Angelina Jolie-Brad Pitt Disahkan Berpisah! CIAN ACTOR NIE.. KENE IKOT ARAHAN MANAGER UNTUK BERPISAH.. HUHUHHU...

PASANGAN ideal, Angelina Jolie dan Brad Pitt disahkan sudah berpisah seperti yang dilaporkan News of The World kerana kedua-duanya telah menandatangi surat perpisahan awal Januari lalu.

Walau tidak berkahwin secara sah, Jolie dan Pitt memilih cara yang sah untuk mengakhiri hubungan cinta mereka. Pasangan yang popular dengan gelaran 'Brangelina' itu telah melantik peguam untuk mengurus semua hal berkaitan perpisahan itu.

Khabarnya pasangan yang juga berlakon dalam filem Mr and Mrs Smith itu telah bersepakat tentang soal penjagaan keenam-enam anak mereka. Hanya Jolie yang mempunyai hak untuk menjaga keenam-enam anaknya, manakala Pitt dibenarkan mengunjungi mereka pada waktu yang ditetapkan.

Tanda-tanda kedua-duanya bakal berpisah dilihat ketika Jolie hadir di Beverly Hills bersama seorang peguam terkenal pada Disember lalu. Desas-desus mengatakan Jolie berbincang tentang perancangannya untuk berpisah dengan Pitt.

Namun begitu, sebab sebenar perpisahan Jolie dan Pitt tidak diketahui. Butir-butir rasmi berhubung perpisahan Jolie dan Pitt akan diuar-uarkan tidak lama lagi.

0 comments:

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes