Sam 'Pecah Kepala' Dengan Siri 'Adnan Sempit'

CABARAN untuk berlakon dalam drama Adnan Sempit The Series lebih dirasai oleh heronya, Adnan lakonan aktor Shaheizy Sam berbanding menerusi filem tersebut yang ditayangkan di pawagam pada Januari lalu.

Dia perlu menjaga kualiti yang sama atau lebih berbanding yang ditampilkan dalam filem itu.

Hampir 'pecah kepala' dibuatnya apabila berlakon dalam drama arahan Ismail Bob Hasim. Itulah gambaran awal Sam ketika menjalani penggambaran drama itu di Kampung Baru baru-baru ini.

“Alhamdulillah, saya mendapat bantuan daripada Abang Bob untuk melakonkan setiap babak. Sebelum itu, saya ada juga mengambil rujukan berdasarkan reaksi penonton ketika menonton filem Adnan Sempit.

“Saya akan melebihkan lakonan mengikut bahagian yang penonton suka. Misalnya, mereka terhibur semasa saya bercakap dalam bahasa Inggeris dengan penuh yakin dan mahu memikat wanita,” kata Sam.

Walaupun begitu, Sam lebih gemar mempraktikkan lawak situasi berbanding lawak slapstik.

Namun, dia agak kecewa apabila tidak mampu melakonkan aksi lagak ngeri sendiri sebaliknya terpaksa menyerahkan tugas itu kepada pelakon lagak ngeri lain.

Bercerita tentang gandingannya bersama pelakon baru lain yang menggantikan pelakon asal seperti Azad Jazmin dan Puteri Mardiana, Sam akui dia selesa dan tidak tertekan.

Malah dia juga tidak pernah mengambil kisah sama ada pelakon lain lebih menonjol daripadanya atau sebaliknya.

“Semuanya bekerja dengan ikhlas, jadi tiada istilah siapa hebat dan siapa tidak. Saya rasa semuanya memainkan peranan yang penting dalam drama ini,” jelasnya yang belum bersedia untuk bergelar seorang pengarah.

Katanya, dia tidak akan mengarah selagi ilmu lakonan belum penuh di dada.

1 comments:

rashid { April 10, 2010 at 3:00 AM }
bila eh siaran adnan sempit the seris ni??hehe, bitau kat blog aku k..

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes