Nasha Impi Berkahwin Pakai Cheongsam
by Abdul Hamid Lembah Bujang
IKUTKAN impiannya, model dan aktres jelita Nasha Aziz ingin mengenakan cheongsam semasa perkahwinannya.
"Ia hanya dalam mimpi saya.... dia (Nur Iman Tang) akan pakai baju Melayu tradisional dan saya pula pakai pakaian tradisional Cina. Saya dapat bayangkan betapa cantiknya.
"Mungkin reka bentuk dibuat oleh pereka bentuk yang hebat, bijak... sebenarnya itu sebahagian dari rahsia. Jika anda tulis sekarang, setiap orang akan tahu dah...Hehe," kata Nasha kepada mStar Online sambil tertawa semasa diajukan tentang persediaan perkahwinannya.
Pelakon drama bersiri 'Kasih Tercipta' itu ditemui semasa hadir ke Pameran Pesona Mutiara Rafflesia di Muzium Negara, semalam.
Nasha kelihatan tidak lekang dengan senyuman seperti biasa. Tetapi wajahnya lebih berseri-seri sesudah bersedia untuk bergelar isteri pada Jun tahun ini.
Bagaimanapun, aktres berperwatakan manja ini tidak ingin perkahwinannya seglamor pembabitannya dalam dunia fesyen.
"Oleh kerana saya telah berada di dalam industri fesyen yang glamor, saya tidak rasa akan menjadikan perkahwinan saya glamor.
"Simple dan klasik.. Saya suka ia menjadi begitu. Saya juga suka warna putih," kata Nasha yang ingin menjemput semua warga media, rakan, klien, sanak saudara untuk bersama meraikan hari bahagianya nanti.
Model tinggi lampai itu lebih selesa merahsiakan persiapan perkahwinannya kerana mahu elemen kejutan tidak hilang.
Apa yang pasti, dia memberitahu sebelum hari bahagianya menjengah, dia akan membawa Nur Iman pergi umrah.
"Pada Mei ini, saya akan bawa dia ke Mekah. Kemudian, doa kepada Yang Esa. Adakah dia telah bersedia untuk berkahwin?
"Semestinya, saya mendambakan sebuah perkahwinan yang abadi. Saya telah berusia 39 tahun dan Iman, 35 tahun," ujarnya.
Nasha percaya 'tiang seri' sesuatu perkahwinan ialah pegangan agama yang kukuh.
0 comments:
Post a Comment