanya interaksi. Mungkin artis-artis lain boleh contohi Fahrin dari segi nie.

Kepada Fahrin, semoga terus maju dan bertambah fans dalam Facebook anda. Nanti kalau ada apa-apa update penting terutamanya tentang kes saman anda dan Linda Onn, jangan segan-segan update di FB ye. Good luck and all the best.

Koleksi gambar artis memakai pakaian sama.. banyak gambar nie.. Dato’ Siti Nurhaliza ade copycat

gambar datuk siti nurhaliza seksi


Siti Nurhaliza & Sape Ntah

Samakan? Hehe.. Kami rasa la kan, mesti Dato’ Siti ngan akak tu cover siot kalau masing-masing dapat tahu baju yang diorang pakai tu sama. Hehe.. Kalau la kena kat kitorang, dah sah-sah terus balik dari majlis tu. Hahaha!


Sebenarnya takde apa pun yang pelik bila melihat artis kita memakai pakaian yang sudah dipakai oleh artis lain. Maklum sajalah kan, kebanyakkan pakaian yang dipakai oleh para artis tatkala menghadiri sesuatu majlis tu bukanlah baju mereka pun tapi hanyalah pakaian yang ditaja oleh pereka fesyen. Senang cakap, hanya dipinjamkan. Sebab tu tak hairan bila kita dapat melihat ada artis yang menyarung pakaian yang pernah dipakai oleh artis lain atau dalam bahasa mudahnya, baju recycle.

Ok lah, jom ceriakan hari anda dengan melayan beberapa koleksi gambar yang menunjukkan beberapa ‘eksiden’ artis memakai pakaian yang sudah dipakai oleh artis lain. Tapi kitorang tak tahu sape recycle sape sebab takde tarikh tepat untuk setiap gambar tersebut. So, kitorang letak secara random je. Layan.

gambar-gambar lucah artis
Fouziah Gous & Linda Onn

gambar-gambar lucah artis
Tak tahu sape & Dynaz Mokhtar

gambar-gambar lucah artis
Mila AF5 & Natasha Hudson

gambar-gambar lucah artis
Dekna AF5 & Abby Abadi

gambar-gambar lucah artis
Ziana Zain & Natasha Hudson

gambar-gambar lucah artis
Maya Karin & Ziana Zain

gambar-gambar lucah artis
Siti Nurhaliza & Zamzarina (Pengacara TV)

gambar-gambar lucah artis
Saida AF6 & Siti Nurhaliza

gambar-gambar lucah artis
Siti Nurhaliza & Rozita Che Wan

gambar-gambar lucah artis
Erra Fazira, Diana Danielle & Elyana


sumber dari zonartis.com

Ada Artis Lain Bakal Naik Mahkamah Bersama Fahrin Dan Linda

fahrin ahmad

Buat anda yang masih tak tahu, Fahrin Ahmad dan Linda Onn dah compem bakal berentap kat mahkamah nanti. Masa 7 hari untuk Linda Onn mintak maaf dah pun tamat. Linda tak minta maaf sebaliknya dah hantar surat kepada peguam Fahrin untuk setelkan hal nie kat mahkamah. Dan mengikut kata-kata Fahrin, ada artis lain yang akan turut sama turun naik court bersama mereka:-

Dari dulu saya dah nampak implikasinya, sebab itu saya ambil prinsip berdiam diri. Saya ambil keputusan ini dengan berat hati tapi terpaksa buat juga. Dalam surat peguamnya juga ada mengaitkan nama orang lain. Saya tahu lepas ini akan jadi lebih worst dan saya sudah bersedia untuk melalui keadaan yang lebih teruk itu. Saya serahkan perkara ini kepada yang lebih arif dan harapkan yang terbaik. Tuhan akan tentukan segalanya,

Tekaan kami, artis yang dikaitkan itu berkemungkinan besar ialah Awal Ashaari dan Scha Al Yahya. Teringat pesan mak kami masa kecik-kecik dulu. Berkawan tue biar memilih. Kang kawan buat salah kita pun terpalit jugak. Apa-apa pun, tak sabar nak tengok kebenaran yang bakal terselongkar dalam mahkamah nanti.

Awal Ashaari Bakal Berkahwin Tahun Hadapan

awal ashaari kawin

Dalam diam ada khabar angin yang bertiup menyatakan Awal Ashaari sudah pun mempunyai kekasih hati dan bakal berkahwin pada tahun hadapan. Menurut sumber (forum CARI), Awal dan bakal isterinya sudah agak lama mengenali antara satu sama lain dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk bernikah.

Adakah gosip yang disebarkan ini hanya untuk cover line kejadian buruk yang berlaku pada Awal semasa akhir tahun 2009 hari tue ? Sejak menjadi orang keempat dalam tragedi cinta Linda Onn, Fahrin Ahmad dan Scha Al-Yahya, imej budak baik Awal selama ini agak tercalar.

Tapi kalau betul lah Awal memang dah nak berkahwin, kami nak jadi orang pertama ucapkan tahniah kepada dia. Mungkinkah Awal bakal berkahwin dengan Scha? Rapat semacam jer dua orang tue sekarang nie. Nak taknak kenalah tunggu tahun depan kan? Lambat lagi tue.

Antara Air Mata Fahrin Dan Akaun Benci Fasha dengan FB serta Noraniza Idris disaman. mana anda suka jom tengok review..


MINGGU ini dunia hiburan tanah air tidak kurang meriahnya dengan cerita-cerita kontroversi.

Kisah air mata Fahrin Ahmad sehingga ingin menyaman Linda Onn, cerita akaun laman sosial Facebook 'I Hate Fasha Sandha' dan kes bekas madu Noraniza Idris, Mastura Bakar yang bersedia disaman penyanyi itu cukup menarik perhatian.

Fahrin vs Linda

Suatu ketika dulu mereka pernah mengakui sekadar 'teman tapi mesra'. Kini, tiada lagi teman, tiada lagi mesra, yang tinggal hanyalah 'mahkamah'. Begitulah kronologi kisah aktor Fahrin Ahmad dan penyampai radio popular, Linda Onn.

Fahrin membuka tirai minggu ini dengan linangan airmata jantannya. Kekesalan Fahrin terhadap kenyataan dan tohmahan Linda yang melabelnya sebagai kaki pukul lebih mengguris hati aktor sasa ini apabila ada pihak yang bertanya kepada ibunya adakah Fahrin seorang lelaki yang cepat 'naik tangan'.

Justeru, Fahrin mempersilakan Linda untuk tampil dengan permohonan maaf atas kenyataan yang pernah dikeluarkannya di sebuah akhbar sebelum ini.

Linda diberi tempoh hingga Jumaat lalu untuk minat maaf, namun Linda punya penjelasan dan jawapan tersendiri.

Menurut Linda, dia hanya menjawab soalan wartawan dan tidak membuat tohmahan terhadap Fahrin. Kenyataan yang dikeluarkannya adalah benar dan enggan mengulas lanjut.

Malah, Linda tegar dengan keputusannya dan tidak mahu meminta maaf kerana dia tahu kebenarannya. Kesannya, kita sama-sama nantikan dan lihat saja episod saman-menyaman ini yang seterusnya.

Isu Akaun Benci Fasha Sandha di FB

Aktres ini tidak sudah-sudah dipalit pelbagai cerita sensasi. Yang kasihannya, lebih banyak yang buruk daripada yang positif.

Terbaru, sekumpulan individu bertindak mewujudkan akaun khas yang diberi nama 'Saya Benci Fasha Sandha (I Hate Fasha Sandha) di laman sosial Facebook (FB).

Bukan sepuluh atau dua puluh orang, tapi lebih 40,000 pemilik akaun FB yang 'tidak senang' dengan kelibat artis ini sepakat untuk memboikot Fasha dengan aplikasi teknologi moden ini.

Bayangkan Fasha sendiri mengaku kepada mStar Online dirinya terkejut apabila terbaca mengenai berita itu di akhbar.

Tapi, apabila empunya diri ingin melihat sendiri akaun tersebut, ia telah ditutup pula. Tup, tup... sehari dua lepas itu, muncul pula akaun yang bermisikan matlamat yang sama dalam versi baru pula.

Kasihan juga Fasha. Memang secara verbalnya, Fasha akui dirinya tidak melatah dengan isu ini. Tapi, dalam hatinya siapa yang tahu? Dia pun manusia biasa, ada hati dan perasaan.

Beringat-ingatlah Fasha tiap kali melangkah kaki ke mana saja, pasti akan ada mata yang melihat. Jika tidak, mana mungkin cerita-cerita 'panas' anda boleh diketahui ramai hingga mengundang rasa meluat segelintir individu di luar sana.

Apa yang diharapkan, Fasha ambil iktibar daripada cerita ini dan lebih fokus pada kariernya.

Bekas Madu Ratu Etnik Sedia Disaman

Kenyataan berani Mastura Bakar, bekas madu penyanyi etnik kreatif Noraniza Idris atau Kak Ani minggu ini jelas menggambarkan ketegasannya terhadap kes ini.

Walau pun satu Malaysia sedia maklum, kes mahkamah yang berlangsung itu sama sekali tidak melibatkan Kak Ani.

Namun, disebabkan kenyataan berbalas kenyataan dan fakta dimanipulasikan, lantas mengundang salah faham pada beberapa pihak. Akibatnya, isu 'sebut nama dalam mahkamah' pun dibesar-besarkan sehingga Kak Ani 'tidak senang duduk' dengan Mastura.

Orang lain yang hadapi perbicaraan, orang lain pula yang berbalah. Sedangkan puncanya kecil saja. Mastura sekadar menyebut nama Kak Ani ketika proses perbicaraan.

Kak Ani pula 'meledak' kerana tidak selesa mengaitkan namanya dalam urusan keluarga itu. Padanya, dia sudah tidak ada kaitan dengan Mastura mahupun Datuk Mohammad.

Mastura ada penjelasan sendiri. Menurutnya, dia tidak pernah berniat untuk mengaitkan nama penyanyi itu dalam kes tuntutan fasakhnya.

Memandangkan Kak Ani bertindak mencabarnya, lantas terpancurlah kenyataan berikut: "Kalau nak saman, samanlah saya tidak kisah. Saya sebut nama dia sebab hakim suruh bukan kerana saja ingin mengaitkan dia dalam perkara ini."

Apa kesudahannya cerita mereka, sama-samalah kita nantikan. Diharapkan Kak Ani tidak bertindak melulu mengikut perasaan.

Maklumlah, Kak Ani lebih dulu makan garam dan sudah lazim dengan rencah anak seni, takkanlah mudah sangat hendak melenting. Tentu Kak Ani tahu keputusan terbaik untuk selesaikan hal ini.

Takziah buat aktres Zarina Zainuddin sekeluarga atas pemergian adik tersayang, Liyana pada 27 Januari lalu.

Facebook We Hate Linda Onn La Pulak, Pasnie Artis Mana Plak Bakal Jadi Mangsa?

facebook we hate linda onn

Pening dah kepala kitorang. Memang hebat rakyat Malaysia nie menggunakan kemajuan Internet terutamanya Facebook untuk meluahkan rasa bengang dan tak puas hati masing-masing. Kalau sebelum nie ada Facebook We Hate Memey Suhaiza dan Facebook I Hate Fasha Sandha, skang nie Facebook We Hate Linda Onn plak dah wujud. Pasnie rasa-rasanya sapa lagi bakal artis yang akan ada Facebook Hate Page nie? Jangan ada Facebook We Hate BeautifulNara udah la ye. Hehehe.

Kami sempat capture kata-kata Linda Onn dalam Facebook dia. Cuba korang baca kat bawah nie.

facebook we hate linda onn

sumber dari beautifulnara.com

Pesanan Buat Linda Onn dan Scha al Yahya daripada Fahrin

Entah di mana silapnya, dua selebriti yang pernah bercinta selama hampir lima tahun dan putus pada setahun yang lalu, Fahrin Ahmad dan Linda Onn kini menjadi musuh antara satu sama lain. Sepanjang perpisahan mereka, ada sahaja kenyataan demi kenyataan berbalas yang diberikan mereka walaupun pada ketika itu, Fahrin sudah pun mempunyai kekasih baru iaitu Scha Al-Yahya.

Bagaimanapun, cinta antara Fahrin dan Scha tidak kekal lama setelah hubungan mereka putus pada September tahun lalu. Kini, gara-gara kenyataan yang dikeluarkan Linda menerusi dua buah akhbar dengan dakwaan Fahrin seorang lelaki kaki pukul dan panas baran, Fahrin terpaksa membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang.

"Apa yang saya boleh lakukan kepada mereka ialah, adalah lebih baik kita bercakap kepada media dengan cara baik. Cuma saya ingin nasihatkan pada mereka serta artis-artis lain, untuk membekalkan diri sedikit ilmu mengenai undang-undang hiburan. Saya risau bila melihatkan ramai yang membuat kenyataan yang boleh membahayakan diri mereka."
"Bila saya bercinta, saya bersungguh-sungguh dan ikhlas. Saya nak semua orang tahu. Saya bukannya nak main-main kerana usia saya pun dah tua. Sehingga hari ini saya tidak berdendam pun dengan mereka. Saya bangga dengan kejayaan mereka dan saya juga doakan mereka. Cuma saya sedih dia memecahbelahkan peminat-peminat kita. Bila kita simpan keaiban orang lain, tuhan akan simpan keaiban kita." kata Fahrin yang dalam kesedihan

Linda Onn Enggan Minta Maaf, Sedia Hadapi Kes Saman



Linda yang ditemui di konti Suria FM semalam, yakin kebenaran akan terbukti kelak. - Foto ihsan AMIN AIZZUDDIN MAHARAM (Suria FM)

PENYAMPAI radio popular, Linda Onn atau nama sebenarnya Rozlindah Onn, 32, tetap bertegas dengan keputusannya dan enggan meminta maaf kepada Fahrin Ahmad berikutan kata dua yang diberikan bekas kekasihnya itu, Isnin lalu.

Bukan Linda ingin mencari pasal atau sengaja membesar-besarkan hal. Baginya, kenyataan yang diberikan pada akhbar Sinar Harian itu adalah perkara yang sebenar.

Linda yang ditemui di konti Suria FM petang semalam, berkata, dia bersedia untuk menghadapi kes saman itu demi kebenaran.

Dia tidak perlu membalas sebarang kenyataan dan bercerita lanjut kerana semua urusan berhubung kes itu sudah diserahkan kepada peguamnya, Datuk Hazman Ahmad.

"Seperti yang telah diketahui umum, saya sudah serahkan segala urusan kes ini kepada peguam.

"Saya tidak mahu bercerita panjang tentang perkara ini lagi. Semua kenyataan yang saya berikan sebelum ini adalah untuk menjawab pertanyaan yang diajukan oleh wartawan.

"Tiada guna saya mengada-adakan cerita atau membuat fitnah terhadapnya. Saya hanya menyatakan perkara yang sebenar. Kebenaran akan terbukti nanti," ujar Linda penuh keyakinan.

'Episod saman' ini bermula apabila Fahrin memberi kata dua kepada Linda agar membuat kenyataan maaf secara terbuka dalam tempoh seminggu hingga Jumaat ini (29 Januari) atas dakwaan Linda yang mengatakan Fahrin seorang yang panas baran dan kaki pukul.

Selain Linda, tempoh seminggu turut diberikan kepada akhbar Sinar Harian dan The Star atas dakwaan menyiarkan artikel yang mempunyai unsur hasutan sehingga boleh menjejaskan nama baik dan reputasinya sebagai pelakon, pengacara serta duta produk.

7 Hari Untuk Linda Onn Minta Maaf, Jika Tidak..... ape yang akan berlaku?

Fahrin (tengah) bersama peguamnya Tengku Naufal Tengku Mansor (kiri) pada sidang media notos tuntutan terhadap bekas kekasihnya Linda Onn. Foto The Star Oleh BRIAN MOH

SERI KEMBANGAN: Pelakon dan pengacara, Fahrin Ahmad, 31, semalam menafikan tuduhan penyampai radio Linda Onn, 32, bahawa dia seorang yang memiliki sikap panas baran seperti yang didakwa bekas teman wanitanya itu baru-baru ini sehingga mendatangkan fitnah dan provokasi kepada pembaca.

Sehubungan itu, Fahrin melalui peguamnya, Tengku Naufal Tengku Mansor menuntut Linda atau nama sebenarnya, Rozlinda Onn tampil membuat kenyataan maaf secara terbuka dalam tempoh tujuh hari mulai Jumaat lalu melalui akhbar Sinar Harian dan The Star.

Beliau mendakwa, anak guamnya sangat tertekan dari awal tahun dengan apa yang berlaku sehingga memberi impak kepada imej dirinya dan keluarga.

Dalam pada itu, Tengku Naufal memberitahu pihaknya sedang dalam proses mengumpul bukti yang cukup, sama ada melalui kenyataan-kenyataan akhbar, blog dan laman Twitter untuk mendakwa selebriti lain yang terlibat.

Fahrin Ahmad Mahu Saman Linda Onn.... ARTIS SAMAN ARTIS... PANAS2..

fahrin ahmad

Kalau zaman dulu-dulu ada peribahasa kerana mulut badan binasa, sekarang ini kena tukar kerana mulut kita jumpa kat court. Sekarang nie zaman saman menyaman. Jadi mulut tue kalau nak bercakap, kenalah berhati-hati. Jangan main sedap je tuduh orang. Kang tak pasal-pasal dapat saman malu macam yang si Fahrin Ahmad nie nak buat kat Linda Onn.

Nampaknya Fahrin Ahmad dah tak boleh tahan dengan kata-kata dari Linda Onn yang menuduh dia sebagai lelaki kaki pukul. Buat anda yang tak tahu, Linda Onn pernah menuduh Fahrin Ahmad sebagai panas baran dan cepat naik tangan. Itu yang buat Fahrin bengang tue. Bak kata omputeh, drop his waterface.

Nak taknak terpaksalah si Fahrin nie bawak benda nie naik ke mahkamah. Iyerlah, kalau berdiam diri kang peminat pikir memang betullah si Fahrin nie kaki pukul. Kami sokong jugak tindakan Fahrin nie. Mana boleh biarkan orang sedap-sedap je fitnah kita. Biar kebenaran terbukti di mahkamah nanti.

Kita dengar sikit apa Fahrin cakap:-

Kesabaran saya selama ini tidak dihargai oleh Linda membuatkan saya terpaksa mengambil tindakan tegas. Selepas berfikir panjang, keputusan yang wajar saya lakukan adalah mengambil tindakan undang-undang terhadap Linda.

Hari Isnin nie Fahrin akan buat press conference untuk ceritakan lebih lanjut pasal benda nie. Tak sabar plak rasanya nak tau siapa yang betul

Rohana Jalil Yang Maintain Tegang Di Red Carpet Murai

red carpet murai

Oh yeahh ~~ Walaupun dah agak berumur, muka Rohana Jalil masih maintain tegang gitu ~~ Cuba korang tengok gambar dia kat atas tue. Satu kedut pun takder tue. Kami yakin benar yang dia suka makan tempe untuk mencantik dan menegangkan kulit mukanya. Bak kata Khir Toyo, makanlah tempe untuk kecantikan muka yang tiada tolok bandingan.

Ramai jugak artis-artis yang datang red carpet Murai. Nie semua bersempena dengan ulang tahun ke 2 portal Murai. Tahniah kami ucapkan kepada Murai yang dah bertahan selama 2 tahun. Antara artis-artis best yang datang ialah Mawi dan Ekin, Raja Azura yang cute mute. Dan yang paling penting, Lisa Surihani pun ada gak. Semuanya datang bertemakan pakaian zaman 80-an.

Rasa-rasa kalau BeautifulNara buat red carpet, ada ker artis yang nak datang ek? Lagi gambar-gambar di red carpet Murai dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Semua gambar adalah ehsan Murai.

red carpet murai

red carpet murai

red carpet murai

red carpet murai

red carpet murai

red carpet murai

red carpet murai

red carpet murai

Linda Onn Sokong Scha Bersuara

Scha, Linda dan Awal kini berkawan rapat. Foto-linda-onn.blogspot.com

KISAH cinta yang pernah dilalui oleh penyampai baru Suria FM, Linda Onn dikatakan mempunyai persamaan dengan cerita cinta Scha Al-Yahya.

Mereka berdua dikecam dan dipersalahkan oleh masyarakat berikutan punca kegagalan hubungan cinta bersama pelakon kacak, Fahrin Ahmad.

Hubungan antara mereka juga yang pada awalnya dikatakan ‘dingin’, baru-baru ini telah berubah menjadi semakin akrab.

Linda turut mengakui sedang berkawan baik dengan Scha sejak kira-kira dua minggu lalu setelah diperkenalkan oleh pelakon dan pengacara, Awal Ashaari.

Mereka juga turut menghabiskan masa dengan melakukan aktiviti lasak sukan bermotor ATV bersama-sama pada hujung minggu lalu.

"Saya tidak pernah dingin dengan dia, cuma dulu ketika dia berkawan dengan ‘sipulan’, saya tidak mahu dikaitkan lagi dengan ‘sipulan’ itu. Dan sebab itu juga saya elak bergambar dengan Scha. Sekarang dia dah bebas barulah kami berpeluang berkawan.

"Pada saya Scha seorang yang baik, gila-gila dan seronok diajak berkawan. Tapi orang salah tafsir tentang Scha. Bila kami bercerita tentang cerita lama, rata-rata pengalaman kami sama saja. Kadang-kadang rasa kelakar bila cerita kami seperti bersambung dari babak ke babak seperti drama. Memang sama!," ujarnya.

Dalam pada itu, Linda turut menasihatkan Scha agar bersabar dengan tomahan orang ramai yang tidak tahu tentang perkara sebenar.

"Nasihat saya pada Scha ialah bersabarlah. Dulu orang ramai yang tidak tahu kisah sebenar, menghentam dan kutuk saya. Sekarang Scha pula kena.

"Kisah saya mungkin sudah berlalu, saya berdiam diri kerana saya rasa biar perkara ini berlaku kepada saya sahaja dan cara itu juga telah membuatkan masyarakat menyalahkan saya.

"Saya rasa ini mungkin masanya untuk Scha tidak berdiam diri, bagus kalau Scha bersuara sebab perkara ini sudah menjadi-jadi," ujarnya yang akan ke udara di Suria FM bermula hari ini pada pukul 4 petang hingga 8 malam.

Ketika ditanya, adakah kemungkinan mereka bakal merancang sesuatu untuk membersihkan nama baik mereka berdua, Linda berkata kebenaran akan terbukti dan Allah lebih berkuasa untuk membuktikannya.

"Kepada orang ramai, berhentilah memfitnah selagi belum tahu kebenaran. Kami cuma tidak mahu bersuara kerana menjaga keaiban orang. Kalau kami berdua buka mulut boleh pecah dunia ni, namun bak kata dia (Fahrin) kebenaran akan terbukti, kita tunggu apa yang akan terjadi seterusnya," ujarnya mengakhiri perbualan.

Saya Dan Linda Bukan Berkomplot - Scha

BUKAN niatnya untuk memanjangkan kisah di sebalik perpisahannya dengan aktor Fahrin Ahmad tidak lama dulu. Namun, bagi Scha Al-Yahya, dia sudah tidak sanggup memendam rasa mendengar pelbagai tuduhan dilemparkan pada dirinya.

Bukan dirinya dulu yang membuka mulut bercerita tentang perpisahan itu, tetapi setelah melihat 'pihak' di sana mengeluarkan kenyataan yang membuatkan banyak pihak mula memandang serong terhadap dirinya, Scha tidak mahu lagi berdiam diri.

Lantas, pelakon berusia 26 tahun ini mencurahkan isi hatinya yang terbuku selama ini dalam sebuah akhbar minggu lalu. Dalam artikel tersebut, Scha mendedahkan dirinya memutuskan hubungan cinta dengan Fahrin disebabkan oleh sikap aktor itu sendiri.

Namun, pada masa yang sama, dia tidak menolak sikap panas barannya dan Fahrin membuatkan hubungan tersebut semakin sukar untuk diteruskan. Walaupun Scha tidak menjelaskan secara lanjut tentang perkara itu, ia telah mengundang pelbagai spekulasi sehingga ada yang mengatakan Fahrin pernah mengasari gadis itu.


Apa yang diluahkan oleh Scha itu, 'dijawab' semula oleh Fahrin. Pelakon itu menyelar kenyataan balas Scha dan menyangkal dakwaan yang dibuat oleh pelakon Awan Dania itu yang dilihat telah mencalarkan nama baiknya.

Malah, Fahrin juga turut menyentuh tentang persahabatan yang baru terjalin antara dua bekas kekasihnya, Linda Onn dan Scha. Bagi Fahrin, biarlah persahabatan itu wujud secara ikhlas dan bukan untuk mencari keburukan orang lain.

