Hafiz bakal ditangkap polis untuk soal siasat

Ada baca tak artikel lepas yang mengatakan Hafiz AF gaduh dengan seseorang. Orang yang dimaksudkan dalam artikel tu adalah Zack menurut akhbar Utusan kelmarin. Kata Zack dia mengalami kecederaan parah juga sampai tak dapat nak pergi kerja dan dihantar ke klinik. Dengar cerita daripada mulut Zack, dia disuruh Hafiz untuk berbincang yang Zack sendiri tak tahu perbincangan soal apa. Namun Zack katanya sibuk bertugas dan susah nak jumpa Hafiz. Dan pelawaan itu semua Zack tolak dengan cara yang baik.

Tambah Zack, dia tak berbuat apa-apa dengan Hafiz, seperti meninggikan suara dan sebagainya. Mungkin disebabkan pelawaan Hafiz ditolak, maka Hafiz pun jadi marah. Jesteru itu Zack yakin disebabkan itulah Hafiz mula bertindak keatas dirinya. Dikatakan Zack kacau gf Hafiz, Adira, Zack menafikan sekeras-kerasnya walaupun menyedari dia pembantu pribadi kepada Adira dan bekerja dengannya secara professional.

Selepas kejadian Zack ditolak sehingga parah, selepas itu Zack pun serta merta membuat laporan Polis. Manataknya Hafiz dah buat dia cedera sehinggakan menganggu periuk nasinya. Buat masa ini Zack tak akan menerima maaf Hafiz, malah menuntut undang-undang membela atas tindakan Hafiz ini. Haish komen Hafiz pula macamana?

0 comments:

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes