Showing posts with label Alyah. Show all posts
Showing posts with label Alyah. Show all posts

Alyah: Saya Pakai Apa Yang Saya Nak Pakai...taste beliau memang unik.

DEMI fesyen dan mahukan penampilan yang menarik, Alyah sanggup melakukan apa sahaja asalkan dirinya puas hati!

Biarlah apa pun orang kata, Alyah kini tampil dengan fesyen yang dianggap semakin berani dan agresif.

Dengan hanya mengenakan baju pada paras punggung dan berstoking hijau yang nipis, Alyah tampil membuat persembahan di depan orang ramai ketika majlis pertandingan pencarian bakat baru sebuah majalah di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Kuala Lumpur , baru-baru ini.

Ditanya kepada Alyah mengenai pakaian yang direka oleh Jeffry Ibrahim itu, Alyah menjawab: “Saya memang suka berfesyen kerana fesyen adalah suatu yang ‘universal’.

“Jadi, saya akan gunakan kelebihan saya untuk ‘explore’ dunia fesyen ini. Saya tak rasa pakaian yang saya pakai itu keterlaluan kerana bukannya saya ‘berbikini’. Saya hanya menggunakan peluang yang ada dengan menggayakan pakaian yang ‘funky’.”

Penyanyi yang popular dengan lagu Tak Mungkin Kerana Sayang ini tidak menafikan mungkin ada sesetengah penonton yang terkejut dengan penampilannya itu.

Namun, jelasnya lagi: “Kalau saya tak create diri saya yang suka berfesyen ini, bila lagi…saya nak orang ambil tahu tentang diri saya kerana saya memang seperti itu.

“Dulu mungkin orang tak tahu tentang saya sebab mereka tak ambil tahu tetapi sekarang mereka sudah ambil tahu.”

Alyah sudah lama berada dalam industri ini sejak dia menyertai sebuah program realiti. Selepas itu, Alyah dilamar oleh The Fabulous Cats untuk sama-sama menyanyi dalam kumpulan itu.

Tidak lama selepas itu, Alyah dikatakan telah keluar daripada kumpulan itu kerana mengalami masalah peribadi.

Sekitar tahun lalu, nama Alyah kembali menjadi siulan peminat setelah dia tampil dengan lagu Tak Mungkin Kerana Sayang dan Ku Pinjam Satu Bintang (duet dengan Riz AF6).

Kata Alyah lagi, dia sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai impiannya termasuk berfesyen.

“Saya ada trend sendiri untuk direalisasikan. Setakat ini, belum ada lagi yang dating kepada saya dan mengatakan pakaian saya keterlaluan.

“Saya pakai apa yang saya nak pakai,” jelasnya lagi yang baru selesai membuat promo untuk Hot FM Big Jam.

Selain itu pakaian, Alyah juga selesa menggayakan rambut pendek untuk tahun 2010 ini.

Alyah berkata, rambut pendek ini merupakan nazarnya apabila dapat memasuki Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-24 baru-baru ini.

“Apabila dah masuk 2010 ini, saya teringin untuk membuka buku baru. Jadi, sebab itu saya memotong rambut pendek. Tambahan pula, saya perlu membayar nazar untuk gunting rambut jika dapat masuk AJL,” beritahunya lagi yang telah tampil dengan single ketiga berjudul ‘Realiti Dewi’.

Dalam perkembangan lain, Alyah juga sedang dalam proses untuk merakamkan album terbarunya.

“Insya-Allah, saya akan merakamkan single terbaru pada Februari depan,” ujarnya.

Hujan Sedih, Alyah Terkejut Dikaitkan Dengan ‘Freemason’... jom bace article panjang nie..

EKORAN dikait mengamalkan unsur ‘Freemason’ dan ‘Illuminati’ semasa membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-24 baru-baru ini, dua finalis Alyah dan band Hujan memberikan pandangan mereka.

Salah seorang anggota Hujan, Hang Dimas berkata mereka sedih dengan dakwaan itu manakala Alyah akui terkejut.

“Kami sedih apabila perkara itu menjadi isu. Ada ke patut orang fikir macam ni dengan mencari hubungkait dan membuat andaian.

“Konsep hitam dan putih memang idea daripada Hujan. Sebelum membuat persembahan, kami kena present idea kepada team produksi TV3.

“Ia melibatkan bahagian teknikal. Jadi, takkan 14 artis plan untuk perkara ini. Kami juga tidak dieksploitasi oleh pihak produksi,” katanya yang mendapat tahu perkara itu menerusi sebuah blog.

Persembahan Hujan menerusi lagu Aku Skandal itu didakwa mempunyai unsur ‘Freemason’ apabila Hujan menggunakan tali pemegang gitar yang mirip kepada The Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor yang digunakan dalam upacara tertentu oleh gerakan Freemason yang bertentangan dengan agama Islam.

Dimas berkata, dia turut terkejut dengan pendedahan dalam blog itu dan menjadi isu besar.

Dia berpendapat, blogger itu boleh menulis dan berkata apa-apa sahaja. Walaupun kesal dituduh mengamalkan unsur ‘Freemason’, Hujan hanya tergelak saat diajukan persoalan itu.

Sementara itu, Alyah yang mempertaruhkan lagu Tak Mungkin Kerana Sayang berkata konsep persembahannya pada malam itu dipengaruhi oleh klip video lagu itu.

“Saya menggunakan konsep ‘muzik elektrik’ dengan mengubah dari klip video kepada persembahan pentas.

“Ikutkan sofa dalam klip video itu berwarna merah dan baju saya berwarna hitam. Tetapi untuk persembahan itu saya ubah kepada sofa putih yang mendapat sponsor.

“Disebabkan saya nak nampak berlainan daripada penari, jadi sebab itu saya memilih baju berwarna merah,” beritahu Alyah ketika dihubungi mStar Online.

Menurut Alyah, dia tidak pernah terfikir tentang ‘Lady In Red’ atau syaitan yang dikaitkan dengan unsur ‘Freemason’.

Dia hanya memilih pakaian berwarna merah rekaan Arma Abdul Rahman itu disebabkan menyukai warna itu.

“Saya pernah dengar yang ‘Lady In Red’ merupakan perantaraan syaitan dan manusia. Tetapi saya memilih pakaian itu tanpa mempunyai maksud terselindung seperti yang orang katakan pakaian itu melambangkan dajal.

“Saya pun baru tahu tentang perkara ini apabila penyanyi Imran Ajmain bertanya kepada saya semasa melakukan promo untuk Konsert Hot FM Big Jam tadi (semalam). Dia hanya menegur saya secara baik,” ujarnya lagi.

Walaupun begitu, Alyah berkata dia tidak akan serik untuk memakai baju berwarna merah lagi untuk melakukan persembahannya.

“Saya memilih pakaian warna merah dengan niat untuk membuat persembahan dan berfesyen. Bukan saya berniat menjadi perantaraan dengan syaitan,” tuturnya.

Tambah Alyah: “Kadangkala perkara ini mempunyai positif dan negatif. Dalam kes ini baru saya tahu yang ia hanya kebetulan dan yang penting saya tak pernah rancang. Sekurang-kurangnya, ia juga telah mengingatkan saya.

“Saya terima perkara ini secara positif dan setinggi mana pun muzik itu, saya perlu berbalik pada asal (agama).

“Saya bimbang juga jika hal ini dibangkitkan dan menimbulkan pergaduhan antara masyarakat Islam.

“Saya berterima kasih kepada pihak yang mendedahkan perkara ini namun diharapkan ia tidak diperbesarkan,” jelas Aliyah.

Dakwaan ini tercetus ekoran pendedahan yang dibuat dalam blog milik seorang pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Jordan, Mohammad Sufian Talib, 22, mengenai unsur-unsur negatif yang ditemui sepanjang majlis itu berlangsung pada 10 Januari lalu di Stadium Putra Bukit Jalil.

Blog jejakitinggalanrasul.blogspot.com itu menunjukkan bukti-bukti gambar gerakan Freemason dan Illuminati yang dikatakan banyak mempunyai persamaan dengan set pentas program yang ditonton oleh 4.6 juta penonton itu.

Menurut sebuah akhbar, Freemason dan Illuminati adalah pertubuhan rahsia ke arah pembentukan New World Order dan mereka bergerak untuk mengawal dunia secara keseluruhan.

Antara yang mirip kepada lambang yang terdapat pada logo Freemason adalah set pentas ketika persembahan Datuk Siti Nurhaliza.

Namun begitu, cubaan mendapatkan komen Siti gagal apabila pengurusnya, Rozi Abdul Razak berkata dia dikhabarkan sedang berada di luar negara.

Sufian juga berkata: “Yang kedua, anda juga mungkin dapat lihat apa persamaan penari-penari ini dengan salah satu dari kerabat-kerabat firaun yang dipercayai oleh mereka mempunyai suatu yang berkuasa?

“Yang ketiga, Alyah yang merupakan finalis AJL 24 mengenakan gaun merah ala-ala ‘Lady In Red’ yang merupakan simbolik yang digunakan dalam menjayakan organisasi ini serta bagaimana mesej bawah sedar digunakan seperti yang dipertontonkan dalam filem Devil’s Advocate, The Matrix dan dokumentari The Arrivals bahagian 13.

“Anda mungkin tahu mengenai The Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor yang digunakan dalam upacara tertentu oleh gerakan Freemason yang bertentangan dengan agama Islam.”

Sufian yang mewakili kumpulan pengkaji daripada gabungan Jejaki Tinggalan Rasul (JTR), Free Our Mind (FOM) dan Nur Toharah (NT) mengulas persamaan yang ditonjolkan oleh ramai pemain gitar seperti band Hujan dan Bunkface yang menggunakan tali pemegang gitar yang mirip kepada The Master Carpet.

Jet Peribadi Untuk Rozita Che Wan, Teknik Mengorat VIP Tahap Tertinggi.... dan artis-artis meletop yang lain di malaysia.. apa reakri mereka?

rozita che wan

Wow ~~ Kaya sungguh orang-orang VIP di Malaysia nie. Sanggup perabih beratus-ratus ribu ringgit semata-mata untuk dapatkan “private” time untuk artis-artis hot Malaysia seperti Rozita Che Wan, Alyah, Abby Abadi dan Fizo (artis laki pun kena jugak). Sampai satu tahap sanggup sediakan jet peribadi semata-mata untuk bawak Rozita Che Wan melancong ke luar negara. Mungkin dah terpukau dengan keanggunan si janda panas nie kot.

Teguran kami kepada VIP-VIP yang banyak sangat duit sampai tak tahu nak buat apa nie, baiklah korang gi tolong orang-orang miskin kat Malaysia nie. Ramai lagi orang yang perlukan duit. Artis-artis nie dah kaya dah. Buat apa nak tolong kayakan diorang lagi. Nasib baik artis-artis Malaysia nie maruah diorang tinggi. Tahniah kami ucapkan sebab berjaya menolak kesemua tawaran gile ini.

Baca sikit kisah Rozita Che Wan dan artis-artis lain dingorat dengan menggunakan wang ringgit oleh VIP-VIP Malaysia nie:-

1. ROZITA CHE WAN, 36 tahun:

Tahun lalu seorang lelaki yang menjadi orang tengah menelefon dan minta saya menemani seseorang untuk makan malam. Katanya, makan malam itu privasi hanya untuk saya dan lelaki itu bagi tempoh dua jam saja.

Sebagai upah, saya boleh minta berapa saja walaupun puluhan ribu ringgit. Selepas saya menolak tawarannya, lelaki itu berkali-kali cuba menghubungi saya dan menghantar SMS dengan memaklumkan tawaran sentiasa terbuka. Katanya, saya boleh berhubung dengannya semula jikab erubah fikiran

Saya berasa sungguh terhina dengan tawaran sebegitu. Saya juga pernah menerima tawaran melancong ke luar negara. Mereka bukan saja menelefon saya secara peribadi tetapi ada yang datang ke rumah dan sanggup menyediakan jet persendirian untuk mengambil saya.

Saya tidak layan semua itu dan jangan fikir juga semua artis boleh dibeli dan dikaburi dengan wang ringgit.

2. NOOR HASLIAH ABU HASAN ATAU ALYAH, 29 tahun:

“Saya menerima tawaran membuat persembahan dengan bayaran RM35,000 hanya untuk dua lagu. Bagi saya itu terlalu lumayan, jadi saya bertanya lebih lanjut dan mereka maklumkan ada tugas tambahan untuk saya iaitu menemani orang tertentu berhibur selepas saya selesai menyanyi.

Dalam satu kejadian lain, saya ditawarkan RM15,000 untuk menyampaikan dua lagu di Jakarta. Harga itu saya rasa setimpal. Namun, selepa ssampai di sana, selain diberi jadual menyanyi saya turut diberi jadual menemani pihak tertentu hingga jam 5 pagi.

Terkejut dengan perkara itu, saya terus beli tiket dan pulang ke Malaysia tanpa melakukan sebarang persembahan. Saya yakin, ia cuma satu daripada taktik digunakan golongan kaya itu untuk menjerat artis seperti saya.”

3. WAN HAFIZOL OMAR ATAU FIZO , 25 tahun:

“Sejak serius dalam industri hiburan beberapa tahun lalu, dugaan godaan daripada wanita kaya cukup ‘menakutkan’ dan sepanjang tempoh itu, saya menerima kira-kira 20 tawaran hidup mewah sekelip mata.

Jika dijumlahkan, mungkin ia mencecah jutaan ringgit kerana tawaran diajukan, termasuk kenderaan mewah, rumah besar, wang ringgit dan ada lebih hebat lagi, apa saja yang saya mahukan sanggup ditunaikan.

Wanita terbabit pula berusia antara lingkungan 30-an hingga 40-an, boleh dianggap sebagai mak cik atau ibu, dan menggunakan orang tengah untuk memancing saya.

Sebelum menceburkan diri dalam industri hiburan, saya berada dalam dunia peragaan dan ketika itu, ada juga tawaran tetapi ia menjadi lebih ‘rancak’ selepas bergelar artis.

Bukan mudah untuk mengelak tetapi saya cuba bercakap secara sopan dan normal kerana mahu menyelesaikannya dengan baik. Tawaran pula dibuat melalui perhubungan terus menggunakan orang tengah atau e-mel peribadi saya.

Kebanyakan tawaran itu mahu saya berurusan dengan mereka di luar negara. Mungkin kerana mereka anggap cara itu lebih selamat.

Setakat ini, walaupun ada kalanya terasa hidup agak sukar, saya tetap menjaga maruah dan mengelak daripada terjebak dengan gejala negatif seperti itu.

4. ABBY ABADI, 31:

Taktik yang pernah mereka gunakan untuk menjerat saya ialah tawaran menemani seorang jutawan untuk minum teh di sebuah negara Eropah. Apa maksudnya ‘minum teh di luar negara’ itu? Saya percaya ia bukan minum teh biasa tapi ada tujuan lain yang tidak bermoral.

Oleh itu, saya menolaknya mentah-mentah. Selain itu, saya juga berkali-kali ditawarkan pakej melancong ke mana-mana destinasi luar negara dengan nilai ratusan ribu ringgit untuk bersama jutawan berlainan dengan dijanjikan pelbagai kemewahan ketika bercuti.

Ia juga saya tolak kerana dapat merasakan ia bukan satu tawaran yang jujur sebaliknya ada niat tersembunyi.

Biasanya, individu terbabit menggunakan orang tengah untuk mengatur tawaran itu. Lebih teruk lagi, ada pelakon yang turut terbabit mengatur untuk ‘mendapatkan’ saya.

Ada juga yang mengirim SMS menyatakan hajat untuk rapat serta tawaran tidak masuk akal. Ada yang saya balas untuk menolaknya dan ada juga yang saya biarkan terus kerana sudah muak dengan perkara seperti itu.

PELAKON WANITA YANG MINTA NAMANYA DIRAHSIAKAN (Artis X):

Cubaan untuk memerangkap saya menjadi pemuas nafsu berlaku beberapa kali pada 2009 dan tawaran paling hebat pernah saya terima ialah upah RM60,000 sejam untuk tugasan membuka botol dan menuangkan minuman keras.

Ada jutawan dari luar negara yang meminta saya menemaninya untuk sesi makan malam. Orang tengah yang menghubungi saya meminta saya memakai pakaian berwarna merah kerana jutawan terbabit mengatakan dia meminati gambar saya di majalah berpakaian warna itu.

Bayarannya pula cukup lumayan dan cukuplah saya katakan tidak perlu bekerja untuk setahun. Saya juga dimaklumkan pengantara lain ada kumpulan jutawan menjadikan saya bahan taruhan.

Maksudnya, jika saya setuju keluar dan melayani mana-mana jutawan terbabit, yang menang akan mendapat habuan mencecah jutaan ringgit.

Saya pernah bertanyakan pengantara bagaimana mereka mendapat nombor telefon serta maklumat peribadi lain dan jawapannya cukup memeranjatkan.

Ia diberikan seseorang dalam industri hiburan dan hanya kerana menyerahkan nombor telefon saja, individu itu menerima habuan RM100,000.

Bayangkan jumlah wang yang sanggup mereka laburkan untuk mendapatkan kepuasan daripada artis seperti saya. Jika saya tidak fikirkan rezeki halal, pasti saya gelap mata dan hidup dalam dunia serba mewah...

Saya tidak mahu itu semua. Cukuplah dengan rezeki yang ada kerana perkara seperti itu tidak berkekalan. Kini, masih ada yang mencuba tetapi saya tetap menolak.

DEBARAN SIAPAKAH JUARA HITS 1 AKHIR TANGGAL 28 FEBRUARI 2010 ???????????

FAIZAL TAHIR

Penentuan siapakah yang bakal dinobatkan Juara Pertandingan Akhir Hits 1 musim ke tujuh bakal diketahui pada 28 Februari 2010 (Ahad) bertempat di Pusat Konvensyen SACC, Shah Alam, jam 8.30 malam dan dipancarkan secara langsung menerusi saluran TV2.

Masih mengekalkan khidmat juri profesional dalam menentukan lagu manakah yang layak diiktiraf sebagai juara, sepuluh buah lagu yang bakal dipertandingkan adalah Azharina (Rawan), Misha Omar (Cinta Adam & Hawa), Grey Sky Morning (Cinta Gila), (Tak Mungkin Kerana Sayang), Tomok (Rindu Terhenti), Faizal Tahir (Bencinta), Stacy (Pakai Buang), 6ixth Sense (Khatimah Cinta), Ella (Puisi Hamba) dan Stacy & Adam (Menggegar Dunia).

ELLA


ADAM


Lagu-lagu tersenarai memperlihatkan ciptaan komposer-komposer dan penulis-penulis lirik terkenal tanah air mempertaruhkan karya mereka antaranya Azmeer dan Allahyarham Loloq (Cinta Adam & Hawa), Ajai dan Habsah Hassan (Tak Mungkin Kerana Sayang), Aubrey Suwito dan Tinta S (Rindu Terhenti), Hazami (Rawan), Azmeer dan Edry Abdul Halim (Pakai Buang dan Menggegar Dunia), Faizal Tahir dan Audi Mok (Bencinta), Amir (Puisi Hamba) dan juga lagu ciptaan sepenuhnya daripada ahli kumpulan masing-masing bagi lagu Cinta Gila oleh Grey Sky Morning dan Khatimah Cinta oleh 6ixth Sense.

Hits 1 nyata masih unggul bertahan dihati peminat muzik hingga ia terbukti kekal memeriahkan industri hiburan tanah air apabila kini telah bersiaran dimusim ke-7. Bermula pada tahun 2003, Hits 1 terus mendapat perhatian dan mempunyai kelompok peminatnya yang tersendiri. Masih mempertandingkankan klip video pada program mingguan, pencalonan yang diterima daripada artis-artis popular tanah air amat memberangsangkan pada setiap musim.

Buktinya dilihat pada senarai juara-juara hits 1 musim-musim lalu iaitu Misha Omar (Pulangkan) dimusim pertama, musim kedua Jaclyn Victor (Gemilang) musim seterusnya Yazer & Felix mewakili M.Nasir & Mawi (Lagu Jiwa Lagu Cinta), Adibah Noor (Terlalu Istimewa) pada musim keempat, Ramlah Ram (Ketentuan) di musim kelima dan musim lalu Meet Uncle Hussin (Lagu Untukmu) bergelar juara sekaligus menjulang trofi Juara Hits 1 untuk mengangkat martabat pelbagai genre muzik tanah air yang diwakili.

Menampilkan dua pengacara muda E’one dan Nabila Huda, rancangan mingguan Hits 1 musim ke tujuh mengambil pendekatan yang berbeza di setiap musim. Musim ini Hits 1 menjelajah siarannya ke beberapa tempat di seluruh negara bagi bertemu peminat-peminat dengan lebih dekat pada setiap hari Sabtu, jam 3.00 petang di TV2. Penjelajahan bermula di minggu pengenalan pada 4 April 2009, menyaksikan Hits 1 telah bersiaran langsung di Stesen Sentral Kuala Lumpur bersama artis jemputan Misha Omar dan Kumpulan 6ixth Sense.

Sambutan luar biasa daripada peminat Hits 1 telah membawa program ini bersiaran langsung ke destinasi lain antaranya Sunway Lagoon, Menara Kuala Lumpur, Plaza Alam Sentral, Pasar Seni, Dataran Teluk Kemang, Teluk Batik Perak, Terminal 1 Seremban, Dataran Pahlawan Melaka dan beberapa lagi tempat menarik di seluruh negara.

Konsep rancangan keseluruhan dikekalkan daripada Musim Pertama hingga kini dan hanya format carta diubah dari segi pengundian iaitu pengundi diberi tempoh mengundi yang lebih panjang (4 minggu) agar penonton berpeluang mengundi lebih ramai artis pujaan mereka dan menentukan siapakah yang benar-benar layak untuk ke peringkat akhir.

Jangan lupa untuk menyaksikan debaran acara gemilang Siaran Langsung Hits 1 Akhir terbitan Radio Televisyen Malaysia pada penghujung Februari ini. Untuk mendapat maklumat lanjut berkenaan lokasi mingguan Hits 1, senarai artis-artis bertanding serta info carta, sila layari laman sesawang Hits 1 di www.hits1.com.my atau menghantar maklum balas di facebook Hits 1.

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes