"Johan RL Kurang Ajar!!"- Ogy
by Abdul Hamid Lembah Bujang
Episod ini berlaku semasa Festival Filem Malaysia (FFM) ke-24 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Ahad lalu. Idea pihak Astro menggabungkan Fauziah Ahmad Daud dengan Johan Raja Lawak sebagai hos mungkin dianggap boleh memberikan kelainan.
Namun, siapa sangka sebenarnya berlaku konflik senyap yang mungkin tidak disedari oleh kebanyakan penonton. Kekecewaan diluahkan oleh Fauziah atau Ogy ini mengenai sikap Johan terhadapnya sepanjang mengemudi majlis yang disaksikan hampir satu juta penonton itu.
Dakwa Ogy, Johan telah mengaibkannya di hadapan para penonton termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan jenaka tidak relevan sepanjang majlis berlangsung.

“Hampir satu juta penonton dapat saksikan bagaimana Johan memperlekehkan, mengaibkan dan mempersendakan saya di pentas FFM. Ini bukan gelanggang Raja Lawak. Di depan tetamu kenamaanteri pula tu.Menurut Ogy, sepanjang majlis, dia hanya mampu beristighfar di dalam hati walau sedih dengan sikap Johan yang dianggap keterlaluan. Bagi Ogy, dia harus bersikap profesional kerana mahu tidak mahu, majlis perlu diteruskan dengan baik.
“Dia memang kurang ajar. Bukan setakat bakat saya, malah arwah ibu dan bapa saya turut dipersenda sesuka hati. Namun yang paling saya terkilan, dia boleh mempersendakan Tahun Gajah, tahun kelahiran Nabi Muhammad junjungan kita.
“Ini satu penghinaan dan saya tak boleh bertoleransi dengan orang yang biadap seperti itu,” katanya.
“Saya tak tahu kalau ada yang perasan atau tidak, tetapi sepanjang berada di pentas, saya hanya menahan rasa kecewa dengan kerenah Johan yang kurang ajar.
“Sebagai manusia, bohonglah kalau saya tak terasa bila orang memperkotak-katikkan arwah ibu dan bapa, mengutuk saya ni dah tua dan sebagainya.
“Jangan kerana saya ni anak yatim dan tidak bersuami maka orang boleh memperlekehkan saya.
“Saya tahu saya ni dah berusia, tetapi saya tidak perlukan orang untuk menyedarkan saya mengenainya.
“Hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu perasaan saya ketika dimalukan sebegitu sekali,” kesalnya.
LaBels:
Johan dalam Raja Lawak,
Johan RL,
Ogy Ahmad Daud
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment