Gandingan Ideal Juri ‘Hidupkan’ Raja Lawak 4

GANDINGAN ideal tiga juri Raja Lawak musim keempat iaitu Afdlin Shauki, Din Beramboi dan Bob Lokman membuatkan ramai yang teruja untuk menonton program realiti yang disiarkan pada setiap Ahad, pukul 9 malam di Astro Prima itu.

Keterujaan itu jelas ditunjukkan apabila Pengurus Salurannya, Nizam Sani berkata dia ada menerima dalam 30 hingga 40 emel daripada penonton yang memuji juri program itu pada musim ini best dan kelakar.

“Mereka memberikan komen sambil berlawak secara spontan dan Astro memberikan kebebasan sepenuhnya kepada mereka,” kata Nizam dalam sidang media program itu di Astro Bukit Jalil baru-baru ini.

Jika dilihat persembahan peserta setakat ini, ramai yang menganggap peserta-peserta Raja Lawak 4 kurang memberikan impak berbanding musim terdahulu.

Malah ada yang berpendapat tiga juri Raja Lawak musim ini termasuk dua pengacaranya iaitu Zizan dan Johan yang lebih menghiburkan.

Salah seorang jurinya, Afdlin Shauki juga seolah-olah bersetuju dengan kenyataan itu melainkan mengaku hanya dua peserta iaitu Idlan dan Alex yang betul-betul bagus.

“Yang lain tidak konsisten melainkan Idlan, Mamu dan Alex tetapi Faiz dan Caca agak bernasib baik pada minggu ini,” katanya yang turut terkilan apabila Wili disingkirkan pada minggu keempat itu.

Jelasnya, dia, Bob dan Din sebolehnya mahukan Wili diberikan peluang untuk meneruskan perjuangan mereka dalam program itu.

“Mereka tidak seburuk peserta lain tetapi masih tidak setanding yang teratas. Sekurang-kurangnya mereka lebih bagus daripada minggu lepas.

“Orang berusia mungkin lebih gemarkan lawak mereka. Kumpulan AN2 cuba untuk membuat lawak terkini namun lawak mereka tiada isi,” ujar pelakon filem Papadom, Sumolah, Cuci dan Soal Hati ini.

Secara keseluruhannya pada minggu keempat itu, Afdlin berkata dia teruja dengan lawak Mamu yang membuat persembahan yang pertama.

Pelakon teater Muzikal Cuci ini juga berasa terkejut dengan persembahan bersiri Idlan yang digelarkan Kassim The Series.

Bukan itu sahaja, dia juga mengkritik lawak kumpulan Kecik yang tidak terlalu menarik pada minggu itu walhal kumpulan itu yang mendapat undian tertinggi iaitu 22.9 peratus.

0 comments:

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes