Showing posts with label Cinta. Show all posts
Showing posts with label Cinta. Show all posts

Mamat Sepah masih disayangi Fida, ada peluang ke-2?



Kisah percintaan Mamat Sepah dengan Fida memang ramai yang sudah tahu, dan kisah mereka disebabkan sekeping gambar yang dikatakan cukup sensitif lalu kegagalan Mamat untuk memegang amanah itu. Sudah 7 bulan berlalu, Fida kini tampil dan memberikan luahan isi hatinya kepada korang semua yang dia masih sayangkan Mamat lagi dan membuka lembaran baru dengan membuang yang keruh ambil yang jernih, tapi sebagai kawan biasa jerk la. Ini adalah petikan dialog Fida dari laman hiburan GUA.

“Selepas dipertemukan semula dalam program Apa Saja FBI, hubungan kami berdua kembali baik seperti dahulu. Fida mengaku baik dengan dia tapi tidak tahu sejauh mana perhubungan kami. Apa-apapun, Fida akui sayang Mamat sebagai kawan dan sudah memaafkan perbuatannya yang lepas,”

“Tidak dinafikan Mamat masih mahu mencuba lagi untuk memperbaiki hubungan kami. Dia ada datang ke rumah dan kami juga ada keluar bersama. Malah, jika hendak diikutkan, Mamat nak pergi lagi serius dalam perhubungan kami. Dia juga nekad nak serius terus selepas ini dan sudah ada kata-kata serius dari dia.

“Namun, tidak dinafikan, ramai juga yang bantah hubungan Fida dengan Mamat. Keluarga tidak masuk campur dan hanya memberi nasihat. Bagi Fida, jika ada jodoh antara kami, adalah. Apa-apapun, Fida serahkan jodoh semuanya kepada Tuhan. Bagi yang selalu cakap tak elok tentang Mamat, Fida rasa tak perlulah sebab itu buat Fida lagi kesian dengan dia dan sebagai seorang kawan, Fida rasa Fida kena bersama dengan dia di saat dia susah.”

Maya Karin jumpa kekasih baru di Paris?

Ternyata kunjungan Maya ke Paris kali ini telah membuahkan hasil. Seperti sedia maklum lelaki France diidentitikan sebagai lelaki paling romantik. Ternyata kenyataan itu benar dan di kota Paris itulah seorang lelaki France telah berjaya menambat hati Maya.

Tanpa diduga, Maya telah bertemu dan berkenalan dengan seorang pemuda France beragama Islam. Perkenalan singkat itu mungkin telah membuatkan Maya Karin jatuh cinta atau pun tertambat dengan renungan pertama lelaki Peranchis itu.

Orangnya kacak dan berdarah Algeria. Apakah pemuda itu bakal membuka hati Maya Karin buat kali kedua sekali gus menyemai cinta dan diakhiri dengan ikatan perkahwinan? jeng-jeng... nantikan episod seterusnya..

Dengar-dengar khabar puting beliung, pelakon, Yana Samsudin dengan pelakon hebat, Shaheizy Sam kini tengah bercinta. Dikatakan mereka berdua agak rapat akhir-akhir ini disebabkan kerap melakukan kerjasama dalam kerjaya mereka. Yang terbaru mereka digandingkan bersama untuk filem Bini-Biniku Gangster sebelum tu Kongsi. Admin belum tengok lagi filem ni, namun yang pasti filem ini mungkin hebat kan. Hehe


Dalam sebuah majalah By'U. Ada memaparkan kisah cinta Yana dan Shaheizy. Tak pasti apa isi kandungannya. Kalau korang nak tahu, korang beli lah yer. Kalau betul dorang berdua bercinta, apa salahnya, mengaku kan lebih elok dari menafikan benda yang orang semua suka. Kita doa kan sahaja mereka berdua bahagia.

Liyana Jasmay, Fizz Fairuz tengah bercinta?

Sesuatu yang tidak pernah disangka oleh siapa-siapa pun. Adakah ini cinta antara dua benua, diantara dunia lakonan dengan dunia nyayian, Liyana Jasmay dengan Fizz Fairuz. Memang agak penuh kejutan kan kalau mereka berdua ni tengah bercinta. Bukan apa, saje jerk nak kata mereka berdua ni bercinta sebab terkantoi isu perbualan mereka melalui Twitter. Bukan main manis lagi jah, sampai ada 'i love u, miss u'. Weekkk..


Perlukah ini semua ditunjukkan kepada umum? kalau nak pun kat sms dah kira cukup dah kan. Memang ramai yang akan tidak percaya, memandangkan ramai mengetahui yang Fizz ni sedikit sebanyak lebih banyak bergurau berbanding keseriusannya di dalam set lakonan. Apa-apa pun kalau betul bercinta, so far so good lah, tapi nanti pisah pun nak umumkan juga ker? kekeke..
tweet liyana jasmay dan fizz fairuz bercinta

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes