Aril AF7 Nak Jadi Lebih Hebat Dari Rain

aril rain

Tak sangka yang idola Aril AF7 ialah Rain, penyanyi dan pelakon tersohor dari Korea. Memang lain daripada yang lain. Dengar sikit kata-kata dari Rain wannabe nie:-

Memang saya selalu berangan ingin jadi seperti Rain. Malah, saya ingin mengecap populariti dan kejayaan yang ‘lebih besar’ daripadanya. Imej dan pesona yang ditampilkan olehnya bukan sahaja terbina dalam tempoh yang singkat, malah memberi impak kepada perkembangan muzik sejagat. Saya ingin berjaya dalam bidang seni ini seperti Rain. Perubahan muzik dan dunia hiburan hari ini menuntut seorang penghibur itu untuk tampil dengan pakej lengkap yang merangkumi lagu, imej dan aura yang hebat untuk berjaya.



Selaku peminat industri hiburan Korea, meh kami betulkan sedikit tentang kata-kata Aril nie. Rain tidak mengecapi keglameran dalam masa yang singkat. Rain sebelum dikeluarkan sebagai seorang artis telah pun ditrain dekat 7, 8 tahun supaya betul-betul bersedia untuk menjadi seorang artis. Bukannya macam sesetengah artis program realiti yang belajar setakat 2 3 bulan. Tup-tup dah boleh keluar jadi artis.

So nasihat kami, jangan berharap untuk menjadi Rain jika anda tidak membuat persiapan yang secukupnya. Banyak lagi benda yang Aril perlu belajar dan contohi Rain. Mungkin boleh try toughkan badan setough badan Rain. Barulah lebih nampak jantan gitu. Tak gitu?

0 comments:

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes