Showing posts with label Rosyam Nor. Show all posts
Showing posts with label Rosyam Nor. Show all posts

Rosyam Angkat Martabat Wanita Dalam Karya?

TIADA yang lebih sempurna daripada wanita kerana golongan ini merupakan inspirasi terbesar dalam diri pelakon dan penerbit drama tersohor Rosyam Nor.

Selain berdampingan dengan pelakon-pelakon jelita seperti Rita Rudaini, Rozita Che Wan, Lisdawati, Fasha Sandha, Eja dan Fauziah Latiff, mungkin ramai yang tidak tahu Rosyam juga menggunakan khidmat wanita untuk kerja belakang tabir drama terbitannya, Suhan Movies & Trading Sdn Bhd.

Menurut Rosyam, pengarah Amy Maziah dan penulis skrip Sharifah Abu Salem dirasakan pilihan terbaik untuk berkolaborasi menghasilkan drama-drama terbitannya.

"Amy Maziah merupakan pengarah yang berpengalaman dalam selok-belok pengarahan kerana dia pernah bergelar penolong pengarah di samping pengarah terkenal seperti Aziz M Osman, Erma Fatima, Bade Hj Azmi dan Rashid Sibir.

"Sementara Sharifah Abu Salem pula lebih dikenali sebagai novelis prolifik Malaysia yang kaya dengan bahasa indah-indah belaka.

"Jadi, apabila adanya kombinasi dua nama besar dan ditambah dengan pengalaman yang bagus, insya-Allah, drama saya akan berjaya.

"Harap-harap, segala proses penggambaran di lokasi dipermudahkan," ujar Rosyam yang turut akan berlakon dalam sebuah lagi drama melibatkan dua wanita itu berjudul Trilogi Cinta mulai Jun depan.

Drama bersiri 40 episod itu pastinya dinanti-nantikan oleh penggemar novel Sharifah memandangkan ia diadaptasi daripada tiga novel popularnya iaitu Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian dan Tiada Lagi Mimpi.

Menurut pelakon filem Suami, Isteri, dan ..., Gila-Gila Remaja, Castello, Syaitan, Kala Malam Bulan Mengambang dan KL Menjerit itu, idea untuk melakukan drama adaptasi gabungan tiga novel itu terdetik setelah berbual dengan anak perempuannya.

"Anak saya suka membaca novel dan kebetulan novel yang dikatakan best itu ditulis oleh Sharifah Abu Salem. Jadi, saya terus fikirkan idea untuk menghasilkan drama ini.

"Sebelum ini memang saya mahu bekerjasama dengan penulis skrip yang datang dari latar belakang novelis," tutur pelakon berusia 43 tahun itu.

Rosyam akan digandingkan dengan dua heroin iaitu Rita Rudaini dan Diana Rafar dalam drama berkisarkan tentang seorang lelaki yang baru kematian isteri dan selepas itu disuruh berkahwin dengan orang gajinya.

Setiap novel Sharifah pastinya mengangkat tinggi martabat wanita, namun bagi Rosyam dia mampu mengubah sedikit cerita itu dengan meletakkan syarat agar setiap drama terbitannya haruslah mewujudkan keseimbangan antara lelaki dan wanita.

"Bagi saya, dalam 60 peratus penonton yang menonton drama terbitan saya adalah perempuan. Jadi, tidak salah juga jika drama saya menyanjung wanita. Tetapi bergantung juga kepada watak yang dibawakan.

"Sekiranya pelakon wanita itu tidak bersedia untuk membawakan watak yang diberikan, dia mungkin akan tenggelam dengan watak lain kerana lakonan merupakan perkara paling utama," jelasnya kepada mStar Online.

Setakat ini, Amy Maziah telah mengarahkan beberapa drama Suhan seperti Iris, Rozana,Rahsia Hati dan terbaru Isabella.

Manakala Sharifah pula menulis banyak skrip drama terbitan Suhan seperti Rahsia Hati,Nenek Kebaya dan Gelora Di Hati Sara.

Saya Tak Monopoli Rancangan Di RTM - Rosyam Nor



Rosyam menafikan dakwaan menyatakan dia memonopoli rancangan-rancangan di RTM.

BUKAN sahaja berjaya sebagai seorang pelakon, Rosyam Nor turut aktif dengan kerjayanya sebagai Pengarah Urusan di Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd

Memegang kerusi pengarah urusan membuatkan dia semakin aktif menerbitkan drama, telemovie dan telenovela.

Drama yang diterbitkan di bawah syarikatnya juga dilihat sering mewarnai stesen televisyen Radio Televisyen Malaysia (RTM) selain rangkain stesen-stesen televisyen lain.

Walaupun berjaya menghasilkan drama-drama yang berkualiti dan mampu menarik penonton, timbul pula desas desus mengatakan syarikatnya menerima banyak slot rancangan daripada RTM.

Namun ketika dihubungi Rosyam tidak mudah melatah sebaliknya menegaskan bahawa syarikatnya hanya mendapat satu slot telenovela sebanyak 40 episod.

“Saya hanya mendapat satu slot daripada RTM, telenovela 40 episod untuk sejam dan jumlah keseluruhannya 40 jam.

“Untuk mendapatkan slot rancangan di RTM, semua penerbit akan dipanggil untuk datang pitching dan daripada pembentangan itu, mereka akan pilih rancangan yang sesuai mengikut siaran TV1 atau TV2,” kata bapa kepada lima orang anak itu.

Menurut pelakon filem Libas ini, setiap penerbit atau syarikat pembekal rancangan akan diberi peluang untuk pitching dengan pelbagai genre rancangan dalam tempoh masa pembentangan yang hanya 10-12 minit.

“Semasa pitching, kita mesti tahu mengolah cerita berdasarkan kertas cadangan yang dihantar itu dalam masa yang ditetapkan.

“Saya rasa tanggapan orang di luar sana mengatakan saya memperolehi banyak slot itu adalah salah, proses yang dijalankan oleh pihak RTM adalah berdasarkan kesesuaian rancangan dan memenuhi kriteria yang diperlukan mereka.

“Saya sendiri pergi pitching untuk 40 buah rancangan, tapi saya hanya dapat satu slot telenovela sahaja.

“Pihak RTM juga turut memberi peluang kepada syarikat pembekal lain, dan semua itu adalah dilakukan dengan pemilihan tanpa melihatkan kepada perkara lain,” kata pelakon filem Estet itu.

Sementara itu, Rosyam yang turut mengakui pengalaman bekerjasama selama 13 tahun dengan pihak RTM membuatkan syarikatnya diberikan kepercayaan untuk menerbitkan drama untuk dibekalkan kepada stesen tersebut.

“Mungkin saya mempunyai pengalaman menerbitkan beberapa buah drama di RTM, dan itu membuatkan pihak RTM merasakan saya antara individu yang memenuhi kriteria tersebut.

“Ramai penerbit hanya memfokuskan kepada drama, telemovie, rancangan majalah dan dokumentari, mungkin mereka terlepas pandang dengan slot telenovela. Mungkin itu rezeki saya.

“Tapi pernah juga saya tidak mendapat apa-apa slot rancangan untuk dibekalkan kepada RTM,” ujarnya.

Menurut Rosyam, kisah telenovela tersebut diadaptasikan daripada tiga buah novel dan kini dalam proses untuk menyiapkan skripnya.

Selain membariskan beberapa orang pelakon untuk membintangi telenovela itu, Rosyam Nor turut memberitahu dia juga akan berlakon di samping pelakon jelita Diana Rafar, Nabila Huda dan beberapa pelakon lain yang akan menjayakan telenovela tersebut.

Anak gadis Rosyam Nor

Anak gadis Rosyam Nor

Sebelum ni memang agak payah untuk kita melihat koleksi gambar yang melibatkan Rosyam Nor dengan keluarganya kerana Rosyam Nor sendiri pernah mengeluarkan kenyataan yang dia enggan melibatkan keluarganya (lagi-lagi isteri tercinta beliau) dalam dunia glamour. Kiranya dunia hiburan la tu.

Namun kali ini gambar 2 orang anak gadis Rosyam terlepas juga ke alam maya ini sekaligus memberi ruang kepada semua peminat bang Rosyam mengenali wajah anak gadis beliau. Hehe.. Abang Rosyam jangan risau la yer sebab gambar-gambar tu bukannya gambar panas pun. Biasa-biasa je. Hehe..

Anak gadis Rosyam Nor

Anak gadis Rosyam Nor

Anak gadis Rosyam Nor

Anak gadis Rosyam Nor

Anak gadis Rosyam Nor

Anak gadis Rosyam Nor

Anak gadis Rosyam Nor

Macam, cun tak anak bang Rosyam kita ni? :)

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes