Who Love Dafi??

Dafi pelajar terbaik Limkokwing University?

Limkokwing University rasanya tak perlu diperkenalkan lagi kepada semua. Insan-insan kretif selalunya akan menjadikan Limkokwing University sebagai pilihan utama sebagai rival paling kuat diantara beberapa Universiti tempatan yang mantap dalam bidang yang sama seperti Multimedia University (MMU) dan The One Academy (TOA).

Khai sendiri pernah menjejakkan kaki ke Limkokwing University dalam bidang Creative Multimedia. What more can i say? Best of the best la kan? Dari perspektif kerja (boleh la ye selit-selit’kan sikit), ramai yang diterima kerja tanpa perlu di’interview. Hanya kerana memberitahu diri sebagai lulusan di Limkokwing University of Creative Technology (LUCT) dan esok terus boleh masuk kerja. Berani cakap sebab sendiri dah rasa. Hehe.

Betapa ber’prestige‘nya jenama tersebut dalam bidang Multimedia di Malaysia atau mungkin dunia dalam melahirkan insan yang bermutu. Kadang-kala bukan semuanya indah khabar dari rupa ye? Heh!

Baru-baru ini, Dafi bekas graduan Akademi Fantasia 5 pun dah graduate. Tahniah Dafi. Dengan Professional Diploma in Sound and Music Design, sure bakat Dafi boleh diperkembangkan dengan lebih luas selepas ini. Berikut adalah artikel yang diambil dari sebuah syarikat akhbar tempatan.

CYBERJAYA – Kecekalan bapanya dalam melaksanakan setiap perkara menjadi dorongan kepada penyanyi popular, Gadaffi Ismail Sabri atau Dafi untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga terpilih sebagai pelajar terbaik jurusan bunyi dan muzik di Universiti Limkokwing.

Dafi berkata, ayahnya iaitu Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merupakan sumber inspirasi terbaik untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.

‘‘Ayah menjadi contoh yang baik kepada saya iaitu beliau tidak pernah berputus asa dalam mengejar cita-citanya untuk berkhidmat kepada negara.

‘‘Ini menjadi inspirasi kepada saya untuk mengejar impian dalam industri muzik dan hiburan,” katanya kepada pemberita pada majlis konvokesyen Universiti Limkokwing di sini hari ini.

Dafi yang merupakan graduan Diploma Profesional Dalam Bunyi dan Muzik terpilih menerima Anugerah Kecemerlangan selain mewakili graduan berucap dalam majlis konvokesyen universiti itu.

Seramai 567 orang graduan dari 39 negara menerima ijazah dan diploma masing-masing.

Dafi berkata, beliau mula belajar di Universiti Limkokwing seawal 2006 tetapi pengajiannya terpaksa ditangguhkan untuk menyertai program Akademi Fantasia (AF).

‘‘Saya mengambil kursus ini kerana mempunyai minat mendalam terhadap muzik.

‘‘Jika saya tidak dapat menjadi penyanyi, kursus yang saya ambil ini masih memberi peluang kepada saya untuk berkecimpung dalam industri muzik,” katanya.

Ditanya rancangan masa depannya Dafi berkata, beliau masih belum memutuskan sama ada mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah.

‘‘Kalau saya betul-betul nak sambung belajar, saya tetap akan memilih Universiti Limkokwing kerana suasana di sini amat berbeza dengan institusi pendidikan yang lain,” katanya.

0 comments:

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes