Showing posts with label Farid Kamil. Show all posts
Showing posts with label Farid Kamil. Show all posts
Maya Karin dengan Farid Kamil? Diana Danielle putus?
by Abdul Hamid Lembah Bujang

LaBels:
Diana Danielle,
Farid Kamil,
Gossip Artis,
Kekasih Artis,
Maya Karin,
Pelakon
Diana Danielle, Farid Kamil couple semula
by Abdul Hamid Lembah Bujang
LaBels:
Cinta,
Diana Danielle,
Farid Amirul,
Farid Kamil,
Gossip Artis,
izyan.com,
Kekasih Artis
Farid Kamil Tiada Masalah Disiplin - David Teo
by Abdul Hamid Lembah Bujang

Imej terbaru aktor/pengarah Farid Kamil dalam filem Apokalips (2010)
PIHAK Metrowealth International Group (MIG) telah berjumpa dengan pihak Astro pada Isnin lalu untuk berbincang tentang kegagalan Farid Kamil untuk hadir pada sesi rakaman program raya Astro Prima berjudul Kampung Prima: Babak 105 yang kononnya berpunca daripada masalah disiplin pelakon kacak itu.
Ketua Pegawai Eksekutif MIG, David Teo Chew Huat berkata, hasil perbincangan itu mendapati ia berpunca daripada salah faham yang wujud antara pihak MIG mahupun Astro.
"Kedua-dua pegawai syarikat di MIG dan Astro tidak tahu tentang rakaman tersebut. Hanya pihak produksi tahu tentang hal tersebut. Ini menyebabkan timbul salah faham," katanya kepada mStar Online.
Pada 13 Ogos lalu, Farid tidak hadir untuk menjayakan sesi rakaman tersebut sehingga menyukarkan semua pihak yang terbabit dalam produksi berkenaan.
Artis eksklusif Astro itu bagaimanapun telah hadir pada sesi latihan sebelah siang hari yang sama. Ini menyebabkan skrip program muzikal komedi itu terpaksa dirombak semula.
Malah Farid dikatakan mempunyai masalah disiplin.
Sambil menegaskan salah faham itu telah diselesaikan secara baik, David Teo berkata, mulai sekarang kedua-dua pihak akan mengikut terma-terma seperti yang telah dipersetujui sebelum ini.
Katanya, pihak produksi akan mengatur semula rakaman program raya tersebut dengan melibatkan Farid.
David bagaimanapun berharap, tidak timbul lagi andaian negatif mengenai Farid kerana dia tidak mempunyai sebarang masalah disiplin sebelum ini.
LaBels:
David Teo,
Farid Kamil
Masalah Disiplin : Astro Panggil Farid Kamil Beri Penjelasan
by Abdul Hamid Lembah Bujang

PETALING JAYA: Pelakon Farid Kamil (gambar) akan dipanggil untuk memberi penjelasan berhubung kegagalannya untuk hadir menjayakan rakaman program Hari Raya berjudulKampung Prima: Babak 105, terbitan Astro yang di adakan Jumaat lalu.
Pembantu Naib Presiden Unit Bakat dan Strategi, Astro Entertainment Sdn. Bhd. (AESB), Norizan Abu Samah memberitahu pihaknya akan mengadakan perbincangan tentang perkara itu dalam masa terdekat.
"Saya telah diberitahu tentang hal tersebut oleh pihak Astro Prima tetapi belum berkesempatan untuk berbincang mengenainya lagi.
"Namun kami juga telah menghubungi Farid untuk dia hadir dan menjelaskan hal tersebut. Kita mengambil berat perkara ini kerana ia berkaitan dengan masalah disiplin artis," ujarnya ketika dihubungi mStar online.
Bagaimanapun, percubaan mStar Online menghubungi pelakon Lagenda Budak Setan itu gagal kerana telefon bimbitnya tidak dijawab.
Sementara seorang pegawai perhubungan awam syarikat produksi Metrowealth yang dihubungi pula enggan memberi sebarang komen sehingga perbincangan dengan pihak Astro dilakukan.
Terdahulu pada sesi rakaman Kampung Prima : Babak 105, Farid yang memegang dua watak dalam drama itu tidak hadir sehingga menyebabkan pihak produksi terpaksa menukar skrip asal sitkom tersebut.
Penerbit Eksekutifnya, Nizam Hamid berkata perkara tersebut tidak seharuskan berlaku kerana ia telah menjejaskan rakaman yang sudah dirancang.
Farid merupakan salah seorang artis eksklusif Astro selain Lisa Surihani, Erra Fazira dan Aaron Aziz.
Masalah disiplin Farid sudah kedengaran sebelum ini apabila dia dikatakan sukar menjawab panggilan telefon dan membalas khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dikirimkan kepadanya.
Akhirnya perkara tersebut terjadi kepada pihak Astro sendiri.
LaBels:
Farid Kamil
Farid Kamil Sudah Memiliki Ijazah.. Tahniah!
by Abdul Hamid Lembah Bujang

Dalam sibuk mengarah filem dan berlakon, akhirnya Farid Kamil berjaya juga menghabiskan pengajian’nya kat Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang Teknologi Kreatif (Seni Layar) sekaligus melayakkan’nya menerima Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif (Seni Layar) pada majlis Konvokesyen UiTM kali ke-72 yang berlangsung semalam (25. Mei 2010).
Kami memang tabik spring la kat Farid Kamil sebab walaupun dia sibuk dengan kerjaya’nya sebagai seorang pengarah dan pelakon, tapi dia tetap tak lupa pada pelajaran walaupun dengar ceritanya dia terpaksa menangguhkan pelajarannya beberapa kali. Huhu.. Apa-apa pun, tahniah kami ucapkan kepada Farid Kamil sebab dah memiliki ijazah dan semoga terus sukses.
Oh ya, pada 3. Jun 2010 ni jangan lupa turun panggung untuk menyaksikanLagenda Budak Setan yer sebab Farid Kamil merupakan salah seorang pelakon dalam filem tu. Selain Farid Kamil, Lisa Surihani, Que Haidar, Fazura dan Raja Farah juga ada berlakon dalam filem tu. Apa, nak tiket percuma menonton Lagenda Budak Setan ni? Maaf la yer, takde sape nak sponsor kami untuk bagi tiket free kat korang. Huhu.. Ala, bukan mahal pun tiket tu, RM10 je. Hee..
Layan trailer a.k.a promo Lagenda Budak Setan kat bawah ni..
Trivia: Untuk pengetahuan korang semua, Farid Kamil ni adalah anak seorang Dato’. Ya, Dato’. Agak terkejut juga di situ sebab selama ni memang tak tahu pun yang Farid Kamil ni adalah anak seorang V.I.P yang berpangkat Dato’. Sekali lagi kami tabik spring kat Farid Kamil sebab tak pernah ‘berlagak’ dengan status ayah’nya. Ko memang terbaik la bro.
sumber dari zonartis.com
LaBels:
Farid Kamil
gambar intan ladyana dan farid kamil mase sekolah menengah
by Abdul Hamid Lembah Bujang


Kedua-dua pelakon yang pernah berlakon di filem Rempit V3 baru-baru ini kini mereka sekali lagi menjadi pelakon untuk menjadi murid atau pelajar sekolah menengah. Namun tajuk dan lokasi sekolah tidak lah sama, Intan berlakon untuk telemovie 'Jiwa Kacau' di Astro Prima, manakala Farid pula berlakon untuk drama/filem 'Lagenda Budak Setan the series'. Jadi menjadi daya penarikanlah mereka disana, kalau Farid dapat lagi orang cam, kalau Intan agak susah sedikit, macam budak sekolah betul-betul. Hehe..
LaBels:
Farid Kamil,
Intan Ladyana
gambar artis di Red Carpet ABPBH 2009
by Abdul Hamid Lembah Bujang

Intan Ladyana & Lisa Surihani
Keputusan Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 sudahpun diketahui so sekarang ni kita layan pulak koleksi gambar para artis di Red Carpet atau dalam bahasa Melayu’nya karpet merah semasa ABPBH tu. Enjoy!

Adam & Black

Akim & Aril

Farid Kamil & Fahrin Ahmad

Fizo (awat ngan kaki hang Fizo?) & Dafi

Zizan & IZ (OIAM)

Datuk Siti Nurhaliza & Maya Karin

Scha Al-Yahya & Liyana Jasmay

Stacy & Jacklyn Victor

Salina Saibi, Diana Danielle & Nurul Syuhada Nurul Ain

Didie Alias, Enot (aduh! mangsa fesyen betul lah korang) & Alyah

Tiz Zaqyah (lawa.. kami suka. Hehee)

Malas plak nak taip satu-satu. Keh3
Dan anugerah fesyen terMANTAP pilihan Zon Artis jatuh kepada (Jeng3)..

Bung Mokhtar & Zizie Ezette
LaBels:
ABPBH2009,
Adam,
Akim AF7,
Aril Af7,
Black,
dafi AF5,
Fahrin Ahmad,
Farid Kamil,
Fizo Omar,
Lisa Surihani,
scha al-yahya,
Zizan Raja Lawak
Pasangan Lisa - Farid Bagaikan Pengganti Erra - Yusri
by Abdul Hamid Lembah Bujang

SELEPAS filem Mr. Cinderella 10 tahun dahulu, kini pengarah Ahmad Idham kembali dengan filem bergenre komedi romantik berjudul Semerah Cinta Stilleto.
Filem yang mengisahkan percintaan antara dua darjat versi 2010 mempunyai keistimewaan tersendiri dari segi jalan ceritanya yang dekat di hati penonton.
Menurut Ahmad Idham Ahmad Nadzri cerita cinta komidi antara dua darjat menceritakan tentang kehidupan realiti yang sering berlaku dikalangan anak muda sekarang.
"Cerita ini ringan sebab saya tahu sekarang kita dilimpahi dengan cerita-cerita yang berat di pawagam, jadi kemunculan Semerah Cinta Stilleto sebagai cerita yang sesuai untuk seisi keluarga.
"Cerita ini berkisarkan antara dua darjat antara kehidupan penduduk di pangsapuri dan kehidupan mewah di rumah banglo yang mana mereka hanya dipisahkan dengan sebatang jalan raya.
"Saya ambil masa 10 tahun untuk buat cerita ini kerana bagi saya buat cerita yang ringan seperti ini lebih susah berbanding cerita aksi yang berat. Saya takut mesej tidak sampai kepada penonton dan penonton akan jadi bosan dengan cerita tersebut," jelasnya yang kini menantikan empat filemnya yang bakal menemui penonton.
Menurut Idham, filem ini menyampaikan mesej percintaan yang tidak membelakangi keluarga tetapi mengorbankan cinta mereka demi keluarga dan masa depan.
"Saya tidak mahu buat cerita yang melambangkan cinta itu buta. Bagi saya cinta buta itu hanya mendatangkan kesan yang buruk kepada pencinta.
"Lagipun filem adalah medium untuk kita memberi pengajaran. Saya mahu mereka menonton dan meneladani cerita cinta ini," katanya.

Dari segi pemilihan pelakon pula, Idham menyifatkan gandingan Lisa Surihani dan Farid kamil adalah pasangan yang paling serasi pada era ini.
"Saya dapat banyak maklum balas dari penonton yang mahu gandingan Lisa dan Farid setelah filem I'm Not Single empat tahun lalu. Saya nampak keserasian mereka menghidupkan watak cinta.
"Saya nampak mereka seperti Erra dan Yusri pada 10 tahun dahulu. Susah untuk cari pasangan hero dan heroin yang ada keserasian macam ini," terangnya yang menganggarkan kutipan Semerah Cinta Stilleto bakal mencecah kutipan box office melebihi filem Syurga Cinta terbitan MIG production dengan kutipan filem komidi cinta tertinggi iaitu 2.5 juta.
Penerbit David Teo turut mengakui filem ini adalah filem ringan yang mampu menarik golongan remaja ke pawagam. Mereka ada pilihan untuk menonton cerita yang tidak terlalu sarat dengan mesej.
"Saya tidak sasarkan banyak mencecah kutipan 2juta adalah sudah dikira berjaya bagi filem komidi romantik. Cerita ini susah nak target penonton yang datang sebab skopnya kecil berbanding cerita aksi dan seram.
"Bagaimanapun saya harapkan ia mampu mengatasi kutipan Syurga Cinta yang kini paling tinggi untuk jangkamasa enam tahun.
"Gandingan Lisa dan Farid adalah permintaan penonton sendiri, bagi saya selagi penonton mahukan mereka saya akan terus gandingkan. Selepas ini sudah ada filem seterusnya untuk lisa dan Farid berjudul Cinta 1,2,3" terang David.
Filem yang mengisahkan kehidupan bahagia Siti Laila (Stila) yang dilimpahkan dengan kemewahan bertemu dengan seorang pemuda bernama Leto yang hidup dalam keadaan serba sederhana. Percintaan mereka mendapat tentangan keluarga Stilla yang mementingkan kehidupan mewah.
Stilla gembira kerana dapat berkenalan dengan keluarga Leto yang memberinya erti kesempurnaan hidup berkeluarga dan disebabkan itu keluarga Stilla merasa tidak senang dan cuba memisahkan mereka.
Dengan bantuan Leto, Stilla akhirnya berjaya dipisahkan dan beberapa tahun selepas itu takdir menemukan mereka kembali.
LaBels:
Farid Kamil,
Lisa Surihani,
STILLETO
Filem Adnan Sempit Ciplak Jalan Cerita Rempit V3 Farid Kamil
by Abdul Hamid Lembah Bujang

Terkejut beruk kami bila baca blog Farid Kamil. Filem Adnan Sempit yang best gila-gila tue dikatakan meniru jalan cerita filem Rempit V3 ciptaan Farid Kamil. Sukar untuk dipercayai tapi itulah kata-kata Farid Kamil. Apa nak jadi dengan industri filem kita nie?
Rempit V3 menjalankan shooting pada bulan Disember 2008, atas sebab2 tertentu Rempit V3 diharamkan tayangannya. Pelbagai usaha digerak akhirnya lulus dan akan ditayangkan pada 11 March 2010 ini dengan menggunakan tajuk “V3 Samseng Jalanan”. Kenyataan ini bertujuan mengelakkan kekeliruan penonton yang telah menonton Adnan Sempit dari menilai persamaan yang ada apabila V3 Samseng Jalanan ditayangkan kelak. Kerja pihak – pihak tertentu yang licik mencipta peluang atas idea orang lain yang disekat, saya ucapkan ‘Good Luck’…
Aduh. Sedih la ini macam. Dah la Farid Kamil dan Ahmad Idham dedua duduk bawah satu bumbung. Dedua kerja untuk David Teo. Tengok-tengok ada orang yang curik hasil kerja orang lain. Susah la ini macam. Dunia filem kita nie bukannya besar sangat. Kalau buat macam nie camnerlah nak maju.
Buat Farid Kamil, kalau betullah kenyataan anda ini, kami harap anda tabah. At least penonton-penonton boleh agak yang cerita Rempit V3 nie pun akan jadi sebest Adnan Sempit. Tak gitu? Buat yang mencuri harta intelek orang lain nie, lu fikirlah sendiri kalau orang lain buat camtue kat anda. Mesti tak best kan?
LaBels:
Adnan Sempit,
Farid Kamil,
Rempit V3
Subscribe to:
Posts (Atom)


