Dayana dan Hafiz Anak Wayang Bercinta Tapi Selalu Gaduh?

Budiey sangat seronok dapat jumpa sepasang merpati dua sejoli di Majlis Pelancaran Single Sabhi minggu lalu. Diorang ni sempoi dan sangat peramah. Walaupun pertama kali jumpa, kami dah mesra. Lagi pula, diorang tak lokek nak berkongsi cerita.

Kalau ada yang tak kenal dengan mereka… ini dia pelakon Dayana dan Hafiz. Kalau pembaca yang menjadi penonton setia program anak wayang musim pertama sudah pasti mengenali mereka berdua ni.

Si Hafiz ni muka dia sebijik macam penyampai radio Suria FM, Tuah Iskandar. Kata Hafiz, ramai yang datang tegur dan memanggil dia Tuah. Huhu… Dan si Dayana ni pulak mirip dengan Scha Al Yahya. Cuma wajah Dayana ni baby face sikit. Ramai pengarah yang cakap. Muka Dayana masih belum matang dan dewasa lagi.

Alang-alang bertemu dengan Rumie & Juliet ni… Budiey pun ajak sekali diorang ni datang untuk memeriahkan Parti Ulangtahun Ke-3 Budiey.com pada hari Ahad ini. Diorang bersetuju datang dan tak sabar nak datang. Thank you Hafiz & Dayana sebab sudi support Budiey.com!

Harap diorang ni boleh datangla dengan memakai pakaian tema kita iaitu merah dan putih. Bukan Budiey nak promote UMNO ye, Cuma Budiey rasa merah dan putih adalah padanan warna yang sesuai. Betul tak?

Party Budiey.com tinggal 4 hari lagi ni. Persiapan masih berjalan. Terbaru, Budiey dapat tajaan voucher membeli belah di Parkson, hadiah dari Satu Entertainment untuk cabutan bertuah. Kalau nak tahu, Satu Entertainment ni adalah pengurusan yang mengurus karier Maya Karin. Manakala Astro telah bersetuju memberikan banyak goodies untuk korang semua. Terima kasih Satu Entertainment dan Astro!

DUNIA LAKONAN DAYANA & HAFIZ BARU BERMULA

Kalau anda masih ingat Hafiz adalah pencabar terdekat kepada Hairi semasa malam final Anak Wayang. Nasib tak menyebelahi Hafiz, namun berjaya dinobatkan sebagai naib juara. Hairi meninggalkan Hafiz dengan peratus undian sebanyak 58 peratus dan Hafiz pula sekadar 42 peratus. Tak dapat la nak merasa kereta Honda Jaz, eh? Namun dalam masa yang sama, mengikut perhatian dan pembacaan Budiey di internet, ramai juga yang meminati lakonan Dayana. Nampak sweet dan cute.

Namun, walaupun tak menyerlah sebagai juara, rezeki Dayana dan Hafiz masih ada. Mereka masih lagi giat berlakon. Tawaran masih hebat. Cuma mengikut kata Hafiz, ramai produksi, pengarah dan penerbit ingat mereka adalah artis di bawah pengurusan Astro. Itu tak betul kerana mereka berdua sekarang bebas dan bergerak secara individu. Jadi, kepada mana-mana pengarah, diorang ni tak terikat oleh mana-mana syarikat pengurusan.

Sedikit masa lalu, Budiey ada dengar cerita Dayana pernah menjadi mangsa raba semasa menonton sebuah konsert di Kuala Lumpur tahun lepas. Dipercayai angkara perbuatan Mat Bangla. Ish ish… tak senonoh betul eh?

Pelakon drama Selipar Jepun Suria ini juga telah dijemput oleh penyanyi Sabhi Saddi untuk membintangi video klip - NADIKU. Itu yang Budiey jumpa Dayana kat majlis pelancaran hari tu. Orang kata, ini tuah hasil lakonan Dayana membawa watak jururawat masa program realiti Anak Wayang. Jangan selalu pegang watak jururawat dah la, karakter dan serba boleh, itu yang penting.

DAYANA & HAFIZ BERCINTA TAPI…?

Ramai yang tak tahu diorang ni sebenarnya pasangan bercinta. Tapi takde la orang kata bercinta bagai nak rak sampai karier pun entah ke mana. Masa borak dengan diorang, nampak diorang ni macam kawan-kawan biasa saje tapi gaya romantik tu adalah nampak masa Budiey suruh Hafiz peluk bahu Dayana.

Betul kata Dayana, diorang ni selalu bertepuk tampar.

Sekarang umur Dayana masih 19 tahun dan Hafiz 22 tahun. mmm eloklah tu, 3 tahun je jarak usianya.

Apa-apa pun yang penting sekali diorang bahagia walaupun diorang ni mengaku selalu sangat bergaduh. Kadang-kadang sehari tak bergaduh rasa macam tak sah. Jadi, kena jugak bergaduh ya? Dan yang peliknya, cinta mereka berputik pun sebab diorang bergaduh. Korang boleh tengok sendiri dalam program Anak Wayang tu, mereka selalu bergaduh. Dayana mengakui suka dengan karakter Hafiz yang tak berapa suka nak mengorat.

Cinta mereka berputik semasa bertapa dalam Anak Wayang. Dayana cakap, cinta berputik semasa ada 5 orang finalis dalam Anak Wayang. Masa tu, Dayana takde kawan lain, jadi Dayana rapat lah dengan Hafiz. Kalau sedih duduk dalam AW tu, Hafiz lah jadi teman setia merawat sepi, orang kata. Tapi masa siaran Anak Wayang, produksi tak tunjukkan keintiman mereka ni sebab tak nak kasi orang kata, buat drama murahan atau publisiti tak profesional untuk menggamit penonton.

Dayana tak nak sorok-sorok tentang cinta mereka. Namun, diorang ni tak nak la asyik bercinta sangat. Cuma sekali sekala keluar tengok wayang. Ciri-ciri pada Hafiz yang Dayana suka ialah karakter Hafiz yang tak pandai nak mengorat. Banyak berkias dan sembunyi sesuatu tapi dalam hati siapa yang tahu.

Ditanya tentang jodoh dan kahwin, mereka menyerahkan pada takdir dan waktu. Lagi pun perjalanan dalam karier seni lakonan masih lagi panjang, mereka mahu mencapai cita-cita sebagai pelakon dulu. Dayana masih belum fikir pasal kahwin. Tapi pernah sekali Hafiz ajak kahwin tapi Dayana menolak. Dia nak beli kereta dulu… sebab kemana-mana Dayana bertemankan Hafiz aje ye. Hehe, sekuriti tak bergaji.

Okaylah… Budiey harap, korang jangan gaduh-gaduh ya. Jumpa korang di Parti Ulangtahun Budiey.com Ahad ni.

Antara foto yang sempat diambil…

Tags: ,

1 comments:

Cloak and Dagger { January 20, 2010 at 10:19 PM }
FYI: dyorg bkn bergaduh ok..perangai dyorg mmg cm tu..agak2 gile2 sket..

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes