Fahrin Teruja Jadi Trend-setter Remaja


KE MANA sahaja dia pergi, insan bernama Fahrin Ahmad ini tidak lengkap tanpa membawa pencuci dan pelembap muka bersama.

Selain itu, sebotol kecil cecair pencuci mulut Listerine juga dijadikan sebagai bahan asas untuk kebersihan diri walaupun dirinya tidak merokok.

Menyedari dirinya selalu berjumpa dengan orang ramai, Fahrin tidak akan keluar dari rumah tanpa produk-produk penjagaan diri tersebut.

“Lebih-lebih apabila saya ke gimnasium, saya tidak akan lupa membawa semua produk penjagaan diri termasuk deodoran dan syampu,” katanya membuka bicara.

Jika ditanya tentang jenama, dia mengaku tidak terlalu mementingkan jenama untuk produk-produk itu.

“Bukan sahaja produk penjagaan diri, malah untuk pakaian pun saya tidak terlalu pentingkan jenama. Cukuplah sekadar simple dan bergaya. Less is more. Yang penting nampak kemas,” ujarnya yang turut menggalas tugas sebagai duta Garnier.

Walaupun dilantik sebagai duta Garnier Men pada hujung tahun lalu, pengacara program realiti Sehati Berdansa itu tidak pernah menganggap dirinya perlu menukar imej yang baru.

“Saya masih menjadi orang biasa yang sama seperti dulu. Bagi saya kecantikan bermula daripada hati,” beritahunya.

Namun, dia tidak menafikan ramai muda-mudi di luar sana mula mengikut imej yang ditampilkannya.

“Pada mulanya saya langsung tidak sedar bahawa saya menjadi trend-setter kepada remaja sekarang.

“Ada yang beritahu saya, mereka mahu menjadi seperti saya dan memuji saya. Saya rasa tidak salah, untuk kebaikan apa salahnya,” tambahnya lagi yang juga merupakan duta kepada Shell, Celcom dan jurucakap AIDS Sedunia.

Jadi idola remaja

Walaupun begitu, jejaka kacukan Melayu di sebelah bapa dan Jawa di sebelah ibu itu tidak menganggap pujian dan ikutan remaja kini sebagai alasan untuknya membangga diri malah dia perlu lebih menitikberatkan penampilannya.

“Selain rasa bersyukur, saya rasa ini juga satu tanggungjawab sebab orang perhatikan saya sebagai idola. Mereka menjadikan saya contoh dari segi personaliti,” luah pelakon teater Antara... itu.

Suplemen, diet, senaman rahsia kulit sihat

Melihat tubuh sasa Fahrin, ramai wanita yang terpikat. Kala ditanya rahsianya, Dia berkata, mengamalkan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu di gimnasium.

“Saya akan berlari sekurang-kurangnya 45 minit kerana lelaki mengutamakan fizikal.

Apabila usia sudah menjangkau 31 tahun ini, saya perlu buat work out dua kali ganda sebab metabolisma badan kita berubah,” katanya yang menggemari warna biru.

Selain itu, jejaka yang lebih selesa keluar rumah dengan mengenakan sneakers itu mengamalkan diet yang seimbang dan mengambil suplemen.

“Diet memang penting. Jadi, saya lebih selesa makan makanan yang dimasak sendiri di rumah. Misalnya, makan makanan yang kurang berminyak seperti salad. Saya juga makan banyak suplemen seperti vitamin C dan E,” ujarnya.

Ditanya mengenai wang yang dibelanjakan setiap bulan untuk penjagaan diri, dia menjawab: “Lelaki tidak perlu berbelanja besar.”

0 comments:

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes