Kenapa Alliesha Sering Jadi Wanita Penggoda?

PELAKON Alliesha Amir (gambar) tertanya-tanya kenapa pengarah-pengarah filem di negara ini sering menawarkan watak wanita jahat kepadanya.

"Saya selalu terima (tawaran watak tersebut) dan melakonkan watak macam itu. Kalau saya bukan menjadi mangsa rogol, saya akan menjadi mangsa bedah siasat oleh polis.

"Saya benar-benar tak tahu. Barangkali, pengarah-pengarah di Malaysia tengok wajah saya sesuai untuk watak sedemikian," katanya kepada MStar Online.

Misalnya, dalam drama Gerak Khas yang telah pun bersiaran, Alliesha menjadi mangsa rogol oleh tiga lelaki dalam satu bilik selama lima hari.

Manakala, dia akan tampil dalam filem-filem yang akan datang seperti 4 Madu dan Ratu The Movie.

Dalam filem Ratu The Movie, dia membawa watak penggoda dan antara babak sensitifnya ialah adegan di atas katil.

Alliesha sedar orang ramai mungkin akan mempunyai persepsi negatif terhadapnya ekoran sering membawa watak sedemikian.

"Saya tak kisah lagi orang nak cakap apa-apa kerana itu adalah kerja saya. Saya akan cuba bawa watak tersebut tetapi janganlah sampai melampaui batas," katanya.

Dia mengakui personaliti sebenarnya adalah berlainan daripada watak yang dibawa dalam bidang lakonan.

Katanya, dia seorang yang suka buat lawak, kelam-kabut, peramah dan kelakar.

0 comments:

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes