Akon Berhenti Kerja Di Stesen Radio ??
by Abdul Hamid Lembah Bujang
PENYANYI R&B, Akon telah berhenti kerja dari stesen radio di London selepas ke udara untuk satu siaran sahaja.
Menurut laporan, penyanyi itu telah meletak jawatan selepas mengendalikan slotnya dua jam setiap malam minggu di stesen radio Capital FM.
Pertama kali Akon ke udara di stesen radio tersebut adalah pada 13 Februari lalu. Ketua stesen radio tersebut juga telah mengesahkan Akon tidak akan kembali untuk mengendalikan rancangannya itu.
"Akon terpaksa memberikan sepenuh komitmen untuk album terbarunya. Buat masa ini, kami tidak akan meneruskan slot itu di Capital FM yang berfrekuensi 95.8. Mungkin pada masa-masa hadapan kami berdua akan bekerjasama," kata jurucakap Radio Global, syarikat milik Capital FM.
LaBels:
Akon
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment