Farid Kamil Tiada Masalah Disiplin - David Teo


Imej terbaru aktor/pengarah Farid Kamil dalam filem Apokalips (2010)

PIHAK Metrowealth International Group (MIG) telah berjumpa dengan pihak Astro pada Isnin lalu untuk berbincang tentang kegagalan Farid Kamil untuk hadir pada sesi rakaman program raya Astro Prima berjudul Kampung Prima: Babak 105 yang kononnya berpunca daripada masalah disiplin pelakon kacak itu.

Ketua Pegawai Eksekutif MIG, David Teo Chew Huat berkata, hasil perbincangan itu mendapati ia berpunca daripada salah faham yang wujud antara pihak MIG mahupun Astro.

"Kedua-dua pegawai syarikat di MIG dan Astro tidak tahu tentang rakaman tersebut. Hanya pihak produksi tahu tentang hal tersebut. Ini menyebabkan timbul salah faham," katanya kepada mStar Online.

Pada 13 Ogos lalu, Farid tidak hadir untuk menjayakan sesi rakaman tersebut sehingga menyukarkan semua pihak yang terbabit dalam produksi berkenaan.

Artis eksklusif Astro itu bagaimanapun telah hadir pada sesi latihan sebelah siang hari yang sama. Ini menyebabkan skrip program muzikal komedi itu terpaksa dirombak semula.

Malah Farid dikatakan mempunyai masalah disiplin.

Sambil menegaskan salah faham itu telah diselesaikan secara baik, David Teo berkata, mulai sekarang kedua-dua pihak akan mengikut terma-terma seperti yang telah dipersetujui sebelum ini.

Katanya, pihak produksi akan mengatur semula rakaman program raya tersebut dengan melibatkan Farid.

David bagaimanapun berharap, tidak timbul lagi andaian negatif mengenai Farid kerana dia tidak mempunyai sebarang masalah disiplin sebelum ini.

0 comments:

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes