Kisah Ketuhar Baru Mila

Mila sambut pagi Syawal di rumahnya di Kota Damansara.

SAMBUTAN Hari Raya kali ini punya cerita yang istimewa bagi penyanyi genit Norsyarmilla Jirin atau Mila.

Menurut Juara Akademi Fantasia 5 ini, jika pada tahun-tahun yang lalu dia hanya membeli kuih raya tetapi pada tahun ini Mila dan ibunya membuat kesemua kuih raya mereka sendiri.

Kata Mila, keputusan untuk membuat kuih raya pada perayaan kali ini adalah kerana mereka baru sahaja membeli ketuhar pada awal tahun ini.

"Mila sangat teruja kerana dapat buat kuih raya sendiri pada tahun ini. Jika sebelum ini, keluarga hanya akan beli saja kuih raya tetapi sejak kami beli ketuhar baru, ibu mahu buat kuih raya sendiri pula.

"Sudah alang-alang ada ketuhar di depan mata, jadi Mila dan ibu putuskan untuk mencuba buat kuih raya berdasarkan buku resipi.

"Sayang kalau tak digunakan pula ketuhar itu. Kami buat beberapa jenis kuih seperti biskut cornflakes dan cip coklat," katanya.

Cerita Mila lagi, dia dan ibunya akan membuat kuih raya di antara waktu sebelum sahur sehingga waktu Subuh. Memandangkan pada bulan Ramadan, Mila memang mengurangkan aktiviti seninya, maka kebanyakan waktu yang terluang itu diperuntukkan untuk membuat persiapan Hari Raya.

"Pada tahun ini, Mila sengaja kurangkan aktiviti seni dan tumpukan perhatian di rumah. Kalau Mila tak terikat dengan sebarang urusan kerja, Mila akan berada di rumah bersama keluarga untuk buat persiapan raya," katanya.

Pada kali ini, Mila akan menyambut pagi Syawal di rumah keluarganya di Kota Damansara, Selangor kerana komitmen nyanyiannya bersama majlis rumah terbuka sebuah kementerian.

Bagaimanapun, mereka sekeluarga akan tetap pulang beraya ke kampung halaman di Pulau Pinang pada Hari Raya kedua dan ketiga ini.

"Tahun ini, Mila tak dapat nak beraya panjang sangat di kampung sebab sedang sibuk untuk persiapan rakaman album baru.

"Lepas tiga empat hari cuti, Mila akan pulang ke KL untuk sambung bekerja," katanya yang menyediakan dua pasang pakaian baru untuk ahli keluarganya.

0 comments:

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes