Zed Zaidi Sambut Hari Raya Di Jepun?
by Abdul Hamid Lembah Bujang
PELAKON Zed Zaidi (gambar) berhasrat untuk meluaskan perniagaan menjual peralatan atau radas saintifik ke Jepun.
Sekiranya tiada aral melintang, katanya, dia akan menyambut Hari Raya di negara matahari terbit tersebut selama tiga hari.
"Jika Hari Raya jatuh pada 10 atau 11 September, saya mungkin akan ke sana sehingga 13 September ini. Tetapi saya kena tunggu keputusan dari rakan kongsi saya terlebih dahulu.
"Kalau perancangan saya benar-benar terjadi, ini merupakan kali pertama saya beraya di luar negara," katanya kepada mStar Online.
Zed berkata, dia akan merindui sanak-saudara serta kawan-kawan di kampung halamannya di Mentakab, Pahang.
Bagaimanapun, dia menyifatkan situasi tersebut sebagai asam-garam dalam dunia perniagaan.
Dia juga akan mengambil peluang tersebut untuk bersiar-siar di tempat-tempat pelancongan yang menarik di negara itu.
Pada bulan Ramadan ini, Zed sibuk dengan perniagaan maruku yang merupakan kepadaiannya.
"Setiap tahun saya memang jual maruku kerana itu merupakan kelebihan saya menyediakan makanan berkenaan," katanya yang bekerjasama dengan abang sepupunya menjalankan perniagaan tersebut
0 comments:
Post a Comment