Filem komedi seram, Ngangkung, terbitan Metrowealth International Group, (MIG) berjaya mencapai kutipan RM3 juta dalam masa lima hari tayangan iaitu bermula 25 November hingga kelmarin (29 November).
Malah hal ini diumumkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif MIG, David Teo, ketika pra tonton filem terbarunya, Aku Masih Dara, yang berlangsung di E@curve, Damansara Utama, semalam.
“Saya percaya filem ini akan mengutip lebih keuntungan dan mencapai sasaran box-office.
“Prinsip MIG sendiri yang menghasilkan filem atas kehendak dan selera penonton, pastinya tidak akan mengecewakan penonton yang datang ke panggung.
“Saya juga percaya, filem-filem lain MIG yang bakal menyusul selepas Ngangkung ini juga akan mendapat sambutan. Walaupun berlainan genre, filem-filem ini tetap ada penontonnya,” katanya dengan penuh optimis.
Filem arahan Ismail Bob Hasim (Bob) yang membabitkan kos RM1.8 juta ini, dibintangi pelakon popular seperti Shaheizy Sam, Eira Syazira, Mazlan Pet-Pet, Putri Mardiana, Azad Jazmin dan ramai lagi.
Ngangkung mengisahkan Azim (Shaheizy Sam) yang hidup sederhana di sebuah perkampungan bersama isteri, Suri dan anak perempuannya.
Azim terpedaya dengan hasutan rakan baiknya, Tasnim dan Wan untuk menyertai mereka dalam upacara Ngangkung atau memuja sesuatu untuk mendapatkan kekayaan menerusi nombor ekor.
Perubahan ketara dalam hidup Azim mula terjadi setelah dia terlalu taksub untuk mendapatkan nombor ekor.
Semakin hari, Azim dan rakan-rakannya semakin rancak bermain ekor sehinggalah kehidupan mereka bertambah senang dan mewah.
Namun kehidupan mereka tidak sebahagia dulu kerana pelbagai peristiwa aneh dan seram mula melanda hidup mereka sekeluarga. Apakah kesudahan hidup mereka? Saksikan Ngangkung di pawagam.
Sementara itu, filem lain terbitan MIG, Aku Masih Dara arahan Ahmad Idham bakal menemui penonton pada 16 Disember. Menyusul selepas itu, Damping Malam (30 Disember), Keramat, Kongsi, Senario The Movie:Ops Pocot, 3 2 1 Cinta dan Sekali Lagi yang masih menanti tarikh tayangan.
Wah wah bukan main lagi kalau post pasal penyanyi nombor satu Negara, Dato' Siti Nurhaliza di udarakan. Ramai yang pro-Siti berkomen tak juga ada yang anti-Siti berkomen. Tapi penulis tak mahu menyebelahi mana-mana pihak, tetap berada ditengah-tengah, yang sedang-sedang sahaja. Hehe. Gambar terbaru Dato' Siti ni agak menarik juga, rasanya berat badan Dato' Siti dah naik lah. Nampak gebu jerk badannya tue. Baguslah kalau macam tue. Harap-harap Dato' Siti sukses dalam kerjayanya seharian. 


Pelakon, Yana Samsudin, 26, menegaskan dia berasa malu apabila terpaksa berpakaian seksi dan berkemban semata-mata untuk menjayakan filem 'Aku Masih Dara' arahan Ahmad Idham. Kata Yana, keputusan itu dibuat selepas memikirkan wataknya sebagai gadis yang bermasalah dalam filem tersebut mempunyai mesej yang kuat dan bukannya untuk mencari publisiti murah atau mahu mengumpan penonton ke pawagam semata-mata. Sebaliknya, keputusan Yana menerima watak sebagai Aleeysa itu didorong atas keinginan untuk mencabar kemampuan bakat lakonannya.













