Pesanan Sazzy supaya mengamalkan hubungan seks selamat ?
by Abdul Hamid Lembah Bujang

Ha? seks? Jika ianya satu perzinaan memang semua sudah tahu yang ianya membawa kepada dosa besar tidak kira apa juga pegangan agama. Begitulah hikmahnya bagi agama Islam sebab melarang manusia berzina kerana dapat mengelak daripada pelbagai penyakit-penyakit dan disarankan juga kepada yang kuat nafsu (tidak tahan melakukan seks) dan mampu supaya berkahwin walaupun hanya sekadar nikah (sanding tak diwajibkan).
Tapi lain pula Sazzy kiter ni, gambar dibawah ini dipetik daripada oleh James Chong (ruumz.com) bertujuan untuk satu gerakan kesedaran tentang HIV dan AIDS. Selain itu Sarimah Ibrahim, Erra Fazira, Aisyah Sinclair, Sheila Majid dan Ida Nerina juga turut serta dalam sesi fotograpi berkenaan. Tapi kempen ini ada yang tidak kena lah.. Apa ya? korang tahu ker? cuba komen sikit. Hehe..
Geng ‘Celepets’ Tak Sabar Nanti Kelahiran Anak Dynas
by Abdul Hamid Lembah Bujang
Atilia bersama dengan dua ekor kucingnya, Smeagol dan Precrous ketika temubual di rumahnya baru-baru ini. Idea nama ‘Celepets’ dipilih bagi memberikan maksud selebriti yang mempunyai haiwan peliharaan (pet).
Penyanyi jazz kontemporari, Atilia memelihara dua ekor kucing; penyampai Hitz FM, Serena (anjing); pengacara dan pelakon, Hani (Kucing); pengacara dan pelakon, Sazzy (lima kucing); pelakon, Dynas (kucing); pengacara, Daphne (kucing) manakala pengacara, Aishah Sinclair (dua kucing).
“Kami sudah lama mengenali antara satu sama lain dalam industri ini tetapi tidak pernah menjadi kawan baik. Tetapi saya sudah lama rapat dengan Hani dan Sazzy sejak Ria Sentral dulu lagi,” kata Atilia ketika berkunjung di rumahnya baru-baru ini.
Masuk tahun ini, sudah dua tahun tujuh selebriti itu menjadi kawan rapat. Masih teringat lagi Atilia sewaktu ketujuh-tujuh mereka berkumpul dalam majlis hari jadi Daphne pada tahun lalu.
Selain berkongsi minat memelihara binatang, mereka juga saling meminati yoga. Pernah sekali mereka menghabiskan masa di beyoga setiap hari di bawah rumahnya di Damansara Perdana.
“Kami juga pernah menikmati yoga sewaktu bercuti di Bali, Indonesia,” kata pemilik nama Raja Puteri Atilia Raja Haron, 36, lagi sambil bermain dengan dua ekor kucingnya, Smeagol dan Precrous.
Dalam rancak berbual, puteri sulung penyanyi veteran Salamiah Hassan itu sempat berkongsi cerita tentang perasaan terujanya dan kawan-kawan lain menantikan kelahiran bayi sulung Dynas yang dijangka bersalin pada 1 April ini.
Malah, katanya mereka juga berkongsi masalah dan tidak lokek menasihati antara satu sama lain.
“Kami saling menyokong antara satu sama lain. Misalnya, kami memberikan sokongan moral kepada Daphne baru-baru ini.
“Bagi saya, hubungan kami sangat istimewa kerana masing-masing berkecimpung dalam industri seni.
“Kami jarang sibuk pada weekday sedangkan kawan-kawan luar dari industri ini sibuk dengan karier masing-masing.
“Kami siap boleh buat perniagaan melibatkan muzik dan tarian. Kalau tiga orang yang menyertai sesuatu program itu, tujuh-tujuh akan pergi sekali.
“Insya-Allah, saya akan membawa keenam-enam kawan saya untuk terlibat sama dalam pembikinan muzik video lagu saya berjudul Indah,” tuturnya.
Kehidupan Sazzy Falak and Awal Ashaari.. untung la Awal..
by Abdul Hamid Lembah Bujang

Tak tau aku nak cakap, begini kah seorang artis yang belum berkahwin begesel gesel sesama lelaki, tengok fazzy salak ngan awal ashaari, bumper atas dia rapat gila gesel nya.... JAIS OOO JAIS mana ko





