Saya Sudah Ada Kekasih - Tony Eusoff?? macam2 la dia nie.. ish2 dunia artis..

PELAKON kacak Tony Eusoff tidak suka kehidupan yang penuh hipokrasi. Bagi Tony, kehidupan di layar perak tidak langsung menggambarkan keperibadian sebenar dirinya.

Pemuda berketurunan Bidayuh yang pernah berlakon teater 'Mana Setangginya'ini, suka berterus terang dan tidak pernah menyembunyikan status yang dia sudah berpunya.

"Saya sudah ada kekasih. Namanya Dawn Jeremiah. Kami sudah dua tahun bercinta....," jelas Tony ketika ditanya siapakah kekasih hatinya seperti yang diluahkan dalam program 'Selamat Pagi Malaysia' (SPM) semalam.

Keterbukaan Tony tentang siapa kekasihnya jelas menunjukkan yang dia tidak seperti ramai selebriti lain yang suka berahsia.

Malah, Tony sedikit pun tidak gentar jika pendedahan ini membuat dia kehilangan peminat-peminat wanita yang tergila-gilakan imej 'macho'nya.

"Masa sudah berubah. Peminat-peminat sudah dapat menerima status sebenar seorang artis. Dan saya pula tidak suka berselindung atau mempunyai sifat hipokrit.

"Hanya kerana saya seorang artis, tidak bermakna saya terpaksa berbohong untuk menjaga hati peminat," kata pemuda berusia 33 tahun ini.

Namun, kata Tony, masih terlalu awal untuk dia memikirkan soal berkahwin.

"Kami senang begini, tidak ada ikatan. Kami memang serius dalam menjalin hubungan ini tapi untuk bercakap pasal rumahtangga, rasanya belum masanya lagi," kata Tony.

Hubungan cinta bersama Dawn bukan satu rahsia di kalangan kawan-kawan Tony. Apa yang membuat kasih mereka kekal bertaut hingga ke hari ini ialah kerana sifat yang dimiliki Dawn.

"Dawn tidak seperti wanita lain. Dia tidak pernah mengongkong saya. Dia mempunyai ciri-ciri wanita yang saya suka...berdikari dan tahu apa yang dia nak.

"Saya jenis lelaki yang tidak suka wanita yang terlalu manja kerana ia agak merimaskan. Kami mempunyai kehidupan sendiri yang tidak menyesakkan stau sama lain," kata Tony yang pernah berlakon teater berbahasa Melayu pertama, "Bangsawan Naga Chini" tiga tahun lalu.

Malah kata Tony, yang pernah dicalonkan untuk anugerah Most Promising Performer di BOH Cameronian Awards (2006) dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Anugerah Skrin (TV3) 2008, dia langsung tidak takut andai kata 'saham'nya jatuh satu hari nanti.

"Bagi saya, bukan senang untuk mengambil hati semua orang. Hingga hari ini saya masih dapat tawaran berlakon dan menyanyi. Ini tandanya faktor sudah berpunya tidak meninggalkan kesan pun," kata Tony selamba.

1 comments:

Mr. J @ pengerindu.com { January 22, 2010 at 2:50 PM }
hidup org Sarawak , agi idup Agi berlakon. hhaa.. chear.

www.pengeRindu.com

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes