Showing posts with label Puteri Lily. Show all posts
Showing posts with label Puteri Lily. Show all posts

Aziz M.Osman & Puteri Lily Selamat Bernikah

Aziz M. Osman dan Puteri Lily Lokman kini sah bergelar suami isteri.

KUALA LUMPUR: Dengan sekali lafaz, pengarah filem dan drama popular Aziz M. Osman, 48, kini sah bergelar suami kepada Puteri Lily Lokman, 21.

Aziz dinikahkan sendiri oleh bapa kepada pengantin perempuan yang juga aktivis teater, Lokman Ghani, 52, di hadapan Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) Abdullah Hashim serta ahli keluarga dan kenalan.

Majlis akad nikah diadakan di Masjid Negara, di sini kira-kira pada pukul 10.10 pagi tadi.

Kekosongan hati Aziz selama hampir dua tahun kembali terisi dengan kehadiran Puteri Lily menjadi suri hatinya.

Pengantin perempuan menerima mas kahwin berjumlah RM1,000 beserta sembilan dulang hantaran termasuklah sejadah, Al-Quran, baju kemeja, tali pinggang, set minyak wangi jenama Bvlgari, coklat, sireh junjung dan sebentuk cincin.

Sementara pihak lelaki membalas tujuh dulang hantaran termasuk Al-Quran, sejadah, telekung, set alat solek, set minyak wangi Bvlgari dan sebentuk cincin.

Deretan dulang hantaran daripada kedua-dua belah pihak mempelai.

Kedua-dua mempelai kelihatan cukup berseri apabila mengenakan pakaian nikah berwarna kelabu rekaan butik De Casa Impiana.

Majlis resepsi Aziz dan Lily akan berlangsung pada malam ini di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay bermula pukul 8 malam ini.

Pernikahan Aziz dan Puteri Lily merupakan perkahwinan yang keempat selepas perkahwinannya terdahulu termasuk dengan aktres dan produser drama, Nur Aliah Lee.

Aziz mengucup dahi Puteri Lily selepas menyarungkan cincin di jari manis isterinya.

Sementara perkahwinannya dengan seorang ustazah, Nor Radhiah Ramli, 22, pada 16 Ogos 2008 dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Terengganu kerana wanita berkenaan masih dalam tempoh edah ketika majlis pernikahan dilakukan.

Hasil perkahwinannya yang lalu, Aziz dikurniakan enam cahaya mata iaitu Puteri Nurul Fatehah, 20, Puteri Nur Asyiqin, 15, Putera Mohd Aiman, 13, Puteri Nur Aisya, 9, Puteri Nur Ain, 7 dan Putera Mohd. Ameen, 5.

Aziz M. Osman dan Puteri Lily Selamat Bertunang

Gambar Kekasih Aziz M. Osman, Gambar Tunang Aziz M. Osman, Gambar Majlis Pertunangan Aziz M. Osman, Gambar Kahwin Aziz M. Osman, Gambar Puteri Lily

Belum lagi reda rasanya mengenai kenyataan Aziz M. Osman yang konon’nya beliau akan menamatkan zaman duda’nya dengan seorang gadis (gadis tau) berusia 21 tahun, tup-tup Utusan Online melaporkan yang Aziz M. Osman telah selamat bertunang dengan gadis tersebut. Takut melepas ke bang?

Aziz M. Osman selamat ditunangkan dengan gadis pilihan’nya, siapa lagi kalau bukan Puteri Sarbainun Lokman pada 18. April 2010 (semalam) dimana majlis pertunangan tersebut berlangsung di Taman Legenda Mas, Cheras.

.

Gambar Kekasih Aziz M. Osman, Gambar Tunang Aziz M. Osman, Gambar Majlis Pertunangan Aziz M. Osman, Gambar Kahwin Aziz M. Osman, Gambar Puteri Lily

Oh ya, jika takde aral melintang, Abang Aziz kita ni akan diijabkabulkan dengan Puteri Lily (nama glemer) pada 6 Jun nanti. Sama-samalah kita doakan agar semua yang dirancang akan berjalan dengan baik dan lancar.


sumber dari zonartis.com

Aziz M Osman Bakal Berkahwin Dengan Puteri Lily


puteri lily aziz m osman

Tuah ayam nampak di kaki, tuah Aziz M Osman dapat bini muda!!! Muda bukan sebarang muda, muda lagi daripada anak sendiri. Umur bakal isteri Aziz M Osman yang dikenali sebagai Puteri Lily ini ialah 21 tahun, manakala umur anak perempuan Aziz M Osman ialah 21 tahun. Memang super power abang Aziz nie. Respek kami.

Mereka berdua bakal bertunang pada 18 April ini. Perkahwinan Aziz M Osman dengan Puteri Lily adalah perkahwinan kali keempat untuk abang Aziz. Harap-harap yang masjid kali ini kekal sehingga ke akhir hayat.

Tahniah buat Abang Aziz M Osman. Kami cadangkan Abang Aziz M Osman terbitkan satu buku untuk teknik-teknik mengorat awek muda. Confirm laku macam goreng pisang panas.


sumber dari beautifulnara.com

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes