Showing posts with label Sheila Majid. Show all posts
Showing posts with label Sheila Majid. Show all posts

Pesanan Sazzy supaya mengamalkan hubungan seks selamat ?


Ha? seks? Jika ianya satu perzinaan memang semua sudah tahu yang ianya membawa kepada dosa besar tidak kira apa juga pegangan agama. Begitulah hikmahnya bagi agama Islam sebab melarang manusia berzina kerana dapat mengelak daripada pelbagai penyakit-penyakit dan disarankan juga kepada yang kuat nafsu (tidak tahan melakukan seks) dan mampu supaya berkahwin walaupun hanya sekadar nikah (sanding tak diwajibkan).

Tapi lain pula Sazzy kiter ni, gambar dibawah ini dipetik daripada oleh James Chong (ruumz.com) bertujuan untuk satu gerakan kesedaran tentang HIV dan AIDS. Selain itu Sarimah Ibrahim, Erra Fazira, Aisyah Sinclair, Sheila Majid dan Ida Nerina juga turut serta dalam sesi fotograpi berkenaan. Tapi kempen ini ada yang tidak kena lah.. Apa ya? korang tahu ker? cuba komen sikit. Hehe..

Bila Dua Diva Bersatu ‘Pukau’ Peminat

Persembahan bertenaga daripada Datuk Sheila Majid dan Anita Sarawak menerusi lagu Dengar Ini Cerita berjaya meraih tepukan gemuruh daripada penonton. - Foto oleh AZLINA ABDULLAH

BUKAN mudah untuk menonton persembahan mantap menggandingkan dua diva, penyanyi Datuk Sheila Majid dan Anita Sarawak di atas satu pentas.

Bila mereka bersatu, pasti peminat terpukau dek persembahan yang menyentuh perasaan dan menghiburkan itu.

Buat kedua kalinya, PNB Darby Park menganjurkan majlis makan tengahari sempena Minggu Setiausaha 2010 melibatkan dua diva terkenal dan berbakat itu.

Bertemakan Karpet Merah – Glitz & Glam, lebih 800 tetamu diraikan di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara semalam.

Secara dasarnya, ramai yang berpuas hati dan memuji kehebatan Sheila dan Anita dalam mempersembahkan nyanyian masing-masing dengan iringan muzik di bawah pimpinan Pengarah Muzik, Acis.

Selain daripada itu, majlis yang menyajikan pelbagai hidangan istimewa berkonsepkan bufet antarabangsa dan tempatan itu turut diserikan dengan kemunculan pengacara dan aktor Fahrin Ahmad sebagai pengacara majlis.

Keserasian antara kedua-duanya terserlah lebih-lebih lagi mereka sendiri mengakui seronok bekerjasama bersama-sama dan kenangan indah itu bagaikan sukar untuk dilupakan selama-lamanya.

“Saya seronok apabila pertama kali dapat menari di atas satu pentas dengan Datuk Sheila. Setiap manusia ada keistimewaan tersendiri dan apabila kami bersatu, kami keluarkan sisi lain dalam diri seperti kelakar dan cara membuat persembahan.

“Dengan cara seperti itu, kami menunjukkan identiti tersendiri. Lagipun berapa lama kami berada dalam industri seni ini. Misalnya, saya sendiri pun sudah 44 tahun dalam industri.

Pengacara dan pelakon Fahrin Ahmad turut menceriakan majlis sebagai pengacara majlis.

“Saya rasa seperti satu mimpi apabila di usia 58 tahun ini, masih ada yang ingin menjemput saya membuat persembahan,” kata Anita penuh terharu dalam ceria seusai menjayakan persembahan tersebut.

Walaupun begitu, pasangan ini hanya menampilkan sebuah lagu duet sahaja iaitu Dengar Cerita Ini. Ramai yang menyangka mereka akan berduet lebih banyak lagu namun disebabkan kekangan masa, mereka tidak dapat berbuat demikian.

“Masalah berlaku apabila kebanyakan pemuzik yang mengiringi persembahan kami mempunyai komitmen lain seperti Formula Satu (F1) Grand Prix Australia 2010.

“Kami berharap, mungkin dapat berduet lebih banyak lagu pada masa akan datang. Saya selalu looking forward untuk bekerjasama dengan Anita Sarawak.

“Setiap kali saya menonton persembahannya, dia pasti memberikan inspirasi kepada saya. Dia mempunyai disiplin yang tinggi dan persembahannya menyentuh kalbu berbanding artis sekarang,” jawab Sheila yang secara bergurau menegur Anita agar tidak menggelarnya Datuk.

Penyanyi dan pelakon Ziana Zain turun padang memberikan sokongan kepada dua diva itu.

Kedua-duanya sempat melakukan latihan dalam sehari di studio milik Sheila. Selebihnya, mereka melakukan inisiatif dan latihan sendiri sebelum menjayakan persembahan hampir dua jam itu.

“Persembahan pada hari ini (semalam) mencetuskan satu titik kolaborasi kepada kami selepas ini.

“Saya berharap semua pihak berpuas hati. Kami juga lebih suka sekiranya peminat memberitahu tidak puas dan mahukan kami menyanyi lagi. Kalau nak penonton terhibur, saya sendiri kena rasa enjoy dulu,” luah Anita yang bergaya penuh elegan dengan kostum rekaan Ashley Wong.

Sementara itu, Sheila yang menyambut ulang tahun ke-25 dalam industri ini begitu seronok apabila dapat menghiburkan penonton dengan lagu-lagu popularnya sepertiSinaran, Lagenda, Aku Cinta Padamu, Antara Anyer Dan Jakarta yang lebih dekat dengan wanita serta memperkenalkan single terbarunya, Dengarkanlah.

Selain itu, dia turut menyampaikan medley lagu daripada Allahyarham Tan Sri P Ramlee seperti Bunyi Gitar, Tiru Macam Saya, Getaran Jiwa, Bila Larut Malam dan Manusia.

Anak tiri Anita, Mathew turut hadir di majlis itu.

Anita menghiburkan kira-kira 14 buah lagu seperti Argentina, Addicted To Love, medley cinta (Antara Yang Manis, Cinta Nan Satu, Bisikanlah Cinta, Cintamu Muzik Di Hatiku),Joget Sayang Disayang, Asmara dan medley rancak (Ular, Tragedi Buah Epal, Akhirnya Kini Pasti, Seksis).

Suasana majlis tengah hari itu disemarakkan lagi dengan pelbagai hadiah cabutan bertuah dan ‘Pakaian Terbaik’ seperti barangan kemas Habib bernilai RM60,000, hadiah istimewa berjumlah RM16,000 sumbangan perabot Empire Classic setelah menjawab soalan daripada Anita dan sut eksklusif tajaan Lord’s Tailor untuk majikan lelaki.

Semua tetamu yang hadir berpeluang menerima door gift iaitu set barangan kecantikan diri eksklusif daripada Laura Mercier dan barangan penjagaan diri daripada Garnier.

Rakan artis yang turun padang memberikan sokongan iaitu penyanyi Ziana Zain dan pelakon Vanida Imran. Turut hadir sama adalah anak tiri Anita, Mathew bersama pasangannya.

Sheila Majid Janji Adakan Konsert Di Indonesia

TIDAK mahu melupakan peminat di Indonesia, penyanyi yang juga popular di negeri seberang itu, Datuk Sheila Majid telah berjanji untuk mengadakan konsert di Indonesia.

"Saya memang ingin membuat konsert di Indonesia, kerana saya ingin meraikan 25 tahun selama saya jadi penyanyi. Tapi saya masih menunggu penaja yang datang kepada saya, tetapi saya berjanji akan membuat konsert di sini," ujar Sheila seperti dipetik dari laman hiburan Kapanlagi.com.

"Indonesia adalah negara terbesar bagi saya yang mempersembahkan karier terbesar buat saya dan saya juga ingin mempersembahkan buat peminat saya di Indonesia," tambahnya.

Sheila juga mengakui bahawa Indonesia merupakan rumah kedua baginya. Dirinya juga masih terharu dengan sambutan peminatnya yang sangat memberangsangkan ketika persembahan di acara Java Jazz, kemarin.

"Saya sangat hormat dengan Indonesia khususnya kepada peminat saya, sokongan terhadap saya masih banyak seperti ketika saya melakukan konsert di Java Jazz semalam. Semua lagu-lagu yang saya bawakan adalah permintaan daripada peminat saya di sini," ujarnya.

Ditanya tentang kolaborasi dengan artis-artis dari Indonesia, menurut penyanyi genit ini memberitahu dia masih belum mempunyai perancangan kearah itu.

"Tidak ada kolaborasi, kerana konsert yang bakal dirancang adalah tribute dari lagu-lagu saya yang popular di sini," katanya.

Aditya: Artis Tunjuk Kuasa Mengarah Ala-ala 'Kuat Sepit Kerana Kempa'

PESAN orang-orang tua kita dahulu, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Selain kandungan Al-Quran yang menjadi pegangan hidup kita, tidak salah kiranya kita renung-renungkan juga pesanan-pesanan orang yang terdahulu makan garam dalam kita menempuhi kehidupan ini agar tidak terus tenggelam gelombang kealpaan.

Dunia kehidupan artis adalah secebis bahagian daripada kehidupan kita. Mereka juga manusia yang mempunyai rencana dan hala tuju masing-masing sebelum memejam mata menghadap Ilahi.

Setiap daripada kita ada kisah dan sejarah untuk dipanduankan kepada orang yang melihat. Sudah beberapa kali Aditya ulang ayat ini tetapi tidak salahkan kalau kita selalu ingat mengingati? Maklumlah manusia mudah lupa!

Aditya membuka artikel kali ini dengan perumpamaan mudah itu apabila teringatkan kisah-kisah artis tempatan sejak kebelakangan ini yang gemar bermain sembunyi-sembunyi ‘hide and seek’.

Baik yang sudah kahwin mahupun yang baru merancang berjabat tangan dengan tok kadi, seolah-olah menjadi trend hari ini untuk tidak menghebahkan kepada masyarakat melalui media massa akan perkembangan sihat itu.

Orang tua-tua juga kata, benda yang baik seperti mendirikan masjid, lebih elok diwar-warkan agar tidak menimbulkan fitnah dan tercipta spekulasi di belakang hari.

Trend menyorokkan anak juga sudah menular di kalangan artis kita. Mungkin nak jaga eksklusiviti atau barangkali juga sengaja nak biarkan orang ternanti-nanti terutama wakil media yang sesetengahnya begitu hadap dengan paparan wajah anak selebriti.

Hormatilah kehendak mereka, bimbang nanti tiada pula bahan lain untuk dijadikan publisiti. Moleklah gunakan anak untuk raihkan populariti. Buatlah selalu!

Bagaimanapun dalam soal perkahwinan ‘hide and seek’ tadi, lebih memualkan apabila ia melibatkan hubungan artis dengan golongan kenamaan, Very Important People atau yang berstatus hartawan, telah meletakkan ‘road block’ di tengah-tengah jalan pekerjaan wakil media dalam usaha mencari kebenaran.

‘Road block’ itu bukan sekadar sekatan jalan raya biasa malah kali ini tiada peluang langsung untuk ‘detour’ ke arah lain sebagai alternatif penyelesaian.

Kebanyakan yang berkasih sayang dengan golongan artis ini, lebih mudah menggunakan jalan pintas dengan ‘mengarahkan’ sesiapa yang mampu diarahkan dengan kuasa mereka supaya dihentikan permainan ‘hide and seek’.

Mudahnya mereka membeli kebebasan petugas media dalam memberi maklumat kepada masyarakat. Tetapi inilah juga antara warna kebebasan media kita di dalam masyarakat demokrasi. Moleklah, biarkan situasi ini berterusan, moga-moga boleh menjadi virus dan parasit suatu hari nanti yang akan menggantikan makna kebebasan sebenar.

Lebih menyayat hati, kerana cintakan mereka yang berpengalaman, ada artis-artis muda sanggup meninggalkan sebuah persahabatan yang dijalin murni dengan orang media. Daun selasih aku lurutkan, kerana kasih aku turutkan.

Mereka peduli apa, pantang media memperkatakan khabar angin tentang mereka, mulalah menggeletis macam cacing kepanasan. Bagaimanapun dengan ikatan perkahwinan kuasa, artis itu turut mendapat kuasa mengarah ala-ala ‘kuat sepit kerana kempa’ (kempa ialah apitan).

Namun usah pertikaikan ketentuhan Allah. Jodoh pertemuan ajal maut sudah ditentukan Tuhan, tiada siapa yang mampu menghalang kehendakNya kerana setiap yang telah diaturkanNya memiliki sebab dan musababnya. Reda sahaja!

Cuma Aditya terasa apabila rakan-rakan baik daripada kalangan media sesekali membentang hal ini.


Baru-baru ini, Datuk Sheila Majid menyatakan pendiriannya mengenai fenomena dunia artis hari ini termasuk apa yang cuba Aditya depankan dalam artikel ini.

“Jangan mengeluh tak suka kehidupan peribadi diganggu, walhal kita meletakkan diri dalam profil tinggi. Bila berada dalam status ini, orang akan sentiasa bercakap pasal kita dan mahu ambil tahu semua perkara. Jadi kena sentiasa bersedia. Kalau tak suka, jangan masuk dalam industri,” katanya.

Benar sangat apa yang diperkatakan oleh penyanyi yang sudah 25 tahun berada di pentas seni ini. Bagaikan salah pula pihak media mencari dan mengorek cerita, walhal sebelum ini artis-artis ini faham benar tugas media. Mula-mula nak naik, sanggup bertunggu bertangga dengan media demi sebuah publisiti. Sekarang?

“Kalau tak nak kami bertanya dan tulis, jangan jadi artis. Baik pergi jual pisang goreng, kerani atau tukang kimpal batang besi. Taklah kami kemaruk nak cari cerita dia. Menyusahkan!” rungut seorang rakan Aditya yang bertugas di sebuah akhbar arus perdana.

Keluhan-keluhan begini bagaikan sumbu pelita yang kebasahan dicelup air longkang yang terus mematikan semangat untuk menulis atau melaporkan warna sebenar industri hiburan. Kita bukannya tidak tahu, dunia hiburan tempatan hanya tempat bermain wayang oleh pemain wayang yang bertopengkan senyuman plastik.

Aditya setuju benar apa yang dikatakan Sheila Majid itu. Dalam artikel yang sama di Metro Ahad baru-baru ini, Sheila turut menyatakan kekesalannya terhadap mereka yang bersikap lepas tangan dalam menerajui anak-anak program realiti hingga terkapai-kapai mencari arah.

Insya-Allah Aditya akan bawakan cerita ini dalam penulisan-penulisan seterusnya kerana banyak yang boleh kita renungkan daripada pandangan orang yang banyak makan garam industri hiburan seperti Sheila Majid itu.

Sheila Majid Tidak Jemu Ber'Twitter' Untuk Dekati Peminat

KEGHAIRAHAN melayari laman web sosial 'Twitter' sudah mula menjangkiti Ratu Jazz negara, Datuk Sheila Majid.

Kata penyanyi genit itu, dia semakin kemaruk dan minat dengan Twitter. Malah aktiviti itu sudah menjadi rutin dalam kehidupan penyanyi terkenal ini.

"Bukanlah ketagih tapi saya semakin excited bertwitter tapi saya akui cukup teruja dapat berkomunikasi secara maya begini," kata Sheila yang memulakan hobi barunya ini pada awal bulan ini.

"Saya ni bukan pandai sangat tentang komputer tetapi saya tidak mahu ketinggalan berinteraksi dengan peminat setia melalui facebook dan twitter," kata Sheila yang sudah berjaya mengumpul ribuan peminat yang tidak jemu mengikuti perkembangannya melalui Twitter.

Sheila juga sudah memasang azam yang kuat untuk mempelajari selok belok pengendalian komputer mulai tahun ini.

"Saya rasa begitu teruja melihat repons dari peminat-peminat di dua laman popular seperti facebook dan Twitter ini," jelas ibu kepada empat orang anak ini.

Katanya lagi, "Kalau dulu, memang sukar bagi peminat mengikuti gerak kerja artis tapi kini, dengan adanya laman facebook dan twitter, semuanya dapat diketahui dengan cepat dan pantas."

Sheila juga mengalu-alukan peminat-peminat berhubung terus dengannya melalui Twitter atau facebook. Hubungan akrab antara Sheila dan peminat dapat dilihat di laman Twitternya di mana segala laporan dibuat melalui Twitter 'Team Sheila Majid.'

"Pengalaman bertwitter bersama peminat begitu menarik. Ada saja berita terkini yang ingin saya sampaikan dan sejurus itu juga saya akan mendapat respon dari ramai peminat. Itu yang membuat saya rasa puas bertwitter. Kaedah ini juga membuat saya rasa begitu dekat dengan peminat," kata Sheila.

Tahun ini genaplah secara rasmi usia 25 tahun kehadiran Sheila Majid dalam industri ini.

Semua kejayaan yang dikecapi setakat ini cukup manis dirasakan dan yang membuat dia lebih teruja ialah kerana sambutan peminat yang tidak bertepi selama ini.

"Saya tidak terfikir untuk berada dalam industri ini selama 25 tahun dan saya sangat bertuah kerana masih diterima ramai. Semua peminat sudah bertukar menjadi kawan-kawan dan proses evolusi ini saya rasakan cukup manis sekali," jelas Sheila ketika dihubungi mStar Online semalam.

Sokongan peminat membuat setiap liku yang dijalaninya lebih bermakna kerana mereka cukup mengerti pengorbanan 25 tahun penyanyi genit bernama Shiela Majid ini.

"Saya bersyukur kerana saya dapat mengecapi hari ini dengan tenang bersama anak-anak yang sedang membesar di samping suami dan keluarga saya," jelas penyanyi genit berusia 44 tahun ini.

Lembaran 2010 disambut dengan momen yang begitu indah bila Sheila membuat sebuah konsert Tahun Baru bersama penyanyi terkenal Indonesia, Ruth Sahanaya dan Kuh Ledesma di Jakarta dan disaksikan kira-kira empat juta penonton di saluran Metro TV.

Lembaran baru penuh sejarah itu akan diikuti dengan berapa projek yang sedang dirancang sejak tahun lepas lagi.

Sempena ulang tahun jubli perak, Sheila akan menggiatkan penerbitan klip video lagu single barunya bertajuk 'Dengarkanlah' (ciptaan Acis, lirik oleh Shiela sendiri), seperti yang dikhabarkan lewat laman Twitternya.

Khabarnya, Sheila akan membuat persembahan Java Jazz bersama program TV di Jakarta serta memenuhi undangan persembahan di Perth, Australia pada bulan March ini.

"Saya cukup terharu melihat kesungguhan peminat saya yang tidak jemu-jemu menyokong saya selama ini. Semua perjalanan karier saya berlaku di depan mata peminat. Saya bersyukur diterima baik sehingga saat ini. Mereka setia bersama saya sejak dari saya seorang gadis berusia 19 tahun, berkahwin dan menjadi ibu, hinggalah sekarang....mereka tetap bersama saya," kata Sheila.

Penyanyi jelita yang juga mempunyai produk kosmetik di bawah label 'Jernih', ini juga akan mengadakan konsert khas buat peminatnya pada 27 November depan dan sedang rancak mencari penaja.

"Saya memilih tarikh itu kerana 27 November adalah tarikh berlangsungnya konsert pertama saya, Lagenda di Stadium Negara pada 1991. Tapi semua ini tidak akan berhasil jika saya tidak dapat penaja untuk konsert itu," katanya.

Shiela juga sudah mengidamkan sebuah konsert khas untuk semua peminat setianya.

"Selama ini bukan semua dapat menyaksikan persembahan saya yang kebanyakannya diadakan di hotel-hotel besar. Saya sudah lama ingin mengadakan sebuah konsert yang boleh dihadiri oleh semua lapisan masyarakat," kata Sheila yang cukup akur dengan perjalananan seni artis tempatan.

"Nantilah bila sampai masanya, saya akan hebahkan melalui Twitter...," kata Sheila sambil ketawa.

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes