2 PRODUKSI JEPUN LAMAR ZIZAN RAJA LAWAK


Kalau dah tuah badan... pastinya banyak rezeki datang bergolek!

Begitulah umpama yang dapat digambarkan mengenai
Zizan Raja Lawak atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak,
yang mendapat tawaran berganda daripada produksi Jepun.

Jika sebelum ini sebuah syarikat produksi Jepun,
Sedic Entertainment mengambilnya berlakon,
kini Zizan menerima pula tawaran berlakon untuk sebuah
lagi produksi dari Jepun yang tertarik pada aksi lakonannya..

“Mereka mula mengenali saya selepas menonton lakonan saya dalam
filem “KL Gangster” dan seterusnya melamar saya untuk
berlakon dalam filem melibatkan tiga negara iaitu Malaysia,
Jepun dan China," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Menjelaskan dengan lebih lanjut, kata Zizan filem Jepun
pertamanya sebelum ini ialah mengenai Yukari (Kitano Kii)
yang merupakan guru bahasa Jepun berhijrah ke Malaysia.
Bagaimanapun, Yukari menjadikan Cikgu Rahman
(lakonan Zizan) sebagai alat untuk mengaburi mata orang lain
yang kononnya mereka bercinta.

“Ini merupakan projek pertama saya dengan syarikat
produksi dari luar negara. Filem ini dijangka akan
ditayangkan di negara ini, Jepun dan China,” ,” tambah Zizan.

0 comments:

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes