Fasha Tidak Melatah Dengan Individu Yang Membencinya di Facebook

Fasha tidak melatah atau marah dengan isu akaun yang membencinya di Facebook. - Foto oleh YAP CHEE HONG

NAMANYA tidak pernah surut dengan palitan kontroversi. Terbaru, aktres jelita Fasha Sandha atau nama sebenar Nur Fasha Sandha Hassan dilaporkan telah mengundang perasaan benci segelintir individu sehingga bertindak mewujudkan satu akaun khas di laman sosial, Facebook sejak 25 Disember tahun lalu, sebagai tanda protes terhadap aktres itu.

Seperti yang dilaporkan di sebuah akhbar tabloid tempatan semalam, akaun 'boikot', 'I Hate Fasha Sandha' (Saya Benci Fasha Sandha) itu diwujudkan semata-mata untuk mengumpul sejuta pengguna Facebook yang membenci aktres sensasi itu.

Melihatkan laporan tersebut, Fasha lantas menghubungi mStar Online untuk berkongsi cerita. Menurutnya, sebaik membaca laporan itu, dia terus mengakses akaun itu, namun malangnya ianya telah pun ditutup.

"Sebaik terbaca laporan itu, saya terus akses Facebook dan ingin lihat sendiri akaun itu, malangnya ia telah pun ditutup.

"Walaupun secara rasionalnya ia tidak memberi sebarang kesan pun pada saya, apatah lagi untuk menutup periuk nasi.

"Bagaimanapun, saya harus ucapkan terima kasih kepada akhbar itu yang menyiarkan artikel tersebut.

"Saya juga ingin ucapkan terima kasih kepada pihak yang menutup akaun itu hari ini (semalam)," katanya.

Fasha lantas ditanya mengenai reaksinya berhubung isu itu. Bagai sudah lazim dengan cerita-cerita kontroversi, Fasha kedengaran cukup tenang dan sekadar berkata dia tidak dapat menggembirakan hati semua pihak.

Apatah lagi, sebagai seorang pelakon, masyarakat sentiasa memerhati dan mengikuti gerak-geri dan perkembangannya sama ada berkaitan kerjaya mahu pun peribadi.

"Pada saya, isu dibenci atau digemari adalah asam garam kehidupan. Sama ada saya artis atau tidak, tentunya saya tidak dapat memuaskan hati semua pihak.

"Tetapi, selagi ia tidak memudaratkan saya, saya tidak akan ambil kisah tentang isu akaun itu," jelasnya lagi.

Ditanya adakah dia akan tetap mengambil tindakan undang-undang berhubung isu akaun yang boleh menjejaskan nama baiknya itu, Fasha berkata, memandangkan akaun itu sudah ditutup, dia dan pengurusnya lebih selesa untuk mengenepikan saja perkara remeh-temeh seperti itu.

"Jika benar ia sudah ditutup sepenuhnya, tidak perlulah saya hendak perbesarkan perkara remeh-temeh seperti itu. Lebih baik saya tumpukan perhatian pada karier seni saya," katanya ringkas mengakhiri perbualan.

2 comments:

si hitam manis { January 25, 2010 at 2:53 AM }
kenapa tutup?????=(
maisyara pot! pot! { January 25, 2010 at 4:05 AM }
dye da bkak akaun bwu.. akaun lame da delete! :)

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes