Memang best sangat-sangat kalau dapat “kawan baik” macam Rizal nie. Beruntung Fasha Sandha. Memang sahabat dunia akhirat betul Abang Jejai nie. Sanggup naik helikopter untuk jumpa si Fasha yang sedang sibuk shooting drama duyung dia tue. Kalau kami jadi Fasha, sumpah kami akan mengalir air mata. Maklumlah, “kawan baik” sanggup buat macam tue. Kalau dah jadi kekasih tue ntah-ntah datang naik kereta kebal kot.
Benar Rizal datang menaiki helikopter untuk memberi kejutan kepada saya. Saya terkejut dengan kehadirannya hari ini (semalam). Saya tergamam melihat kelibatnya yang tiba-tiba muncul menaiki helikopter peribadi dari Kuala Lumpur. Saya akui ramai pihak akan mula membuat spekulasi terhadap isu ini, namun saya tidak mahu memberi sebarang kenyataan berhubung perkara ini kerana lebih penting ialah tanggungjawab saya kepada drama yang masih berbaki tiga hari selepas 15 hari saya berkampung di sini. Saya perlu fokus untuk habiskan kerja saya dan kehadiran Rizal adalah semata-mata untuk melawat saya di sini dan itu tidak langsung menjejaskan prestasi saya di lokasi penggambaran. Apa yang boleh saya simpulkan hubungan kami masih di fasa mengenali antara satu sama lain. Terlalu awal untuk saya berbicara soal jodoh kerana 2010 adalah zaman kebangkitan saya. Jadi, mustahil untuk saya memusnahkan misi itu hanya kerana isu seperti ini
Lepas nie jangan terkejut pulak kalau tetiba ada helikopter mendarat kat Pavilion atau The Curve. Tue tandanya kawan-kawan baik artis perempuan Malaysia tengah melawat diorang. Buat bodoh jerk ~~~
sumber dari beautifulnara.com
1 comments:
Post a Comment