Zizie Ezette sudah sah bernikah dengan Datuk Bung Mokhtar?




Jika sebelum ini timbul gosip yang mengatakan bahawa Zizie Ezette telah dilamar oleh seorang ahli politik yang berasal dari Sabah. Namun hari ini lain pula ceritanya bilamana mStar Online melaporkan bahawa Zizie Ezette sudah sah bernikah dengan ahli politik tersebut pada minggu lalu. Woot!

Ahli politik yang dimaksudkan itu ialah Datuk Bung Mokhtar Radin yang juga merupakan Ahli Parlimen Kinabatangan. Apa-apa pun, ayuh ikuti laporan lanjut yang dibawakan oleh mStar Online kat bawah ni.

PETALING JAYA: Aktres Zizie Ezette sah bernikah dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, minggu lalu.

Pernikahan yang diadakan secara tertutup itu telah menjawab khabar angin yang timbul sebelum ini mengenai lamaran ahli politik dari Sabah kepada pelakon terkenal ini.

Difahamkan, pasangan berkenaan akan mengadakan majlis resepsi di salah sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur malam ini.

Suami Zizie Ezette

Sementara itu, ibu pelakon tersebut Khaty Fauziah yang dihubungi menafikan bahawa anaknya itu telah berkahwin dengan ahli politik tersebut.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya, perkara ini tak betul.

“Mereka baru ingin kenal hati budi masing-masing dan Zizie ketika ini juga sedang sibuk di lokasi drama,” katanya

Tapi masalahnya sekarang ni, kami tak tahu samada laporan mStar Online ni betul ataupun tak sebab ibu Zizie Ezette sendiri menafikan bahawa pernikahan Zizie dengan Bung Mokhtar adalah tidak betul. So, mana satu nak percaya ni? Huhu..

Apa-apa pun, jika ianya benar, kami di Zon Artis mengucapkan tahniah kepada Zizie Ezette kerana telah selamat berumahtangga selepas percintaan selama 7 tahun dengan seorang ahli perniagaan kecundang. Hehee.. Semoga berbahagia yer Zizie.

0 comments:

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes