Anuar Zain kahwin senyap-senyap?
by Abdul Hamid Lembah Bujang
Ini bukan’lah gambar sebenar Anuar Zain berkahwin.
Sebelum ini ada orang sebarkan cerita kononnya penyanyi Anuar Zain buat perancangan nak kahwin. Tiba-tiba minggu lalu tersebar gambar Anuar dengan seorang wanita di atas pelamin memakai pakaian sedondon berwarna putih gading. Maka timbullah cerita yang Anuar kononnya dah kahwin senyap-senyap.Untuk mendapatkan kepastian, petang Rabu lalu Niezam bertanya sendiri kepada Rohila, pengurus kepada Anuar. Rohila pun mengaku dia tak pernah dengar cerita yang Anuar sudah kahwin seperti yang heboh diperkatakan orang.
Selepas gambar “perkahwinan” itu diberikan kepada Rohila, dia betul-betul terkejut.
Selepas meneliti gambar tersebut, Rohila mengesahkan gambar itu diambil ketika Anuar menghadiri majlis perkahwinan anak kepada seorang pengarah syarikat yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Anuar diundang untuk membuat persembahan pada majlis itu kerana si pengantin memang meminati Anuar. Apabila berita tak betul itu tersebar, kata Rohila dia bimbang perkara itu mungkin akan mencemarkan imej keluarga pengantin.
“Saya berharap semua pihak tolong hentikan daripada menyebarkan e-mel yang tidak bermanfaat seperti ini kerana ia bukan sahaja memburukkan Anuar tetapi isteri orang,” kata Rohila dalam e-melnya.
Itulah akibatnya apabila kemudahan teknologi yang ada sekarang ini dilakukan oleh mereka yang tak bertanggungjawab untuk menyebarkan berita palsu. Yang pasti kalau betul Anuar nak kahwin atau sudah sampai jodohnya, dia tak akan sorok-sorok punya.
Disebabkan Anuar memang ramai peminat, tidak hairanlah dia selalu dijemput membuat persembahan pada majlis-majlis makan malam dan juga resepsi perkahwinan.
Selepas ini kalau tersebar lagi gambar-gambar Anuar dengan mana-mana pengantin, janganlah percaya yang dia nak sorok perkahwinan.
LaBels:
Anuar Zain
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment