Gambar Scha al Yahya berbaju biru


Scha Alyahya
Dah lama tak post entry mengenai Scha al Yahya kan. Mungkin peminat-peminat Scha ternanto-nanti gambar terbarunya. Nah ni gambar Scha al Yahya yang diambil ketika dia menghadiri Karpet Merah FFM24 yang lalu. Tengok baju memang lawa dan cantik, tapi rambut Scha seperti tak diurus la. Mungkin sibuk kot, ke sana ke mari. sibuk berlakon drama/filem. Dengar-dengar, perkahwinan Scha dapat tajaan Astro sama dengan Lisa Surihani, bertuah badan nok. Hehe. Apa-apa pun enjoy dulu gambar Scha di bawa ni erk sempena cuti hari ni.
Scha Alyahya
Scha Alyahya
Scha Alyahya
Scha Alyahya
SUMBER Dari Budiey.com

"Johan RL Kurang Ajar!!"- Ogy

Episod ini berlaku semasa Festival Filem Malaysia (FFM) ke-24 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Ahad lalu. Idea pihak Astro menggabungkan Fauziah Ahmad Daud dengan Johan Raja Lawak sebagai hos mungkin dianggap boleh memberikan kelainan.

Namun, siapa sangka sebenarnya berlaku konflik senyap yang mungkin tidak disedari oleh kebanyakan penonton. Kekecewaan diluahkan oleh Fauziah atau Ogy ini mengenai sikap Johan terhadapnya sepanjang mengemudi majlis yang disaksikan hampir satu juta penonton itu.

Dakwa Ogy, Johan telah mengaibkannya di hadapan para penonton termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan jenaka tidak relevan sepanjang majlis berlangsung.

“Hampir satu juta penonton dapat saksikan bagaimana Johan memperlekehkan, mengaibkan dan mempersendakan saya di pentas FFM. Ini bukan gelanggang Raja Lawak. Di depan tetamu kenamaanteri pula tu.

“Dia memang kurang ajar. Bukan setakat bakat saya, malah arwah ibu dan bapa saya turut dipersenda sesuka hati. Namun yang paling saya terkilan, dia boleh mempersendakan Tahun Gajah, tahun kelahiran Nabi Muhammad junjungan kita.

“Ini satu penghinaan dan saya tak boleh bertoleransi dengan orang yang biadap seperti itu,” katanya.
Menurut Ogy, sepanjang majlis, dia hanya mampu beristighfar di dalam hati walau sedih dengan sikap Johan yang dianggap keterlaluan. Bagi Ogy, dia harus bersikap profesional kerana mahu tidak mahu, majlis perlu diteruskan dengan baik.
“Saya tak tahu kalau ada yang perasan atau tidak, tetapi sepanjang berada di pentas, saya hanya menahan rasa kecewa dengan kerenah Johan yang kurang ajar.

“Sebagai manusia, bohonglah kalau saya tak terasa bila orang memperkotak-katikkan arwah ibu dan bapa, mengutuk saya ni dah tua dan sebagainya.

“Jangan kerana saya ni anak yatim dan tidak bersuami maka orang boleh memperlekehkan saya.

“Saya tahu saya ni dah berusia, tetapi saya tidak perlukan orang untuk menyedarkan saya mengenainya.

“Hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu perasaan saya ketika dimalukan sebegitu sekali,” kesalnya.

Gambar Perkahwinan Hattan, Farah


Gambar dibawah merupakan gambar perkahwinan Hattan dan isteri barunya Farah yang dinikahkan baru-baru ni di Nogori Sembilan. Memang tidak ramai menyangka yang Hattan bakal menamatkan zaman 'persendiriannya'. Namun itulah jodoh, kini Hattan sudah bahagia dengan Farah. Apa-apa pun Tahniah lah kepada Hattan semoga rumahtangga kekal abadi selamanya.



Lisa Surihani di majlis Anugerah Bintang Popular 2011

Gambar dibawah merupakan gambar Lisa Surihani ketika ditemui di majlis Anugerah Bintang Popular 2011 (ABP2011) yang berlangsung di Holiday Villa, Subang Jaya baru-baru ini. Kelihatan Lisa memakai skirt berwarna hitam dan dibaluti dengan kain nipis hitam. Memang Lisa nampak seksi, tapi betisnya telah dibalut, korang tak boleh nampak dengan jelas walaubagaimanapun. Kuikui. Apa-apa pun enjoy dulu.

Sumber dari ROTIKAYA.COM

??Lisa Surihani Sudah Kahwin??





Gambar Adik dan ibu Neelofa yang Cantik


Neelofa yang ditemui ketika majlis Pelancaran Filem Azura 2012 di Manhattan 5, Berjaya Times Square Hotel, Bukit Bintang, Kuala Lumpu, baru-baru ini telah membawa adik dan ibu kesayangannya bersama-sama dalam menjayakan majlis itu. Adik Neelofa ni cantik juga orangnya, kalau masuk dunia seni, confirm bakal ngetop. Semua pakej lengkap, sama seperti kakaknya, Neelofa. Dikhabarkan adik Neelofa ni seorang yang pemalu, mungkin dia tak akan pegi ke dunia seni, namun itu tidak menjadi mustahil.

Aksi Menghairahkan Aaron Aziz dan Jasmin Hamid dalam teater Badai Semalam

Memang cukup menghairahkan betul aksi Aaron Aziz dengan pelakon hot, Jasmin Hamid. Aksi yang ditayangkan ini adalah bersempena teater Badai Semalam. Lakonan ini juga dijayakan oleh Erra Fazira. Tiket tak usah kata lah, peminat Aaron terutama wanita, dah banyak kebas tiket tu semata-mata nak lihat Aaron. Namun korang tak perlu bimbang dan risau, ianya lagi masih lagi dipentaskan di Istana Budaya sehingga 20 November ini. Tiket diantara RM30 bagi semua golongan dan hingga RM300 bagi yang berkemampuan. Berbaloi lihat theater ni. Tak caya? korang g beli dulu. hehe.


Harith Iskander x sabar untuk menjadi bapa.

Harith Iskander (owner restoran Samsaraa, KL) mengakui bakal menimang anak lelaki memandangkan isterinya Jezamine Lim (dalam pengajian ijazah doktor falsafah atau PhD di HUKM, Cheras) sedang hamil 6 bulan. Mereka yang sudah setahun mendirikan rumahtangga (Julai 2010) dan kini bakal menunggu detik yang sangat bahagia. Bagaimanapun, Harith yang sudah mempunyai beberapa senarai nama anak masih belum membuat pemilihan nama yang sesuai sehingga anaknya lahir pada Mac 2012.

“Kadangkala saya akan mengubah sesuatu perkara itu mengikut keadaan. Jadi sebab itu saya tidak mahu lagi menetapkan nama anak saya walaupun sudah mempunyai beberapa nama dalam senarai

“Setiap tiga hingga empat minggu, saya akan membawa isteri membuat pemeriksaan kandungannya dan kami sudah mula membeli barangan bayi sedikit demi sedikit.

“Saya juga sentiasa menjaga isteri sewaktu dia alahan teruk semasa tiga bulan kehamilannya tetapi sekarang dia sudah tidak alahan lagi,” ujarnya

Lisa Surihani menjali sukarelawan MY ICON #siapa nk jumpa lisa in public?

12 November lepas program kedua MyIcon telahpun berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran icon-icon terkenal seperti  Altimet,  Nabil Jeffri, Ng Yeen Seen,  Dr. Sharahwanaun Muthusamy dan juga  Mohd Zhariff Afandi. Program ini adalah hasil inisiatif daripada Makmal transformasi Pembangunan Belia dimana program ini bertujuan untuk memberikan inspirasi kepada belia dengan menggunakan icon-icon belia yang berjaya di Malaysia.
Program ini dapat memberikan peluang dan mamfaat berguna buat belia kita kerana dengan adanya program MyIcon ini belia kita dapat berkongsi maklumat dan pengalaman bersama icon-icon belia ini. Seperti contoh icon seperti penyanyi rap terkenal iaitu Altimet dapat memberi inspirasi kepada peminat-peminat rap dan mendorang mereka kepada music rap yang sihat. Untuk melihat gambar-gambar sekitar perjumpaan MyIcon yang kedua ini anda boleh melihatnya di laman facebook vyrec di link dibawah.
Untuk program MyIcon yang seterusnya akan ditampilkan lagi 5 orang icon yang terkenal dan mempunyai bakat dan kelebihan tersendiri mereka-mereka ini adalah antara yang banyak menyumbang didalam pembangunan belia terutamanya dan antara mereka yang menunjukkan sikap dan prestasi  yang baik untuk dijadikan inspirasi kepada belia kita agar dapat berjaya seperti mereka.
Ada antara icon-icon berikut adalah mereka yang sememangnya terkenal di Malaysia seperti Lisa Surihani dan Azlan Iskandar anda hanya perlu click nama setiap icon belia ini untuk melihat profile dan prestasi mereka.
Oleh itu  jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama mereka pada 26 November ini bertempat di Killiney Signature Kopitiam SS2 Mall, SS2, Petaling Jaya bermula pada jam 3:00 pm hingga 6:00pm. Kepada belia-belia di luar sana yang berminat untuk lepak bersama-sama icon-icon ini sambil minum kopi bersama mereka anda hanya perlu “request” kehadiran di page facebook mereka.
Portal: MyIcon.com.my
Dibawah ini adalah peta panduan untuk ke Killiney Station SS2 Mall, Pastikan anda bertemu bersama icon-icon ini dan jadikanlah kejayaan mereka sebagai inspirasi untuk anda berjaya. dan pesanan terakhir, jangan lupa bawa bersama kamera untuk bergambar bersama icon anda..

KONTEST E-Belia RM1500 topup untuk dimenangi.. 40 peserta akan mendapat saguhati RM20 TOPUP


Contest ini adalah bertujuan untuk mempromosikan sistem Pendaftaran Profil  e-belia yang digunakan olehInstitut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia IPPBM.  Tujuan E-Belia diwujudkan adalah  untuk menilai dan mengkaji kehendak dan segala keperluan belia di Malaysia khususnya generasi Y.
Dengan adanya sistem E-Belia ini pihak Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia dapat mengenalpasti segala kekurangan yang perlu diperbaiki bagi memantapkan lagi pembangunan belia di Malaysia mengikut cita rasa belia masa kini, Oleh itu sistem ini adalah amat penting bagi membantu belia menyuarakan kehendak dan keperluan mereka melalui Pendaftaran Profil yang dijalankan seterusnya memudahkan pihak kerajaan untuk mengenalpasti dan mengkaji apa yang perlu disumbangkan kepada belia dan apa yang tidak perlu disumbangkan
Oleh itu diharap para blogger yang menyertai contest ini dapat membantu pihak Kementerian Belia dan Sukan untuk menyebarkan kepentingan sistem E-Belia  ini kepada seluruh belia di Malaysia.
Syarat-syarat penyertaan adalah seperti tertera di poster diatas dan segala info mengenai e-belia boleh didapati di link berikut (E-belia portal) setiap entry akan dinilai dan pemenenang yang bertuah akan diumumkan melalu portal vyrec dan facebook SENYAP.

gambar Neelofa yang mengancam jiwa kalbu



Neelofa
Neelofa
Neelofa
Neelofa
Neelofa
Neelofa
Neelofa

Yusry KRU dan Lisa Surihani berdating di Setia Alam?

lisa dan yusry semakin rapat



Gotzip terjumpa Yusry dan Lisa berdating di Tesco Setia Alam pada pukol 9.30 malam tadi duduk berdua minum di dalam kedai shushi KING EXPRESS selepas membeli barang keperluan di dalam Tesco Setia Alam. Dikait kan dengan gossip panas mereka ingin melansungkan perkahwinan pada tahun 2013.. Tambahan pula , baru-baru ini mereka di gossipkan kerap keluar bersama . adakah Lisa&Yusry akan berkahwin? kita tunggu..... -_- out.



Aksi Zarina panaskan Indonesia



LAMA ‘miss kontroversi,’ Zarina Anjoulie Lavocah menyepikan diri selepas dia berbalah mengenai satu isu dengan Awal Ashaari.
Tapi masuk-masuk kerja lepas cuti Hari Raya Korban, terus cerita panas cik Zarina yang manja dipanggil Anju jadi bahan. Panas sungguh si Anju ni, sekali jeling, berwap-wap jadinya, mengalahkan kuah singgang tulang lembu yang baru dimasak.
Heboh orang bercakap pasal aksi berani dedah Anju dalam majalah FHM Indonesia edisi Oktober 2011. Dalam majalah FHM Girls Indonesia tersebut, Anju punyalah bangga selak baju sampai nampak pusatnya yang bertindik. Dalam satu gambar lain pula, dia siap tunjuk lagi coli merah samar melekat di dadanya yang mekar itu.
Memang sedap mata memandang. Kenyanglah, itu kalau letak sekali mangkuk sup ekor pun, ramai yang pilih yang nak tengok kulit gebu Anju.
Diva bangga sebab ada artis tanah air yang mampu sehebat Anju, mampu bolos ke luar negara jadi penghias muka depan majalah popular dengan tajuk From Malaysia with Love. Ala-ala duta kecil Malaysia ke Indonesia, pemanas semangat atlet negara ke Sukan SEA agaknya.
Tak ramai artis yang seberani Anju dalam bab-bab begitu. Anju ni pula suka jadi diri sendiri. Selagi masih cantik, seksi bergetah buatlah dik, nanti dah berusia dah beranak-pinak nanti, jangan marah pula kalau gambar-gambar seluar pendek, coli dan baju nampak buah dada kamu jadi sebutan.

trailer Adnan Sempit 2

tak sabar menunggu tayangan filem Adnan Sempit 2 ni. jalan cerita adnan sempit 2 lain sedikit dengan cerita asal dimana berkisahkan sambungan daripada adnan sempit 1. biar la kita nantikn tanyangannya.ADNAN SEMPIT 2 lakonan Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Along Raja Lawak, Yana Samsudin serta Angah dan Syuk Raja Lawak

Tengku Mahkota Johor Bercinta Dengan Fazura Kat Twitter



Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris bercinta dengan Fazura kat twitter.Untuk pengetahuan anda, mereka ni dah tiga tahun bercinta. Bersempena dengan ulangtahun percintaan mereka yang ketiga, Tengku Mahkota Johor menyertai dunia Twitter dan telah membuat pengumuman cintanya kepada Fazura menerusi tweet pertamanya. Memang romantik sangat pasangan ni. Siap bersayang-sayang kat twitter lagi tu.

(Gambar) Pra Perkahwinan Zahiril Adzim & Shera Aiyob















Mungkin masih ada antara anda yang tidak tahu bahawa Zahiril Adzim dan Shera Aiyob akan melangsung majlis pernikahan (pagi) dan juga majlis persandingan (petang) pada 20 November ini bertempat di kediaman Shera Aiyob di Ipoh, Perak. Sama-sama kita doakan semoga apa yang telah mereka rancangkan akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes