Fahrin Menangis Didakwa Panas Baran Dan Kaki Pukul ... ish.. sensitive gak mamat tegap nie..

Terlalu kecewa dengan dakwaan bekas kekasihnya Linda Onn yang dia kaki pukul, Fahrin menitiskan air mata. Pelakon terkenal ini juga minta Linda memohon maaf secara terbuka. Foto The Star Oleh Brian Moh.

SIKAP berdiam diri bukan lagi jalan terbaik bagi pelakon dan pengacara Fahrin Ahmad, 31, menghadapi segala kemelut kisah percintaannya.

Tindakan mengemukakan notis tuntutan dalam tempoh tujuh hari terhadap bekas kekasihnya, penyampai radio Suria FM, Linda Onn, merupakan jalan terakhir bagi Fahrin membersihkan semula namanya dari persepsi negatif masyarakat.

Dakwaan kononnya dia seorang yang panas baran dan kaki pukul dalam satu kenyataan Linda baru-baru ini merupakan tamparan hebat kepadanya sehingga dia terpaksa mengambil keputusan yang agak sukar itu.

"Keputusan ini sangat berat. Saya ambil masa yang agak panjang untuk membawa perkara ini ke mahkamah. Saya lebih suka berdiam diri, namun keadaan tersebut tidak dihargai.

"Apabila keadaan semakin tidak terkawal dan menjejaskan imej dan kredibiliti saya sebagai duta kepada tiga produk terkenal Shell, Celcom dan Garnier, saya rasa tiada jalan lain selain bagi amaran kepada dia (Linda Onn).

Fahrin terlalu sebak mengenangkan bagaimana dia diaibkan oleh dua orang bekas kekasihnya

Fahrin menzahirkan rasa kesal dengan dakwaan dia seorang lelaki yang panas baran. Pelakon drama TV itu turut mengakui, dia menghadapi tekanan emosi sejak kebelakangan ini kerana dakwaan itu.

"Kesan kenyataan itu sangat besar kepada emosi, kerjaya dan keluarga saya. Bayangkan bagaimana perasaan saya bila orang bertanyakan hal ini kepada ibu saya yang terlantar sakit di hospital?.

"Bagaimana jika saya nak berkahwin dan macam mana tanggapan keluarga perempuan terhadap saya? Bagaimana pula tanggapan produk-produk iklan yang ambil saya sebagai duta? Bagaimana dengan rezeki dan masa depan saya nanti?," ujar Fahrin sambil menahan sebaknya.

Namun Fahrin bersyukur, keluarganya tetap berdiri di belakangnya, memberi sokongan padu.

"Alhamdulilah keluarga saya kuat menerima dugaan ini. Saya tidak berdendam dengan mereka. Kalau boleh saya tidak mahu perkara ini dipanjangkan lagi," ujarnya yang berkali-kali berharap perkara ini tidak dipanjangkan.

Ketika ditanya tentang perkara-perkara buruk seperti yang didakwa dalam kenyataan penyampai radio tersebut, Fahrin berkata dia tidak seperti yang laporkan media dalam kenyataan tersebut.

"Saya sangat kecewa, saya tidak marah dengan mereka tetapi kenapa sampai hati buat saya begini. Kata saya kaki pukul, panas baran...., saya tidak macam itu," ujar pengacara Sehati Berdansa ini.

Dia turut memberitahu bahawa keburukan-keburukan yang diceritakan oleh bekas-bekas kekasihnya itu telah mengaibkan dirinya.

"Percintaan bersama Linda dan Scha Al-Yahya adalah dua percintaan yang berbeza. Jalan ceritanya juga berbeza tapi bila mereka sudah berkawan baik, mereka bercerita tentang keburukan saya. Cuba suruh mereka cari 10 kebaikan saya, mesti ada.

"Tapi saya tetap berbangga berkawan dengan mereka dan kerjaya mereka yang semakin meningkat," katanya.

Sedih bila keluarga turut menerima impak dari dakwaan tersebut.

Dalam pada itu, Fahrin turut mengakui serik untuk menjalinkan hubungan cinta dengan mereka di kalangan selebriti setelah melalui hal-hal sebegini.

"Mula-mula dulu saya anggap ini adalah jodoh. Tapi setelah apa yang saya lalui dan apa yang telah ditunjukkan tuhan, mungkin lepas ini bukan dengan rakan artis lagi," ujarnya mengakhiri perbualan.

6 comments:

ageeba { January 26, 2010 at 1:19 AM }
kalau aku, aku pun nangis =( takpe fahrin.. sabar je lah.. tuhan sentiasa ada bersama hambaNya. saya pun ada untuk awak ni haa.. hehe gurau jee
Khaireel Azlee { January 26, 2010 at 2:57 AM }
aduhai, bro ni, kantoi la, rilexla jejaka idaman malaya.hahahhahaha. tarik nafas dalam2..
Yan @ Ary { January 26, 2010 at 9:52 AM }
Yein, family sentiasa ada di belakang awak..sudah terlalu lama awak berdiam diri tapi kini, keadaan memaksa awak melontarkan kata-kata..
tegakkan jika di pihak benar.bersyukurlah sebab Allah beri awak kekuatan, ketabahan,& kesabaran selama ini.ingat Yein, 'tak mati di keji, tak hidup di puji.' Moga selalu tabah.
w@n@beez { January 26, 2010 at 7:23 PM }
sabar fahrin...sume pminat awk akn sntiasa sokong awk...walaupom bnyk dugaan yg awk tmpuhi...jgn mudah mengalah dgn ape pom dugaan yg tuhan berikan kpd kita selaku hamba abdi...
^^pWiNcEsS sYaQeErA^^ { January 27, 2010 at 12:10 AM }
alahaii..ciannye..tersentuh hati neh tgk fahrin camni..sabar bebanyak la yew..wuwuw..nk ikut nangis same la camneh..*ops..emo seketika..ekekek..

alang2 dh drop kt sini, nk gtau, sy pnjam 1 gmbr fahrin yg kt dlm neh nk letak dlm blog sy..ngeeheheh..mntk kebenaran neh..
khaireel azwan { January 27, 2010 at 12:49 AM }
ambik la gambar selagi boleh.. huuhu jgn risau tak kena saman pon.. huhu

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes