Aduh. Malang memang tak berbau. Lagi-lagi untuk penunggang motosikal. Kali ini adalah kali kedua Nabil Raja Lawak eksiden melibatkan motor superbikenya. Nasib baik Nabil memang jenis yang pakai baju safety. So kecederaan yang dialaminya tak ada lah teruk sangat.
Nabil luka di tangan dan cedera kat rusuk belakang. Dan yang bahayanya masa jatuh tue kepala dia bergegar sikit. Harap-harap tak ada pendarahan dalaman. Semoga semuanya selamat-selamat belaka. Kalau apa-apa jadi nanti kesian pulak kat Irma. Tak merasa jadi bini orang pulak nanti.
Pengalaman peribadi kami yang pernah melihat 3 kemalangan satu hari melibatkan motor semasa on the way pergi tempat kerja. Memang seram sangat-sangat. Orang bawak motor nie kadang-kadang bukan salah dia pun yang menyebabkan jadi eksiden. Silap sikit je memang boleh buat nyawa melayang. Terbaru kat depan rumah kami nie, satu pakwe makwe maut sebab terjatuh dan digelek lorilepas side mirror motor dia tergesel dengan kereta.
Kesimpulannya kepada semua-semua pembawa kenderaan di jalan raya, silalah bawak berhati-hati. Kepada pemandu kereta, sebelum membelok tue ushar dulu ada ke tak motor-motor lalu. Bawaklah dengan berhemah. Signal tue jangan lupa kasik.
P.S: Selamat Hari Guru kepada semua cikgu-cikgu di Malaysia ini. Teringat kenangan zaman sekolah menengah dulu. Kawan kitorang bila tak dapat jawap soalan Math kena pergi jumpa budak Form 1 cakap dia tak pandai Math. Exam lepas tue terus dapat 100 markah. Kenangan oh kenangan.
sumber dari beautifulnara.com
1 comments:
Post a Comment