Aaron Aziz mohon jadi rakyat Malaysia!

Memang bersemangat wajah betul melihat Aaron Aziz apabila memperkatakan mengenai permohonannya menjadi warganegara Malaysia yang memilik IC. Dengan penekanan konsep 1Malaysia, Aaron merasakan dirinya bakal layak menjadi warganegara Malaysia. Keinginan Aaron begitu berkobar-kobar memandangkan dirinya sudah banyak membuat jasa dan bakti kepada Negara ini melalui filem dan juga industri seni.



Proses ini bukan proses yang senang bahkan mengambil masa yang agak lama dan tidak begitu mudah untuk diluluskan. Kalau diluluskan kemungkinan besar, Aaron bakal memberikan saingan sengit kepada pelakon tempatan dalam sesi anugerah pelakon nanti, percayalah, sebab nama Aaron kini dah semakin naik dan mendapat perhatian ramai.

(Gambar) Tiz Zaqyah dan Izara Aiyah menandingi pose Kilafairy


Admin jumpa gambar Tiz Zaqyah dan Izara Aiyah, pelakon drama Soffiya dalam posing menjuihkan bibir sepertimana yang selalu kita jumpa pada gambar Kilafairy. Ingatkan Kilafairy je yang berjaya pose seperti Angelina Jolie, tapi kedua-dua Tiz Zaqyah dan Izara Aisyah tidak kurang hebatnya

Percintaan putus, Miera Liyana main kayu tiga dengan Shah Jaszle


Percintaan antara dua pelakon yang sedang naik masa kini, Shah Jaszle dan Miera Liyana, akhirnya berakhir sudah apabila putus di tengah jalan. Masing-masing telah pun bertindak untuk buat haluan sendiri. Waktu bercinta dahlulu, bukan main rak lagi buat pengakuan bercinta dan telah menyukai masing-masing sejak bertahun-tahun dahulu lagi.

Namun, tak lama selepas pengakuan ini, terputus sudah, dikatakan berpunca daripada Miera Liyana sendiri apabila sedang bercinta dengan orang lain, boleh bermain kayu tiga pula.

Nampaknya Shah Jaszle tertipu’lah dengan cinta yang ditawarkan Miera Liyana ini. Setelah terbongkar dan rasa tertipu, Shah Jaszle dikatakan tidak lagi mahu meneruskan hubungan mereka walaupun setelah Miera Liyana minta maaf dan beri seribu penjelasan. Apapun, ini hanya’lah lagi satu andaian. Sekiranya benar artis ini yang diandaikan, diharapkan bersabarlah menempuh dugaan ya.

Bob Lokman Ditahan, Tiada Tauliah Beri Ceramah

bob lokman

Femes sebentar Bob Lokman hari ini apabila menghiasi muka depan Harian Metro. Bob Lokman telah ditahan oleh JAIS kerana mengadakan ceramah tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat.


Untuk makluman, kegiatan memberi ceramah tanpa tauliah oleh Bob Lokman telah dipantau selama 2 minggu oleh JAIS. Untuk makluman, di Selangor anda perlu ada tauliah untuk memberikan ceramah agama.

Fida tak bertudung depan Mamat?

Wah kalau dah ber-couple tu, mesti semuanya indah-indahkan. Pasangan pelakon, Fida yang kini hangat bercinta dengan pelawak, Mamat Sepah bukanlah suatu yang asing lagi, pasti ramai sudah tahu dengan episod cinta mereka. Tapi tahukah anda gambar dibawah ni bakal memberikan persepsi anda terus berubah mengenai Fida.

Mengikut daripada sumber daripada penghantar gambar berkenaan, gambar diambil ditempat umum oleh Mamat sendiri, (pantulan gambar pada dinding badan kereta) kepada kekasihnya Fida. Tapi Fida tidak bertudung ketika ini, hanya sekadar memakai topi. Biar betik, bukankah setahu kita penampilan Fida selama ini sentiasa memakai tudung. Adakah ini sekadar trend, memakai tudung diwaktu bertemu orang ramai atau media.? lu dah kantoi ni Fida oi.

Gambar Wawa Zainal Yang Seksi


Ada orang kata ini teknik selebriti baru nak naikkan nama dan populariti. Sebab fikir secara logik, gambar yang tersebar seperti dibawah nie adalah tanggungjawab diri sendiri/empunya badan, takkan sampai tak boleh tahu kot. Tapi baru seksi begini dah kecoh satu dunia, ada lagi seksi yang super advance daripada segelintir selebriti yang terdahulu, Melodi cool relax jerk. Zz..

Johan Asari kekasih baru Fasha Sandha?



Maya Karin jumpa kekasih baru di Paris?

Ternyata kunjungan Maya ke Paris kali ini telah membuahkan hasil. Seperti sedia maklum lelaki France diidentitikan sebagai lelaki paling romantik. Ternyata kenyataan itu benar dan di kota Paris itulah seorang lelaki France telah berjaya menambat hati Maya.

Tanpa diduga, Maya telah bertemu dan berkenalan dengan seorang pemuda France beragama Islam. Perkenalan singkat itu mungkin telah membuatkan Maya Karin jatuh cinta atau pun tertambat dengan renungan pertama lelaki Peranchis itu.

Orangnya kacak dan berdarah Algeria. Apakah pemuda itu bakal membuka hati Maya Karin buat kali kedua sekali gus menyemai cinta dan diakhiri dengan ikatan perkahwinan? jeng-jeng... nantikan episod seterusnya..

Dengar-dengar khabar puting beliung, pelakon, Yana Samsudin dengan pelakon hebat, Shaheizy Sam kini tengah bercinta. Dikatakan mereka berdua agak rapat akhir-akhir ini disebabkan kerap melakukan kerjasama dalam kerjaya mereka. Yang terbaru mereka digandingkan bersama untuk filem Bini-Biniku Gangster sebelum tu Kongsi. Admin belum tengok lagi filem ni, namun yang pasti filem ini mungkin hebat kan. Hehe


Dalam sebuah majalah By'U. Ada memaparkan kisah cinta Yana dan Shaheizy. Tak pasti apa isi kandungannya. Kalau korang nak tahu, korang beli lah yer. Kalau betul dorang berdua bercinta, apa salahnya, mengaku kan lebih elok dari menafikan benda yang orang semua suka. Kita doa kan sahaja mereka berdua bahagia.

Joey mahu kahwini Watie Januari 2012

Joey telah memutuskan untuk bernikah dengan bekas anggota kumpulan Elite, Watie Elite pada Januari 2012. Keputusan Joey untuk mengambil Watie sebagai isterinya adalah tepat kerana merasakan penyanyi dan pelakon popular itu memenuhi ciri-ciri yang diingininya selama ini selain menganggap ia sebagai jodoh.


Mengenai hubungan mereka berdua, Joey menjelaskan ia semakin bertambah baik dan dia mengagumi ketabahan Watie yang dilempar dengan tuduhan sebagai dalang kepada keretakan rumah tangga Joey.

Memandangkan mereka berdua pernah mengalami detik hitam kehancuran rumah tangga dan kini telah mematangkan/memahami antara satu sama lain.

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes