Perlukah ini semua ditunjukkan kepada umum? kalau nak pun kat sms dah kira cukup dah kan. Memang ramai yang akan tidak percaya, memandangkan ramai mengetahui yang Fizz ni sedikit sebanyak lebih banyak bergurau berbanding keseriusannya di dalam set lakonan. Apa-apa pun kalau betul bercinta, so far so good lah, tapi nanti pisah pun nak umumkan juga ker? kekeke..Liyana Jasmay, Fizz Fairuz tengah bercinta?
by Abdul Hamid Lembah Bujang

Perlukah ini semua ditunjukkan kepada umum? kalau nak pun kat sms dah kira cukup dah kan. Memang ramai yang akan tidak percaya, memandangkan ramai mengetahui yang Fizz ni sedikit sebanyak lebih banyak bergurau berbanding keseriusannya di dalam set lakonan. Apa-apa pun kalau betul bercinta, so far so good lah, tapi nanti pisah pun nak umumkan juga ker? kekeke..
Zed Zaidi Sanggup Tonton Niyang Rapik Tujuh Kali
by Abdul Hamid Lembah Bujang

AKTOR kacak Zed Zaidi mengaku sudah menonton filem lakonannya Niyang Rapik sebanyak tujuh kali semata-mata untuk melihat reaksi penonton.
Menurut Zed, perkara tersebut bagaikan satu rutin untuknya menonton serta memantau reaksi orang ramai terhadap lakonannya.
"Memang sudah jadi tabiat saya untuk menonton filem yang saya lakonkan sendiri beberapa kali untuk melihat reaksi penonton. Saya nak tengok sama ada lakonan tersebut berjaya memberi kesan kepada penonton atau tidak.
"Dengan cara itu juga saya dapat memperbaiki sedikit sebanyak mutu lakonan saya," ujar jejaka berusia 30 tahun ini.
Sementara itu, Zed turut memberitahu filem Niyang Rapik merupakan filem terbaik yang pernah dilakonkannya dan mempunyai kelainan tersendiri berbanding filem yang pernah dilakonkan sebelum ini.
"Filem ini merupakan filem terbaik bagi saya. Skrip dan jalan cerita yang kuat memberi kelainan kepada filem seram yang lain. Penonton akan sentiasa berfikir sehingga penghujung cerita.
"Selain itu, pengarah Ahmad Idham juga seorang yang sangat kreatif dan mudah untuk bekerja dengan dia. Secara rumusannya saya dapat bekerja dengan sebuah pasukan yang sangat bagus," ujar jejaka ini.
Zed juga memberitahu bahawa dia terpaksa menghentikan beberapa penggambaran drama untuk meneruskan hajatnya menunaikan ibadat umrah pertengahan bulan ini.
"Saya sudah lama berniat untuk mengerjakan ibadat umrah dan semalam secara kebetulan, saya dipelawa seorang rakan untuk pergi membuat umrah bersama.
"Jadi saya membuat keputusan untuk menangguhkan semua kerja dan penggambaran bagi memberi tumpuan kepada ibadah umrah selama 10 hari.
"Saya ingin berdoa agar dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dan kalau boleh dapat jodoh," ujarnya sambil tersenyum.
Pelakon yang turut memegang jawatan Biro Seniman Muda ini turut memberitahu bahawa dia secara sukarela mahu memperjuangkan nasib artis-artis di Malaysia terutamanya artis muda.
"Saya tidak rasa terbeban dengan tanggungjawab yang saya pikul sekarang malah saya rasa gembira kerana diberi peluang untuk membela dan memperjuangkan artis-artis Malaysia," jelasnya.
Detektif Era Heret Artis 'Bermasalah' Ke Konti
by Abdul Hamid Lembah Bujang

PASTI ramai terkejut dengan pengakuan eksklusif selebriti yang dibuat ‘secara paksa rela’ menggunakan mesin lie detector dalam program Detektif Era di segmen Riuh Pagi Era.
Selebriti ‘bermasalah’ ini umpama berada dalam kandang saksi mahkamah bagi sesi ‘soal balas peguam’.
Antara pendedahan berani yang pernah tersiar ke udara dalam program ini, bermula Januari tahun ini. Tahukah anda penyanyi Marsha Londoh pernah jatuh hati dengan pengacara terkenal Aznil Nawawi dan bukannya Yusri KRU seperti yang pernah disensasikan selama ini.
Pelawak Saiful Apek pula tercabar dengan kemunculan Nabil Raja Lawak dan Fazli Zainal bersolek bukan kerana kecelaruan gender tetapi kerana ingin dilihat menarik untuk industri hiburan.
Namun tidak kurang juga selebriti yang mungkin menggelabah di saat akhir bertindak meninggalkan konti sebelum waktu.
Nama di atas hanya sebahagian daripada nama selebriti popular yang sporting dan berani diuji oleh lie detector dengan soalan panas yang ditanya dua detektif Era, Aznil Nawawi dan Azwan Ali.
Menurut Pengurus Program Era, Nazri Noran, program ini sebenarnya mula diperkenalkan radio HitzFM tiga tahun lalu tapi ‘mangsanya’ adalah pendengar.
Detektif Era mulanya dikendalikan sepenuhnya oleh Aznil dan Din Beramboi, sementara proses penyeliaan dibuat oleh Pakar Poligrafi, Akbar Satar dari Akbar & Associates. Selebriti yang telah disoal siasat oleh Aznil ialah Fahrin Ahmad, Norman KRU, Saiful Apek dan Marsha Londoh.

Namun, sejak 17 Februari, tugasan sebagai Detektif Era diambil alih oleh Azwan Ali. Azwan pula membongkar rahsia Fazli Zainal, Fizz Fairuz, Mawi, Didie Alias dan Ifa Raziah.
“Ketika Aznil mengelolakan program ini, dia agak compassionate dan supportive. Mungkin karakternya sedemikian, jadi dia mencadangkan kita beri tugas menyiasat ini kepada Azwan Ali kerana dia sudah biasa dan mempunyai track record mengelolakan rancangan sebegini dulu,” jelas Nazri.
Menurut Nazri, ramai selebriti popular terutama wanita agak skeptikal dan tidak berani ambil bahagian dalam program itu.“Ramai juga artis yang tidak senang dengan kaedah mesin lie detector yang digunakan. Ada yang memberi bermacam-macam alasan untuk mengelak daripada turut serta.
“Mungkin kerana kebanyakan soalan berkisarkan hal peribadi dan kisah di sebalik peristiwa yang mengheret mereka ke kancah kontroversi,” kata Nazri.

Jelasnya lagi, mesin ini memantau seseorang melalui reaksi fisiologi dan perubahan dalam tubuh.
Kiranya ‘mangsa’ berbohong, lie detector akan mengesan kebohongan dari sistem gelombang. Bila seseorang bohong, gelombang akan bergetar cepat. Sebaliknya, jika seseorang itu jujur, gelombang tidak bergetar dengan cepat dan tiada perubahan.
Menurut pengamatan Nazri, hanya beberapa nama saja lulus dengan cemerlang. Norman KRU lulus semua soalan dan mendedahkan dia tidak pernah menyimpan dendam terhadap adik-adiknya.
Begitu juga dengan Cat Farish yang berkata benar tentang kenapa beberapa anggota wanita meninggalkan kumpulannya.

“Fazli Zainal jujur ketika menjawab soalan kenapa dia guna mekap untuk membantunya dalam industri. Tapi bila ditanya sama ada dia ada teman, Fazli berbohong berkata belum ada. Dia sendiri keliru kenapa mesin lie detector mengatakan dia berbohong.
“Saiful Apek hanya lulus borderline saja. Dia cuba menyembunyikan perasaan sebenarnya bila ditanya adakah dia rasa tercabar dengan kehadiran muka baru seperti Nabil.
“Yang paling menarik ialah pelawak komedi Abon. Sesinya begitu emosi kerana dia benar-benar tertekan dan terasa pelawak dipinggirkan,” jelas Nazri yang teruja bila diberitahu Detektif Era akan dijadikan program TV di Astro tidak lama lagi.
Kata Nazri, “Selain bahasa tubuh, ekspresi wajah artis yang disoal siasat memberi gambaran apa sebenarnya yang bergolak di hati mereka.”
Bagi Azwan pula, mengendalikan segmen Detektif Era merupakan satu pengalaman yang menarik dan lucu.
“Soalan siasatan tentang isu karier, peribadi dan kontroversi disediakan pihak radio Era dan saya hanya menokok tambah bila perlu.
“Semua artis lulus siasatan Detektif Era walaupun rata-rata mereka terperangkap dengan isu panas dalam soalan. Ada di antara mereka dikesan sebagai pembohong, jawapan kabur dan tidak yakin! Ada juga artis yang terus enggan menjawab dan minta soalan dibatalkan dari siaran,” jelas pengacara terkenal ini.
Tambah Azwan lagi,”Segmen Didie Alias paling menyentuh hati hingga berderai air mata bila disiasat isu diperdaya kawan baik.
“Artis lain tidak kurang hebat aksi dan telatah mereka. Saya pilih segmen Mawi antara yang paling menarik. Mawi tenang menjawab semua “soalan maut” terhadapnya termasuk isu Ekin.
“Ifa Raziah pula paling menggamatkan rakaman dan sempat “melaserkan” saya dalam isu gaduh mereka di Anugerah Bintang Popular.”
Walaupun ramai artis ‘berani-berani lalat’ untuk menghadapi siri pengesanan pembohongan ini tapi seperti kata Nazri, peluang yang diberi oleh program Detektif Era bertujuan untuk membersihkan nama artis “bermasalah”.
“Rata-rata ‘mangsa’ yang sudah melalui sesi ini berasa lega kerana diberi peluang bercerita kisah sebenar di sebalik tabir kehidupan. Ini dapat membersihkan nama mereka,” jelas Nazri yang turut memberitahu kesemua segmen Detektif Era sudah ada dan akan dimuatkan di laman YouTube.
Siapa Berani Gosip Fizz Fairuz??
by Abdul Hamid Lembah Bujang

Kalau rasa nak kena middlefinger (Fuck) dengan Fizz Fairuz, korang cubalah gosip dia. Otai tak Fizz Fairuz ni, selamba je buat “fuck” ala-ala Stone Cold Steve Austin. Oleh itu....
saya merasakan, apa kah motif menunjukkan simbol tersebut kepada crew atau kamera, adakah skrip telah membenarkan beliau menunjukan tanda kemegahan dirinya itu kepda crew??????!$%%$^. Cuma persoalan nya disini adakah sikap firuz nie boleh di banggakan. Dimanakah etika / moral sebagai pelakon? Lagi satu rakaman ini dibuat untuk cerita apa yek, adakah cerita lagak ngeri? HUH!~!!!!!
ish2 tau la sudah jd popular..
rate la sendiri..