Cuba menyelami hati Scha tentang persahabatannya dengan penyampai baru Suria FM itu, kata pelakon kelahiran Sungai Petani, Kedah itu, hubungan persahabatan itu terjalin bukan atas dasar untuk 'berkomplot' mengenakan mana-mana pihak.

Ujar Scha, dia sendiri pada awalnya tidak menyangka akan berkawan rapat dengan Linda, apatah lagi mereka sebelum ini dikatakan 'dingin' terutamanya setelah Linda dikatakan enggan bergambar bersama Scha.

"Dari dulu lagi, saya tidak pernah ada apa-apa masalah dengan Linda. Linda sendiri akhirnya berterus-terang pada saya, dia enggan bergambar dengan saya dulu kerana dia tidak mahu dikaitkan lagi dengan 'orang' itu.

"Setelah saya tidak lagi bersama Fahrin, baru dia berani untuk berkawan dengan saya. Ya, kami mungkin mengalami pengalaman yang sama dan disebabkan itu kami jadi rapat, tetapi bagi pihak saya, persahabatan yang terjalin ini adalah ikhlas.

"Saya dan Linda bukan berkomplot. Dia (Fahrin) tidak perlu paranoid dengan persahabatan saya dan Linda. Sepatutnya, dia tidak perlu ambil tahu pun sama ada hubungan kami ini ikhlas atau tidak," tegas anak kedua daripada empat beradik ini.

Mengulas lanjut tentang persahabatannya dengan Linda, kata Scha, mula berkawan dengan penyampai radio popular itu setelah diperkenalkan oleh pengacara dan teman rapatnya, Awal Ashaari. Sejak itu, mereka sering keluar bertiga melakukan pelbagai aktiviti bersama.

"Saya tahu Awal memang rapat dengan Linda. Saya minta BlackBerry PIN (BB PIN) Linda daripada Awal kerana saya memang ingin mengumpul BB PIN rakan artis untuk senang berbual. Selepas itu kami mula rapat dan saya terkejut tengok dia seorang yang cukup 'gila-gila'.

"Sejak dua minggu lalu, memang kami sering keluar bertiga dan adakalanya bersama teman-teman yang lain. Jika saya selesai penggambaran, selalu juga kami keluar 'lepak'," kata Scha.

'Siapa yang bercakap dulu tentang perkara ini?'

Ditanya pula tentang kenyataan balas Fahrin mengenai kisah putus cinta mereka itu, ujar Scha, dia sendiri sebenarnya sudah tidak mahu untuk menjawab lebih tentang perkara itu, tetapi dia hanya ingin 'membetulkan' apa yang diperkatakan oleh Fahrin dalam sebuah akhbar semalam.

"Siapa yang bercakap dulu tentang perkara ini pada awalnya? Dia yang keluarkan kenyataan pada wartawan dan dua tiga akhbar siarkan serentak. Saya amat tertekan pada ketika itu. Selepas berbulan-bulan hubungan kami berakhir, mengapa dia mengungkit semula kisah itu dan 'menarik' Awal pula dalam cerita tersebut?

"Dia yang bercakap dulu sebelum ini, saya hanya berdiam diri saja. Siapa yang memanjangkan cerita dan menuduh saya curang lah...Saya rasa ia keterlaluan sehingga orang menuduh saya bukan-bukan. Dan bila berlakunya insiden saya dan Awal ditahan di pusat hiburan baru-baru ini, lagi orang nampak saya bersalah dan makin rancak orang bercakap.

"Saya mengaku dalam hubungan kami dulu, saya juga ada buat silap. Dalam kenyataan saya tempoh hari, saya cakap saya ambil bahagian kesilapan saya dan dia juga kenalah ambil bahagian dia," kata Scha.

Dalam pada itu, ditanya pula tentang penerimaan peminat-peminatnya setelah dia terbabit dengan kes serbuan di sebuah pusat hiburan itu, ujar Scha, dia sendiri tidak tahu bagaimana reaksi mereka kini.

"Tapi saya tidak nafikan, ada juga yang memandang serong. Bagi saya, benda itu saya kena terimalah sebab ia adalah kesalahan saya sendiri. Apa yang penting, saya belajar dari kesilapan dan berharap, semua pihak memaafkan saya," katanya dalam nada tenang.

Saya Rasa Ketinggalan Di Sinar FM -... kasihan Linda Onn




TEKA-TEKI selepas Linda Onn mengesahkan tidak menyambung kontrak dengan rangkaian radio Airtime Management & Programming (AMP), hari ini terjawab apabila dia diumumkan sebagai salah seorang penyampai baru di stesen radio yang sedang meningkat naik, Suria FM.

Linda tekad untuk membuat penghijrahan setelah 11 tahun berada di rangkaian stesen radio yang popular itu.

"Sudah terlalu lama saya di situ, memang ada perasaan sayang sebab kami dah macam satu keluarga. Tapi sudah sampai masanya untuk sayangkan diri sendiri.

"Susah untuk keluar dari stesen lama sebab saya datang ke Kuala Lumpur adalah untuk AMP Radio dan saya ambil keputusan untuk keluar ini sebagai satu cabaran agar saya lebih kuat.

"Saya ambil masa sebulan untuk fikir perkara ini sehingga 31 Disember lalu dan buat keputusan untuk ambil peluang ini," kata Linda yang menganggap tawaran dibuat oleh Suria FM tepat pada masanya di kala dia sedang mencari-cari angin baru.

Linda bakal ke udara pada 18 Januari ini pada pukul 4 petang hingga 8 malam dalam program Suria Drive.

Selain itu, turut mengiringinya sebagai penyampai baru ialah rakan lamanya Halim Othman bagi memantapkan lagi jentera stesen itu selain penyampai yang sedia ada seperti Myra, Tuah Zulkarnain, Zizi, Bob, Naim dan Zaff.

Ketika ditanya tentang bayaran yang diberi kepadanya sehingga dia sanggup meninggalkan Sinar FM, Linda berkata perkara itu terlalu peribadi untuk dimaklumkan.

"Tentang bayaran, saya tidak boleh beritahu, tapi agak lumayan kerja di sini. Namun begitu ia bukan kerana bayaran semata-mata tetapi idea saya juga lebih diperlukan.

"Pihak Suria FM juga ada berbincang dan meminta idea, saya sudah sediakan perancangan untuk program saya sendiri," ujar Linda yang mengikat kontrak selama setahun dengan Suria FM.

Dia turut berkongsi perasaan teruja untuk bertugas dengan majikan barunya seperti yang pernah dirasai ketika memulakan karier di Era FM, 11 tahun lalu.

"Saya rasa excited untuk bekerja di Suria FM kerana stesen ini baru dan perlu usaha dengan lebih kuat. Perasaan ini saya rasakan ketika tahun pertama saya memulakan tugas di Radio Era.

"Saya akan buat yang terbaik dan apa yang penting ialah kerjasama sepasukan untuk membawa Suria FM berada di kemuncak," ujarnya yang pada awal menafikan statusnya sebagai penyampai baru di stesen itu kerana permintaan daripada pihak Suria FM.

Tidak Sesuai Dengan Sinar FM

Dalam pada itu, Linda turut mengakui secara peribadi jiwanya tidak sesuai dengan stesen radio Sinar FM.

"Dari sudut peribadi saya rasa ketinggalan sebab konsep Sinar FM sendiri adalah muzik retro. Saya ingin seiring dengan industri muzik tanah air.

"Lagu Aizat dan Yuna yang menang Anugerah Juara Lagu, Ahad lalu juga baru pertama kali saya dengar, saya rasa sangat ketinggalan.

"Tapi itu hanyalah salah satu sebab sahaja saya tinggalkan Sinar FM bukan secara keseluruhannya," ujar Linda yang tidak sabar memulakan tugas barunya itu.

Selain itu minat yang mendalam dalam bidang penyampaian turut membuatnya lebih selesa sebagai DJ berbanding memegang jawatan yang lebih tinggi.

"Bukan saya tidak pernah ditawarkan menjadi pengurus atau jawatan yang lebih tinggi daripada ini, namun saya lebih berminat ke udara.

"Kalau saya jadi pengurus mungkin saya banyak komitmen lain, saya lebih suka jadi DJ,” ujar Linda yang lebih gemar ke udara pada waktu petang.

Linda Onn kena raba?


rupanya budak ni yang menghangatkan forum di internet yer... sape budak ni ek....ada sape2 boleh bagitahu?

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes