super junior mengila di Putrajaya pada 28 may 2011~ ticket percuma untuk di print

oputh



kepada sesiapa yg berminat untuk memiliki ticket percuma konsert Super Junior sila lawati Youth TV Malaysia untuk print ticket Super Juniot yg Bercolour~ siap ad back stage lagi~ semoga berjaya~ tp kene tunggu publish ticket nyer~ sabar la ya~ ;)

Shaheizy Sam hero untuk Adnan Sempit 2

Shaheizy Sam memang seorang artis yang popular secara mendadak. Sebab lakonan dia dalam filem Adnan Sempit. Filem yang dikatakan untung berjuta-juta ringgit, sehinggakan belum ada yang dapat menandinginya. Maaf lah yer, admin nak katakan sedikit, kalau lihat daripada filem tu, 30 percent jerk suka, selebihnya kureng sikit, kenapa? admin tak suka kat golongan mat rempit ni, haha. Tapi ntah macamana filem tu boleh kaut berjuta-juta, agaknya persatuan mat-mat rempit tengok ramai-ramai kot. haha. lupakan sahaja mengenai itu..


Ni ha yang terbaru, Shaheizy Sam bakal menjadi hero lagi dalam filem terbaru dari Adnan Sempit juga, tapi kali ni yang ke-2. Dengar cerita Shaheizy Sam kena bayar dengan gaji yang tinggi untuk yang ke-2 tu. Gaji tinggi tu ok juga, tapi kalau ramai orang dah tengok Adnan Sempit pertama tue bersependapat dengan admin, rasanya yang ke-2 ni takkan gempaq seperti yang pertama kecuali ianya berkonsepkan 3D, semua penonton pakai spek 3D.. haha.. Apa-apa pun Shaheizy Sam punya rezeki kita tak usah nak sibuk sangat, dah tuah manusia siapa yang tahu.. All the best Shaheizy Sam

(GOSIP) Zizan Raja Lawak Bercinta Dengan Natasha Hudson?




Korang perasan tak masa rancangan Maharaja Lawak minggu lepas ada Natasha Hudson datang tengok dekat studio Finas? Rasa- rasa korang Natasha datang sebab nak bagi sokongan kat siapa? Dari info yang Abang Nara dapat, Natasha datang sebab nak bagi sokongan pada Zizan tapi Abang Nara malas nak percaya sebab manelah tahu sebenarnya dia datang nak sokong Amir ke, Nabil ataupun Sepah. Apa pendapat korang?

P.S: Entri diedit balik sebab entri sebelum ini hilang entah ke mana.

Like Mother Like Daughter, Rohana Jalil & Kilafairy

kilafairy


Ke mana tak tumpahnya kuah kalau ke nasik. Ke mana tak tumpahnya kecantikan seorang ibu kalau tak kepada anaknya. Nampak sangat Kilafairy mewarisi kecantikan ibunya, Rohana Jalil. Mungkin Kilafairy adalah versi muda Rohana Jalil suatu ketika dahulu. Tak gitu?

Lagi gambar Kilafairy dan ibunya, Rohana Jalil dengan membaca entri ini sepenuhnya, Jangan lupa saksikan filem Karak lakonan Kilafairy yang bakal menerjah pawagam tidak lama lagi. Dengar cerita seram gila. Kredit gambar kepada fashion blogger, CuteCarry.

kilafairy

kilafairy

kilafairy

kilafairy


Cheryl Samad sudah berkahwin dengan cina?

Heboh sekarang ni mengenai pengacara kecil molek, Cheryl Samad dah berkahwin. Memang agak mengemparkan sebab tiada ura-ura dari umpunya badan sendiri sebelum ni. Tak tahulah benar atau tidak cerita ni, sebab ramai blogger gosip dah uwar-uwarkannya. Yang paling tidak disangka, Cheryl berkahwin dengan orang yang mempunyai keturunan Cina.


Berita perkahwinan mereka ini dikatakan hanya senyap-senyap sahaja, maknanya hanya keluarga terdekat sahaja. Perkahwinan yang dikatakan berlangsung pada hari Ahad yang lalu itu diadakan di Holiday Villa, Subang. Hai, kita tunggu dan lihat sahaja lah apa komen empunya badan. Ya la, takkanlah pokok boleh bergoyang jika takde angin, mungkin hantu kak limah kot yang kasih goyang.. haha..

gambar kereta Scha al Yahya, Audi Q5 S-Line ~mewah~

Biasalah artis dan selebriti ni, tak sah kalau naik kereta mahal-mahal. Mahal tahap gaban pun ada juga, yang paling top sekali bab kereta ni Yusry (lamborghini dan hummer) dan Ac Mizal (bantley dan porsche), Takde sorang pun selebriti yang nek kancil. haha. Ni nak khabarkan gambar dibawah ni kepunyaan kereta milik Scha al Yahya, jenama Audi model Audi Q5 yang bernombor plat WSC4.


Sebelum ni kereta ini digosipkan pemberian hadiah oleh Awal, namun Awal menyangkal sebab tak mampu nak belikan hadiah mahal seperti itu, dan kata Awal itu adalah hasil titik peluh Scha sendiri.

Nak tahu harga Audi Q5 ni berapa? RM325,000 tidak termasuk insurans (kata sumber). Memang lawa kereta ni, sebab buatan negara di eropah. siap dengan plat nombor cantik lagi, mahu RM350,000 juga ni. Scha CCM berapa ni? haha.. Kalau beli kancil dapat rumah sebijik jadi aset pun dah mencukupi.. haha.

Artis Kita Perlu Bangkit Demi Maruah Sendiri


nurul ain

Gambar di atas ialah milik seorang pelakon yang tak berapa popular, iaitu Nurul Ain Nordin untuk filem Suatu Malam Kubur Berasap.si Nurul Ain ini tak mahu pun gambarnya diambil dengan cara sebegini. Kemungkinan besar ini kehendak pihak-pihak yang terlibat dengan filem lakonannya. Kalau tak ambil gambar macam ini, Nurul Ain pastinya akan rasa serba salah sebab takut langgar arahan big boss.

Tapi, kini sudah tiba masanya untuk artis Malaysia, terutamanya wanita untuk bangkit tegakkan kemahuan sendiri terutama bab berpakaian. Kadang-kala rasa sedih dengan artis kita (terutama artis perempuan) yang dieksploitasi untuk berkemban, pakai seksi, pakai baju adik untuk melariskan dan membuat kontroversi bagi menaikkan sesebuah filem. Malu dan kecewa juga dengan industri hiburan kita sebenarnya.

Tapi kalau memang dengan kerelaan hati si pelakon memakai pakaian yang menjolok mata, itu tak mampu lah Abang Nara nak kata apa-apa. Tetapi kalau atas sebab arahan-arahan orang atasan, Abang Nara boleh dibawa berbincang dan boleh sopankan sikit cara pemakaian. Tak gitu? Sudah tiba masa untuk artis kita demand sedikit demi maruah sendiri. Apa pendapat korang?

Saksikan Filem Nur Kasih 19 Mei 2011 Ini


filem nur kasih

Semasa ditayangkan di dalam bentuk drama, 19 juta rakyat Malaysia telah menonton dan merasai fenomenan Nur Kasih. Kini mampukah yang bakal menjejakkan kakinya ke panggung wayang seluruh Malaysia pada 19 Mei ini memecahkan rekod tayangan filem Malaysia? Kalau 19 juta orang datang menonton filem ini, didarabkan dengan RM10, dah boleh dapat kutipan RM190 juta. Tak ke meletup-letup panggung?

Di bawah ialah official trailer filem Nur Kasih:-

sure nangis tgk movie nie~

Kekasih Linda Hashim ke ni?

Kemana perginya pelakon manis, Linda Hashim sekarang ni erk. Agak susah nak lihat dia di kaca-kaca tv, drama ataupun filem. Mungkin sibuk kot pasal buat filem 'Ngorat' dan 'Putera Negara' yang bakal ditayangkan pada tahun hadapan. Takpe lah kalau sibuk memanjang tue. Hehe. Ni ha terjumpa gambar Linda dengan seorang lelaki, bolehlah kacak juga orangnya. Linda amik gambar bersama-sama lelaki ni ketika suatu majlis perkahwinan orang India. Nampak macam sepasang kekasih jer Linda ni, boyfriend Linda erk? Linda jawab jangan tak jawab.. hehe..


Que haidar & isteri Linda jasmine clubbing?"


Penulis tak tahu nak kata apa dah dengan
pasangan selebriti ni. Nak kata jahat, tidak semua orang tu dikatakan sempurna, ye kan. Kadang-kadang ada juga kesilapan dan kelalaian yang terjadi, tak kira pangkat dan darjat. Si isteri dalam gambar ni tak pasti pula time mengandung atau belum lagi. Aish, harap-harap kita selepas ini muhasabahkan diri yer. Kalau mengandung, si isteri kenalah jaga kesihatan anak dalam kandungan tue. Wallahualam. Zzzz..









HarianMetro: “Kami tak minum arak itu!” tegas pelakon terkenal, Que Haidar, 32, mengulas penyebaran gambarnya bersama isteri, Linda Jasmine dan beberapa individu berseronok di samping ada gelas dan botol arak di atas meja.

Menurut Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, mereka hanya menghadiri majlis hari lahir seorang kawan Linda yang bukan beragama Islam.

“Sebelum itu kami makan malam bersama keluarga mentua. Dalam perjalanan pulang, Linda menerima panggilan daripada seorang rakan yang mahu kami hadir ke majlis hari lahirnya.

“Selepas dihubungi berkali-kali, kami singgah sebentar ke tempat itu bagi meraikannya. Namun, terus terang kami tidak langsung menyentuh arak, manakala arak di atas meja itu (merujuk kepada gambar di Internet) adalah milik orang lain.

“Malah, rakan Linda turut mendapatkan nasi lemak selepas saya memberitahu nak makan makanan itu selain meminum air mineral,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad.

Que yang nyata tidak menyenangi penyebaran gambar itu meminta orang ramai tidak mudah membuat tanggapan negatif.

“Serba salah dibuatnya. Rasa marah, geram, sakit hati, malah kelakar pun ada. Namun sebenarnya ia boleh menjejaskan kami, termasuk keluarga, apabila mendengar khabar angin negatif ini,” katanya.

Sementara itu, kenyataan Que turut disokong Linda, 38.

“Tak adil menilai kami dengan hanya melihat gambar berkenaan tanpa mengetahui perkara sebenar.

“Saya tak minum arak dan tidak merokok langsung. Rokok (di tangan Linda dalam satu gambar) itu orang lain punya, mungkin Que, dan saya hanya memegangnya,” katanya.

Menurut Linda, tindakan menyebarkan gambar itu satu perkara tidak baik dan akan menjejaskan maruah mereka sekeluarga.

“Walaupun kami menjelaskan keadaan sebenar, akan ada (masyarakat) yang terus memandang buruk kepada kami hanya disebabkan tindakan (penyebaran gambar) itu,” katanya.

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes