Lan,vokalis Azlan & The Typewriter (ATT) Sah Kahwin Hujung Tahun Ini


 




Lan akhiri zaman bujang hujung tahun ini.


LAN, vokalis Azlan & The Typewriter (ATT) mengesahkan dia akan mengakhiri zaman bujangnya pada hujung tahun ini, sama ada bulan November ataupun Disember.

Katanya, dia telah mengikuti kursus perkahwinan dan kini lebih mengetahui tanggungjawabnya kelak sebagai ketua keluarga.

"Usia saya pun dah menjangkau 28 tahun. Saya rasa elok berkahwin pada tahun ini. Memang target kami berkahwin sebelum mencapai umur 30 tahun," katanya kepada mStar Online semalam.

Lan dan tunangnya, Normala Hassan ketika majlis 'post-party' ABPBH 2008 tahun lalu.

Beliau ditemui semasa sesi bersama tiga finalis yang mencipta klip video muzik lagu ATT, Gerak Hati di studio Satu Entertainment semalam.

Finalis pertandingan Got My Own Music, Got Life anjuran University of X (U.O.X) dan Satu Entertainment itu datang dari Universiti Multimedia, Kolej Segi dan Universiti Teknologi Mara.

Gerak Hati ialah single kedua dalam album Peta Minda yang akan dikeluarkan tidak lama lagi. Album itu difahamkan mempunyai 10 buah lagu.

Mengenai tunang yang sebaya, Lan berkata, dia telah berpacaran dengannya hampir dua tahun dan mereka memang merancang melangsungkan perkahwinan pada tahun ini.

Lan (tengah) bersama finalis yang mencipta klip video muzik lagu ATT, Gerak Hati di studio Satu Entertainment semalam.


Akuinya, hatinya berdebar-debar menantikan kedatangan hari-hari bahagia.

"Kahwin sekali aje. Berdebarlah....tetapi saya dah jelaskan tentang kesibukan karier saya," katanya.

Dedah Lan, mereka jumpa pun pada waktu makan, serta setelah dibuat temu janji terlebih dahulu.

Berbicara tentang persiapan perkahwinannya pula, Lan masih berfikir tentang konsep perkahwinan serta tempat diadakan majlis tersebut sama ada di Kuala Lumpur ataupun Johor.

"Saya berangan nak kahwin, tapi tak pernah fikir konsepnya sekarang. Persiapan saya sekarang adalah kena menyiapkan duit hantaran sebanyak RM11,000," katanya sambil berjenaka.

Tentang perkembangan semasa, Lan kini perlu menyiapkan lagu untuk Maya Karin dan Tom dari MyStar LG selain dan terlibat dengan pertandingan klip video muzik.

1 comments:

::AnEp:: { May 7, 2010 at 10:01 AM }
hmm...kahwin jg..
moge bahagia ke anak cucu..huhu

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes