Emma Watson Bakal Rampas Robert Pattinson?
by Abdul Hamid Lembah Bujang

PEMINAT pasangan Twilight Robert Pattinson dan Kristen Stewart pasti kecewa apabila berita Emma Watson bakal merampas Robert dari Kristen.
Dengan nama yang semakin melonjak di Hollywood, pelakon Harry Potter ini bakal mencuri perhatian pelakon kacak Robert Pattinson.
Bagaimanapun, Emma bijak menepis khabar tersebut dan menganggap ia hanya satu promosi terhadap filem terbaru yang mengandingkan mereka berdua iaitu Dark Arc.
Namun begitu, ini bukan kali pertama Emma berlakon dengan Robert, sebelum ini dia pernah bergandingan dalam filem Harry Potter And The Golbet Of Fire. Ketika itu Robert memainkan watak Cedric Diggory.
Emma dalam Twitternya memberitahu jangan terlalu percaya kepada khabar angin antara dia dan Robert. Ia hanya promosi yang tidak dipinta oleh mereka," katanya.
Daniel Radcliffe Terima Golongan Homoseksual
by Abdul Hamid Lembah Bujang

PELAKON Harry Potter, Daniel Radcliffe membuat penilaian bahawa masyarakat hari ini sudah boleh menerima golongan homoseksual.
Menurutnya, generasi muda tidak seharusnya memandang hina terhadap golongan berkenaan.
Bagaimanapun, masih terlalu jauh untuk masyarakat dunia menerima perkara sebegini secara terbuka.
"Saya rasa generasi baru sudah mula terbuka mengenai isu (homoseksual) ini, mereka kebanyankannya lebih terbuka dan berpendidikan. Namun proses ini tentu sangat lambat untuk masyarakat dunia menerimanya.
"Jika seseorang dibesarkan dari keluarga yang berfikiran sempit dan berfikiran buruk tentang kaum homoseksual, maka proses perubahan akan memerlukan waktu yang sangat lama," katanya.
Radcliffe juga memberitahu bahawa dirinya boleh menerima kehadiran golongan homoseksual kerana dia membesar bersama-sama beberapa kenalan yang seperti itu.
"Saya hidup bersama golongan gay dan lesbian sejak kecil. Ia sangat berbeza dengan diri saya, namun pengalaman bersama mereka membuatkan saya boleh menerima golongan ini.
'Harry Potter' Ingin Ikut Jejak 'Avatar'
by Abdul Hamid Lembah Bujang

KEJAYAAN memberangsangkan filem garapan James Cameron, Avatar, membuat beberapa pengiat filem berlumba-lumba untuk menggarap filem tiga dimensi. Malah, perusahaan filem Warner berniat untuk mengubah Harry Potter And The Deathly Hallowske format tiga dimensi.
Seperti dipetik Daily Mail, Warner telah memberitahu perkara itu di minggu yang sama ketika Avatar berjaya menjadi filem terlaris mengalahkan Titanic. Tidak hanya dua filem terakhir Harry Potter, mereka juga berniat mengarap Clash Of The Titans dalam format 3D.
Pada perancangan awalnya, bahagian pertama Harry Potter And The Deathly Hallows akan keluar pada 19 November 2010. Sementara, bahagian keduanya menyusul pada 15 Julai 2011 akan datang.
Selain Warner, beberapa syarikat perfileman lain juga merancang bakal mengikuti jejak Avatar. Bahkan MGM turut merancang untuk menggarap film terbaru James Bond dengan format tersebut, begitu juga dengan Sony Pictures yang sedang memikirkan untuk melakukan hal sama untuk filem Spider-Man 4.

