Fahrin Isi Kekosongan Hati Dengan 'Fan Club Facebook'

SEKALIPUN dilanda kontroversi, pelakon dan pengacara Fahrin Ahmad, 31, menganggap perkara-perkara tersebut tidak menganggu perjalanan kerjaya dan kehidupan peribadinya, malah dia mengakui dirinya kini lebih bahagia dan disayangi peminat.

Menurut Fahrin, selepas apa yang berlaku dia lebih sedar sokongan padu peminat kepadanya semakin bertambah.

"Selepas apa yang terjadi saya nampak peminat-peminat saya bangkit bagi sokongan kepada saya. Ada yang call sekadar nak beritahu 'Fahrin saya sentiasa sokong awak' kemudian putuskan talian. Perkara-perkara begini yang buat saya tersenyum.

"Di Facebook Fan Club Fahrin Ahmad sendiri ramai yang hantar mesej beri kata-kata semangat dan sejak itu juga saya semakin rapat dengan mereka.

"Selepas setiap posting yang saya buat, dalam masa seminit lebih seratus yang membalasnya, mereka sentiasa beri respon positif setelah posting saya." ujar jejaka berasal dari Johor ini.

Fahrin yang kini mempunyai lebih 100,000 peminat di Fan Clubnya mengakui bahawa dia sangat terharu dan menghargai peminat yang menyokongnya terutamanya ketika berada dalam keadaan yang sukar.

"Saya nak peminat tahu yang saya sentiasa mencari peluang untuk mendekati mereka. Banyak perancangan yang saya aturkan untuk bersama peminat," katanya.

Dalam pada itu, Fahrin juga bakal mengadakan Online Satay Parti untuk peminatnya. Seramai 30 peminat yang bertuah dipilih melalui laman Fan Club Facebooknya.

"30 peminat bertuah dari Fan Club saya akan dipilih untuk menyertai Online Satay Parti di Serai Satay Bar, Pavilion pada 3 Mac ini pada pukul 6 petang.

"Ini salah satu cara saya nak kenal peminat-peminat yang banyak beri sokongan kepada saya," ujar Fahrin yang kini menjadikan Fan Club Facebooknya sebagai cara mengisi tempat kosong dihatinya.

0 comments:

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes