Penyanyi Rock Ditahan Ugut Bekas Isteri
by Abdul Hamid Lembah Bujang
PETALING JAYA: Seorang penyanyi sebuah kumpulan rock 90an akan dituduh di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur esok berikutan ugutan yang dihantar menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada bekas isterinya baru-baru ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Supritendan Zainuddin Ahmad berkata, Ameng Spring atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail ditahan ketika hadir di balai polis Sentul kira-kira pukul 2 petang tadi untuk membantu siasatan.
"Bekas isterinya membuat laporan polis pada 30 Mac lalu setelah menerima SMS ugutan itu. Esok, dia akan dituduh di Mahkamah Jalan Duta," katanya ketika dihubungi mStar Online.
Pada 14 Disember 2005, Ameng pernah dijatuhi hukuman denda RM3,000 atau penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret Besut, Kampung Raja dekat Jertih setelah mengaku bersalah menagih dadah jenis syabu awal September 2005.
0 comments:
Post a Comment