Showing posts with label Fahrin Ahmad. Show all posts
Showing posts with label Fahrin Ahmad. Show all posts

gambar artis di Red Carpet ABPBH 2009

gambar artis di red carpet ABPBH 2009
Intan Ladyana & Lisa Surihani

Keputusan Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 sudahpun diketahui so sekarang ni kita layan pulak koleksi gambar para artis di Red Carpet atau dalam bahasa Melayu’nya karpet merah semasa ABPBH tu. Enjoy!


gambar artis di red carpet ABPBH 2009
Adam & Black

gambar artis di red carpet ABPBH 2009
Akim & Aril

gambar artis di red carpet ABPBH 2009
Farid Kamil & Fahrin Ahmad

gambar artis di red carpet ABPBH 2009
Fizo (awat ngan kaki hang Fizo?) & Dafi

gambar artis di red carpet ABPBH 2009
Zizan & IZ (OIAM)

gambar artis di red carpet ABPBH 2009
Datuk Siti Nurhaliza & Maya Karin

gambar artis di red carpet ABPBH 2009
Scha Al-Yahya & Liyana Jasmay

gambar artis di red carpet ABPBH 2009
Stacy & Jacklyn Victor

gambar artis di red carpet ABPBH 2009
Salina Saibi, Diana Danielle & Nurul Syuhada Nurul Ain

gambar artis di red carpet ABPBH 2009
Didie Alias, Enot (aduh! mangsa fesyen betul lah korang) & Alyah

gambar artis di red carpet ABPBH 2009
Tiz Zaqyah (lawa.. kami suka. Hehee)

gambar artis di red carpet ABPBH 2009
Malas plak nak taip satu-satu. Keh3

Dan anugerah fesyen terMANTAP pilihan Zon Artis jatuh kepada (Jeng3)..

gambar artis di red carpet ABPBH 2009
Bung Mokhtar & Zizie Ezette

Fahrin Teruja Jadi Trend-setter Remaja


KE MANA sahaja dia pergi, insan bernama Fahrin Ahmad ini tidak lengkap tanpa membawa pencuci dan pelembap muka bersama.

Selain itu, sebotol kecil cecair pencuci mulut Listerine juga dijadikan sebagai bahan asas untuk kebersihan diri walaupun dirinya tidak merokok.

Menyedari dirinya selalu berjumpa dengan orang ramai, Fahrin tidak akan keluar dari rumah tanpa produk-produk penjagaan diri tersebut.

“Lebih-lebih apabila saya ke gimnasium, saya tidak akan lupa membawa semua produk penjagaan diri termasuk deodoran dan syampu,” katanya membuka bicara.

Jika ditanya tentang jenama, dia mengaku tidak terlalu mementingkan jenama untuk produk-produk itu.

“Bukan sahaja produk penjagaan diri, malah untuk pakaian pun saya tidak terlalu pentingkan jenama. Cukuplah sekadar simple dan bergaya. Less is more. Yang penting nampak kemas,” ujarnya yang turut menggalas tugas sebagai duta Garnier.

Walaupun dilantik sebagai duta Garnier Men pada hujung tahun lalu, pengacara program realiti Sehati Berdansa itu tidak pernah menganggap dirinya perlu menukar imej yang baru.

“Saya masih menjadi orang biasa yang sama seperti dulu. Bagi saya kecantikan bermula daripada hati,” beritahunya.

Namun, dia tidak menafikan ramai muda-mudi di luar sana mula mengikut imej yang ditampilkannya.

“Pada mulanya saya langsung tidak sedar bahawa saya menjadi trend-setter kepada remaja sekarang.

“Ada yang beritahu saya, mereka mahu menjadi seperti saya dan memuji saya. Saya rasa tidak salah, untuk kebaikan apa salahnya,” tambahnya lagi yang juga merupakan duta kepada Shell, Celcom dan jurucakap AIDS Sedunia.

Jadi idola remaja

Walaupun begitu, jejaka kacukan Melayu di sebelah bapa dan Jawa di sebelah ibu itu tidak menganggap pujian dan ikutan remaja kini sebagai alasan untuknya membangga diri malah dia perlu lebih menitikberatkan penampilannya.

“Selain rasa bersyukur, saya rasa ini juga satu tanggungjawab sebab orang perhatikan saya sebagai idola. Mereka menjadikan saya contoh dari segi personaliti,” luah pelakon teater Antara... itu.

Suplemen, diet, senaman rahsia kulit sihat

Melihat tubuh sasa Fahrin, ramai wanita yang terpikat. Kala ditanya rahsianya, Dia berkata, mengamalkan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu di gimnasium.

“Saya akan berlari sekurang-kurangnya 45 minit kerana lelaki mengutamakan fizikal.

Apabila usia sudah menjangkau 31 tahun ini, saya perlu buat work out dua kali ganda sebab metabolisma badan kita berubah,” katanya yang menggemari warna biru.

Selain itu, jejaka yang lebih selesa keluar rumah dengan mengenakan sneakers itu mengamalkan diet yang seimbang dan mengambil suplemen.

“Diet memang penting. Jadi, saya lebih selesa makan makanan yang dimasak sendiri di rumah. Misalnya, makan makanan yang kurang berminyak seperti salad. Saya juga makan banyak suplemen seperti vitamin C dan E,” ujarnya.

Ditanya mengenai wang yang dibelanjakan setiap bulan untuk penjagaan diri, dia menjawab: “Lelaki tidak perlu berbelanja besar.”

Fahrin Bakal Adakan Sidang Media Tangguh Saman Linda


KONTROVERSI saman-menyaman pelakon dan pengacara, Fahrin Ahmad dan penyampai radio SuriaFM, Linda Onn masih lagi menjadi tanda tanya apabila perkara tersebut dikatakan semakin dilengah-lengahkan Fahrin.

Terbaru, Fahrin mengakui menangguhkan saman tersebut selepas mendengar nasihat dan pandangan dari rakan artis dan persatuan Seniman Malaysia (Seniman).

"Sebenarnya saya mengambil kira pandangan beberapa pihak yang mengambil berat isu kami yang mahukan ianya diselesaikan di luar mahkamah.

"Saya bersetuju untuk menangguhkan saman ke atas Linda dan menunggu maklum balasnya terhadap cadangan Seniman itu.

"Saya tidak mahu perkara ini akan menjadi labih lama dan bakal mengheret keluarga kedua-dua belah pihak ke mahkamah sekali" ujarnya.

Fahrin yang ditemui pada jamuan Online Satay Party pada Jumaat lalu memberitahu perkara tersebut akan dibuat secara rasminya pada penghujung bulan ini.

"Saya tahu ramai yang tertanya-tanya status saman ini. Saya akan buat satu sidang media untuk jelaskan perkara tersebut selepas 15 haribulan atau akhir bulan ini," ujarnya.

Menurut Fahrin, dia mahu mencari jalan terbaik bagi menyelesaikan perkara ini selain dibawa ke mahkamah. Apa yang dilakukan atas dasar profesionalisme bukan secara peribadi.

"Sudah berkali-kali saya memberitahu bahawa apa yang berlaku (saman) atas dasar profesionalisme dan mahu menjaga nama baik saya bukan kerana masalah peribadi.

"Apa yang saya harapkan adalah, Linda tampil meminta maaf dan sekadar mengakui perkara tersebut disalah tafsirkan. Saya hanya mahu nama saya dibersihkan dari segala dakwaan yang boleh menjejaskan kredibiliti saya di mata klien, penaja dan masyarakat," ujarnya.

Fahrin Terharu Seniman Mahu Cari Jalan Damai .. tetapi...

KONTROVERSI saman menyaman antara pelakon dan pengacara Fahrin Ahmad dan penyampai radio, Linda Onn masih belum kesudahan.

Linda sudah mengesahkan untuk bertemu di mahkamah manakala Fahrin masih membuka peluang mencari jalan pendamaian terbaik.

Menurut Fahrin, writ saman telah pun siap dan hanya menantikan persetujuannya untuk memfailkan kes tersebut ke mahkamah namun sehingga saat ini dia masih mengharapkan jalan penyelesaian terbaik antara mereka.

"Writ saman sudah siap hanya tunggu 'lampu hijau' dari saya sahaja, sehingga kini saya masih lagi berharap agar perkara ini diselesai secara baik dan damai.

"Tapi perkara ini tidak hanya bergantung pada saya tetapi pada pihak Linda juga. Ramai yang suruh mengalah tapi saya sudah banyak kali mengalah dan perkara ini bukan soal peribadi tapi ini melibatkan maruah dan kerjaya saya," ujarnya.

Jejaka berusia 31 tahun ini turut menyatakan rasa terharunya kepada selebriti senior di Persatuan Seniman, yang menyatakan pendapat secara terbuka agar jalan pendamaian dilakukan diluar mahkamah.

Malah pihak Seniman sendiri telah menghubunginya untuk menjadi orang tengah menyelesaikan perkara tersebut.

"Saya ada terbaca pendapat beberapa selebriti senior yang minta perkara ini tidak dipanjangkan dan diselesaikan secara baik. Malah pihak Seniman sendiri ada menghubungi saya untuk menjadi orang tengah.

"Saya hargai pendapat dan tindakan pro aktif dan usaha dari Seniman untuk membantu menyelesaikan masalah ini dan saya tidak ada masalah tapi terpulang juga kepada pihak Linda. Saya tidak tahu apa respon dia pada Seniman, sehingga kini masih lagi menemui jalan buntu," ujarnya yang bakal membawa 30 peserta bertuah daripada Fun Club Fecebook Fahrin Ahmad pada 5 Mac ini di Satay Serai Bar, Pavillion.

Fahrin memberitahu bahawa ketika ini dia tidak berbelah bahagi atau berkeras hati untuk membawa perkara ke mahkamah kerana perkara tersebut telah melibatkan profesionnya.

Facebook Fahrin Ahmad Kini Lebih 100,000 Peminat

facebook fahrin ahmad

Memang hebat. Rasanya tak sampai setahun Facebook Fahrin Ahmad dicipta, kini jumlah fans FB tersebut dah mencecah 100,000 orang. Kagum kami dibuatnya. Facebook BeautifulNara pun baru 3,700 orang. Takleh lawan ngan Facebook Fahrin Ahmad nie.

Kami kagum dengan si Fahrin nie yang walaupun sibuk gila tapi masih ada masa untuk buat posting di Facebooknya. Rasanya dalam seminggu ada 2 3 kali jugaklah dia update status FB dia. Dan setiap kali dia update status dia, beratus-ratus gak komen diterima dari peminat-peminat dia. Memang hebat!!!

Dan yang terbaru, 30 orang daripada fans FB Fahrin Ahmad bakal join Online Satay Parti yang bakal dianjurkan tak lama lagi. Kami kagum dengan kesungguhan Fahrin mempromosi dan mendekatkan dirinya dengan peminat melalui FB. Ini baru dikatakan adanya interaksi. Mungkin artis-artis lain boleh contohi Fahrin dari segi nie.

Kepada Fahrin, semoga terus maju dan bertambah fans dalam Facebook anda. Nanti kalau ada apa-apa update penting terutamanya tentang kes saman anda dan Linda Onn, jangan segan-segan update di FB ye. Good luck and all the best.

Fahrin Isi Kekosongan Hati Dengan 'Fan Club Facebook'

SEKALIPUN dilanda kontroversi, pelakon dan pengacara Fahrin Ahmad, 31, menganggap perkara-perkara tersebut tidak menganggu perjalanan kerjaya dan kehidupan peribadinya, malah dia mengakui dirinya kini lebih bahagia dan disayangi peminat.

Menurut Fahrin, selepas apa yang berlaku dia lebih sedar sokongan padu peminat kepadanya semakin bertambah.

"Selepas apa yang terjadi saya nampak peminat-peminat saya bangkit bagi sokongan kepada saya. Ada yang call sekadar nak beritahu 'Fahrin saya sentiasa sokong awak' kemudian putuskan talian. Perkara-perkara begini yang buat saya tersenyum.

"Di Facebook Fan Club Fahrin Ahmad sendiri ramai yang hantar mesej beri kata-kata semangat dan sejak itu juga saya semakin rapat dengan mereka.

"Selepas setiap posting yang saya buat, dalam masa seminit lebih seratus yang membalasnya, mereka sentiasa beri respon positif setelah posting saya." ujar jejaka berasal dari Johor ini.

Fahrin yang kini mempunyai lebih 100,000 peminat di Fan Clubnya mengakui bahawa dia sangat terharu dan menghargai peminat yang menyokongnya terutamanya ketika berada dalam keadaan yang sukar.

"Saya nak peminat tahu yang saya sentiasa mencari peluang untuk mendekati mereka. Banyak perancangan yang saya aturkan untuk bersama peminat," katanya.

Dalam pada itu, Fahrin juga bakal mengadakan Online Satay Parti untuk peminatnya. Seramai 30 peminat yang bertuah dipilih melalui laman Fan Club Facebooknya.

"30 peminat bertuah dari Fan Club saya akan dipilih untuk menyertai Online Satay Parti di Serai Satay Bar, Pavilion pada 3 Mac ini pada pukul 6 petang.

"Ini salah satu cara saya nak kenal peminat-peminat yang banyak beri sokongan kepada saya," ujar Fahrin yang kini menjadikan Fan Club Facebooknya sebagai cara mengisi tempat kosong dihatinya.

Facebook anti Anti Fahrin Ahmad !!!? mmg nak cari duit punyer pasal sanggup wat facebook nie..

Kita hanya insan biasa tidak lari dari melakukan kesalahan, walaupun sebelum ini kita melakukan sejuta kebaikan namun bila hanya melakukan satu kesilapan pastinya orang akan mengingatinya dan membangkitkan kebencian orang lain.

Itulah yang terjadi kepada Bro Fahrin kita ini, setiap hari ada je insan-insan di luar sana yang suka menyebarkan fitnah dan menggunakan seribu satu cara untuk "Public" membenci beliau.



Baca Selanjutnya

Berita terbaru yang Zip dengar ialah, wujudnya Fan Facebook anti Fahrin Ahmad.Zip sempat juga membaca beberapa komen yang ada di dalam Fan tersebut, ada yang menyokong dan ada juga yang mengkritik beliau.
Semoga Fahrin Ahmad tabah menghadapi segala dugaan yang mendatang. apa komen anda pulak?
?

Ada Artis Lain Bakal Naik Mahkamah Bersama Fahrin Dan Linda

fahrin ahmad

Buat anda yang masih tak tahu, Fahrin Ahmad dan Linda Onn dah compem bakal berentap kat mahkamah nanti. Masa 7 hari untuk Linda Onn mintak maaf dah pun tamat. Linda tak minta maaf sebaliknya dah hantar surat kepada peguam Fahrin untuk setelkan hal nie kat mahkamah. Dan mengikut kata-kata Fahrin, ada artis lain yang akan turut sama turun naik court bersama mereka:-

Dari dulu saya dah nampak implikasinya, sebab itu saya ambil prinsip berdiam diri. Saya ambil keputusan ini dengan berat hati tapi terpaksa buat juga. Dalam surat peguamnya juga ada mengaitkan nama orang lain. Saya tahu lepas ini akan jadi lebih worst dan saya sudah bersedia untuk melalui keadaan yang lebih teruk itu. Saya serahkan perkara ini kepada yang lebih arif dan harapkan yang terbaik. Tuhan akan tentukan segalanya,

Tekaan kami, artis yang dikaitkan itu berkemungkinan besar ialah Awal Ashaari dan Scha Al Yahya. Teringat pesan mak kami masa kecik-kecik dulu. Berkawan tue biar memilih. Kang kawan buat salah kita pun terpalit jugak. Apa-apa pun, tak sabar nak tengok kebenaran yang bakal terselongkar dalam mahkamah nanti.

Awal Ashaari Bakal Berkahwin Tahun Hadapan

awal ashaari kawin

Dalam diam ada khabar angin yang bertiup menyatakan Awal Ashaari sudah pun mempunyai kekasih hati dan bakal berkahwin pada tahun hadapan. Menurut sumber (forum CARI), Awal dan bakal isterinya sudah agak lama mengenali antara satu sama lain dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk bernikah.

Adakah gosip yang disebarkan ini hanya untuk cover line kejadian buruk yang berlaku pada Awal semasa akhir tahun 2009 hari tue ? Sejak menjadi orang keempat dalam tragedi cinta Linda Onn, Fahrin Ahmad dan Scha Al-Yahya, imej budak baik Awal selama ini agak tercalar.

Tapi kalau betul lah Awal memang dah nak berkahwin, kami nak jadi orang pertama ucapkan tahniah kepada dia. Mungkinkah Awal bakal berkahwin dengan Scha? Rapat semacam jer dua orang tue sekarang nie. Nak taknak kenalah tunggu tahun depan kan? Lambat lagi tue.

Antara Air Mata Fahrin Dan Akaun Benci Fasha dengan FB serta Noraniza Idris disaman. mana anda suka jom tengok review..


MINGGU ini dunia hiburan tanah air tidak kurang meriahnya dengan cerita-cerita kontroversi.

Kisah air mata Fahrin Ahmad sehingga ingin menyaman Linda Onn, cerita akaun laman sosial Facebook 'I Hate Fasha Sandha' dan kes bekas madu Noraniza Idris, Mastura Bakar yang bersedia disaman penyanyi itu cukup menarik perhatian.

Fahrin vs Linda

Suatu ketika dulu mereka pernah mengakui sekadar 'teman tapi mesra'. Kini, tiada lagi teman, tiada lagi mesra, yang tinggal hanyalah 'mahkamah'. Begitulah kronologi kisah aktor Fahrin Ahmad dan penyampai radio popular, Linda Onn.

Fahrin membuka tirai minggu ini dengan linangan airmata jantannya. Kekesalan Fahrin terhadap kenyataan dan tohmahan Linda yang melabelnya sebagai kaki pukul lebih mengguris hati aktor sasa ini apabila ada pihak yang bertanya kepada ibunya adakah Fahrin seorang lelaki yang cepat 'naik tangan'.

Justeru, Fahrin mempersilakan Linda untuk tampil dengan permohonan maaf atas kenyataan yang pernah dikeluarkannya di sebuah akhbar sebelum ini.

Linda diberi tempoh hingga Jumaat lalu untuk minat maaf, namun Linda punya penjelasan dan jawapan tersendiri.

Menurut Linda, dia hanya menjawab soalan wartawan dan tidak membuat tohmahan terhadap Fahrin. Kenyataan yang dikeluarkannya adalah benar dan enggan mengulas lanjut.

Malah, Linda tegar dengan keputusannya dan tidak mahu meminta maaf kerana dia tahu kebenarannya. Kesannya, kita sama-sama nantikan dan lihat saja episod saman-menyaman ini yang seterusnya.

Isu Akaun Benci Fasha Sandha di FB

Aktres ini tidak sudah-sudah dipalit pelbagai cerita sensasi. Yang kasihannya, lebih banyak yang buruk daripada yang positif.

Terbaru, sekumpulan individu bertindak mewujudkan akaun khas yang diberi nama 'Saya Benci Fasha Sandha (I Hate Fasha Sandha) di laman sosial Facebook (FB).

Bukan sepuluh atau dua puluh orang, tapi lebih 40,000 pemilik akaun FB yang 'tidak senang' dengan kelibat artis ini sepakat untuk memboikot Fasha dengan aplikasi teknologi moden ini.

Bayangkan Fasha sendiri mengaku kepada mStar Online dirinya terkejut apabila terbaca mengenai berita itu di akhbar.

Tapi, apabila empunya diri ingin melihat sendiri akaun tersebut, ia telah ditutup pula. Tup, tup... sehari dua lepas itu, muncul pula akaun yang bermisikan matlamat yang sama dalam versi baru pula.

Kasihan juga Fasha. Memang secara verbalnya, Fasha akui dirinya tidak melatah dengan isu ini. Tapi, dalam hatinya siapa yang tahu? Dia pun manusia biasa, ada hati dan perasaan.

Beringat-ingatlah Fasha tiap kali melangkah kaki ke mana saja, pasti akan ada mata yang melihat. Jika tidak, mana mungkin cerita-cerita 'panas' anda boleh diketahui ramai hingga mengundang rasa meluat segelintir individu di luar sana.

Apa yang diharapkan, Fasha ambil iktibar daripada cerita ini dan lebih fokus pada kariernya.

Bekas Madu Ratu Etnik Sedia Disaman

Kenyataan berani Mastura Bakar, bekas madu penyanyi etnik kreatif Noraniza Idris atau Kak Ani minggu ini jelas menggambarkan ketegasannya terhadap kes ini.

Walau pun satu Malaysia sedia maklum, kes mahkamah yang berlangsung itu sama sekali tidak melibatkan Kak Ani.

Namun, disebabkan kenyataan berbalas kenyataan dan fakta dimanipulasikan, lantas mengundang salah faham pada beberapa pihak. Akibatnya, isu 'sebut nama dalam mahkamah' pun dibesar-besarkan sehingga Kak Ani 'tidak senang duduk' dengan Mastura.

Orang lain yang hadapi perbicaraan, orang lain pula yang berbalah. Sedangkan puncanya kecil saja. Mastura sekadar menyebut nama Kak Ani ketika proses perbicaraan.

Kak Ani pula 'meledak' kerana tidak selesa mengaitkan namanya dalam urusan keluarga itu. Padanya, dia sudah tidak ada kaitan dengan Mastura mahupun Datuk Mohammad.

Mastura ada penjelasan sendiri. Menurutnya, dia tidak pernah berniat untuk mengaitkan nama penyanyi itu dalam kes tuntutan fasakhnya.

Memandangkan Kak Ani bertindak mencabarnya, lantas terpancurlah kenyataan berikut: "Kalau nak saman, samanlah saya tidak kisah. Saya sebut nama dia sebab hakim suruh bukan kerana saja ingin mengaitkan dia dalam perkara ini."

Apa kesudahannya cerita mereka, sama-samalah kita nantikan. Diharapkan Kak Ani tidak bertindak melulu mengikut perasaan.

Maklumlah, Kak Ani lebih dulu makan garam dan sudah lazim dengan rencah anak seni, takkanlah mudah sangat hendak melenting. Tentu Kak Ani tahu keputusan terbaik untuk selesaikan hal ini.

Takziah buat aktres Zarina Zainuddin sekeluarga atas pemergian adik tersayang, Liyana pada 27 Januari lalu.

Pesanan Buat Linda Onn dan Scha al Yahya daripada Fahrin

Entah di mana silapnya, dua selebriti yang pernah bercinta selama hampir lima tahun dan putus pada setahun yang lalu, Fahrin Ahmad dan Linda Onn kini menjadi musuh antara satu sama lain. Sepanjang perpisahan mereka, ada sahaja kenyataan demi kenyataan berbalas yang diberikan mereka walaupun pada ketika itu, Fahrin sudah pun mempunyai kekasih baru iaitu Scha Al-Yahya.

Bagaimanapun, cinta antara Fahrin dan Scha tidak kekal lama setelah hubungan mereka putus pada September tahun lalu. Kini, gara-gara kenyataan yang dikeluarkan Linda menerusi dua buah akhbar dengan dakwaan Fahrin seorang lelaki kaki pukul dan panas baran, Fahrin terpaksa membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang.

"Apa yang saya boleh lakukan kepada mereka ialah, adalah lebih baik kita bercakap kepada media dengan cara baik. Cuma saya ingin nasihatkan pada mereka serta artis-artis lain, untuk membekalkan diri sedikit ilmu mengenai undang-undang hiburan. Saya risau bila melihatkan ramai yang membuat kenyataan yang boleh membahayakan diri mereka."
"Bila saya bercinta, saya bersungguh-sungguh dan ikhlas. Saya nak semua orang tahu. Saya bukannya nak main-main kerana usia saya pun dah tua. Sehingga hari ini saya tidak berdendam pun dengan mereka. Saya bangga dengan kejayaan mereka dan saya juga doakan mereka. Cuma saya sedih dia memecahbelahkan peminat-peminat kita. Bila kita simpan keaiban orang lain, tuhan akan simpan keaiban kita." kata Fahrin yang dalam kesedihan

Linda Onn Enggan Minta Maaf, Sedia Hadapi Kes Saman



Linda yang ditemui di konti Suria FM semalam, yakin kebenaran akan terbukti kelak. - Foto ihsan AMIN AIZZUDDIN MAHARAM (Suria FM)

PENYAMPAI radio popular, Linda Onn atau nama sebenarnya Rozlindah Onn, 32, tetap bertegas dengan keputusannya dan enggan meminta maaf kepada Fahrin Ahmad berikutan kata dua yang diberikan bekas kekasihnya itu, Isnin lalu.

Bukan Linda ingin mencari pasal atau sengaja membesar-besarkan hal. Baginya, kenyataan yang diberikan pada akhbar Sinar Harian itu adalah perkara yang sebenar.

Linda yang ditemui di konti Suria FM petang semalam, berkata, dia bersedia untuk menghadapi kes saman itu demi kebenaran.

Dia tidak perlu membalas sebarang kenyataan dan bercerita lanjut kerana semua urusan berhubung kes itu sudah diserahkan kepada peguamnya, Datuk Hazman Ahmad.

"Seperti yang telah diketahui umum, saya sudah serahkan segala urusan kes ini kepada peguam.

"Saya tidak mahu bercerita panjang tentang perkara ini lagi. Semua kenyataan yang saya berikan sebelum ini adalah untuk menjawab pertanyaan yang diajukan oleh wartawan.

"Tiada guna saya mengada-adakan cerita atau membuat fitnah terhadapnya. Saya hanya menyatakan perkara yang sebenar. Kebenaran akan terbukti nanti," ujar Linda penuh keyakinan.

'Episod saman' ini bermula apabila Fahrin memberi kata dua kepada Linda agar membuat kenyataan maaf secara terbuka dalam tempoh seminggu hingga Jumaat ini (29 Januari) atas dakwaan Linda yang mengatakan Fahrin seorang yang panas baran dan kaki pukul.

Selain Linda, tempoh seminggu turut diberikan kepada akhbar Sinar Harian dan The Star atas dakwaan menyiarkan artikel yang mempunyai unsur hasutan sehingga boleh menjejaskan nama baik dan reputasinya sebagai pelakon, pengacara serta duta produk.

Fahrin Menangis Didakwa Panas Baran Dan Kaki Pukul ... ish.. sensitive gak mamat tegap nie..

Terlalu kecewa dengan dakwaan bekas kekasihnya Linda Onn yang dia kaki pukul, Fahrin menitiskan air mata. Pelakon terkenal ini juga minta Linda memohon maaf secara terbuka. Foto The Star Oleh Brian Moh.

SIKAP berdiam diri bukan lagi jalan terbaik bagi pelakon dan pengacara Fahrin Ahmad, 31, menghadapi segala kemelut kisah percintaannya.

Tindakan mengemukakan notis tuntutan dalam tempoh tujuh hari terhadap bekas kekasihnya, penyampai radio Suria FM, Linda Onn, merupakan jalan terakhir bagi Fahrin membersihkan semula namanya dari persepsi negatif masyarakat.

Dakwaan kononnya dia seorang yang panas baran dan kaki pukul dalam satu kenyataan Linda baru-baru ini merupakan tamparan hebat kepadanya sehingga dia terpaksa mengambil keputusan yang agak sukar itu.

"Keputusan ini sangat berat. Saya ambil masa yang agak panjang untuk membawa perkara ini ke mahkamah. Saya lebih suka berdiam diri, namun keadaan tersebut tidak dihargai.

"Apabila keadaan semakin tidak terkawal dan menjejaskan imej dan kredibiliti saya sebagai duta kepada tiga produk terkenal Shell, Celcom dan Garnier, saya rasa tiada jalan lain selain bagi amaran kepada dia (Linda Onn).

Fahrin terlalu sebak mengenangkan bagaimana dia diaibkan oleh dua orang bekas kekasihnya

Fahrin menzahirkan rasa kesal dengan dakwaan dia seorang lelaki yang panas baran. Pelakon drama TV itu turut mengakui, dia menghadapi tekanan emosi sejak kebelakangan ini kerana dakwaan itu.

"Kesan kenyataan itu sangat besar kepada emosi, kerjaya dan keluarga saya. Bayangkan bagaimana perasaan saya bila orang bertanyakan hal ini kepada ibu saya yang terlantar sakit di hospital?.

"Bagaimana jika saya nak berkahwin dan macam mana tanggapan keluarga perempuan terhadap saya? Bagaimana pula tanggapan produk-produk iklan yang ambil saya sebagai duta? Bagaimana dengan rezeki dan masa depan saya nanti?," ujar Fahrin sambil menahan sebaknya.

Namun Fahrin bersyukur, keluarganya tetap berdiri di belakangnya, memberi sokongan padu.

"Alhamdulilah keluarga saya kuat menerima dugaan ini. Saya tidak berdendam dengan mereka. Kalau boleh saya tidak mahu perkara ini dipanjangkan lagi," ujarnya yang berkali-kali berharap perkara ini tidak dipanjangkan.

Ketika ditanya tentang perkara-perkara buruk seperti yang didakwa dalam kenyataan penyampai radio tersebut, Fahrin berkata dia tidak seperti yang laporkan media dalam kenyataan tersebut.

"Saya sangat kecewa, saya tidak marah dengan mereka tetapi kenapa sampai hati buat saya begini. Kata saya kaki pukul, panas baran...., saya tidak macam itu," ujar pengacara Sehati Berdansa ini.

Dia turut memberitahu bahawa keburukan-keburukan yang diceritakan oleh bekas-bekas kekasihnya itu telah mengaibkan dirinya.

"Percintaan bersama Linda dan Scha Al-Yahya adalah dua percintaan yang berbeza. Jalan ceritanya juga berbeza tapi bila mereka sudah berkawan baik, mereka bercerita tentang keburukan saya. Cuba suruh mereka cari 10 kebaikan saya, mesti ada.

"Tapi saya tetap berbangga berkawan dengan mereka dan kerjaya mereka yang semakin meningkat," katanya.

Sedih bila keluarga turut menerima impak dari dakwaan tersebut.

Dalam pada itu, Fahrin turut mengakui serik untuk menjalinkan hubungan cinta dengan mereka di kalangan selebriti setelah melalui hal-hal sebegini.

"Mula-mula dulu saya anggap ini adalah jodoh. Tapi setelah apa yang saya lalui dan apa yang telah ditunjukkan tuhan, mungkin lepas ini bukan dengan rakan artis lagi," ujarnya mengakhiri perbualan.

7 Hari Untuk Linda Onn Minta Maaf, Jika Tidak..... ape yang akan berlaku?

Fahrin (tengah) bersama peguamnya Tengku Naufal Tengku Mansor (kiri) pada sidang media notos tuntutan terhadap bekas kekasihnya Linda Onn. Foto The Star Oleh BRIAN MOH

SERI KEMBANGAN: Pelakon dan pengacara, Fahrin Ahmad, 31, semalam menafikan tuduhan penyampai radio Linda Onn, 32, bahawa dia seorang yang memiliki sikap panas baran seperti yang didakwa bekas teman wanitanya itu baru-baru ini sehingga mendatangkan fitnah dan provokasi kepada pembaca.

Sehubungan itu, Fahrin melalui peguamnya, Tengku Naufal Tengku Mansor menuntut Linda atau nama sebenarnya, Rozlinda Onn tampil membuat kenyataan maaf secara terbuka dalam tempoh tujuh hari mulai Jumaat lalu melalui akhbar Sinar Harian dan The Star.

Beliau mendakwa, anak guamnya sangat tertekan dari awal tahun dengan apa yang berlaku sehingga memberi impak kepada imej dirinya dan keluarga.

Dalam pada itu, Tengku Naufal memberitahu pihaknya sedang dalam proses mengumpul bukti yang cukup, sama ada melalui kenyataan-kenyataan akhbar, blog dan laman Twitter untuk mendakwa selebriti lain yang terlibat.

Fahrin Ahmad Mahu Saman Linda Onn.... ARTIS SAMAN ARTIS... PANAS2..

fahrin ahmad

Kalau zaman dulu-dulu ada peribahasa kerana mulut badan binasa, sekarang ini kena tukar kerana mulut kita jumpa kat court. Sekarang nie zaman saman menyaman. Jadi mulut tue kalau nak bercakap, kenalah berhati-hati. Jangan main sedap je tuduh orang. Kang tak pasal-pasal dapat saman malu macam yang si Fahrin Ahmad nie nak buat kat Linda Onn.

Nampaknya Fahrin Ahmad dah tak boleh tahan dengan kata-kata dari Linda Onn yang menuduh dia sebagai lelaki kaki pukul. Buat anda yang tak tahu, Linda Onn pernah menuduh Fahrin Ahmad sebagai panas baran dan cepat naik tangan. Itu yang buat Fahrin bengang tue. Bak kata omputeh, drop his waterface.

Nak taknak terpaksalah si Fahrin nie bawak benda nie naik ke mahkamah. Iyerlah, kalau berdiam diri kang peminat pikir memang betullah si Fahrin nie kaki pukul. Kami sokong jugak tindakan Fahrin nie. Mana boleh biarkan orang sedap-sedap je fitnah kita. Biar kebenaran terbukti di mahkamah nanti.

Kita dengar sikit apa Fahrin cakap:-

Kesabaran saya selama ini tidak dihargai oleh Linda membuatkan saya terpaksa mengambil tindakan tegas. Selepas berfikir panjang, keputusan yang wajar saya lakukan adalah mengambil tindakan undang-undang terhadap Linda.

Hari Isnin nie Fahrin akan buat press conference untuk ceritakan lebih lanjut pasal benda nie. Tak sabar plak rasanya nak tau siapa yang betul

Fahrin Ahmad Basah Di Tepi Kolam Renang




Mati-mati kitorang ingat yang si Fahrin Ahmad nie tak pernah ada gambar-gambar basah di tepi kolam renang. Ala, kalau korang jenis beli majalah Mangga dulu-dulu (skang nie tak tau la ada lagi ke tak), compem ada gambar-gambar artis lelaki yang baru nak naik berposing basah tepi kolam renang. Rupa-rupanya Fahrin Ahmad pun ada gak gambar camnie.

Tapi kira tough gak la badan si Fahrin nie. Ada gak ketulan-ketulan dia. Kalau korang tengok betul-betul leh perasan ada bulu lagi. Memang seksi gitu ~~. Mungkin itu salah satu sebab Linda Onn dan Scha Al Yahya terpikat ngan Fahrin dulu.

Lagi gambar Fahrin Ahmad berbasah di tepi kolam renang dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

fahrin ahmad

fahrin ahmad

fahrin ahmad

fahrin ahmad

fahrin ahmad

fahrin ahmad

fahrin ahmad


fahrin ahmad

sumber dari beautifulnara.com

Adakah AC Mizal Kekal Sebagai Hos AF8?


KUALA LUMPUR, 29 DISEMBER 2009: Baru saja pengumuman uji bakat Akademi Fantasia 8 (AF8) dibuat oleh pihak Astro, pelbagai spekulasi telah mula diajukan termasuklah siapakah hos, pengetua serta tenaga pengajar yang akan membarisi 'kabinet' dalam musim ini.

Bagi Murai Batu, ini adalah simptom-simpton biasa setiap kali virus AF mula menyerang rakyat Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam.

Dalam memperkatakan tentang hos AF8 kelak, sudah timbul gosip-gosip di belakang tabir adakah AC Mizal akan kekal atau digantikan oleh pengacara lain.

Kalau ikutkan pencapaian dan populariti, AC Mizal tahun ini lebih gah daripada AC Mizal tahun sebelumnya. Ini terbukti apabila program AC telah berjaya menewaskan program Aznil atau Pak Nil dalam ASk2009, baru-baru ini.



Tapi perkara itu pun masih belum cukup kukuh untuk Murai Batu mengesahkan sekarang sama ada AC kekal atau disingkirkan. Atau mungkin AC terbabit dalam bentuk lain dalam team AF8 kali ini?

Ketika ini beberapa nama telah disebut-sebut untuk menjadi hos antaranya Reza Mohamed, Zainal Alam Kadir, Awal Ashaari, Fahrin Ahmad, Jimmy Shanley dan Linda Onn. Tidak ketinggalan pengacara baru dari Astro Awani iaitu Syed Faradino atau Dino yang mengendalikan program In Person dan Perkspektif Kita.

Tapi kalau tanya Murai Batu, for a change, apa kata memberikan tugas hos itu kepada Fauziah Dato Ahmad Daud atau kak Ogy kita. Sebagai seorang aktres terbaik, tentunya Kak Ogy sangat bijak mengendalikan pelbagai mood ceria atau sedih apabila drama-drama AF berlaku di pentas. Setuju?

Bagaimana pula dengan Pak Nil? Adakah dia akan kembali membuat kejutan? Atau mungkin Pak Nil boleh jadi pengkritik tetap pula. Nampaknya semua masih lagi rahsia dan rahsia!

sumber dari Murai.com.my

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes